17 Aug 2014

17082014

Assalamualaikum.



Gahhh. Lama gila aku tinggalkan blog. Rindu memang rindu nak merepek dalam blog. Somehow, memang ini lah medium aku untuk simpan setiap detik yang berlaku dalam hidup aku. Takde lah perihal masuk keluar jamban pun aku citer kat sini. Choiiii!


Well, pasaipa lama tak merepek kat blog? Kau tak nak tahu pun aku nak cerita gak. Pasai aku stress. Pasai word 'Fail' dok menyelubungi aku sejak 2-3 bulan lepas. Tapi la ni dah tak stress dah. Redhoo gitu. HAHHAH.


Secara terus terangnya, aku fail test JPJ. Aku fail Final Year Project. Dah habis berani mati ah nih aku bagitahu kat sini. lel. Rasa sedih tu membawa kepada ketiadaan mood untuk menghupdate hatta sepatah ayat pon. Aku tak sedih sebab aku Fail. But sedih sebab 'Fail' yang tu kena keluaq duit. OMG, nak cari mana entah duit. Serius tak nak susahkan parents. Yang ada kat otak aku, cari keje part time je.


Test JPJ haritu serius aku cuak gila dengan abang JPJ sebelah aku. Muka garang gila, sampai aku terlajak pi lane yang salah. Punya nervous. Nasib baik tak eksiden. HAHHA. Tapi nasib baik tak dapat tester pompuan. Kawan aku kata teruk dia kena hamun dalam kereta.


 ''Ai kak, tak pose ehh'' 

(Yes. Aku test bulan Ramadhan).
Tapi serius kalau kau nak test JPJ, better masa bulan Ramadhan kot, sume automatik jadi penyabar. Unless kau dapat pompuan, yang itu berlawanan lah.



Kes Fail FYP tu lak sebab aku dengar rumors kata aku Fail. Memang patut lah pon fail. Sistem aku pon tak siap, yang siap documentation ngan report yang 300 lebih muka surat tu. Sistem dia aku tak dapat siapkan sebab aku buat enhancement, nak kena paham coding orang yang buat benda tu, nak study language PHP yang aku tak pernah blajo lagi. Senang citer, salah aku sebab buat last minute.



Yang ni aku just nak

 ''Padan Muka''

 kat diri aku sendiri. *gelak*


Kengkadang kawan tanya gak pasai FYP aku, dok cakap pasai aku kena 'Repeat'. Kalau tanya leklok tu aku tak kisah sangat. Tapi kalau jenis yang tanya nak malukan aku tu, memang tak leh blah ah. At least aku kerah dan guna tenaga aku sendiri. Nak pesan, kalau kawan-kawan hang ada sama nasib aku ''Repeat'' ke apa. Jaga ah perasaan dorang sikit. Tak perlu kot kau sembang kencang pasal paper yang kawan kau tak lepas, while kawan kau still kat situ. Jangan salahkan aku la kalau kawan kau tu dok carut maki kau dalam hati masa kau dok sembang kencang tu.


Eh, aku tak buat. HAHHAH


Tapi hari tu 14hb, keluar result exam,  Alhamdulillah result 3 subjek yang lain tu dapat A, A-.(Ini aku nak pujuk hati, sila paham). Yang lagi terkejut, FYP aku dia tulis TL (Means tak lengkap).


Aku pun macam

"Eh awat TL ni? Bukan aku repeat ke?"

Serius. Pointer tak jatuh langsung. FYP punya marks dia tak include kan. Time tu aku tak tau nak gembira ke berduka. lel. Ye ah, time aku dah redho nak repeat tetiba dapat TL. Sempat nangis beberapa hari kot masa bulan lepas bila terkenang kena bayar 600 tuk repeat FYP je. Nangis sebab takut bagi beban kat parents aku. Even dorang relaks je tapi aku tahu dorang tadak duit. I know.


Tapi aku tak tahu lah TL ni kena bayar gak ke acane. Kawan aku cakap tak yah bayar. Kalau cenggitu Alhamdulillah. Kalau kena, nangis balik ah sekejap pastu fikir nak buat part time kat mana nak bayor 600. Tapi serius lah aku heran, sebab lecturer aku cakap TL ni dah takde dah, sampai last batch je ada TL. I dunno, harap sangat lah tak kena bayor 600. T.T. Nak retest JPJ pun kena guna duit. Kalau dah start sistem baru lagi la banyak duit keluar.


Tapi sebenaqnya ada cerita lagi disebalik aku kena repeat FYP ni, hanya aku, dia, dia, dia dan Allah tahu. Tapi aku tak salahkan dia. Bukan salah hang okay. Lagipon sekarang pun status aku TL bukan fail . So momantaaii ah. InsyaAllah, aku percaya kat Allah. :D





//I'm currently in Melaka. Ini pon penyebab buat aku takde masa update blog. More stories to come.







2 comments:

cEro said...

Walaupon rasanya tak membantu, tp nak cakap jugak...
"Orang yg gagal akan terus gagal jika dia tidak bangkit."

Gagal tu hanya persinggahan sebelum sampai ke destinasi bernama kejayaan.
:)

nanadhoi said...

true. Takkan berjaya orang yang tak bangkit dari kegagalan. Terima kasih, its actually membantu jugak.

need to boost semangat untuk terus berusaha.

Terima kasih cEro! :D

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.