29 Sep 2014

#MYCYBERSALES

Assalamualaikum.


OMG OMG OMG!
*Tetiba je*

Hi uolss, iolls nak bagitahu yang sekarang ni sedang berlangsung MYCYBERSALES.  Setakat yang aku paham lah kan, konsep dia ialah para pembeli ditawarkan discount kaw kaw punya bila beli online. Kira tujuan dia nak galakkan lagi lah orang ramai untuk membeli secara atas talian.

Sebagai seorang perempuan, sudah tentu aku rambang mata tengok barang itu barang ini. Kalaulah aku ada duit banyak sekarang ni, nescaya ku belanjakan semuanya. HAHHAH . Tapi tu lah kan, time aku takde duit lah ada sales memacam. Mungkin ada hikmah lah jugak aku takde duit ni. Tapi hati ini menanggung derita setiap kali ternampak barang-barang yang murah dari biasa. Terpaksa tipu diri sendiri untuk elakkan nafsu membeli daripada menguasai diri sendiri. T.T


Hang kalau ada duit sekarang ni, hang nak beli apa je?

Baiklah kita imagine je lah sekarang ni aku ada duit okay.

First aku nak pi beli Aloe Vera ni. Memang dah lama dalam wishlist.



Bagi uolls, wanita-wanita di luar sana sudah tentu suka shopping bebarang kecantikan, makeup kan? Well, mungkin anda boleh cuci mata di laman web Hermo . Siapa tahu, mungkin sahaja anda menemukan kebahagiaan di laman web ini.


Then, sebagai seorang yang hampir-hampir nerd, buku merupakan perkara wajib mesti usha. PTS ada tawarkan diskaun bagi penchenta-penchenta buku di luar sana. Boleh usha kat Bookcafe .




Lagi satu nak beli buku kat BookExcess , whyylaaaahh menarik sangat sangat buku dorang. Kite Runner RM9.90 je? Homaiiiii. Aku tak tahu kenapa buku nampak lagi menarik dari barangan mekap.





Lastly, aku nak pi cuci gambaq kat Photobook. Risau aih kot tetiba laptop ada virus pastu nak kena format, habis hilang semua gambaq. Oh ai takde hard disk uolls. Cuci gambaq bebanyak, pastu boleh ler masuk album, tengok gambar kemudian sengih sendiri.HAHHAH.



Tu je lah.


Ish selamat ke beli barang online? Hang pernah beli barang online ka?

InsyaAllah selamat. Setakat ni aku pernah beli contact lens online dan barang delivered dalam condition yang baik. Tapi tu beberapa tahun yang lepas lah. 

Tahun ni pulak aku beli blender yang macam Shake n Take and epilator kat Lazada. Alhamdulillah selamat sampai jugak. Toksah gatai nak tanya aku beli epilator untuk apa naa. Tapi aku tak pakai pun, belum ada keberanian lagi. HAHHAH







Servis penghantaran punyalah terbaik. Sekejap je. Aku ada beli 2 barang tapi tempoh delivery dua-dua barang tu tak sama. Satu barang aku dapat awal satu lagi dapat lambat. Masa dia deliver tu, aku dekat UiTM Shah Alam, tapi aku ada pesan kat mak aku tengokkan 2 barang tu whether dah sampai or tak. Memula aku ingat dia hantar sekali harung, bila delivery service ni tanya aku dah dapat ke both barang, aku iyekan aje. Tapi bila call mak aku, rupanya satu lagi barang tak sampai. Aku dah cuak, call lah cecepat. Nyata servis dia tak mengecewakan, orang tu layan je aku, siap minta maaf lagi. Padahal aku yang salah. Kira "Nora kasi 4.5 bintang" lah dia punya servis.




Blender ni lah aku beli, kalau nak buat smoothies, protein shake, coconut shake ke, ice blended ke, kau boleh guna ni. Blend pastu boleh cabut bawak lah pi mana-mana. Sonang kan? Kira kalau nak pi travel pun kau boleh bawak. 


Pastu kan, pembalut plastik luar kotak tu punyalah tebal dia balut. Panjang dia tu siap boleh buat mumia kanak-kanak. Biar aku demo sat.



Buat pengetahuan korang, aku tak dera eh bebudak ni, dorang volunteer sendiri. Kau boleh tengok sinar kegembiraan terpancar kat muka dorang. HHAHAHHA.Tapi sekejap je lah balut. Kata demo.


Lagi satu yang best, adalah bila dapat surprise cenggini. Tetiba je, "eh ada kupon!". Aku memang suka surprise surprise ni. Walaupun aku tak rasa aku akan guna. Tak mampu den nak makan memahai kat PAPA JOHN'S.


Berapa lama ek #MyCybersales ni?

Depends. Sesetengah website ada buat 2 hari, ada yang buat sampai 3 hari. Selamat membeli ^^.




Jadi rumusannya, beli lah barang online dengan bijak.
Sekian dan luls.









4 comments:

cEro said...

Aku tak selalu beli online, kecuali yg jenis suruh bank in cash tu je...
Kalau yg guna e-bank mcam m2u or cimbclicks aku tak pnah lg sbb aku rasa kalau aku start, nanti mesti beli banyak dan selalu...hehehe

Liyana Lunia. said...

memang tadi dah meneliti satu-satu website mycybersales ni tapi apakan daya duit tidak begitu menggunung. telan air liur je lah :'(((((((

nanadhoi said...

@cEro,

aah, betui, kena hati-hati gak beli barang on9 ni, nanti ketagih.HAHAHA

nanadhoi said...

@Liyana Lunia,

Sama nasib di sini. Huuuuuu~ T.T

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.