9 Jul 2015

Random things

Assalamualaikum.
Annyeong chingu!




Cerita 1

Tadi baru dapat call dapat kerja as tester kat Cyber. My dream job. Allah Maha Mengetahui yang aku nak gila-gila job as software/system tester. Haritu masa interview pun, Tester team lead tu pon baik gila, assistant dia pun baik gila. But somehow, aku terpaksa tolak. Jauh sangat mak aku kata. Kalau sewa bilik pun RM500 sebulan. Gahh, rasa bersalah pulak tolak. Rasa sedih pun ada. Rasa nak call balik cakap saya nak balik keje tu pun ada.





Sekarang ni, memang most of IT company nak pakai tester. Tapi tak semua company akan tawar job tester sebab dorang nak jimat duit. Selalunya developer yang akan test system sendiri. Aku tak suka duduk dalam situation di mana aku menyesal dengan keputusan aku sendiri.

Saat-saat ekonomi yang tak berapa stabil ni, still aku memilih job. Nak yang dekat-dekat. Gahh, i should just accept the job! rasa macam nak lempang diri sendiri. And selalunya bila search job kat jobstreet tu, selalunya bila nak apply balik i tend to ask myself :


"Aku mampu ke?"

"Macam dia nak yang terer je."



Dan baru aku sedar yang aku ni a lil' bit indecisive dan have a lil' bit lack of confidence jugak rupanya. Tapi let we put as merendah diri. Boleh? HAHAHHA

[Might be the job is just not for me. And I just can't work with people that are young (but older than me) and good looking. Okay *pujuk diri*]



Cerita 2



Baru-baru ni, aku ada pi kedai gambar dengan adik aku. Gambar untuk kemasukan ke kolej. Adik aku dapat KPTM. Computer Science. Which is awal-awal dulu aku tak sarankan sangat dia cebur bidang IT ni. Stress nanti. Walaupun dia laki, aku rasa dia lagi emo dari aku. Jenis rebel. Sikit-sikit life is suck. Biasa lah budak baru nak up. Clash dengan awek pun, sampai dok up status kat whatsapp suffering lah apa lah. #jadah. 

[Awek kau mesti bangga tahu penangan dia atas kau]


Maybe kau boleh cakap "kau mana tahu, kau tak pernah ada pakwe" Ok, provokasi sungguh. Let me tell you, tak semestinya aku tak pernah, jadi aku tak tahu. Aku suka observe. I am an observant. And thats how I learned and understand. 

Eh dah kenapa topik menjurus ke kisah cinta adik aku ni? whatever. Ok kitorang masuklah kedai gambar tu dengan my mom. Dah tangkap gambar tu while waiting  uncle tu nak cuci gambar, adik aku start buat benda yang tak semenggah. Masa tu kat tangan dia ada apa entah, pastu dia nak curi-curi buang kat poket seluar aku. -..- Childish gila. Padahal dah 18 tahun dah.

So, since mood aku haritu jenis bermalas-malasan aku elak-elak malas je lah. Tapi makin menjadi pulak dia. Tanpa sedar berlaku pulak adegan kejar-mengejar lari-lari anak dalam kedai tu. Dengan aku pun jadi childish sekali. Baru nak bawa imej kakak yang cool dan berwibawa. Spoil betul.

Tapi tak lama lah adegan kejar-mengejar tu. Aku takut kang tetiba uncle kedai tu carut-carut kata "Brengsek!!!" [entah bila uncle tu warga Indonesia], so aku just terus lari keluar.


Balik rumah mak aku cerita:

Aku hadam ayat tersebut. Bahahhaha



HAHAHAH.
Aku tak tahu apa yang menyebabkan aku nampak muda berbanding adik aku.
Muka adik aku nampak lagi tua or muka aku nampak lagi muda?
Perangai aku ke? Tapi adik aku pun berlari sama tadi.
Tinggi? Tinggi aku dengan adik aku lebih kurang sama.


Sampai hari ni dia tak cerita kisah tu kat aku. Ego much. Mesti dia *poker face* waktu uncle tu tanya.

Dulu pun ada satu masa aku pi pesta buku dengan adik aku. Aku tak ingat lah laki ke perempuan yang jadi tukang promote buku tu. Tapi yang aku ingat, orang tu dok offer buku SPM kat adik aku, tapi kat aku dia promote buku PMR. Dan bila aku bahan dia balik tu, dia marah, emo, touching. ROFL.



Cerita 3



Ini kisah benar. Ada satu hari tu aku terdengar lagu Hantu atau Buaya nyanyian Nanasheme di Radio ERA. Masa tu dalam kereta, abang aku drive. That was my first time hearing it. And my reaction was "wth. Ridiculous gila!". Yepp, totally annoyed. Sampai sekarang aku rasa lagu tu ridiculous, lirik entah pape. Macam lagu 'Awak kat mana'. wth. Annoying gila tahu tak! Tapi bila difikirkan, maybe dia nak symbolize yang laki tu jahat macam hantu atau laki tu playboy macam buaya darat. Tapi, srsly, lirik dia entahpape. Sorry.


Tapi, ada satu masa tu aku naik kereta dengan kakak ipar aku. Lagu ni memang tengah hot waktu tu. Pagi petang lagu ni je yang aku dengar. Aku tak tahu la maybe sound system kereta kakak ipar aku lagi bagus dari abang aku ke apa, tapi sejak tu aku dah macam "eh sedap jugak lagu ni". Persetankan lirik dia.


Dan sejak tu aku start dengar lagu tu. Berulang kali. And at the same time, aku masih tak dapat terima lirik lagu tu. Betapa complicatednya. And sampai sekarang, if aku dengar lagu tu kat rumah aku akan pakai earphone, sedaya upaya tak nak bagi adik aku dengar. Sebab haritu, aku dah cakap lagu ni merepek dan annoying. Kang dia bahan aku pulak. For the time being and selamanya, untuk selamat, dengar senyap-senyap.




Tak aku tak benci Nanasheme pun. Eventho, ada some words dia sebut macam omputeh, tapi bagi aku suara dia sedap. Tapi tu lah, aku masih tak leh terima lirik dia. At the same time, aku still menyanyi sama bila keluar lagu tu. How complicated is that?



Cerita 4

Dah aku kena revised on Java, Servlet, JSP bagai. Since esok ada interview. sobs


Asam garam budak IT. Continuous learning. Sebab teknologi berubah. Kau tak updated, kau tinggal belakang.



Kbai.

4 comments:

cEro said...

1. Ruginya tolak dream job. Bab transport, jauh apa semua tu boleh dibincang kemudian, tapi kenapa tolak dream job??? (emo sekejap)..
Hehhe..tak apalah. Maybe belum waktu rezeki menjengah. Good luck :)

2. Aku pun selalu kena orang sangka muda. Mungkin muka macam budak sekolah kot. Tspi tu dulu. Sekarang aku bela janggut, maka tak ramai dah yg salah sangka umur aku...hehehe

3. Lagu Nanasheme tu, kalau dgr part hantu atau buaya je memang dgr macam ridiculous, tapi kalau fahami lirik dia lebih mendalam, memang ada cerita. Tapi tak boleh dinafikan lagu tu mmg catchy..selalu nyanyi dlm jamban. Hehehe

4. Sekali lagi...Good luck interview :)

nanadhoi said...

@cEro,

1. Hmmm rasa gak kerugian dia tu. Hmm transport satu, tempat tinggal satu lagi. Sebab ada kemungkinan balik lewat malam. So as perempuan kena fikir bebanyak kali unless memang ada transport sendiri. Hmm itulah, maybe belum rezeki. Thanks cEro :)


2. HAHHA baby face sangat kot muka.Kira macam wak doyok lah kot, rasanya kalau dia cukur jambang dia tu rasanya muka dia nampak lagi muda.lols


3. HAHAHA kannn. Tapi tu lah, bila dengar bebetul barulah 'Ohh patutlah cenggini metafora dia'. HAHHHA kat jamban pun bolehhh.


4. Terima kasih cEro! Arigatouuu~ :)

Bro Ley said...

sedihnya tolak dream job...tp takpe la kan tolak satu dua yg datang. best student betul ni.

lagu nanasheeme tu pun mula2 aku dengar apa mengarrut punya lirik daa...tp bila dah selalu main kt radio dia jadi sedap sendiri...hahaha...tp lirik dia still x brp faham lagi jugak...

betul la tu budak IT memang kena up to date dengan latest software, languages, ntah apa lagi aku x tau.....sbb skrg ni cepat je teknologi berkembang. memang sampai ke tua kena up to date la cite dia.... btw, congrats dah dpt offer kerja.

nanadhoi said...

@Bro Ley,

sangat sedih ye. Tapi maybe ada hikmah lah kot.
HAHAHAH best student lah sangatt. Masalahnya, dua yang datang tu bukan kategori dream job. HAHAHAHA


Kan kan kan! Memula dengar macam apa ni apa ni? Lagu merepek apa ni. Tapi tu lah bila selalu dengar, mulut pun tetiba terikut nyanyi sendiri. HAHAHHA


tu lahhh, banyak languages. *pening*. Ada je benda baru.

Terima kasih Bro Ley :)

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.