24 Feb 2013

Berjaya Founder's Day

Assalamualaikum.

Entry ini tiada apa-apa yang menarik
seperti juga entry-entry sebelum ini yang tak menarik.
namun ingin juga ditaip
memikirkan bekalan di hari tua,
jika ada alzheimer, takda masalah pong lagi kalau nak cerita kat cucu.

*wah kemain advance terus fikir cucu.

erm 23/2/2013 ; 11:30 AM.
aku, adik aku, abang aku, bakal kakak ipar aku,
pergi times square ni lah untuk Berjaya Founder's Day.
Bakal kakak ipar aku offer 2 more tickets untuk both aku dan adik aku.
berpegangkan prinsip rezeki jangan ditolak,
hoi apa lagi terus angguk setuju bila ditanya abang aku.

maka sampai juga di times square.
aktiviti first yang kitorang buat, cari makanan.
yeah, hunt for food!
kupon makanan ada 60 hengget,
pilihlah kau makanan apa yang ada kat booth-booth tu.

adik aku beli pizza papa john's apa entah,
which cost 20 food coupons,
9'' pizza, bukak-bukak aduhai nipis gila,
aku yang tak kebulur pon boleh jadi kebulur begitu.
nasib baik aku opt for kenny roger's (12 coupons).

bab berjimat-cermat memang kasi kat aku.
bab boros-memboros secara bijak pon boleh kasi aku.
dah beli makanan haruslah makan secara berjemaah.
so kami-kami cari seat kat dalam bangunan.
masuk-masuk je pintu utama,
kat pentas ada orang bagi potongan kek coklat for free.
berpegangkan prinsip orang memberi kita merasa,
maka amik dan ngaplah sambil berjalan mencari tempat duduk.
oh kek dia tak sedap pon,
tapi aku amik jugak lagi sekali.rezeki.


makan.omnomnom.makan.
tengah khusyuk makan,
ternampak pulak jehan miskin.
disebabkan makanan nampak lebih menarik,
maka upacara omnomnom diteruskan tanpa
hiraukan jehan miskin yang cuba menarik perhatian aku.wakakak.
jehan miskin je bukan aaron aziz.
jehan miskin je bukan beto.
jehan miskin je bukan fahrin ahmad.
jehan miskin je bukan shahredza minhat.


dah habis makan,
perut pong kenyang.
tengah nak proses makanan dalam perut. tiba-tiba.

pakcik : err tumpang tanya, makanan ni ambil kat mana?
maka adik aku dengan respon yang pantas lagi berani pon menjawab.

adik : encik ada kupon? 
biasa sahaja bukan?
tapi aku dan abang aku gelak sakan kat adik aku lepas pakcik tu beredar.
(wah beredar kau! sungguh ayat karangan Bahasa Melayu es-pi-em.)
dan benda ini lah aku dan abang aku dok bahan adik aku sepanjang hari.

cuba bayangkan,
memanglah pakcik itu bertanya dengan sopan,
tetapi apa yang mengejutkan apabila adik aku cuba menjawab dengan gaya formaliti.
siap gunakan ibu jari bila nak membahasakan encik tu.
saat itu aku tertanya-tanya sejak bila adik aku belajar ilmu berkaitan customer service?

.........................................................................................

(entry ni memang panjang.)

seterusnya,
naik tingkat 10.
ada berpuluh coupon games untuk ditebus.membaziaq kalau tak guna.
teringin nak cat muka tapi difikirkan nanti nak solat zohor , so batal.
ada banyak booth mainan.
disebabkan kemalasan abang aku untuk main game,
berpuluh coupon dia bagi untuk dihabiskan untuk aku dan adik aku.
semua game ; alah ni mainan budak-budak; alah ni  game susah, nanti tak dapat hadiah.
 round-round.


hoi ada mesin rowing! misplaced ke?
aku baca nota yang tertampal :

ROWING CHALLENGE

male
1 km
5 minutes
level 10

female
1 km
6 minutes
level 5

mula-mula aku tak perasan pon pasal level tu.
*semakin tinggi level, semakin berat dan susah nak tarik.
disebabkan dah lama tak main dan perasan, bajet, nak tunjuk bagus, test power,
maka, challenge accepted bro!



 bagi coupon.
waktu nak pergi rowing machine tu,
eh-eh ada pakcik dah duduk.

tak baiklah pakcik potong line,
tadi takde pon pakcik,
time saya eksaited pakcik datang pulak.

gila kau nak suruh pakcik tu bangun,
melayang aku nanti.ya pakcik tu saiz besar.
row.row.pakcik tu row lagi.lama gila tunggu.
pakcik tu tinggal lagi 200 meter.

pakcik : eh-eh nak berhenti rehat sekejap boleh?

ah chong yang jaga : eh boleh, boleh.
aku dah macam tak senang duduk.
dah ah lama.coupon baru guna 5.
zohor tak lagi ni.

aku : boleh amik coupon balik tak (buruk siku gila!), saya kejar masa ni.

ini taktik namanya.

ah wong yang jaga : eh tak boleh, dah masuk dalam kotak.

aku nak blah dah.oh tiba-tiba pakcik tu dah habis. terkesan kot.
tapi memang aku kejar masa pon, theme park pon tak masuk lagi.
time is emas pakcik!
time tu aku bersabar kejap, dah habis kan.
sekali pakcik tu duduk landing lagi atas machine tu 3-4 minit.
muka aku dah tak boleh blah dah. (btw pakcik tu bukanlah pakcik sangat)
nasib baik tak terfikir dan tak pilih untuk menyumpah seranah waktu tu.dosa.dosa.
(baca : bajet baik)

sebenarnya adalah better untuk pakcik tu bangun and duduk atas lantai;
pastuh goyangkan kaki untuk longgarkan otot-otot dia macam selalu kita buat lepas berlari.
but it seems like that 'pakcik' is trying to troll me, in his own ways.

tak lama lepas tuh, pakcik tu bangun.
6 minit for 1 km bawah 5 minit aje hoi.
dengan riak aku setting minda aku.baik punya!
tengok level kat machine, oh shit!
ini level 5!
aku selalu main level 4. haritu SAF pon aku main level 4.
mengenangkan aku dah bagi kupon. main aje lah, tak gitu?
try try.
satu kali tarik.
dua kali tarik.
(dah ramai orang kat tepi-tepi start tengok, termasuk pakcik troll tadi)
tiga kali tarik.


'adui'
orang belakang mengeluh.
lelaki pakai baju kuning. guna ekor mata usha .
kan kena sekali siku-an aku.

dah tahu orang tengah berowing sakan,
jadahnya kau duduk belakang aku?
kalau first time pon tengok pompuan main rowing,
perlulah begitu?

ramai pulak yang tengok aku main rowing,
mata pandang depan pon sempat jeling-jeling guna ekor mata.
tapi tak sempatlah mengusha macam SAF haritu.
rasa glemer jap. HAHHAH sebab pakcik tadi takde orang tengok pon.
aku dengan adik aku je, tu pon sebab nak tunggu giliran.
(baca : riak gilababeng!)

ingat pompuan tak mampu? hnsss (hembus taik hidung belah kanan)


300 meter left.
ah wong sibuk cakap :

"lagi sikit adik! maintain. maintain. lagi 300 meter"

aku macam. ah wong  yang tak leng chai sangat, saya tahu baca meter.
memang saya tengah pandang meter. tapi kira dia okaylah bagi semangat.
terima kasih ah wong (nama aku reka).

200 meter left.

bakal kakak ipar aku tiba-tiba datang ziarah bersama abang aku.
bakal kakak ipar aku pon :

" sikit lagi, sikit lagi, boleh punya!" 
tengah nyawa-nyawa ikan dah masa tu.
tapi ai tak kira nak hadiah jugak!
so semangat tu bertambah lagi untuk habiskan.

100 meter left.

adik aku tetiba tanya :

"ira, susah tak?"
kalau tak kerana aku tercungap-cungap minta oksigen masa tu;
ingin sahaja aku hadiahkan sedas kata buat adik aku yang berbunyi begini:

"jadahnya! nak tanya, tanyalah awal-awal, time aku desperate mintak nafas kau tanya! "
tapi aku tengah tercungap-cungapkan.
jadi aku biarkan pertanyaan adik aku dihembus angin lalu.
cewah puitis!
tapi aku sound jugak lepas habis tu.
kata dia muka aku pucat, memanglah pucat dek non oi, penat tahu!

dapat hadiah.
mainan masukkan-gelung-ke paksi, beg toto, beg angrybird, botol air toto.
aku rasa bersalah.
tak pasal-pasal orang ingat aku berjudi nanti sebab pakai beg toto.
haih.


dah habis main rowing,
aku dan adik aku pon decide nak zohor ah kejap.
lif rosak.surau tingkat 8 (lelaki) 7 (pompuan).
lif rosak so kita guna tangga.
bila nampak tangga kecemasan terus turun.
bila kaki kau tak cukup rehat lepas main rowing,
perlulah kau tahu wujudnya efek berjalan gaya nenek.
adik aku punya laju turun tingkat 8, aku pulak dok terketar-ketar lutut turun tangga.

sampai tingkat 8 dari tingkat 10,
setelah menuruni banyak anak tangga dengan sabar, tekun dan no pain no gain,
alangkah 'bahagianya' bila mendapati pintu kecemasan tersebut dikunci.
padah betul.
implikasi dari itu, kami kena naik balik tingkat 10 dan cari laluan alternatif lain.
adik aku memang tak kisah ah, zup-zap dah sampai.
yang rasa adventurenya aku lah! berbekalkan aset kaki 'nenek',
kena panjat naik balik tingkat 10. nikmat yang kau rasakan.


.........................................................................................................................
 
 
pukul 3 masuk theme park.
kitorang masuk laluan special untuk staff Berjaya .
hui ramai. masuk pulak berperingkat. katanya penuh.
mana taknya campur dengan orang awam sekali.
kalau betul-betul nak buat, buatlah satu special day untuk staff je.
lagi kesian orang awam ah, beli tiket tapi nak main satu game kena tunggu berjam.
we'olls takpe, we'olls masuk percuma.HAHHAH.

dalam 4 orang termasuk aku,
aku seorang je yang nak main itu ini.
adalah amat membengangkan jika tiket yang diberikan percuma disiakan.
dulu kemain eksaited adik aku teringin nak naik roller coaster kat times square.
dah dapat fghee, dia tak nak. takut.
ajak main penyapu/pendulum apa-benda-entah, pon taknak.
(tapi yang ni pon aku takut unless berteman.)



dah tu, kau nak main apa adikku hoi?
main game budak-budak?

tanya abang. tanya bakal kakak ipar.

"jom naik roller coaster?"

abang :

" tak nak ah, nanti aku muntah "
abang aku memang takut tinggi.
dia pernah naik roller coaster sekali kat genting highland tapi hanyalah untuk cover macho.
masa kecik-kecik naik roller coaster dengan bapak aku kat lot 10 pon dia demam.
tapi yang tu roller coaster dia siap keluar tingkap bhaii.
aku terima je alasan dia mengenangkan pukul 5 nanti dia kena masuk kerja.

bakal kakak ipar:

" ishhh taknak, korang (aku dan adik) mainlah, kitorang tengok, akak takut"

well aku bukan nak sangat naik roller coaster kat situ,
sebab dulu dengan kawan-kawan dah naik twice.
maka nak ajak lah yang tak pernah naik ni supaya tak sia-siakan tiket fghee.
pon taknak.maka muslihat dirancang.

muslihat pertama.

"aqil (adik) jom naik benda tinggi tu,"

"tak nak ah"

"alah tak takut pon, dia pusing biasa je"

pujuk.pujuk.pujuk.
dia setuju.

flashback
teringat masa kat i-city.
kitorang main apa-benda-entah macam buaian pastu dia hayun and campak kita ke udara,
at the same time dia berputar.
macam nak keluar jantung hoi,
sempat aku usha adik aku.
kahkahkah, adik aku punya kaki punyalah statik gila macam patung, macam kena simen.
saat tu aku tahu dia tengah cuak gila.


so kitorang pon naik benda tinggi ni.



aku dah pernah naik sekali dulu.
ingat-ingat lupa sikit.
aku cakap benda tu pusing slow je.
sekali bila naik atas,laju jugak dia pusing.
sambil tu usha adik aku kat sebelah.
ada kemajuan, which is kaki dia tak statik dah,
sebab aku dah cakap awal-awal dah.
aku cabar dia kaki tak statik and pandang bawah,
masa naik tu dia ada pandang bawah. 10 markah.
saat pusing-pusing tu aku cakap :

"aqil, kalau kau nak jerit, jerit ah. takde sape dengar."

guess what?
masa berpusing tu aku dengar perempuan jerit aaahhhh aahhhhh!
dan rupanya adik aku yang menjerit.kahkahkah.
lurus jugak adik aku.akibatnya, aku start bahan dia jerit serupa perempuan.


turun.
jumpa abang aku dan bakal kakak ipar.
rupanya bakal kakak ipar aku nak try,
sebab sebelum tu umpan yang sama macam adik aku, aku guna, so dia terpercaya.
tak nak main roller coaster, main benda ni pon jadi lah.
dah naik atas gila tu aku tanya :

"akak okay tak?"

dia jawab :

"okay" 
sebab dia kata dia takut tinggi.
so dah sampai tinggi camtu kira satu pencapaian jugak ah.
try intai-intai tak nampak muka.
but then i found out that,

aku : akak kira hebat ah dah naik yang tinggi tu. 
maka dibalas :

" oh time tu akak tutup mata.hahahah."

baiklah kena troll lagi. =.=


.......................................................................................................................
 
then aku tak tahulah bakal kakak ipar aku ke abang aku yang nak masuk rumah hantu.
rupanya kena bayar RM9 sorang.
tapi dorang nak masuk gak.
tiket pon kalau beli 3 free 1.
so bayar RM 27 je for 4 ticket.
aku dan adik aku pon ikutkan aje.
 
masuk.
abang aku kena paksa dengan bakal kakak ipar aku duduk depan.
kitorang masuk bersama sepasang pakcik dan makcik kat belakang.
abang aku jalan sikit-sikit.style pelik punya jalan.
aku rasa pakcik dan makcik kat belakang tu pon turut bersabar dengan gaya jalan abang aku tu.
mungkin juga pakcik dan makcik tu pon takut,
kalau tak masakan tak dipotong sahaja line nya.
 
 
jalan.jalan.
pusshhhiiiiii!
kain terbang.
semua terkejut.
kahkahkah.
kesannya abang aku jalan lagi 'berhati-hati' dari yang sebelumnya.
 
 
jalan.jalan.
hantu keluar.
bakal kakak ipar aku dah menjerit dah sambil lari.
abang aku apa lagi lari laju ke depan.
adik aku okay je kot  rasanya, cuak sikit maybe.
tapi hantu dia tak seram pon,
aku siap cakap "hi"
dengan harapan dia dapat baiki mutu keunggulan perwatakan seram dia in future.
 
jalan-jalan.
tiba-tiba bakal kakak ipar aku jerit :
 
"dia ikut belakang.dia ikut belakang!"
 
padahal hantu ikut belakang pakcik belakang aku je.
which is jauhlah dari dia.
adik aku kata jeritan bakal kakak ipar aku la menyebabkan dia dari tak takut jadi takut.
 pakcik makcik belakang aku relaks je. relaks macam aku . heh.
 
abang aku still jalan dengan style hati-hati.
kalau ikut ukuran,
itu bukanlah langkah, sebab luas bukaan tapak kaki dia 1.5 cm camtu.
buat aku geram! lambat bebenau.
aku try nak jalan depan.
pastu abang aku cakap :
 
 
"ha ira, jalan ah depan, aku sebenarnya dah malas nak jalan kat depan"
-gaya macho-
 
takut-takut pon sempat coverline lagi. kagum,kagum.
aku amik alih jalan depan.
jalan macam biasa.
hantu pon dah takde.
hampir je nak ke pintu keluar ,
tiba-tiba hantu keluar dari tepi.
hantu tadi. dia guna shortcut.
mungkin bengang sebab aku tak takut dan sempat pulak cakap "hi".
balas dendam lah kot.
nice try bro. tak takut langsung.
 
 
pengajarannya jangan baziaq duet masuk rumah hantu yang tak berapa hantu.
RM 9 untuk jumpa sebiji hantu yang tak scary langsung.
totally not worth it.
kalau dia letak suggestion form,
 mahu berjela jugak aku letak komen penambahbaikan.
 
 
....................................................................................................................
 
 
 
solat. asar pukul 6.
then merayap jap cari makanan sementara tunggu maghrib.
waktu tu bakal kakak ipar aku balik kejap hantar abang aku. kerja kan.
 
lepas maghrib.
makan jap kat kenny rogers.
pukul 9 masuk balik.
aku, adik aku, bakal kakak ipar aku gi tempat kereta langgar-langgar.
entah nama omputeh dia apa entah.
bapak aku, dari aku kecik lagi panggil kereta langgar-langgar.
 
 
 
 
turn kitorang masuk,
ada 4 orang india. (bukan racist)
selebihnya melayu.
then 1 minit pertama, ada satu kereta stuck kat kereta aku.
dan aku terlanggar kereta dia.
budak india.kecik.baju biru.
 
dia pon :
 
"woii!"
 
aku pun kaget.wah kaget kau.aku pon no response.
tetiba abang yang jaga game tu datang :
 
"eh you punya kereta lah! kasi pusing itu stereng."
 
tegurnya kepada budak india yang saat itu
aku pandang bukan kecik-besar, tapi kecik.kecik.makin kecik.
abang you so sweet ah.kita geng!
 
aku dah serik bertembung dengan budak india kecik uh.
what do you expect?
bila dah nama kereta langgar-langgar then supposely function game tu melanggar ah.
kalau tak nak dilanggar kau main lah kereta mainan kat rumah kau.
nak pulak woiii wooiiii kat aku. dasar budak yang tak berapa budak sangat.
sekali  3 minit lepas tu, dia yang langgar aku balik.
what the _ _ _ _?
 
malas nak layan, aku attack adik aku dengan bakal kakak ipar aku je.
budak lain ada je pon langgar aku,
aku siap bagi senyuman dan gelak tawa riang lagi tau.
patut kena blacklist je orang macam tu. menganggu emosi nak melanggar tahu!
 
.......................................................................................
 
40 minit terakhir before pukul 10 malam.
muslihat kedua dilancarkan.
aku pengaruh both adik and bakal kakak ipar aku main izzy dizzy pape entah namanya.
yang pasti kalau main tu mesti pening.
sesuai dengan nama.
 
 
 
 
"naik ah izzy dizzy tu, alah biasa je, level kanak-kanak."
 
mereka tertipu.
berbekalkan perut yang masih belum cerna ayam kenny roger's.
dorang berdua naik.
 
turun je,
dorang kata aku tipu.
dua-dua pening.
adik aku kata :
 
"aku try nak senyum, tapi bila senyum bibir aku menggeletar"
 
kahkahkah.
sape suruh tak mau naik roller coaster sama wa.
tapi memang benda tu level kanak-kanak pon bagi wa.
 




-gambar-gambar bukan aku owner dia. busy tak sempat tangkap gambar.
-ah chong dan ah wong nama yang aku reka tapi dia memang wujud.
-oh founder dia Tan Sri Vincent Tan, ternampak lak kat lcd.

1 comment:

Anonymous said...

Nicely put, Many thanks.

Visit my web page MCM 財布
Also see my page :: MCM バッグ

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.