11 Jun 2015

Pelupa dan Memori Rawak

Assalamualaikum
Annyeong chingu!


Aku seorang yang pelupa. Bukan lah selalu tapi kadang-kadang ada lah lupa certain benda. Dan aku rasa aku mempunyai short-term memory. Kadang-kadang, even aku dok ulang-ulang perkataan tu dalam otak, lepas 10 minit je aku lupa balik apa aku nak buat atau beli atau cakap. Tapi selalunya benda yang aku nak ingat tu akan datang balik, cuma beza dia cepat atau lambat je. 


Dan satu lagi masalah aku adalah, bila aku lupa benda aku nak buat atau rancang nak beli atau cakap, aku akan jadi tak fokus dekat benda yang aku tengah buat. Aku akan try recall dan recall balik apa yang aku lupa, supaya aku rasa tenang dan boleh fokus balik. Tu baru pasal lupa. Satu hal lagi pulak, kadang-kadang bila aku tengah buat sesuatu, secara tiba-tiba aku akan ingat memori atau kenangan lama secara rawak. Random. Dan memori tu boleh jadi perkara yang berlaku tahun lepas, mahupun tahun-tahun yang sebelumnya. 




Contohnya petang tadi. Aku tengah study code depan pc untuk website. Tetiba aku terkenangkan roommate aku masa duk UiTM. Aku ingat semua roommate aku dari semester 1 sampai 5. Tak de lah ingat nama sorang-sorang tapi aku ingat rupa dorang. Tapi kan, aku lupa rupa roommate aku masa semester 6. Yepp, aku susah sikit ingat nama orang, tapi aku sangat ingat dan cam rupa orang. Dan ya, sem 1 sampai 6  aku dapat stay Kolej Mawar. Okay, back to the story. So, bila lupa tu, aku try lah recall balik...


Masuk waktu asar dan...


Masa nak solat Asar baru lah teringat. Cis licik betul keje syaitonnn. 
[Masa ni lah nak salahkan syaitonnn, bulan puasa tak leh dah, tu salah napsu sendirik.]

Pehhh. Nasib baik ingat balik, bolehlah fokus balik tengok coding. Tapi tak jugak... sebab masa tu dah 5:30 petang, fokus terganggu sikit sebab dah nak balik. HAHAHAHAH


Bila dah ingat rupa roommate masa semester 6, sambil scroll-scroll tengok coding, aku teringat pulak kisah baju hilang masa duduk kat Kolej Mawar dulu. Aku dulu cuci baju guna tangan hokayyy. Boleh kira dengan jari berapa kali aku pakai washing machine. Namun bukanlah sebab aku rajin, tapi sebab nak jimat duit. HAAHHAHA. Pinjam duit PT haruslah jimat sikit ye dak?


So setiap tingkat akan ada beberapa bilik ampaian. Ada yang besar, ada yang kecik. Kalau floor tu dapat ampaian kecik, dan kebetulan pulak masa kau nak jemur tu, ampaian memang dah full,tade space, kau kena pepandai lah cari ampaian lain samada pergi cari ampaian wing lain atau cari ampaian dekat floor lain. Tapi tu bukan apa yang aku nak cerita.


Apa yang aku nak cerita adalah, masa time aku duk kolej dulu, mesti setiap minggu ada kes baju hilang, seluar hilang lah, spender hilang, baju kecik hilang. Aku tak paham betul. Siapa yang curi sebenarnya? Kalau perempuan yang curi... kenapa dia nak curi? Dia takde baju dah ke? Muat ke baju yang dia curi tu dengan badan dia? Kalau dia curi spender atau baju kecik... rela ke dia pakai secondhand punya? Let's say, kalau orang lain tak sengaja ambil... Takkan lah dia tak kenal baju dia sendiri?


Sebab aku kenal baju aku sendiri, kalau baju sama, penyepit baju tu yang bantu untuk aku cam baju sendiri. Lagi satu, bila aku jemur, aku akan ingat position mana aku letak baju tu. Tapi aku kagum gak lah dengan orang yang selalu buat notis hilang baju, seluar, spender apa semua kat floor punya notice board. Sebab kalau aku, amik masa berbulan jugaklah untuk aku sedar baju aku hilang. Kadang-kadang tak ingat langsung. Sebab bila baju dah kering, aku akan amik je baju aku yang sedia ada dekat ampaian. Takde lah pulak aku nak kira balik bilangan baju or ingat ada baju yang takde ke apa.

Apa spender dengan baju kecik hang tu mahal/lawa sangat ke sampai orang nak curi? Musykil.



Kbai.




















6 comments:

cEro said...

Ada kemungkinan tak pakaian kecik yg hilang tu ditiup angin??
Atau dicuri monyet??
dengar cerita Mawar memang selalu dilanda monyet...heheh

EZAN IDMA said...

hahaha sama la kat asrama dulu pon mmg suka hilang. tapi mmg aku pon jenis tak hafal pon kalau ada baju hilang. jenis cepat lupa gak kenkadang -__-

Bro Ley said...

Hahaha....notis skrg pun ada mak kau hijau... Ikut trend sungguh. Part yg teringat time solat tu biasa gak jadi. Barang hilang cari x jumpa2 tp bila tgh solat la baru la boleh teringat kat mana letak brg tu. Memang syaiton ni opportunist. Tahu je bila nak amik kesempatan.

Selamat berpuasa. :)

nanadhoi said...

@cEro,

hmmm tak mungkin, pasai dorang selalu kepit guna penyepit baju. Kalau yang tak sepit tu pun, paling jauh , atas lantai je dia jatuh. Tapi tak tahu lah kan kalau dia punya jenis extra light weight. HAHAHA


Monyet? Hmm tade pulak, masa duduk kat Mawar dulu tak dengar, tak pernah nampak pulak monyet. Kat FSKM ye ada , lagi satu dekat Seroja. Seroja banyak gila monyet. HAHHA

nanadhoi said...

@EZAN IDMA,


kannn, kengkadang ada lah sedar gak tapi dua bulan kemudian. Yang selalunya jadi.... tak sedar langsung baju hilang. HAHAHAH


nanadhoi said...

@Bro Ley,


HAHHHA notis tu baru tampal, ikut trend katanya.
Betul, tapi salah sendiri jugak sebab tak khusyuk,
tapi apapun salahkan syaitonn jugak lah. HAAHAHHA

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.