17 Oct 2014

Day 5 Melaka: Blackout.

Assalamualaikum.

Annyeong!

07082014



Takde benda sangat nak highlight hari ni. Just pepagi sampai dewan, hall tu tengah blackout. Best gilaaa, rasa macam dalam gaming punya competition takpun hacking punya competition, walaupun dah sah-sah lah both of the competition diadakan dalam suasana terang-benderang bukan gelap cenggini. HAHHAH


Tapi apakan daya, tak lama lepas tu suasana dewan kembali terang. Kan best kalau dapat belajar gelap-gelap cenggitu. Kau tido pon instructor tak nampak. WAKKAKA. Itu point utama dia. Kau nak korek hidung pun lantak lah, bukan orang lain nampak, unless orang sebelah kau ah. Masa tu semua muka bercahaya dek sinaran laptop. Baiklah, since post ni tade pape sangat, aku cerita je ah pasal Infosys serba sedikit.

Subjek Infosys yang kitorang belajar ada 8 subjek semuanya. Dulu-dulu senior belajar sampai berpuluh-puluh subjek but tu amik masa lebih dari 1 bulan lah, pastu buat kat negara India. Bapak best gilaaaa. Tapi terbeban sikit ah kalau nak dapat markah pass tu.

Kitorang belajar coding-coding semuanya dalam dewan. Pastu instructor mengajar kat depan. Dalam satu dewan tu, ada 100 orang semuanya untuk batch kitorang. Ada 25 group and satu group 4 orang. Kitorang takleh ngengada pilih ahli group sebab semuanya telah di arrange. Biasa ah untuk galakkan kita bergaul, payah ler kalau tak nak bergaul. Even bilik pun dia tak bagi duduk dengan budak sama Universiti. Satu bilik 3 orang.


For me aku tak kisah duduk dengan sesape pun. Memula tu memang lah cuak. Tapi as long tak dapat roommate yang menggelabah, menyombong dan gedik aku okay je. Tapi tu pun ada jugak yang dah dapat bilik memasing sibuk nak tukar bilik supaya sama dengan kawan Universiti memasing. Aku rasa, bilik aku dengan 1 bilik lagi je tak bertukar ahli dia, untuk kategori bilik pompuan lah. Pastu ada jugak timbul isu, aurat perempuan muslim dengan yang non-muslim.


Untuk kes tu, aku tak kisah gak. Aku dengan Sab tak kisah pun duduk sebilik dengan Ann eventho Ann beragama Kristian. Kawan-kawan cakap kalau duduk dengan yang non-muslim aurat sama macam aurat dengan lelaki. Tapi before check-in aku ada lah google-google. Google pendapat ustaz ni, pendapat ustaz tu. Dan aku berpegang kepada pendapat :


Dibolehkan duduk sebilik, asalkan perempuan non-muslim itu tidak menceritakan aib kita pada suami.

Baiklah, kita ke topik kedudukan aku dalam dewan pulak. Masa awal-awal kelas, aku di assign duk paling depannn sekali dengan Sab. Masa tu best sebab ada geng nak berbual, ada geng nak selfie pasai Sab suka selfie. Tapi dia selfie berjemaah bukan jenis selfie sengsorang. Tapi kusangkakan panas hingga ke petang rupanya....[kau sambung...]

Mula-mula.


Rupanya selang beberapa hari, kedudukan kami dirombak. Aku dan Sab terpaksa berpisah. Yang tak boleh blah nye, aku dapat meja nombor 99. Paling belakaannnnggggg, second last. Kuaja tak? Sab still bahagian depan tapi duk side belah kanan. Wehh aku dah ah rabunnn. Nasib baik lepas tu instructor tu cakap dia share screen waktu sesi pembelajaran. Baru je nak niat pakai contact lens kaler-kaler. Kemainnn. HAHHHAAA

Later on.


Aku rasa ni sebab aku dok merungut dengan Sab. 

"Kenapalah dapat duduk paling depan sekali, nak tido pun susah kot! Dah lah kat tengah, nak tutup mata sekejap pun dah kantoi dengan instructor dah. Bagilah belakang sikit ke apa ke...bla bla bla"

Tapi masalahnya, aku tade lah expect dapat meja yang belakanggggg sekali. Kau mungkin boleh kata:

"Elok ah duduk belakang lagi lah boleh tido, lagi line clear punyaaa"
Silap besar ah bro. Kejadah apanya nak tido kalau toleh kanan je ada instructor lain dok perati kau! Bukan satu , tiga terus! Aku pun tak tau kenapa lah instructor suka lepak belakang, lepak lah depan ke, tido kat bilik ke. Sobsss. Ye, mungkin jawapan dia adalah:


"Supaya insan macam kau ni tak tido!"

Subjek mula-mula kitorang belajar basic Java Programming. Aku rasa, subjek first ni je bebudak perempuan eksaited nak belajar pasai instructor dia muda, lelaki, dan dari gayanya belum kahwin. Terer wohh instructor kitorang ni. Kagum sekejap. Sab suka ah pasai dia dapat duk depan. Instructor yang ni, nak kata hensem tu...bagi aku biasa je, tapi dia cuteee. Eh kau dah kenapa? *tampar pipi*


Tapi kan, aku tak tahu lah kenapa kawan-kawan aku boleh mata segar-bugar waktu dia mengajar. Aku pulak kat belakang main conteng-conteng pastu menguap, mengantuk semua ada. Tapi bukan waktu dia mengajar je aku mengantuk tapi most of the subjects lah aku ngantuk tanpa mengira siapa instructor dia, cuma subjek last sekali je aku tak ngantuk pasal instructor dia buat lawak. Tapi yang peliknya, time tu lah pulak kengkawan aku kata dorang ngantuk. Tapi tahap ngantuk masa instructor ni ajar boleh dikawal lagi lah pasai dia rajin berjalan. 


Yang paling aku ingat, aku segan-segan dan teragak-agak tanya dia pasai setting laptop aku, kenapaaaa whyyyy. Tapi dia pun beza berapa tahun je 2 ke 4 tahun gitu dari aku, so tak tahu lah nak bahasakan sebagai apa. Kalau cakap cenggini:

"Weh bro, mintak usha laptop gua jap, gua blurr ah"

Kang bersikap kuaja lak dengan instructor. Walaupun dia just suruh panggil nama dia je, for me ia janggal, nampak cam tak hormat orang yang bagi ilmu.
[Oh kau menguap-nguap kat belakang tu kira hormat ah?]. Sorryyy.

Sudahnya aku cakap cenggini :

"Errr..., boleh tengok laptop jap tak, dia ada...bla bla bla"

Nampak tak kebergunaan perkataan 'Err', nasib baik lah dia pandang time aku cakap 'Err' tu, kalau tak aku tak tahu lah acane.

Tapi nak cite ah, aku ngan Sab selalu gak usha dia. Sab mungkin minat dia, tapi aku takde la sampai tahap tu but aku rasa dia cool. Tetiba macam nak jadi kawan lak. Sebab dia citer dia pernah bungee jumping kat India, so I guess dia jenis adventurous, so mana tahu boleh kongsi-kongsi pengalaman ke. 


Part usha tu Sab paling berani, kat dewan makan pun Sab berani usha. Aku, harapannn lah, pusing tengok pun tak berani. lol. Tapi yang selalu menjadi tanda tanya setiap kali waktu makan adalah, bapak laju dia makan! Aku tengok pinggan dia lagi penuh dari aku, tapi dia lagi cepat makan dan cepat menghilang. Kira kitorang habis makan dia dah takde kat meja makan dah. Dak lelaki lain pun belum habis makan kot!


Mungkin sebab engkorang banyak bercakap waktu makan

Mungkin. Pastu time breakfast, banyak kali jugak ah kitorang sama time amik makan dengan dia. Time breakfast pun lajuuu gak. 


Apapun terima kasih lah kepada bro Azuan kerana mengajar kitorang. [Eh betul ke tak eh ejaan?] 
Kemainnn, dah habis belajar siap ber'Bro' pulak kau. Kalau dia terjumpa blog aku ni... mampus. Kbai.




2 comments:

cEro said...

Dapat ilmu baru, pengalaman baru, kawan baru...
Mesti best, kan?

nanadhoi said...

Best! Tapi cEro lagi best berjalan lah, HAHHAH

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.