13 Oct 2013

13102013 : Review Children Of Heaven

Assalamualaikum.



Memori 13102013



Pagi tadi aku tengok movie Children Of Heaven. Ada kerja sebenarnya, tapi dah hobi aku suka menangguh, cenggini lah jadinya. Dah lama dah download movie ni, cuma tak berkesempatan tengok je, busyyy la katakan. LOL. Aku dapat tahu pun sebab aku terbaca komen dekat Facebook pasal sebuah video yang dikaitkan dengan antologi "Kasut Kelopak Jantung" dan dikaitkan pulak dengan cerita "Children Of Heaven".


"padahal, antologi "Kasut Kelopak Jantung" adik aku punya dulu pun aku tak baca lagi..." =..=

Actually movie Children of Heaven ni dari negara Iran. Kisah dua beradik Ali dengan Zahra. Zahra, adik Ali ni sumpah comel gilaaa, besar-besar mesti cun. Okeh, berbalik kepada review kita...





Cerita ni pasal Ali dan Zahra, dua beradik dari keluarga yang boleh dikatakan daif lah. Mak dorang ni sakit, bapak dorang pulak kerja tak seberapa, dapat upah sikit je. Kisah bermula, bila ada sorang pak cik jual barangan terpakai terambil kasut Zahra yang baru je lepas dibaiki tukang kasut. Tak nak tambahkan kerisauan parents dorang untuk cari duit beli kasut baru, Ali  come out dengan idea tukar-tukar kasut. Means that, Zahra akan pakai kasut Ali pergi sekolah, lepas Zahra balik baru Ali pakai kasut dia balik untuk ke sekolah. 

Disebabkan tu, Ali selalu lambat datang sekolah sampai cikgu disiplin marah dia padahal Ali ni budak pandai dekat sekolah. Tapi dia tak pernah cerita sebab yang sebenarnya kenapa dia lambat, maybe sebab tak nak mintak belas kasihan orang lah kot. Ali ni, memang abang yang bertanggungjawab. Tak kurang jugak dengan Zahra, yang sangat rajin, kira memang anak dara yang boleh diharap lah eventhough kecik lagi, maybe sebab dari kecik dah dididik sebegitu rupa. Bapak dorang pun, jenis yang amanah bila buat kerja, yang ni korang boleh tengok babak dia minum teh tu. 


Zahra.


Aku nak cerita lebih-lebih nanti, tak syok pulak kan. Sumpah rugi kalau tak tengok filem yang pernah menang Award nih. Nice movie, i must say.


Rating : 4.6/5.0


Petang tu pulak, rumah aku dikunjungi oleh tetamu istimewa, mungkin beliau sesat. Welcoming our little new friend ...






Mula-mula bapak aku pegang, and lastly (gambar ketiga) , aku dapat pat belakang dia. Dia tak terbang pun, jinak je. Omeyyy sangattt, sampai mintak bapak aku bela.HAHHAH.End up, bapak aku lepaskan balik burung tu kat luar rumah. 


Jam 2:00 petang, aku join parents aku pergi majlis perkahwinan anak sepupu bapak aku (faham tak?) , sebab kepingin makan nasi minyak. HOHHOH. Lepas solat Zohor terus gerak sana. Tema dorang Merah-Hitam, dah macam MCR pulak. KOHKOH. Dan kat sana, rupanya aku je budak-budak yang terselit dalam kalangan pakcik dan makcik aku. =..= 


Whyyyyyy???


Semua warga senior, tetiba aku pulak terselit budak mentah. Segan doe, aku ingat ada lah sorang-dua sedara mara yang muda remaja yang terselit datang sekali, tapi hampa. Dan aku pujuk hati aku dengan berkata :


"Takpe, ingat tujuan kau datang sini nak makann...bukan cari kawan" 



Jadi itulah dia.

Gambar 1:


Aku nak tangkap gambar pengantin sebenarnya since dapat meja depan pelamin kan, tapi tetiba akak tu lalu, interframe dan tanpa rasa bersalah pandang kamera. =..=. 


Gambar 2:

Inilah apa yang aku makan tadi, letak daging punyalah banyak sebab ke'KARNIVOR'an yang berlebihan, pastu amik kuah dalca. Aku ingat benda besar yang aku senduk tu terung, end up kayu manis . =..=

Gambar 3 & 4 :

Makcik-makcik aku dan ye, majlis ni diadakan di taman.


Habis je makan-makan, aku gerak pi Times Square. Aduii banyak betul event aku hari ni. LOL. Parents aku just drop aku dekat jejantas Times Square since aku je yang nak pergi sana. Actually, aku pergi sana sebab nak join Mountain Dew Extreme Challenge 2013. Bila tengok gambar-gambar contestants dekat facebook, rasa tercabar pulak nak join. Berkobar-kobar gila, padahal waktu tu aku pakai blouse. =..=




Sampai kat tempat kejadian aku tak masuk pon. =..=

Gambar 2 :

Peserta dari Sabah ke Sarawak entah. Cepat benar aku lupa. =..=. Quite handsome lah. LOL. Tapi takat dia je aku dapat tengok, sebab lepas tu dah takde contestants lain dah. DJ dia pon asyik announce kot sape-sape yang nak masuk boleh daftar kat kaunter. Aku dah tekad nak masuk masa tu, lagipon orang-orang yang tengok kat tepi-tepi tu dah kurang. Tapi...

Gambar 4:

Tapi, itulah dia. Aku tak yakin dengan halangan dekat gambar ke-4 ni. Tak pernah pulak try. Last aku try masa zaman kanak-kanak, pastu pegang satu palang je terus dah tak gerak-gerak dah. =..=. Jadi, aku tak masuk sebab halangan ni lah, halangan lain okay je, piece of cake orang kata. Ecewwah!. Takpe lah, lepas ni aku nak training lah, so that tahun depan boleh join.HAHHAH

Jadah apa, pergi Times Square semata-mata sebab tu je. Tak strategik langsung! Maka haruslah ada aktiviti sampingan ye dak? Aktiviti sampingan adalahh beli shawllll oyyeahhh. Sebab, aku bawak satu tudung je balik rumah untuk cuti seminggu. Tudung tu pulak warna merah.

Nak mix and match pun bukan ada baju merah dengan hitam banyak sangat. Aku boleh terima hakikat berkurung dalam rumah selama seminggu sebab tak ada tudung, sebab aku pon bukan jenis suka keluar rumah sangat. Tapi, untuk Raya Haji nak tak nak kena ziarah rumah nenek aku jugak, gila taiko Raya Haji pakai T-Shirt hitam semata-mata nak match dengan tudung? Bagi lelaki, mungkin yeahh. Bagi aku yang perempuan ni, mungkin akan menjadi bualan hangat akan ketaiko-an aku. Benda ni sebenarnya tak ada isu pun, tapi yeahh, perempuan kan? 


So, pergi level 3 Times Square. Masuk kedai jual tudung and Pashmina. Terus rambang mata. Nasib baik bawak RM50 je. And yeah, i got those shawls below:





RM 30 untuk 3 helai, kira cool lah tu en?. Muka tak boleh blah nak censored bagai. Macam pesalah je gayanya.


Tertuduh ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti 'Self-Capturing' atau 'SELCA'




Oh ye, kejutan budaya jap bila beli Cappucino dari Coolblog kena caj RM5.10. Dah lama sangat tak beli cenggini lah. Kalau aku tahu, aku beli je perisa Choc. Hmppph!


Kbai.







No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.