5 Jul 2014

04072014

Assalamualaikum.


04072014


Tiada tajuk khusus.



1. Kuih Lopes



Tadi my last exam paper. yehhhuuuu! But tak payah nak yehhuu sangat ah. Sistem fyp satu pun tak buat hape. Padahal exhibition on 14th July.lel sangat. Habis exam terus balik rumah sebab nak jumpa anak buah tercenta, pastu pastu nak makan kueh lopes yang diidam-idamkan. serius. Aku terbaca komen-komen orang dalam satu forum ni, pastu dia mention pasal Jennifer Lopez and last-last dikaitkan dengan kuih lopes. Teringin teruihhh jadinya.





2. Budak kecik dan Pop Pop >.<




Well, ini video anak buah aku dengan bapaknya main pop pop.Kemain dia main. Tak takut langsung. *geleng kepala* Aku rasa budak ni besar nanti boleh lah jadi geng aku pi berbackpacking dengan hiking nanti. hehehheheuuuuhuehuee.

Kalau dengar bunyi jejerit macam tarzan tu, itu anak buah aku le tu. eksaited. Kalau dengar bunyi orang gegelak tu, itu mak aku, geli hati tengok cucu dia. [Jangan risau tiada sesiapa yang cedera, segala faktor keselamatan telah diambil kira]. Abang aku pun sayang anak dia, gila tak sayang anak.





3. Ku Nan dan Homeless People



Ku Nan, giving foods to homeless people ain't a crime. 

Kalau tak nak ada golongan gelandangan, usaha untuk tolong derang. Ada masalah cari solusi, kalau pindah masalah hatta kat mana sekalipun, masalah tu still ada. tak solve pun probs tu. Sibuk nak hentikan itu ini, tapi persoalannya;

apa usaha yang telah dibuat untuk bantu golongan-golongan sebegini? 
Did you provide shelter to them? No. 
Did you distribute foods to them? No. 

Dah tu hang tak nak buat, bila orang lain buat, pasaipa hang sibuk nak kacau? Tadi, baca kat FB, yg Ku Nan explain pasal pernyatan yang dibuat sebelum ni. Entah le [orang dah kecoh-kecoh baru nak clearkan statement]. 


Tapi tolonglah jangan hentikan orang nak buat amal jariah dan kerja sukarelawan kalau sendiri tak nak buat. Kalau kata kotorkan pemandangan, provide shelter for them. Pastu setuju dengan Dr.MAZA, pasai pusat hiburan tu. Yang tu lagi kotoq. [Nak tahu lebih pasai Dapur Jalanan KL boleh klik gambar]







3. Albrechto Ads



Start dari awal tahun dulu, aku asyik terganggu je time melayari laman-laman web. Klik sini keluar pop up. Klik sana keluar pop up. Tension pulak haih asyik nak kena tekan 'X'. Memula aku buat bo layan je. Tapi bila antivirus murah aku keep on bagi virus alert pasal Albrechto [cuak seh, dah lah buat sistem nanti guna laptop ni], aku start google. Oh rupanya Albrechto ni la penyebab pop up yang annoying setiap kali aku bukak website tertentu. Ia bukanlah virus tapi leh buat rootkit masuk dalam OS, lebih kurang cenggitu [entah website mana aku baca]. Tujuan dia untuk naikkan trafik, pastu melalui klik tu dorang generate duit untuk setiap ads. 


Puncanya dari mende -mende yang kita dok install, kengkadang malas nak customize kita terus amik je yang direcommendkan en, so kat certain software yang kita download ada lah benda annoying albrechto ni di install sekali tanpa kita sadar. So nak elak pop up annoying tu, moh lah kita nyahkan albrechto ni. Aku tak tau ia berkesan ke tak sebab aku baru cuba. Tapi kalau kau nak cuba gak, kau boleh pergi kat 


C Panel >> click uninstall program>>try cari albrechto annoying>>uninstall lah beliau. 

Pastu kalau guna google chrome, try pergi kat 

tools > extension 

and tengok ada tak albrechto kat situ, kalau ada, sila buang. Lepas tu, restart lah balik PC uolls. Gua nak tengok bape lama keberkesannya. Kalau tak berkesan memang website omputeh yang gua tengok tu tipu gua.




Kbai.


3 comments:

cEro said...

Psal Ku Nan tu, aku rasa kita patut bagi dia miskin n papa n gelandangan, baru dia tahu tangan yg memberi lg baik dr menerima...

btw, Pop pop tak ngeri lgsg...
Aku letup celah jari je...hahahah

nanadhoi said...
This comment has been removed by the author.
nanadhoi said...

Betui tu. Sokong 100%


Untunglah boleh letup belah jari je.HAHHAH. Setakat ni belum try letup celah jari lagi.

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.