3 Jul 2014

03072014 : The Internet's Own Boy (review)

Assalamualaikum.

03072014, 04:22 AM

Currently Playing : Ed Sheeran, The A Team cover





Esok exam subjek Shariah and Transaction, but still aku menyempat tengok cerita. Tak de la cerita sangat, more like biography lah kot. Aku normally tak ler minat tengok cerita yang biography-like ni, kalau buku lagi lahhh hell-no. But somehow, aku buat exception untuk yang ini. Mula-mula tahu pun dari website amanz.my. Aku baru lagi pun jadi peminat tegar amanz.my ni. Bukan tak pernah baca website ni, tapi tu lah baru like facebook amanz.my untuk jadi peminat yang tegar. Sebelum ni tak tegar sangat. Tapi tak tegar pun, aku tahu lah sis Nisa Kay (akak ke tak eh?entahh) yang cakap-cakap dalam video tu. 




Patut ler kawan aku yang laki-laki tahu pasal gadget-gadget baru, rupanya dorang like facebook amanz.my untuk update info dalam dunia IT. Ai olls sebagai seorang yang duduk dalam fakulti sains komputer dan matematik tiba-tiba rasa segan sebab tak berapa in dan updated dengan dunia IT dan teknoloji terkini (teknolo'J'i kauuu). So sesiapa yang tak berapa tahu sangat pasai dunia IT moh ler like facebook ke subcribe amanz.my ni. Unless kau memang tak berapa minat dan tak kesah pun pasal dunia IT. Tapi as for me, aku takde lah minat gilaaa pasal gadget-gadget nih, tapi minat lah sikit-sikit. Dah namanya budak komputer. HAHHAH. (Tapi kau janganlah tanya aku pasai nak baiki komputer, jangann okay, pi youtube sana belajo).



Weh, panjangnya intro!
Okay, seperti yang aku kata tadi, aku dah habis tengok video berdurasi 1:41:** ni. The Internet's Own Boy ni pasai hidup Aaron Swartz pengasas Reddit. Dah mati dah pon. Aaron Swartz ni mati sebab bunuh diri. Pasaipa? Sebab dia dituduh mendownload jurnal-jurnal akedemik (sort of) yang menyebabkan dia boleh dipenjara selama 35 tahun. So dalam video ni penuh lah orang-orang terdekat dengan Aaron Swartz cerita, Aaron ni macam mana orangnya, hinggalah cerita masa dia dituduh.



I don't know lah, maybe video selama satu jam pat puloh minit ni mungkin agak boring bagi certain orang (aku pun boring jugak sebenarnya). Tapi benda yang keep buat aku tertarik nak tengok sampai habis (sampai berapa kali ubah posisi duduk kat library -..-) adalah the fact that Aaron ni seorang yang bijak (prodigy) dan minat dia terhadap ilmu yang mendalam. Aku kagum part dia fight pasal kebebasan internet. Ilmu (knowledge) pada dia adalah untuk dikongsi secara percuma.



Freedom of access. Bagi aku sendiri aku sokong pendapat dia, well awat nak kena bayar untuk baca jurnal penuh semua tu. Ilmu kan patut dikongsi. Orang lain boleh buat rujukan, lepas tu maybe continue research tu and make it real and mungkin dari random guy yang access the jurnal semua tu, idea dapat dikembangkan, dimajukan dan direalisasikan. Tapi at some point, aku fikir, hmmmm macam mana dengan nasib penulis jurnal pulak, mana tahu dia guna duit dapat dari pendownload jurnal untuk sara diri dia. Penat-penat en perah otak, takkan nak bagi free pulak. Tapi aku fikir lagi, eh betul ke penulis jurnal tu dapat duit dia sepenuhnya, mestilah syarikat yang publish the journal tu pun dapat untung sekali, entah-entah lagi banyak. I  don't know how it works. But somehow aku lagi setuju ngan Aaron. Niat dia murni, buat sesuatu tanpa harapkan keuntungan.



He just wanna make this world a better place, but somehow he died at a young age.



Oh lagi satu kau dah tengok dah ni?





termenangis pulak aku tengok. MasyaAllah, Subhanallah. :'))




Kbai.








2 comments:

cEro said...

Part founder Reddit tu, aku pnah jgak dgr cerita dia dan psal kebebasan ilmu tu...
tp tgk keadaan Reddit skarang, aku rasa vision dia dah jauh tersasar...

Dan aku pon slalu je donlod jurnal free...hahahaha

nanadhoi said...

baru tgok reddit tadi (sbb sebelum ni tak amik tau pu pasal reddit), agak tersasar gak ah. pastu user interface dia pun buruk. eh? HAHHAH.


sama!
tapi kalau access kat U punya, cam springer sume tu, certain kena bayor, kan best kalau terer hack.

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.