2 Jun 2015

Lelaki yang layak kena Penampo

Assalamualaikum
Annyeong chingu!


Aku dah lama nak cerita pasal menda ni. Tapi aku keep on procrastinate. Sampailah tadi aku baca status FB kawan aku:


"Tadi waktu aku turun escalator, ada mamat uh snap bontot pompuan depan dia"


the fish mannn!

Entah lah, makin banyak orang pervert sekarang ni. Masa aku naik bas kerja dulu, selalu ada je mamat dok usha bontot pompuan yang turun bas. Kengkadang pompuan yang pakai tutup elok pun kena usha gak. Aku rasa kena pakai tong sampah kot, baldi ke, baru tak kena usha. Aku pun kengkadang kena usha laki gak bila naik bas [sumpah aku tak seksi, tudung pun tutup dada], kalau dah kena tu aku tenung dia balik, buat muka tak puas hati. Ada satu kali tu, aku nampak one guy ni dok usha sorang pompuan ni. Pompuan ni buat bo layan je ah or maybe dia memang tak sedar pasai khusyuk messaging. Aku apa lagi, terus tenung mamat tu tak puas hati, HAHAH, langsung dia tak usha pompuan tu dah. 


The latest one, masa dalam LRT nak balik Ampang hari tu. One guy ni duk ralit sungguh usha sorang akak depan dia tu. Masa tu tak ramai orang pun, kalau dia buat pun senang je nak detect, yet semua buat dek. Kakak tu lak, memang aku akui lah, akan menarik perhatian laki pasai mekap tebal sangat. Free hair. That one guy tu pulak asyik tenung breast dia. Aku dah macam..."the heck maannn!". Tapi sebagai seorang perempuan yang tak lah sado sangat aku mampu tenung that guy je, sampai dia tak usha kakak tu lagi. That kakak pulak aku tak tahu la sama ada dia perasan kena tenung ke tak, buat-buat tak tahu pasal tak berani, or buat-buat tak tahu pasai suka ditenung. Kalau aku jadi dia, aku dah tukar pi tempat lain.



Oh aku update pasai tertengok video Shia LeBouf tadi, dia cakap jangan Procrastinate. So ni lah dia. Tapi gua tak minat sangat pun dia, tapi... sebab dia bersungguh gila dalam video tu, so ni lah dia.
Kbai.




8 comments:

syasandeul said...

hahha tips yg menarik ok pasni nak tenung balik org tu sampai dia menyampah xD tula laki ni smua bukan leh dipercayai sgt pun, kena hati hati ngan dorg kan. akak nak save doodle yg bawah sekali tula boleh? hehe :p

Prince of Noob said...

lelaki memang ramai yang pervert, harap wanita yang berani macam cik nanad ni lebih ramai untuk mengekang lelaki2 pervert di luar sana.

btw dah follow blog awak, follow mine too :) - Noob

Mish Syura said...

Apa lah lelaki2 ni.. baiklah diorang ni layan fb kat phone tu dari tengok bontot perempuan. Bangla pon tak ushar bontot pompuan kot. =.=

cEro said...

Memang tak dinafikan ada je jenis lelaki yg tak segan silu nak tatap aset siapa pun.
Tapi yg lagi buat aku pelik ialah, ada jugak jenis perempuan yg suka kena tengok.
Hm...maybe self-esteem tinggi sgt kot?

nanadhoi said...

@syasandeul,
tenung jangan tak tenung, HAHAHA
betul betul, kena hati-hati untuk avoid benda2 yang tak diingini,
Eh boleh dik, amik je. :)

nanadhoi said...

Prince of Noob,
eh tade lah berani sangat, setakat tenung macam tu,
i guess ramai boleh buat, tapi itu pun kesedaran orang tu sendiri,
sesetengah mungkin rasa itu salah satu tanggungjawab dia and buat sekadar apa yang dia mampu,
and sesetengah lagi prefer diamkan diri dan buat tak tahu.

:)
Thanks, done following :)

nanadhoi said...

@Mish Syura,
tu lah kann, patutlah pernah tengok ayat yang ni:

"Kalau wanita dipinjamkan kepada dia mata lelaki, nescaya dia akan menutup aurat dengan sempurna"

Err lebih kurang macam tu lah, cant remember well.HEHHE

tapi kan, saya pernah jumpa warga bangla, indonesia, nepal and malaysia jangan cakaplah, usha aset perempuan, i guess , bukan sebab nationality, agama or kaum seseorang...tapi sebab jantina dorang laki,
Again, tak semua laki lah macam tu, tapi sebagai wanita kita amik langkah berjaga-jaga je. So bila kat mana-mana make sure kita sentiasa alert keadaan sekeliling.:)

Saya jenis suka perhati ragam orang, thats y selalu nampak menda2 cenggini.HAHAHA. tapi tak pernah pulak, setakat ni jumpa laki yang berani tegur pelaku kegiatan yang takde sivik ni. Eh panjang pulak, hehhe

nanadhoi said...

cEro, i guess setakat ni yang gua jumpa, masih punya rasa malu lagi kot,
pasai terus stop bila kena tenung. Maybe, last yang aku jumpa tu malu dia kurang sikit pasai 3-4 kali pandang baru tahu nak jaga mata.

hmm yang pasai pompuan tu, agak setuju gak lah,
mungkin bagi dia itu satu kepuasan. Sama macam laki yang suka bila jadi pusat perhatian wanita.
alah ramai je yang dress up for guys, untuk laki pandang puji,
tapi tak semua lah, ada yg dress up untuk level up dia punya konfiden.

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.