it takes only 30 minutes for you to sweat.
sejak akhir-akhir ini,
terlalu kerap aku melantak.
tengah cuti maka haruslah melantak,
nak-nak pulak masakan mak.
dalam keasyikan melantak,
tiba-tiba ada rasa cuak,
mana tak nye ,
berat aku naik woi!
bila berat badan naik ,
maka timbullah awareness untuk eksesais.
makanya aku pilih untuk buat figurerobics.
figure + aerobics .
entah. aku hentam.
skeptikal gila bila aku first time tengok video ni.
aku macam :
"eleh senang je"
"aik macam ni je, common lah tak mencabar langsung!"
"macam mana lah nak keluar peluh kalau macam ni?"
itu sebelum.
tapi,
selepas buat figurerobics ni aku rasa macam nak tarik balik kata-kata bongkak aku.
namun apakan daya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?
jawablah kau sendiri sebab aku pon lupa ayat apa selepas tu.
HAHHAHHA.
review aku :
kau tengok macam senang oiii.
senang lah kot.
tapi once kau buat mandi peluh is for sure.
bau bacin peluh tu wujud even before kau habiskan sesi 30 minit ni.
part-part akhir tu yang tak boleh tahan,
mencabar kekuatan kaki betul!
rasa macam latih kekuda untuk silat pulak.
sampai kau rasa nak je jerit :
"oiii berhentilah kejap! aku penat tahu tak!"
dalam 5-6 kali jugak aku asyik pause video sebab penat.
masuk hari ni dah 4 hari kot buat figurerobics ni,
but still lencun umpama lari marathon 5km,
okay sangat hiperbola.
dan still aku pause-pause sebab kepenatan,
melatih otot betul!
finally, aku rasa worth to try.
sebab senang dan peluh pon banyak.
ermmm,
thinking of suggesting this workout to my mom.hmmmm
No comments:
Post a Comment