31 Jul 2015

Warga Asing dan RM5000?

Assalamualaikum
Annyeong chingu!



Baru-baru ni kecoh dekat fb pasal gambar payslip yang katanya dimiliki oleh seorang warga asing. Kalau tengok gambar tu, total yang beliau dapat dalam RM5000++. Selalunya kan, kalau cerita-cerita viral macam ni, normally aku akan tengok section comment dulu. Entah, aku rasa kat situ lah kita boleh tahu samada cerita yang kita nak baca tu worth it tak untuk kita spend time nak baca. Kat section comment tu lah kau akan nampak macam-macam ragam manusia, yang merepek, keyboard warrior, acah-acah ustaz ustazah, acah-acah pembela, manusia positif, manusia berhati-hati, jenis suka troll, jenis sarkastik, jenis rude, jenis menunjuk dan macam-macam lagi.


So bila baca kat comment section tu, aku rasa banyak yang butt hurt. Tak puas hati. Satu je la aku nak cakap, dorang dapat gaji bebanyak tu hasil usaha dorang sendiri. Yang kau tak puas hati kenapa? Aku pun bukanlah nak kata aku suka negara aku dibanjiri warga asing, sebab kadar jenayah pun ada yang melibatkan warga asing. Tapi untuk hal ni, aku berpendapat "they deserve it", "kau usaha, kau dapat". Dan aku alami sendiri waktu aku kerja kat kedai buku haritu.



Cerita 1

Hari tu macam biasa aku duduk kat revision department. Hari Sabtu. Pagi Sabtu, biasanya memang tak ramai orang sangat. Tengah kemaskan susunan buku, tiba-tiba aku nampak seorang lelaki beruniform warna oren masuk bahagian revision. Selalunya, tiap-tiap hari memang ada cleaner yang sapu-sapu and bersihkan satu kedai. Dan selalunya, ada sorang kakak (40an-50an) dari negara jiran yang buat. Tapi hari Sabtu kakak tu akan cuti dan digantikan dengan orang lain. So lelaki tu first time kira la aku bertemu mata dengan dia. Sebelum ni ada sorang akak (20an) dari negara jiran yang ganti.


So lelaki tu aku agak, warga Nepal atau Bangladeshi guy lah kalau tengok dari rupa dia. So this guy pun lakukanlah tugas dia iaitu sapu lantai. Aku pun buat dek je, tapi masa dia datang tempat revision tu aku ada la senyum dan angguk, balas senyuman dia, as tanda hormat. Tak lama tu, about 20 minit - 30 minit, dia datang lagi. Sapu floor. Aikk. Berapa kali dia nak sapu? Sedangkan selalunya akak cleaner tu sapu pagi sekali, petang sebelum dia balik sekali. So aku cakap ah :


"Eh you berapa kali mau sapu? Akak cleaner sebelum ni sapu dua kali je. Pagi sekali, petang sekali"

Dia senyum.

"Tak apa lah. Saya sapu saja."
Pastu dia tanya.

"Saya nak tanya aa. Kalau dari LRT *******, macam mana mahu datang sini?"

"Oh ada bas. Habis tadi you naik apa datang sini?"

"Saya jalan kaki."

Dia senyum lagi.

"Ya Allah. Lain kali you naik bas je. Jauh tu."

Gila kau. Dari LRT ******, aku rasa hampir 2km atau lebih dia kena jalan kaki pergi tempat ni. Dan untuk hari tu, aku kira 4 hingga 5 kali jugak dia sapu dalam satu hari. First time aku nampak lelaki lagi suka menyapu lebih dari perempuan. Kalau kakak cleaner tu, aku perhati je. Kawan kerja aku pun cakap akak tu macam pemalas sikit. Aku, kalau akak tu tak sapu memang aku lah yang angkat penyapu sapu. Takkan nak argue, maybe dia penat. 


Aku perhati gak akak tu, dia selalu akan sapu kalau nampak sampah yang visible depan mata dia. Kalau dia tak nampak dia tak sapu. Dia akan round dulu, kalau dia rasa dia tak nampak sampah dia akan blah. Mungkin akak cleaner tu pegang prinsip "work smart don't work hard". Kalau this guy pulak, dia akan sapu dari awal sampai habis. Dia tak peduli, nampak sampah ke tak nampak ke, dia akan sapu jugak. 



Cerita 2


Hari tu hari Sabtu. Macam biasa akak cleaner yang biasa sapu tu akan cuti. Aku tak sure samada cuti betul atau mintak cuti. Sebab aku ada tanya that Bangladeshi guy dalam cerita kat atas samada dorang dapat cuti tak? Dia cakap dia kerja setiap hari. Cuma tempat dihantar kadang-kadang berbeza.

Okay, hari tu pagi Sabtu dan aku macam biasa kemaskan susunan buku. Supaya senang customer nak pilih buku. Lagipun macam psychology things la. Kalau benda tu tersusun, lagi senang kita nak rasa attracted kat dia, nak belek-belek dia kan? So tengah susun buku tu, aku nampak ada one guy yang beruniform oren menuju ke bahagian revision. Aku expect that Bangladeshi guy la yang aku citer kat atas tu. But, I was totally wrong. This is the new Bangladeshi guy. 

Dia sapu macam biasa. Macam that guy yang aku cerita kat atas, this guy pun sapu 4-5 kali sehari. Tapi this guy, lagi extra hardworking aku cakap kau. Masa aku rehat tu, aku masuk lah area office, masa tu aku nampak this guy tengah bersihkan office. Ruang office yang juga stor semua dia susun. Pastu meja-meja dalam office semua dia sembur dan cuci. Tak cukup dengan tu dia siap lap lokar kitorang letak beg. Aku masa tu macam terkejut. Aku tak pernah jumpa lelaki serajin ni. Kawan-kawan aku dok perli lagi: 


"Kalau akak ****** nak buat ni semua, harapannnn"

Lepas punch card, aku keluar kejap sebab nak beli makanan. After beli makanan aku masuk balik ruang office. Pastu aku nampak this guy tengah dok kikis kesan double tape semua dekat pintu. OMG this is superrrr amazing. This guy memang extra rajin. Even that guy yang aku cerita kat atas pun tak buat [But I still consider dia rajin compared to akak cleaner yang cuti tu]. Pastu ada akak chinese (25 tahun) tempat kerja aku pun offer dia air and makanan melihatkan dia sebegitu rajin. Aku ingat aku sorang je ternganga. kehkehkeh.
Pastu time tengah makan-makan tu, kitorang buat la sesi soal jawab sikit. Kitorang makan sambil bertanya, dia mengikis sambil menjawab. Aku and akak chinese tu bersoal jawab lah dengan dia. Can't remember exactly apa soalan yang kitorang tanya. Tapi jawapan dia buat kitorang lagi ternganga.


"Saya kirija mana ada cuti. Kadang-kadang aa saya kena hantar pigi itu tempat lain. Duit tara cukup. Malam saya kija itu security guard. bla bla bla"

"Habis tu bila you tidur. You tak penat ke?"
"Penat tapi wang tara cukup. Saya tidur dalam kereta sikijap-sikijap"

Aku tak ingat. Tapi dia bebel panjang la jugak. Gila mamat ni, dua kerja dia buat. Aku tak tahu lah macam mana dia boleh kerja macam tu. Malam tu dalam pukul 8 malam, dia kikis kotoran kat lantai bahagian revision pulak. Tak pernah-pernah aku nampak cleaner kikis benda hitam kat floor. Kotoran hitam tu maybe la sebab pelekat yang tak dicabut untuk jangka masa yang lama sampai dia jadi hitam. 


"Eh you tak balik lagi ka? Selalunya akak yang keje sini dah balik pukul 5:30 dah. Paling lambat pukul 6"

"Takpe . Ini sikit saja saya buat."

"Eh, takpe, pergi balik, dah lambat dah ni"

"Tak pa la, saya mau tunggu kawan saya juga. Jadi saya buat ini sikijap"



Macam bos pulak aku mengarah dia suh balik. HAHAHHA. Tapi this guy aku memang salute lah. Kalau dia tipu dia keje security guard waktu malam pun aku percaya melihatkan kerajinan dia. Tapi aku tak rasa dia menipu. Dan sampai hari ni aku masih kagum, dengan kerajinan dia, dengan usaha dia untuk kumpul duit. Aku salute. Kadang-kadang tak semestinya kau kena amik orang yang berjawatan, pangkat besar-besar untuk dijadikan inspirasi. 


Kesimpulannya, daripada dua cerita ni kau nampak tak kenapa aku cakap dorang layak dapat gaji macam tu dan kenapa aku tak heran langsung dorang boleh dapat gaji sebanyak tu? Ye, sebab dorang rajin. Daripada kau tak puas hati dekat dorang ni yang achieve sesuatu atas usaha dorang sendiri, baik kau pergi tak puas hati dekat orang yang achieve sesuatu hasil kerja "mengipas" orang atasan. Kau tak tahu betapa susah orang tu berhempas pulas untuk dapat duit, kau jangan nak sibuk pertikai macam-macam unless kau keje situ dan kau ada bukti. Sekian.




[Rasanya cerita ni tak kecoh lama. Pasai lepas tu keluar pasal pembubaran kabinet pulak]

Kbai.






10 comments:

cEro said...

Aku tak pernah jumpa laa warga asing yg rajin mungkin first hand sbb aku tak pernah terlibat dgn diorang secara langsung.
Tapi dari cerita yg aku dengar dr kawan (dan cerita kau ni) memang tak terkejut pun bila viral gaji RM 5000 tu...

Yg butthurt dlm komen tu aku perasan kan sama ada kau budak sekolah baru nak up kekonon rebel, ataupun jenis yg identiti lain (ID fb nama Jejaka Bunga contohnya), jenis yg ID fb memang khas utk troll dan kasi tambah lauk lebih dekat isu kecik...

Farah said...

Dekat mana-mana pun, boleh nampak orang warga asing kerja lagi kuat daripada orang negara tersebut (mana-mana negara la ya). Tapi, bukan nak cakaplah orang negara tersebut tak kerja kuat. Kerja kuat juga tapi warga asing lagi kuat.

syasandeul said...

sedih jugak tp pada yg sama, totally agree dgn pendapat akak. semua org boleh nampak kut warga asing kalau kerja mmg rajin belaka terutama warga bangladesh. rasa mcm saya yg ada ic biru ni pun pemalas but dorg?? omg T_T dorg usaha and dorg deserve lah kan 5k tu, hasil penat lelah dorg :)

Anonymous said...

1- Betul, baca comments dulu sebelum baca article, hehehe
2- Betul, diaorang ni rajin sebab sedar diri, nak ubah nasib etc. Org kita??

Jgn tatau, diaorg ni rajin beli vitamin whatnot, utk kasi tenaga. Diaorg sanggup keluar belanja sikit asalkan boleh kerja lebih. Salute!

Saya pun rajin macam AbangLa juga

Cici said...

hi babe. setuju . sememangnya warga asing ni sgt lah rajin. dorang sapu betul betul korek segala habuk. akak cleaner kat sini pun sama. siap kikis segala kesan double tap, finger print pun cepat cepat dia lap. terganggu waktu rehat pun tak merungut.

and sokong gak lelaki bangla/nepal lagi rajin dari kakak indonesian tapi kakak tu opkos lagi rajin dari kita yang local ni >,<

cleaner kat blok I, melayu. orang situ jugak. dia seret je penyapu tu so kiranya tak bersih sgt lah. sambil kerja sambil borak -,-

nanadhoi said...

@cEro,

mungkin jugak lah bebudak yang baru nak up.
Pelik je nak viral bagai. Dah dia usaha.
Bukan dia mencuri pun.


Tu pun nak persoal nak butthurt. lolss

nanadhoi said...

@Farah,


aah betul jugak. Kengkadang rakyat kita sendiri pun ada yang kerja kuat gak bila kerja oversea. Contoh macam petik epal.

Mungkin atas faktor kesusahan hidup dan duit buat dorang bersungguh-sungguh.

nanadhoi said...

@syasandeul,

betul tu dik, bila dah tengok depan mata sendiri, rasa dia macam "Ya Allah pemalasnyaa akuuu". Serius , dorang sangat rajin.

Dorang sangat deserve nilai tu. Tapi tengok kat komen-komen tu, banyak yang persoalkan rezeki orang tanpa tahu kesusahan yang dia dah tempuh.

:')

nanadhoi said...

@Anonymous,

Hmmm bukan nak kata orang kita. Tapi orang kita mostly terlalu selesa dengan hidup dorang. Sampai kan satu masa nampak orang lain lebih sikit dari dia, baru lah nak jeles, nak bash, jadi keyboard warrior.

Rajin macam abangLa jugak? HAHAHAH bagus-bagus!

nanadhoi said...

@Mommy Cici,

Kann. Bila tengok kerajinan dorang tu, ternganga kejap. Wahh finger print pun dia lap? Bagusnyaa. Bab rehat tu, rasanya orang kita akan marah kalau kena ganggu waktu rehat.

Hmmm, macam manalah orang tak kata malas, sedangkan perbuatan sendiri dah cukup jelas. Part borak-borak tu, memang dah jadi kebiasaan tu kalau jumpa geng. Baik local, mahupun cleaner warganegara jiran.
HAHAHAH

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.