19 Oct 2014

Day 7 Melaka : Pemandangan Waktu Malam

Assalamualaikum.

Annyeong!

09082014

Tade cerita apa-apa untuk tarikh ini. Tapi ini adalah pemandangan malam yang dapat dilihat menerusi tingkap bilik Iron. Bilik Iron ni scary jugak ah malam-malam pasai tade lampu. Tapi tingkap dia besarrr gila dan senang untuk kau lompat keluar dan bunuh diri atau pun terbunuh diri sendiri.

 


................................................................................................


Since tade pape nak cerita sangat untuk tarikh ni, maka aku nak cerita 'Kisah Stokin yang Berjasa'. Alkisahnya, hotel yang kitorang duduk ni memang tade ampaian apa-apa pun untuk keringkan baju. Yang ada, besi gantung tuala je dalam bilik air. Itupun kitorang buat gantung seluar kecik yang dah dicuci. WAKKAKAKA.

Aku ni jenis kaki pakai stokin, ye aku tahu itu pelik tapi lantak ah. Memula base on pamphlet yang diedar, kata bilik Iron dengan bilik basuh baju adalah sekian-sekian. Aku pergi lah bilik yang dikatakan bilik basuh baju tu konon nak usha lah kot ada ampaian gantung baju ke hape, sekali kunci. Alternatifnya, kalau aku basuh baju ke stokin ke, samada aku gantung kat bilik air atau dekat dinding tepi bilik.

So pada suatu petang tu [06082014], bila masuk bilik air, aku tersedar bau yang kurang enak menusuk jauh ke lobang hidung. Aku syak mesti datang dari stokin aku. Lagi-lagi dijemur dalam situasi bilik air yang lembap sebegitu. Jadi aku ingat sebelum keluar jogging dengan Umi & Fa, aku nak jemur kat luar tingkap jap kasi kering, balik dari jogging baru aku angkat balik.Dekat luar tingkap ni ada macam satu space membolehkan kau duduk kat situ. . So aku letak stokin atas kertas dan jemur dekat tempat itu.


Bila balik  daripada jogging, aku masuk bilik. Aku teringat stokin yang aku jemur. Mesti dah kering bisik hati aku. Kau tahu tak apa jadi bila aku bukak tingkap? Ye, daripada 3 pasang stokin yang aku jemur, at the end, tinggal satu pasang je, tu pon lain-lain pattern. Tengok bawah, aku nampak satu stokin belah selatan, satu lagi belah barat bumbung hotel. Baru aku teringat masa aku jogging tu, hujan rebas diiringi dengan tiupan angin. 


Dan makan malam aku disertai dengan ingatan terhadap stokin-stokin yang telah terkorban. 


Kbai.







2 comments:

cEro said...

Wahahaha...
Kesiannya riwayat stokin tamat dengan kisah sadis...hehehe

nanadhoi said...

T.T sedih gilaa waktu tu, sebab stoking dah berkurangan. Tapi esoknya, dah lupa dah pasal stoking tu. Life must go on. HAHHAHA

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.