13 Nov 2013

Data Mining yang LAST MINUTE

Assalamualaikum.

12112013

Hari ni kena hantar Task 1 Data Mining by 5 pm softcopy and hardcopy ke bilik Dr. Actually task ni dah lama gila Dr. bagi tapi baru semalam aku buat. To be exact, bukan semalam tapi pukul 1 pagi tadi sampai lah pukul 6 pagi tak siap-siap jugak sebab tak tahu guna Weka Tools. Sambung balik pukul 1 tengahari sampai pukul 4 petang baru siap berasaskan motto "hentam saja lah". This is what happen bila kau buat kerja last minute konon nak meniru gaya budak engineering buat kerja last minute. Bila siap part aku, aku tunggu part dua orang lagi kawan dan dalam pukul 4:05 petang dapat email.


Dah bukak email, ingat nak download pastu adjust-adjust sikit mana yang patut but apa lagi yang kau mampu lakukan bila line tenet di kolej berperangai puaka, loading lambat gila saat-saat genting begini. Hampir 10 kali aku download dan cancel document dari group facebook. Pukul 4:30 petang, malas bersabar, aku tekan button print tanpa download lepas tekan butang preview. 4:50 petang siap print dan pakai tudung semua untuk pergi fakulti hantar Task 1. Shit. Lagi 10 minit.


Menyedari betapa kritikalnya waktu itu, aura Running Man meresap dalam tubuh aku. Tanpa sedar aku berlari memecut dan alih-alih sampai ke bilik lecturer tercungap-cungap. Mana taknya, nak naik tangga 3 tingkat pun kena berlari sebab tak cukup masa dah. 4:58 petang aku submit. Terserempak jugak lah dengan dua orang budak lelaki kelas course A.Intelligence yang nak hantar Task 1 jugak. Ketuk-ketuk pintu tak ada orang bukak, padahal lampu kipas bukak je, Last-last letak dekat box depan pintu.


Penat memecut selama 8 minit tak hilang lagi, tup-tup Yana call tak dapat send softcopy kat Dr. sebab internet tak ada. Yana call yang lain, semua tak dapat. T.T. Menangis cenggini, penat tak habis lagi woi! Nak buat cam mana, last minute kann. Balik-balik tu, terus bukak lappy. Ye, nak tak nak aku kena download document tadi jugak. 12 kali download tak lepas-lepas angkara line tenet yang hidup segan mati tak mahu. Bukak facebook boleh pulak. wifi kolej ni troll aku ke hape?


Bila dah tak dapat tu, mula lah buat perkara luar alam. Ye, aktiviti berjalan-jalan di kaki lima blok bersama laptop. Dulu aku suka gelak dalam hati dekat orang yang berjalan-jalan dekat kaki lima blok asrama (KMNS) sebab nak cari line tenet. Bagi aku aneh sesangat. Dan sekarang, aku buat benda tu, rasa macam nak simpati dekat diri sendiri pun ada. Pukul 5:40 petang berjaya submit, dan ye melebihi had masa yang ditetapkan. Apa-apa je lah...





Kbai.


2 comments:

Time Traveller said...

Assalamualaikum..
kesian nyer.. biasa la tu asam garam masa belajar... tapi itu la yang akan jadi kenangan :D

nanadhoi said...

Waalaikumsalam.
HAHHAH, betul tu. :D

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.