9 Jun 2015

08062015 : Makcik dan bas U81

Assalamualaikum
Annyeong chingu!


Semalam aku pi kerja naik bas. Bas U81. Semalam kakak ipar aku tak berapa sihat, so thats why. Semalam bas tu penuh gila, tak macam hari-hari yang aku naik sebelum ni. Sebelum ni penuh jugak tapi tak sepenuh ni lah. So masuk-masuk bas, aku berdiri di antara sorang kakak India and sorang makcik Indonesia. Memula aku berdiri menghadap akak India tu, tapi disebabkan takde tempat berpaut, aku menghadap pulak makcik Indonesia.


Makcik tu memula tak senyum lah ape kan. So disebabkan aku nak tumpang port dia berpaut, so aku pun senyumlah sikit kat makcik tu as tanda minta izin lah kononnnya. Aku berpaut dan macam biasa habiskan masa perhati orang sekeliling. Sampai lah satu stop ni, bas berhenti and sorang lelaki warga asing tinggi dan gempal naik. Aku kalih balik muka dan tengok pemandangan kat luar. Beberapa saat lepas tu...



Aku nampak satu tangan besar, pegang tiang yang aku dengan makcik Indonesia tengah pegang. Makcik Indonesia tu pandang aku, maybe sebab nampak muka aku tak berapa selesa kot. Pastu aku just senyum. Tetiba makcik Indonesia tu mulakan perbualan. Tanya basic questions.



Aku just jawab je lah. Orang dah ramah dengan kita, kita go je. Rupanya dia nak pi Chow Kit. Beli baju baru untuk cucu laki dia yang 5 tahun. Dia pergi sorang. Bila ditanya, dia jawab takde kawan. Tak lama aku borak dengan makcik tu, tetiba aku rasa ada benda kena dekat belakang aku. Yes, siku laki warga asing tinggi dan gempal tu. Aku tengok kat tiang, hamboi hamboi hamboi, tangan dia pun makin rendah kedudukan dia. Memang bahu aku untuk disiku-sikukan. -__-





Aku tegur laki warga asing tu untuk letak tangan dia tinggi sikit. Ye lah, dia tinggi kot, pahal lak nak pegang kat bawah. Nak amik port tangan aku? Satu keje nak tanggung berat tangan dia pulak, dah lah beg pun dah sedia berat bawak laptop. Bila keadaan dah tenang balik, aku continue lah sembang dengan makcik Indonesia tu. Sampai lah dia tanya...



Erkk. Aku jawab...

Belum makcik.


Masa tu dalam kepala aku just fikir:

 "Am I look like a married woman?"

 Apa nampak matang gila ke muka aku? 

Muka dah macam umur 30-an ke?

Oh nooooooooo....Ini semua salah eye bag!


Tengah-tengah dok fikir...Tetiba je makcik tu angkat tangan dia, lalu tepuk-tepuk pipi kiri aku. Tepuk-tepuk manja lah. Aku ingat aku ada salah cakap ke apa, rupanya dia nak cakap aku ramah eventho belum kawen lagi (Language: Indonesia). Lebih kurang cenggitu lah apa yang aku paham berkat menonton sinetron petang-petang zaman sekolah dulu. Aku tak tahu apa kaitan dia. Tapi izinkanlah aku buat assumption, maybe makcik tu punya teori: Ramah = Dah kawen. Ye lah, bila dah kahwin kan kena biasakan borak-borak, layan orang tua kan. Maybe just maybe.



Tak lama lepas makcik tu tepuk manja pipi kiri aku, aku pun sambung...

Lagipun umur saya baru 23 tahun...

Makcik tu pun on the spot doa...



Erkkk. Nasib baik makcik tu bukan warga sini. Kalau tak aku dah mintak cenggini :

Makcik doakan bakal suami saya seorang yang beriman, berharta, dan sedap mata memandang. Lagi satu seorang backpackers. Pun dah cukup dah. 

HAHAHA. Matilahhhh. Siap request doa lagi spesifik kau.


Lepas aku jawab umur aku baru 23 tahun, makcik tu angguk.

"Oh anak makcik ada yang umurnya 21 tahun"

"Masih belajar atau sudah bekerja?"

"Tidak. Duduk di rumah, sudah kahwin"

"Oh maknanya cucu tadi, anaknya anak perempuan makcik?"

"Iya."


I guess sebab tu lah dia tanya pasal kahwin tadi kot. Pasal kalau kat kampung dia, dia kata memang kebiasaannya dorang kahwin awal. Pastu dah kering idea cari topik untuk diborakkan, maka aku saja cakap currently aku duduk kat rumah kakak ipar. Tetiba makcik tu doa semoga aku dapat jumpa parents aku. Masa tu aku rasa mesti makcik tu ingat aku duk jauh dari parents aku.



Lepastu aku cakap lah, aku balik tiap minggu pun. So kira macam tak ada masalah pun. Pastu dia berkeras nak doakan jugak. Doa semoga aku jumpa parents aku petang tu jugak. Hmmm iyekan ajo lah. Then, makcik tu bukak cerita yang dia jumpa perempuan bertudung, sombong tak nak jawab salam yang dia bagi, bila dia cakap, perempuan tu tak layan. Dia emphasize kat perkataan 'perempuan' dan 'bertudung'. So maybe sebab tu lah jugak agaknya , dia macam gembira sikit bila berbual dengan aku.


So apa yang aku dapat haritu :

Bila kita bertudung, behave. Jangan sombong. Sebab kita, tak pepasal orang lain pun kena pandang serong. Sebab perangai kita yang tak elok tu lah akan jadi hujah orang untuk cakap yang perempuan bertudung tu, itu ini.

Jangan malu untuk mulakan conversation. Nasib baik makcik tu mulakan conversation dulu, even aku tahu maybe dia cuak jugak nak mulakan sebab takut kena ignore macam apa yang dia alami waktu dedulu dengan 'wanita bertudung' yang dia cerita tu. Kalau makcik tu tak mulakan dulu, maybe kitorang takkan bercakap pun sepanjang perjalanan. Sebab aku pun cuak nak mulakan conversation sebab takut kena ignore. 


Lastly, senyum selalu. Senyuman tu lah buat orang fikir yang kau ni seorang yang boleh di'approach'. So kalau segan nak mulakan dulu conversation, just senyum. 












10 comments:

Mish Syura said...

Tak tahu nak comment apa.. saje nak leave comment jugak here. Anyway nice entry to read =)

Dea Day said...

This is so sweet. Aku jenis yang takleh duk kat tempat ramai orang dan sangat tak tau macam mana nak mula berborak dengan orang so aku sangat kagum orang yang boleh ramah ngan stranger. Kipidap.

cEro said...

Pada aku kan,
perempuan nak mulakan conversation dgn makcik2 ni mmg tak ada masalah.
Tapi lelaki macam aku, dgn muka pecah rumah ala-ala rempit, persepsi masyarakat lain sikit.
Bila mulakan conversation, selalunya dibalas dgn silent je...heheheh

**morale down**

EZAN IDMA said...

ramahnyaaaa makcik ni. kenkadang pernah jugak borak2 dengan strangers dalam bas. mula2 rasa kekok, lama2 panjang pulak boraknya! hahaha ok btw hye! sy ezan! hehee

sue sue said...

singgah blogjogging....gigih nak abeskan cerita awak!hihihi

nanadhoi said...

@Mish Syura,

terima kasih sudi lawat blog dan komen. :DD

nanadhoi said...

@Dea Day,

Sama! Memang jenis tak leh duduk tempat yang crowded sangat. Tapi kadang-kadang boleh je. Maybe sebab diri ni jenis ambivert kot. Kalau bab cakap dengan strangers tu maybe sekali dua kali boleh lah cakap, kalau next time, tak sure lagi sebab modal buat bercakap dah habis.

*garu kepala*

nanadhoi said...

@cEro,

eh tak jugak cEro, boleh je laki bercakap dengan makcik-makcik,
tapi tengok jugak lah pada tahap keramahan dia.
Alah, cEro, jangan lah merendah diri sangat,
lagipun makcik-makcik tu dah tua, tak pandang rupa,
so dorang memang tak memilih sangat dengan sape dorang nak bercakap.

orang-orang berumur ni kan selalu rasa kesunyian,
so bila sesiapa ajak berborak mesti dia appreciate and rasa happy.
Boleh prektis lagi cEro. Mulakan dengan senyuman.
Tapi jangan senyum kejam pulak. HAAHHA:DDD

nanadhoi said...

@EZAN IDMA,

kann. memula rasa cam awkward, tapi bila dah boleh masuk ikut rentak dia, memang lama jugak lah borak dia. Sampai tak sedar da lama borak.


Hi ezan! Saya nad! Nanadhoi! Hihhi :D

nanadhoi said...

@sue sue,

hihhi sorry, saya pon tak sangka dah taip panjang cenggini.Sejak tinggalkan SMK , tak pandai nak ringkaskan cerita. HAHAHA

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.