23 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #3

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!


So dah dapat kerja, bermula lah first day aku dan Jenab di kedai buku tersebut. Memula bos ada tanya siapa nak jadi cashier siapa nak jadi retail assistant. Pastu Jenab diam. Jenab cakap tak kisah. Susah sangat nak decide aku bagi jawatan cashier tu kat Jenab pasai dia kata dia tak mau keje yang penat-penat walaupun aku teringin nak jadi cashier. Nampak tak sesuci niatku di situ? HAHHA.


So aku dapat department Revision. Yeayyyy! Walaupun ingat nak dapat kat tempat novel-novel, tapi takpe, asalkan buku iolls tak kisah. OMG bapak nerd aku cakap cenggitu. =..=


So kitorang dihantar ke department memasing. Bunyi cam besauu je cakap department, padahal takde lah besar sangat. Okay, aku dihantar ke department Revision. Masa tu ketua department tersebut tengah cuti, yang ada pun retail assistant lagi sorang. Laki. Which is sangatlah aku tak prefer kalau dapat teman sedepartment laki sebab mesti bosan sebab tak de teman gosip sembang ala Kiah. Bos terang itu-ini  pastu dia tinggalkan aku kat retail asst. lagi satu, kata bos dia baru 2 bulan keje situ.


So memula aku okay lah dengan mamat ni. Mari kita namakan dia Abon, tapi bukan yang pelakon tu tau. First yang aku terima kasih kat Allah sangat adalah nasib baik dia tak hensem. Kalau tak, mahu dup-dap-dup-dap buat keje. Nak kata tak hensem takde lah pulak, muka biasa-biasa. Kang korang cakap mengutuk ciptaan tuhan lak. Yang penting bukan taste aku.


Memula tu dia cakap-cakap lah. Tapi kan masa dia bercakap tu aku teringatkan kartun Kacang. Kacang yang warna coklat yang satu gigi tak silap. Ini pun tak ngutuk ciptaan tuhan, aku just teringat pasai gaya sebutan sama. Tapi ... okay tu tak lama sangat lah bila ada perangai dia yang sedikit mengganggu emosi aku. Mari kita namakan dia penderaan emosi, dan penderaan emosi dia kira level 1 kerana aku dapat menahan sabar, level kategori aku tak memaki senyap-senyap di dalam hati.



1.


Benda yang susah tak mahu pulak terang. Benda yang simple yang aku boleh baca kat signboard tu gak le yang dia nak terang. Uhuuiiii, zZzZ.



2.



Sebagai mukaddimah, kekonon nak tunjuk la aku ni jenis ramah orangnya. Untuk elak situasi awkward di kemudian hari. So aku citer lah point utama aku keje sini pasai nak kumpul duit ke Korea. Dan dia punya jawapan, "Oh ye ke.", disertakan ekspresi muka dia yang lagi lah tak leh blah, muka tak berperasaan. Muka tak berminat. =..= 

Weh, kemon lah, kau citer aku bagi je feedback bagus punya, aku sanggup pura-pura berlakon tak tahu walaupun aku tahu benda yang kau cakap tu even kau punya citer bosan Pastu kau bebel berjela-jela. Aku sabauu je walaupun time tu aku nak je cakap:

"Bro, gua dah tau dah. Lu citer berjela-jela buat pe, bosan gila Bro. B.O.S.A.N."

Sumpah lah dia bukan pendengar yang bagus. Laki kalau nak pikat pompuan, jangan jadi camni. React lah lebih sikit, ekspresi muka memainkan peranan. Yang tak nak pikat pompuan pun sama. Jaga lah hati orang sikit. Manners. Apa? Tak belajar adab? akhlak? sivik?


"Mungkin muka dia memang jenis tak berperasaan cenggitu kot?"


Puh-leasee. Sangat tak.



3.
'

Since haritu first day, and aku tengok macam takde kerja lain, aku pon susun-susun buku. Mengaplikasikan skill jadi librarian dulu. Tak pepasal jadi OCD sekejap, nak susun ikut warna, ikut ketinggian sampai diri rasa puas. Pastu Abon ni tetiba mengekor dari belakang, aku tak tahulah dia nak berlagak jadi ketua dept. or simply because dia nak cakap dengan aku. 


Tapi aku tak nak cakap dengan ko bro! Dah lah bagi respons entah pape. Pastu bila kita tanya or cakap something, mostly jawapan yang keluar dari mulut dia memang lain yang ditanya lain yang dijawab. Macam apa benda kau jawab ni? Takde kena mengena kot! Bikin gua tensi! =..= Dalam 2-3 kali gak ah dia follow dari belakang, eee rimas der! Tapi sebagai newbie aku pura-pura buat tak tahu, dan kawal muka.



Kbai.






6 comments:

cEro said...

Hahaha...
Pelan-pelan kenal...
Mana tau si Abon tu bakal jadi bestest friend yg ko pernah dapat...hehehe

aliyahaznin said...

hahahaha lawakkkk ada tak rasa nak cepuk seround hahaha

PUTERI YUSOF

syasandeul said...

bestnya keje kedai buku *O* bestnya wuuuu kirim salam sayang kat semua buku buku yg comel tu. mesti wangi kan buku baru :3 btw, psl abun tu saya penah lalui gak hahaha. mmg rimas tambah kalau kena keja sekali camtu. sabauu jela

nanadhoi said...

cEro,

tak mungkin.
TAK MUNGKIN.
HAHHHA

nanadhoi said...

Puteri,


Bukan setakat nak cepuk seround, 2-3 round pun ada. HAHHA

nanadhoi said...

Sya Syahirah,


tapi tak best sangat pasai duk kat bahagian revision bukan bahagian novel.T.T

Kan? Rimas gilaaaa.

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.