25 Oct 2012

on the way Raya Haji~

Assalamualaikum.
nak habaq mai,
post ni tak berkaitan sangat pon dengan raya haji.

berkaitan perjalanan on the way balik rumah
untuk raya haji.

rabu baru ni aku cadang balik rumah
naik bas.

makanya bermulalah kisah pengembaraan
balik ke rumah.

jam 3:30 petang aku dah terpacak kat bus stop dalam UiTM
berhampiran kolej mawar.
tak lama lepas tu
bas seksyen 2 sampai.
aku naik.

....................

bas sampai seksyen 2.
aku turun.

tunggu.
tunggu.
tunggu.
dan tunggu.

ye tunggu pemandu bas U80.
bas ada tapi pemandu belum ada.

15 jam minit kemudian.
pakcik bas yang bergaya sampai.

aku toleh ke arah beliau.
tanpa di sangka-sangka,
pak cik itu memberi command
menggunakan suara jantan beliau.

(baju merah melambangkan pak cik rapid)

ye.
teringat pulak aku zaman masuk kesatria negara masa sem 1.
unik sungguh.
aku hanya mampu...

 
 
aku naik bas tersebut.
perjalanan bermula.
dari bus stop ke bus stop,
bilangan yang naik bertambah,

bilangan yang turun hamboi sikit.

 
as a conclusion bas tersebut jadi sardin.
cekodok penyek pon boleh.
 

(bas rapid yang takde pintu.sekian)

disebabkan dah petang.
jam pun hampir ke 5:00 petang,
makanya berpusu-pusu lah,
encik dan puan bekerjaya mahu pulang
dari tempat kerja.
jem.dan bertambah dugaanlah kepada kami
yang berhimpit-himpit untuk meneruskan
kelangsungan hidup.

sampai bangsar.
aku turun.

fuhh lega!!!


naik lrt.
turun masjid jamek.
menghala ke stesen cempaka.
turun cempaka.

call encik ayah,
mana tahu untung-untung boleh jemput,
alang-alang balik dari kerja.
hampa.
maka naik bas.

bas yang sedia ada T324.
agak musykil dengan laluan yang terpapar.
memandangkan ia satu-satunya bas yang ada,

aku naik dengan konfiden.

ye saya ulang.KONFIDEN.


duduk 1 minit.

duduk 2 minit.

duduk 3 minit.

duduk 18 minit.


akhirnya bas bergerak.
tiba-tiba...
ada lagi satu bas park betul-betul
belakang bas yang aku naik.
aku toleh-toleh.
terpapar...

 
tasik tambahan!

 
dan mulalah sesi mengutuk diri sendiri.
 
"demmm aku salah bas!"

 
nak turun malu.duit singgit jangan dibazirkan.
ahh tak sempat lagi.
 
 
 
perjalanan diteruskan.
nasib aku baik sebab bas T324
lalu jugak kawasan yang berhampiran
tapi jauh sikit.
 
 
sepanjang aku dalam bas,
maki diri sendiri.
bas berhenti.
penumpang naik.
budak sekolah.
aneh.
aku nampak...
 
 
 
 
jam tangan yang digantung
pada tempat laluan tali pinggang.
(ah hentam lah labu)

pelik.
dan saat budak itu berlalu untuk duduk,
aku perasan sesuatu.
dia pakai beg sebijik macam yang aku pakai masa tu.
aku...

 
 
 
 
 
-tamat-

 
 

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.