3 Nov 2014

03112014 : Peristiwa Bukak Akaun ****

Assalamualaikum.
Annyeong!
[Tujuan post ini dibuat adalah kerana aku tak sempat nak sambung post Melaka. Keje brooo. Akan diusahakan nanti]
Hari ni takde pape yang special. Just aku kena bukak akaun bank **** pasai tempat kerja aku guna bank **** . So nak senangkan keje masukkan duit gaji, akaun bank pekerja diseragamkan guna bank ****. Tetiba rasa macam mencarut pulak kalau gunakan **** untuk represent nama bank tersebut. HAHHAH


Rumah aku dengan bank tu tak jauh. Cuma 1.2-1.5 km je kalau jalan kaki. Dalam 30 minit sampai dah. So aku jalan kaki dan berjaya sampai ke bank tersebut.


Sampai-sampai, aku pi kat kaunter. Masa tu ada orang kat depan aku, so aku tunggu jap. Masa tu, kaunter depan tu ada sorang akak cantik yang jaga. Bila turn aku nak pi tanya dia, tetiba staf laki kat sebelah dia datang entah bincang pasai borang apa pun aku tak tahu. Akak tu pun sibuk menilik borang-borang tu, staf laki kat sebelah dia pun tanya :


Staf laki : Ye?

Aku : Aaa, saya nak buat akaun bank
Staf laki : Kalau buat akaun RM250 tau?
Aku : *Angguk (dalam hati dok mengata bapak mahalllll!)
Staf laki : Umur berapa ye?
Aku : 22 
Staf laki : *bagi nombor giliran

HAHHAH, aku jadi ragu-ragu jap, dah kenapa tanya umur. Apa? Muka aku tak cukup matang apa nak buat akaun bank. Tambah pulak aku selamba dek je pakai seluar tracksuit bawak payung 1 Malaysia, tu yang buat dia makin confuse kot. HAHHHAHA. So aku tunggu. tunggu.tunggu sampai nombor giliran aku dipanggil.

"7009 kaunter 7"

Aku usha kaunter depan seat aku. Yang ada sampai nombor 6 je. Aku toleh belakang. Lahhh, kaunter brader tadi rupanya. Oh lupa nak cakap, muka brader ni boleh tahan lahh, tapi tak dapat lah nak dimasukkan dalam kategori hensem. Tapi dup dap dup dap lah jugak. Aku ni kalau berhadapan dengan laki yang good looking atau good looking dan konfiden  memang aku neves sikit. 

Dia suruh aku letak ibu jari nak ambik thumb print, tiga kali tak jadi. Tangan berpeluh. Aku harap time tu dia tak perasan lah aku gelabah pasal dia. Sebab tangan aku memang jenis cepat berpeluh, tambah pulak baru lepas 1.2 km jalan kaki dari rumah.

Ambik cap ibu jari settle. Dia bagi borang suruh isi, aku dah start neves. Aku tak tahu lah kenapa. Apa aku fobia dengan laki good looking hape? HHAHHAH. Aku pun tulis nama atas borang. 

Staf laki : Eh gaya menulis kita sama lah!

Aku masa tu tengah neves, so aku go on je tulis. Buat dek kat brader tersebut. Sebab aku ingat dia saja je cakap camtu sebab aku ni boleh tergolong lah dalam manusia yang menulis gaya pelik. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah mesti ada yang tegur. Bangga sekejap bila kawan menunjukkan rasa-rasa kagum. HAHHAH. Tapi kekurangannya adalah time exam, nak tulis nama atas slip dekat meja punyalah susah, kalau ikutkan aku nak berdiri tulis. Tapi takut lak pengawas nampak so aku belasah tulis menegak walaupun aku kena tulis menyenget. Dan tulisan aku jadi HODOH. Mungkin inilah hikmah aku tak dapat jadi cikgu. Kalau jadi cikgu mesti kena kutuk dengan anak murid kata cikgu bertulisan hodoh. Unless papan hitam tu jenis boleh dipusing-pusing kepada 90 darjah.

Pastu brader tu mintak ic aku and taip-taip kat komputer. Lama. Aku neves. So mata aku kejap pandang kiri, kanan, paparan saham atas kepala brader tu. Pastu brader tu berhenti taip. 

Staf laki : Bukak akaun atas sebab apa?
Aku : Keje.
Staf laki : Keje sebagai apa?
Aku : Keje dekat bookstore.
Staf laki : Yelah, kerja as apa?
Aku : Retail Assistant. Tapi ni kerja temporary je.
Staf laki : Takpe.

Lama dia duk menung depan komputer. Aku pulak dah tak senang duduk. Mata kejap-kejap pandang luar, atas, kiri, kanan. Apakehe lama sangat ni. 8 minit kemudian.

Staf laki : Retail Assistant ni nak letak as kategori apa?
Aku : =..= Dia macam Sales Assistant
Staf laki : *Cari lagi sambil tanya kat diri sendiri nak letak kategori mana.
Aku : Susah-susah letak je as student.
Staf laki : Oh belajar lagi? Cuti sem?
Aku : A'ahh.

Brader tu klik mouse sana sini. Diam. Aku dah lah kurang selesa kalau dalam situasi diam lelama cenggitu. Masa dulu aku buat Maybank punya penyata, abang tu punya lah ramah siap tanya kursus apa lagi. Siap cerita kawan dia ramai kat UiTM. Yang ni… janggal gila aku rasa. Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah.

Staf laki : No handphone?
Aku : 01*…(suara start serak)
Aku : 01*-***(suara makin serak)

Sampai je kat 4 nombor terakhir, suara aku hilang. Antara dengar tak dengar. So brader tu mintak ulang, aku pun berdehem jap before ulang balik. Time aku berdehem tu, brader tu tergelak. Supaya tak nak berasa segan yang amat aku pun gelak jugak. =..=

Mesti abang tu ingat aku neves sebab dia. Mesti dia ingat dia buat aku neves. Mesti dia perasan cenggitu. Mesti. Padahal, aku kalau tak cakap dalam tempoh yang lama, memang suara jadi serak cenggituh. Pulak hari ni memang aku puasa Asyura. Dari pagi memang tak sahur apa, hatta seteguk air pun. Bangun lambat punya pasal. Penat kerja semalam tak habis lagi. Tapi aku tak lah cakap “Bang saya puasa bang, tak minum ayaq, tu yang tade suara tu”. Tapi aku harap dia tak salah faham lah, kot dia ingat aku minat dia pulak. =..=

Lepas tu, dia tulis-tulis jap kat borang. Aku tak sengaja terpandang tangan brader tu. Wehh, betul ahhh dia tulis sama gaya macam aku. Kidal pun kidal. Wehh, serius first time aku tengok orang yang menulis gaya menyenget 90 darjah macam aku. Kalau tulis secara terbalik tu aku dah jumpa dua orang dah. Kagum kejap. Rupanya brader ni tak menipu. HAHHAH

Staf laki : Lepas ni pergi machine masukkan nombor ni.

Aku pun pergi ATM machine, tekan-tekan nombor atas kertas. Tade pape yang jadi. Banyak kali jugak aku tekan. Tapi still tade effect. Pastu aku tanya brader india kat sebelah, pastu aku tanya dia sambil tunjuk nombor sambil cakap aku nak bukak akaun. Tapi sekarang baru aku sedar, betapa bodohnya aku pi tunjuk nombor tu kat brader india tu. Tapi bersangka baik je lah. Moga dia tak aniaya orang yang berpuasa dan telah berjalan sejauh 1.2 km panas-panas buta ni.

Brader India : Oh ni you kena mintak card.
Aku pun… Oh, patutlah. Aku pergi kaunter balik. 
Aku : Bang card ada?
Staf laki : Eh tak, adik gi machine, tekan nombor 5,pastu tekan nombor ni.
Menyesal lak tanya. Sumpah rasa bodoh gilaaa.
Aku : Ohhh, ok.

Aku pi ATM machine balik. Tekan nombor 5, tekan nombor atas borang. “HAIIHHH, abang ni nak pekena aku ke hape? Tade mende jadik pon!”. Aku pi kaunter balik. Masa ni abang tu dah chow pi mana entah, tinggal akak cantik yang memula aku citer tadi je.

Aku : Kak, dah tekan nombor 5, tapi tak jadi pape pon?
Akak cantik : Pergi masukkan nombor ni dekat cash machine!(nada marah)

Waddehek doh akak ni! Muka cantik perangai macam whatthefish betul. Tapi masa tu aku tak mencarut lah, aku diam je, puasa kann. Time menaip ni je aku mencarut. Kalau nak ikutkan bukan dia tengah busy pon, aku tengok dia tengah layan pot pet pot pet dengan kawan dia. Kes keje tak ikhlas ah nih, tak nak keje duk je lah rumah jaga suami. Tu pun kalau ada suami lah. Herhh. Ok jahat pulak bisikan hati aku ni, selalunya tade lak camni. Mungkin aku harus berpegang dengan kata-kata Jae Suk : 
“Perempuan cantik memang cepat marah”.

Ye lah, aku tanya baru sekali kot kat dia. Before this aku tanya dua kali kat brader tu dulu. Ingat aku bukak akaun bank hari-hari apa? Dahlah kertas tak tunjuk instruction. Ke aku yang tak baca? Dah lama kot aku tak bukak akaun bank. whatthefish betul.

Lepas je masukkan duit dalam cash deposit, terus aku lega pasai tak payah hadap brader tu dengan akak cantik yang rude tu. Terus pi kaunter depan. Baik lagi akak chinese yang layan aku kat kaunter depan ni, bila tanya pon dia jawab elok-elok.

Lepas tukar nombor pin baru aku terus balik. JALAN KAKI. Yeahh, another 1.2 km tengah panas-panas buta berbekalkan payung 1 Malaysia yang tak berapa membantu. 

On the way jalan aku nampak ada satu kawasan tepi jalan tu banyak betul burung. Semua tengah makan pisang goreng. Baik hati betul mak cik jual pisang goreng tepi jalan tuh bagi makanan kat burung. Banyak lak tuh. Moga  burung-burung tu kenyang dan tak keracunan makanan sebab aku takut burung tak leh makan pisang goreng je. Tapi apapun salute lah kat mak cik yang murah hati tu.




Sampai je rumah aku bukak email aku. Weh aku dapat jemputan ke parti LipIce bersama Diana Danielle wehhh! OMGGGG. Ye, memang aku tak menang contest tu, tapi aku dijemput untuk ke parti bersama Diana Danielle kot. Mesti dapat makan best-best, mesti ada barangan LipIce yang boleh bawak balik, aku tak kisah pun yang lain. Kalau ada pun selfie dengan Diana Danielle jeleskan bebudak yang sibuk upload gambar dengan retis kat timeline facebook aku. =..= Sumpah aku tak jeles doh korang bergambar dengan retis bagai. Tapi kalau korang post gambar travel memang sumpah aku jeles.



Tapi tu lah, aku tak dapat nak join gi event tu sebab clash dengan hari penyampaian hadiah dekat SACC Mall 15 Nov ni, takpe lah mungkin rezeki orang lain untuk jeleskan bebudak yang asyik upload gambo ‘kongsi keglemeran retis’ kat timeline fb dorang. HOOHHHOO



Kbai

4 comments:

cEro said...

Lama dah aku dgr psal "Perempuan cantik memang cepat marah" tu...
Dari zaman sekolah dulu lagi selalu jadi bahan eksperimen aku...
Tak psal2 perempuan tak cantik pon sesaje nak cepat marah sebab nak perasan cantik...heheheh

Uncle Zuan said...

klu ikutkan bilangan bintang mcm boleh teka je bank apa tu hehe

nanadhoi said...

@cEro,

Oh dari zaman sekolah lagi rupanya orang dah buat hipotesis ni rupanya. HAHHHA

Yang pasal pompuan tak cantik cepat marah sebab nak perasan dia cantik tu tak leh blah.HAHHHA

nanadhoi said...

@Uncle Zuan,


HAHHAH, tapi ada dua possibility jugak bank apa. Tapi betul lah tu tekaannya,HAHHAHH

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.