21 Aug 2015

#tipsMasukU

Assalamualaikum
Annyeong chingu!


It's been a while, aku tak update blog. Jenguk-jenguk cenggitu ja, tu pun jarang-jarang, kadang-kadang. Mood nak update blog tak datang-datang.


Okay guisss gayss, eh? Hari ni gua nak bagi tahu tips-tips pada bebudak baru nak up yang baru nak kenal alam Universiti. Ecewwah, bajet gilaaa. Padahal rasanya orientation week pun dah habis lamaaa dah. Tapi sokayyyy, ni untuk bebudak nak up yang baru nak masuk U next batch pulak. HAHAHAHHA


Dah ah, gua tak nak bazir masa. Terus ke tips je la eh. Mood gua pun kejap ada kejap hilang ni. Kang tak sempat nak tekan publish tetiba mood hilang lak, sudahhh.



1. Banyak yang Hensem dan Cantik 

Cikgu sekolah rendah, sekolah menengah selalu kata :

"Kat U nanti awak akan jumpa banyak lagi yang hensem-hensem dan cantik-cantik"

Tapi cikgu-cikgu tak pernah bagitahu yang #thefact semua yang hensem-hensem dan cantik-cantik tu dah berpunya. Sila kecewa berjemaah ye.

Yes, mostly yang hensem cecantik suma dah berpasangan walau secara tak sah. Semua dah berpunya. Kengkadang yang lesbo, gay pun ada, mintak jauh. Tapi aku tak nafikan ada yang still single, cuma kau kena usaha lebih sikit untuk jejak. Good luck ah. #sapelambatdiakecewa


2. Komander suka menjerit

Aku tak tahu lah U korang, kat tempat aku, komander merupakan antara pihak yang akan dibenci masa kau semester 1. Masa semester 1 ni kau wajib masuk unit uniform, sem seterusnya terpulang nak teruskan ke tak. Bila benda-benda kena paksa memanglah kau tak suka kan. Tapi yang buat kau lagi tak suka adalah komander yang jenis jerit-jerit, pekik-pekik. Cukup annoying. 

Yes, maybe tujuan dia untuk mendisiplinkan kau. Suruh kau gerak cepat. Tapi aku tak tahu lah apa efektifnya dorang jerit-jerit. Tiap kali, ada jugak yang lambat aku tengok. Tak payah ler jerit. Suruh je yang lambat tu ke depan buat pumping. Lagi satu, adalah sorang, dua orang yang kengkadang 'tercarut'. Kalau tak 'tercarut' , paling koman kau kena adalah 'bodoh'.

Tapi tak semua komander ada perangai macam tu, sorang, dua orang je, yang lain ada je yang baik senyum. Tapi tu lah, macam citer Kassim Selamat lah, dengan keturunan-keturunan dia sekali pun dibenci. Tapi kan, kau akan tengok, yang jerit-jerit ni semua komander (pelajar), tapi jurulatih dia (bukan pelajar), relaks jer. Kawad salah pun, dia sabar je. Takde nak naik suara.

So kalau bercita-cita nak jadi komander, jadilah yang disayangi. Possible je. Tak tinggi suara, tak jerit-jerit semata-mata nak suruh bebudak cepat padahal budak tu dah depan mata kau, pun dah cukup disayangi dah.


3. Jaga duit 

Bukan nak citer pasal toyol. Guys yang pinjam ptptn, mara, dapat tajaan jpa, sila lah jaga duit anda. Berjimat tu amalan mulia. Jangan boros sangat. Jangan pikir nak belanja awek sangat. Sebab kau tak tahu bila kau akan gila-gila memerlukan duit. Kalau tak nak berjimat pun, at least biarlah duit tu bertahan sampai kau habis pengajian. Walaupun baki dia tu tinggal RM10. At least tak de lah nak mintak duit mak bapak.

Ke kau memang tak rasa bersalah langsung mintak duit kat mak bapak setelah memboros guna duit pinjam? Pastu sesibuk nak buat demo nak suruh mansuh ptptn. Kau dah memboros tak hengat dunia, pastu kau nak cover dengan mintak mansuh. Baik punyaaaa cadangan. Padahal masa sign agreement tu kemain sungguh-sungguh lagi.


4. Mini Bazar


Kat tempat aku, everytime bukak cuti je mesti ada tapak jualan selama seminggu. Target dorang of course la budak pompuan. Pompuan kan bernafsu banyak. Tudung lah, blouse lah, shawl lah, gelang lah. Dah lah hari-hari pergi balik fakulti jalan kaki mesti lalu kat dataran dorang berjual tu. Terpaksa tundukkan pandangan. Tapi ada satu-satu time tu, terbeli jugak. Nak buat cane, pompuannnn.

So girls, hati-hati. Nafsu je semua ni.


5. Meniru


Please la jangan meniru. Unless lecturer kau kasi bincang ke apa ke. Tak kisah lah kuiz ke test pun. Nanti dari situ lah kau rasa ketagih. Aku pernah meniru time sekolah rendah dulu. Few times. Tapi sekolah menengah aku stop dah. Kat Universiti dah panjang gini takkan meniru lagi kot? 

Yes, kau mungkin dapat markah tinggi, carry mark tinggi. Tapi kau lupa keberkatan. Dan kau takkan rasa puas sebab tu bukan usaha kau sendiri. Biar je lah, kau tak tahu jawapan pun. Aku kalau blank pun, akan isi jugak something, hentam pun hentam. Selalu je aku 'padankan muka' aku sebab study last minute. 

Entahlah, bila dah masuk U ni hope jadi matang sikit. Bagi aku orang yang meniru ni, eventho dia pandai macam mana pun, sedikit sebanyak akan kurang respek aku kat dia. #lostmyrespect . Buat sendiri, bila dapat markah teruk, kau akan lagi semangat cari jawapan yang betul. Bila dah salah tu, kau akan ingat sampai bebila salah yang kau buat tu. #menirutakcool


6. Ponteng

Bagi yang tak pernah ponteng seumur hidup dia tu, time ni lah kau nak ponteng. Sekali-sekala. Asal tak jejas credit hours sudahlah. Aku pun pernah ponteng, kekonon rebel. Pasal waktu sekolah dulu attendance tak pernah rendah. So guyss, sila ponteng. Yang dah selalu ponteng waktu sekolah tu, tak yah lah eh. Time ni lah ko nak rerajin. Bagi chance kat kitorang yang tak pernah ponteng.

Masa ponteng tu buat apa? Tidolaahhhh. Itu pun nak ajar ke? Tapi kalau rajin basuh lah baju. Kalau kau rasa nak ulangkaji, adalah lebih afdhal kau pergi je kuliah. Ilmu dapat, barakah dapat.


7. Kalau boleh jangan couple

Aku tahu zaman universiti ni, hormon membiak kau lain macam. Tapi please kawal nafsu kalau boleh. Kalau tak tahan, puasa, kalau tak kawen je, senang cerita. Terus pi rumah awek pastu #kupinangkaudenganBismillah je. Settle.

Sebab kekadang ada yang kecundang waktu exam sebab cinta. Memang nasib kau lah sebab couple dengan playboy, playgirl. Kalau nak couple tu make sure la jangan letak sepenuh perasaan, harapan dan duit sangat. Awal lagi tu bro, belum kawen lagi. 

Kalau boleh elak, elak. Kalau tak boleh, be serious and professional. Jangan bercinta semata-mata nak main test-test je. Kawan aku ada je yang berjaya ke jinjang pelamin pun. Alhamdulillah. Pilih betul-betul. Jangan nanti, ada yang nangis tepi jamban.



8. Ingat mak bapak 

Ingat mak bapak kalau terniat di hati nak buat bebenda bukan-bukan. Ingat mak bapak tu berhentilah buat, jangan ingat pastu sambung buat. wth. Jangan jadi keji sangat okay.



9. Pilih club yang betul


Kat tempat aku, aku akan suggest masuk KRESMA. Aku agak menyesal la jugak tak masuk. Sebab apa? Banyak abang dan kakak sado dalam ni yang hensem-hensem dan cantik-cantik. Aktiviti dia semua menarik. Banyak naik gunung. Bond pun kuat. Banyak budak engine dan boleh cuci mata. Eh?

Navy pun best gak. Tapi aku minat dengan uniform navy je. HAHAHAH


10. Jangan memekak

Kalau duduk kolej/asrama, tak payahlah nak memekak memalam buta. Penghuni lain bukan nak dengar sangat suara jeritan manja, gelak besar kau tu. Tak pepasal ada geng jemah lain lak join. Kena rasuk nanti, menyusahkan kawan je. Kau boleh la relaks, pasal kau tak sedar. Kalau kena dengan yang berdendam dengan kau, mahu dia humban je kau pi tingkat bawah. Dah la annoying, menyusahkan orang pulak. #mohonkelaut


11. Manfaatkan peralatan sukan

Setiap U ada fasiliti sukan memasing. So, apa kata kau manfaatkan fasiliti tersebut. At least, rasa berbaloi la bayar yuran tu. Sebab kau dah manfaatkan fasiliti-fasiliti yang ada kat U. Aku dulu, selalu gak lah pergi pusat sukan. Kengkadang, main basikal, main squasy, main rowing machine, pergi pool swimming.

It might be a good way jugak untuk distract kau dari fikir pasal nak couple, jeles tengok orang lain couple etc. Aku sendiri guna cara ni. Bila kita sibukkan diri kita, kita takkan ada masa untuk fikir bebenda yang remeh. Maklumlah, aku kan tak hottt. Pergi kuliah pakai baju tshirt sukan je. Pastu , muka takat letak sunblock dengan lip balm je. HAHHAH

Selain tu, kau boleh manfaatkan fasiliti lain gak macam pi pusat perubatan cuci gigi ke. Banyak je benda untuk dimanfaatkan. Nak taknak je weh.


12. Group Project

Kalau nak buat group project, hati-hati sikit. Kengkadang kau rasa kawan tu sesuai sebab kau dengan dia bila kawan, okay je. Tapi tolong fikir semula. Tak semestinya dia bagus as kawan, dia akan bagus jugak as a group member. Lain weh. Pilih yang kau bebetul percaya je. Jangan terambil rakan lelap. 

Kau pun, kalau kau tak terer, jangan duk diam je, jangan pasif sangat. Cari peluang untuk contribute dalam kumpulan. At least, member lain, nampak jugak lah effort kau. Kalau tade yang kau percaya, hmmmm buat je lah sengsorang. Daripada kau makan hati. Itu kalau kau mampu lah.


13. Tak payah aktif sangat


Serious talk. Kat U nanti jangan sibuk sangat nak kumpul kupon atau markah Kemahiran Insaniah. Unless kupon tu boleh janji yang kau akan dapat kolej sem depan. Alhamdulillah 6 sem aku dapat duk kolej dengan sekali rayuan sepanjang 6 sem. Tak payah nak aktif sangat.

Apa yang dok dicanang kata, kalau tak aktif susah dapat keje tu tipu belaka. Sepanjang aku pi interview keje, mostly dorang tengok CGPA kau dengan SPM kau. So jangan aktif sangat sampai pointer jatuh macam aku. Kalau kau cuak gak, pilihlah 2-3 aktiviti untuk kau involve setiap semester.


14. TipsMasukU?

Tak payah baca #tipsMasukU pun takpe deknon oi. Masuk je U tu. Aku dulu takde pulak nak search tips bagai masa nak masuk U. Yang aku search kisah seram U/Kolej Kediaman je.HAHAHAH






Mana yang kau rasa betul, kau amik lah buat pengajaran. Kalau tak berapa betul tu, pepandai kau lah nak ikut ke tak. HAHAHA


Kbai.



14 comments:

Farah said...

Suka sangat entri ni. Totally reflect kehidupan dekat university nanti. Walaupun saya punya pengalaman lain sikit but I totally agree with all the points.

Especially bab pilih kawan masa buat group assignment tu.

cEro said...

AKu akan komen panjang. Jyeahh!

1. Banyak yg hensem dan cantik, tapi bagi kes aku, semua tu dkat kelas dan course lain, kelas aku semua macam...hmmmm...hahaha

2. In my case, aku ada kenal rapat dgn sorang komander ni sbb dulu pernah belajar sama, so banyak laa keadaan yg advantage dkat aku...contohnya masuk padang kawad lambat pun takpe. Hahaha

3. Duit memang penting. Masuk U kena laa pandai2 berkawan baik dgn maggi. Jangan ego sgt taknak makan megi, megi itulah teman ketika susah, bukannya kawan kau yg kekonon sehati sejiwa tu. Wahahha

4. Aku tak pernah kisah dgn mana2 bazar kecuali bazar ramadan. hahah. Maybe sbb aku laki kot.

5. Kalau kau pandai, masa quiz or exam, semua nak duduk sebelah kau. Kalau kau tak berapa pandai, masa quiz or exam mesti kau cari seat sebelah orang yg pandai. Wahahah

6. Jadi student U kalau kata tak pernah ponteng, itu membohong besar. Semua akan pernah ponteng, walaupun sekali.

7. In case gatal sangat nak couple jugak, jangan cari budak satu kelas. Nanti putus susah kawwan2 nak kena pilih side. Hahaha

8. Sbg student, mmg ada masa kita terlupa mak abah dan amanat mereka. Cara paling mudah ialah tampal gambar mereka dlm locker. Tiap kali bukak nanti akan ternampak, so akan refresh semula segalanya :)

9. Kelab adalah antara yg boleh bg kenangan manis kpd student U, so mmg betul, pilih kelab yg sesuai, dan aktiflah selagi mampu :)

10. Sebab tu laa aku suka duduk luar dr duduk kolej. Tapi masalah dgn luar pulak ialah jiran. Kalau jiran berkeluarga tu lagilah payah kalau nak buat 'onar' sikit. Hahaha

11. Pusat Sukan haruslah digunakan sebaik mungkin. Kebanyakan org nyesal sbb masa dlm U tak aktif sukan. Nanti dah habis belajar dah kerja, lagi payah nak aktif sukan.

12. Group project ni, kalau boleh jgn asyik nam menempel dgn kawan2 rapat je. Ingat, lagi rapat lagi laa kawan kita malas nak contribute. Mesti ada ahli lelap punya. Hahaha

13. Asal dpat jaga pointer, tak kisah sebenarnya nak aktif apa. Tapi ada kenalan aku aktif sukan sampai pointer merosot, itu yg tak sedap tu.

14. Pada awal #TipsMasukU dlm media sosial, semua tipsnya oeky dan bermanfaat. Tapi bila lama2 macam mula ngarut, sampailah budak BBNU yg tak habis sekolah pun nak bagi tips, sejak tu aku malas dah baca...Hahahaha


panjang tak panjang tak panjang tak?

syasandeul said...

japjap, nak cakap something la, yang bestnya baca entri akak ni, setiap entri ada doodle, baru semangat nak baca! hihi terima kasih krn rajin bikin doodle tu, seronok tgk :D

yang paling 1st tu mmg cikgu semua cakap benda sama tp entri akak dah pundahkan harapan budak skolah uwaaa hahahaha ok joke :D

setiap kali baca benda camni, rasa tksabaaaa lagi dua tahun je ni. doakan spm sya next year kak..muahhh haha

Cici said...

comelnya semua lukisan. btw motif nangis kat jamban tu ? and dah flush ke belum? -,- hahahahaha. tapi betul takyah baca sangat tips tu. layan kan aje, dah masuk nanti baru tahu macam mana .

aliyahaznin said...

tips no. 12 tu 100% berkesan hahaha!

SERTAI YOUNG ENTERPRENEUR PROGRAM

Bro Ley said...

Wah..bagus tips ni. Aku paling suka sekali yang no 6 tu. Hahaha...Kalau masuk U x pernah ponteng kelas aku respect la...Kalau kat U aku dulu attendance at least kena 80%.

So, ada balance 20% tu la buat kira2 sikit berapa hari boleh ponteng sem tu. Agak2 malas je apa lagi...ponteng la, cuma kena sentiasa kira berapa hari dah ponteng. kalau terlebih kena barred exam pulak.

Setakat kat U aku cuma sempat guna court squasy, tennis dan futsal je. x sempat lagi nak swimming sebab x reti berenang sgt. Rasa rugi jugak, tapi nak buat camne dah x reti swimming, kurang bersemangat sikit.

Yg last sekali tu aku setuju. x payah nak tips2 sgt masuk U ni. Dulu relax je masuk U tanpa tips..boleh je survive.

ZULHILMI TEMPOYAK said...

dulu rajin ponteng. 3x repeat paper. hahaha

nanadhoi said...

Farah, huhhu thank you sebab suka entri picisan ni. Tehhheee. Kan, da habis zaman U baru sedar kena pilih kawan betul-betul bila buat kerja group. Tapi, pengalaman ceni la buat kita lebih bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan. Sebab kat alam pekerjaan, pe'el-pe'el gini lah yang kena hadap. XDDD

nanadhoi said...

cEro,
AKu akan komen panjang. Jyeahh!

1. Sangatlah setuju. Same case here! XD

2. Huntonglahh kawan dengan komander. Kena tambah tips la kot. 'Cuba sedaya-upaya untuk dapat member komander'.HAHHA

3. Wakakaka maggi memang sedap bila waktu ada duit, tapi bertambah nikmat kita makan bila takde duit. XDD

4. Yeah, u're right. Pompuan je heran benda-benda gini, hahahha sebab tu kena bina benteng yang kukuh untuk melawan nafsu shopping. Lols

5. Itu tricks dia, or would be another tips. HAHHA

6. Wajib kot. Yang full attendance masa sekolah menengah pon boleh terjebak. Hey, YOLO. XD

7. Wakkaka ini betul-betul nice tips. XD

8. Bagus-bagus, letak dalam dompet, letak as phone screensaver and etc.

9. :)

10. -____________________-

11. Aah, unless kau bos besar dan boleh buat apa yang kau suka. Balik awal boleh, datang lambat boleh... XD

12. 'Ingat, lagi rapat lagi laa kawan kita malas nak contribute' Yass, kawan yang best time borak-borak, tak semestinya best time buat keje in group.

13. Yupp, berpada-pada.

14. HAHHA. Yang ni baca habis dak? Ke skip-skip gak? luls


panjang tak panjang tak panjang tak?
Jawapan : Ya, paling panjang komen yang pernah diterima, 'long and simple'. Terharu dapat komen panjang sebegini HAHHA :')

nanadhoi said...

syasandeul,
Woh terharu jap :'). Terima kasih dik \^0^/

Hahha itu realitinya, jauh menyimpang dari citer 'Dunia Baru' tengok kat TV XD

Alamak, akak tak sempat baca komen ni T.T. Ampunnn, mungkin spm adik dah lepas. Jadi, akak doakan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang ditempuhi okeh!Mmmuahh balik :DDD

nanadhoi said...

Mommy Cici,
Hihhi takde la, thank you :D. Hahhah, saya lepas guna jamban insyaAllah flush yang lain tak tahu XDDD

Kann, takyah baca and see how it goes, barulah adventure gitu :D
.

nanadhoi said...

Puteri Yusof ,

Kann, too late for me to realize *nangis tepi bucu katil* XDD

nanadhoi said...

Bro Ley,

HAHHA no.6 tu wajib buat tu. Bijak sungguh, ni lah orang kata bijak mengurus, siap kira berapa hari lagi boleh ponteng XDD

Oh swimming tu main kayuh-kayuh guna kaki je, then pegang pelampung, lama-lama nanti pandailah. Tapi takde la pandai sampai boleh buat renang berirama. XDD

Kann, *nyanyi lagu 'I will survive'* XD

nanadhoi said...

zulhilmitempoyak,

Takpe, baru lah lejen. Ponteng dan repeat tu dah kira lumrah hidup di Universiti. XDDD

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.