16 Sept 2014

Day 1 : Melaka Here I come!

Assalamualaikum guys!


HAHHAHA bersemangat tak bagi salam setelah lama menghilang. KAH KAH. Ini pon rasa malas still berbaki lagi nak update blog. Dia macam rasa nak update blog, tapi rasa macam malas pulak nak menaip. Kalau boleh naik taip guna gerakan mata je, kalau lah keyboard ni ada sensor untuk mata kann.


Buat masa ni, aku dalam mood berduka lagi, tapi gigih up post. Gigih kann? Asal update je, mood berduka, kecewa, bila nak gumbiraa? HAHHAH.

Takde lah berduka sangat, tapi berduka la jugak. Ada dua sebab musabab dia:

1. Tak sempat submit video untuk competition sempena Merdeka kat Celcom Escape.
2. Tak menang satu apa pon dalam peraduan yang dianjurkan Buzz Korea.


Hampa iolss. Hmpphhh. 

Yang peraduan kat Buzz Korea tu actually kena berimaginasi apa yang kau nak experience kat Korea. Buat la ayat-ayat bawah berapa patah perkataan entah tak ingat. 

Semangat aku pong pang pong pang citer nak lawat muzium lah, istana lah, cultural village lah, naik railbike macam Running Man lah, panjat gunung lah (ini tak boleh bla), shopping lah, tapi tak jugak menang. Ikutkan hati banyak jugak nak citer, kalau dia suruh buat karangan 3 muka surat penuh pun Ai mampu. Nampak tak betapa desperate housewives sangat aku nak pi Korea tuh? Tapi dah tade rezeki, sape suh tak banyakkan solat Dhuha bagi murah rezeki. Hmmpphh.





Hadiah yang kat Buzz Korea ni , grand prize (4x) : 4H3M duk kat Korea siap dia bagi 500,000 won untuk belanja,. menarik kan? Hadiah lain MCM Backpack (tak nak!), Ipad retina (nak), Photo printer untuk instax (macam nak) and CD Big Bang (tak peduli, dengar kat Youtube sudah). 

Aku target kalau tak dapat tiket pi Korea, nak lah jugak Ipad retina tu buat jual, duit dia boleh beli tiket pi Korea naik AirAsia. Kan Air Asia ada promo sekarang nih, tiket return baru RM 600-700 lebih. 




Cerita pasal contest video Celcom Escape tu pulak aku baru tahu last minute, dengar cerita ramai yang tak tahu pasai contest ni, seolah tak dihebahkan. Aku tahu pon sebab aku check akaun Prizle.com aku. Website ni untuk tahu contest-contest dalam Malaysia yang engkorang boleh masuk. Aku dah berangan dah dapat submit video, tapi tak sempat. T.T.

Baru berangan kalau menang, duit tu nak simpan buat pi Korea. Kalau menang lah. Nampak tak angau sangat nak pergi Korea? Kalau tak menang pun takpe, rasa puas tu ada lah jugak. Tapi tengok senarai video lain, memang gempak-gempak lah tapi. 
[Dah kenapa ayat BM kau cacat, 'tapi' kat belakang ayat].


Tapi aku nak pi Korea bukan sebab nak tengok Oppa Oppa Oppo macam engkorang, aku nak pi sebab nak tengok negara dia. Heyy bumi Allah kan untuk diteroka. 




Sebelum korang bising, of course lah aku nak pi Mekah jugak, basically setiap pelusuk bumi aku nak pi. Backpacking. Hiking. Oh oh oh~


Aku siap terbayang nak duduk Korea dengan suami bila dah kahwin nanti. [Tertangguh, Sebab calon pun tadak lagi]. Pastu kalau tak pon, rasa macam nak apply jadi cikgu Inggerishyo kat sana.  Konon terer English lah sangat en. HAHHAH. Tapi serius bayaran gaji untuk ajar English kat sana, memang tinggi gila siap ada tempat tinggal lagi. Base on apa yang aku baca lah kat blog omputeh yang jadi cikgu kat sana.


Hang nak tinggal kat Korea buat apa? Hang ingat hang tu warganegara apa?
Baiklah cik kak, makcik, pakcik, omma, ahjusshi, ahjumma semua. Hello ai bukan nak tinggal seumur hidup pun kat sana. Settle teroka setiap ceruk Korea ai baliklah. Ai ada banyak lagi list negara untuk dijelajah okayy. *flips tudung*


-------------------------------------------------------------



Eh dah kenapa cerita banyak berkisarkan pasai nak pi Korea dari Melaka ni? Well pada tanggal 3 Ogos 2014 kitorang akhirnya sampai di Melaka Bandaraya Bersejarah untuk menimba secebis ilmu selama sebulan sehinggalah tanggal 5 September 2014. Aku kat sana bukan pi meronggeng tau. Well program ni anjuran MDEC and Kementerian Pengajian Tinggi. Kursus Java Programming , Infosys. Kau google lah Infosys kalau nak tau lebih lanjut. Basically Infosys ni syarikat dia kat India, tahu lah kan orang dari negara India kan terer coding -coding ni sumer. So ke Melaka lah aku.


Bila dengar je lecturer offer students pasai program ni, aku terus rasa nak join. Tapi sebab utama aku nak join adalah dia FREEE. Makan, minum, tempat tinggal semua ditanggung beres. Tinggal pulak kat Hotel Wana Riverside. Dah lah dapat ilmu free, memang aku grab lah peluang nih oi.




First day tak buat apa sangat, daftar masuk bilik je. First day ada hi-tea tapi since aku puasa enam that day maka tak lah aku turun makan. Padahal dah batal dah pun sebab time aku daftar tu aku tertelan kulit bibir kering aku. Time dok gigit bibir nak cabut kulit kering tuh, boleh pulak aku tertelan, Gulpp. HAHHAH. 


Bengong betui, bazir dah puasa aku satu hari. LOL. Ikutkan hati boleh je turun masa Hi-Tea tu makan, tapi disebabkan berita aku puasa enam dah tersebar, maka Babaiii Hi-Tea! Dan lagi bengongnya, aku tahan makan sampai la betui-betui azan Maghrib berkumandang. Dia macam kau puasa betui betui padahal puasa kau dah batal. =..=


Okay sekarang tetiba rasa nak gelakkan diri sendiri atas kebodohan dan keegoan diri ini. Itu je lah cerita hari pertama dia.


Sorry atas kegemukan. Duduk rumah kann. 



Kbai. Eh tapi sebelum tu,

mesti korang nak tanya kan, 

Kau nak pi Korea tu reti ke cakap Korea?

Buat masa ni tak lah. Akan diusahakan. Setakat ni warm up lidah dulu sebut perkataan Korea.
Iolls dah berjaya lah jugak nyanyi lagu Blue-Big Bang, 200%-AKMU, Paper Heart-f(x), Eyes Nose Lips-Tae Yang, 0330-U Kiss dan beberapa lagu lain. Payah lah nak list kan satu-persatu oi.












6 comments:

cEro said...

Aku pon nak pegi Korea jugak....
Tapi apsal mahal sgt ntah pakej2 ke korea ni...
Nyampah tau...

Conan kun said...

Semuanya untuk Korea, minat cerita Korea lah ni?

nanadhoi said...

@cEro

pi backpacking la cEro, baru dapat murah sikit, kalau guna agen selalu mahal dan tak berapa nak adventure sangat. HAHHAH

nanadhoi said...

@Conan kun
depends on cerita dia jugak, tapi yang pasti minat Running Man, HAHHAHA

Anonymous said...

I melt slowly

nanadhoi said...

@Anonymous,

hang ke Olaf yang dalam citer Frozen tu? Let it go Let it go~

Tapi dalam tu Olaf at the end, tak cair pun.


*sebarang komen yang tidak ada kena mengena dengan entri selepas ini tidak akan dilayan*

ding dong :D

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.