Assalamualaikum.
This should be posted a long time ago. Since raya aidilfitri should be satu hari je. Well since my mother too busy jaga bebudak, mak saya tak buat kueh raya tahun ini. Sobs.
Well sejak kekecik, aku sangat suka join mak aku buat kueh raya. Lagi-lagi masa buat kek. Adunan saki baki kek yang telah dimasukkan dalam oven tu, aku lah yang bantai. Amik guna jari pastu makan. Aku dan abang-abang aku lah yang dok selet selet jari dalam besen adun ingredients kek tu. HAHHAH.
Feel buat kuih tu seronok betuii, lagi-lagi esok paginya raya. Waktu dedulu, even makcik aku tak kasi aku tolong mak aku buat kuih, aku still tolong gak. Katanya nanti kotor. Bebudak buat kuih tak basuh tangan lah apa lah. Aku pedulik hape. Aku basuh tangan okay. Sekejap sekejap pi dapur takut terjejas kualiti kebersihan kuih yang dihasilkan nanti.
Tapi tu dedulu lah, time mak aku ada masa nak buat kuih. La ni tak de masa, mak aku prefer kuih tunjuk je. Aku pulak yang paling kuat membangkang. Pasai aku nak buat kueh jugak. Tak kira!
"Puan mak, kalau puan mak tiada masa, iolls ken adaa. Apa guna anak pompuan nan sorang nih."
Jadi. Berbekalkan skill yang tak berapa perfect aku buat gak ah. Tahun-tahun sebelum ni, kuih cornflakes dengan tart nenas memang wajib buat. Ada lagi kuih lain, tapi tak ingat la pulak. lels.
Tahun ni pulak, more kepada ingin mencuba sesuatu yang baru. Kuih cornflakes still buat, pastu aku buat popia nestum, biskut roti, and blueberry muffin. Yang muffin tu serius jadi bahan ujikaji aku.HAHHAH.
Muffin. Cuak gak dia tak naik en. Jiran aku buat, muffin dia cair kat dalam macam tak masak. Tu yang tergerak nak buat tu. Nak test buat jadi ke idak. Sorry sikit eh, adunan semua sendiri okay. Tak main ah guna adunan yang dah siap punya. (Padahal hati ada gak tergerak nak beli yang tu. HAHHAH)
Alhamdulillah naik gak muffin gue. But somehow macam hodoh ah. Sebab aku guna jam blueberry pastu jam tu keluaq meleleh-leleh macam hape entah. =..= Terlebih muatan.
Rasa dia mak aku kata okay, adik aku kata okay. Aku tak tahu lah mak aku nak jaga hati aku ke hape en, so that aku tak give up dan keep improve diri ini. Adik laki aku pun aku musykil gak pujian dia, dia kata okay dan boleh bukak kedai kek. Padahal dia selalu kutuk aku. Aku syak dia nakkan duit je. Otak nak bisnes aje.
Abang aku paling jujur aku rasa, dia kata
Rasa dia mak aku kata okay, adik aku kata okay. Aku tak tahu lah mak aku nak jaga hati aku ke hape en, so that aku tak give up dan keep improve diri ini. Adik laki aku pun aku musykil gak pujian dia, dia kata okay dan boleh bukak kedai kek. Padahal dia selalu kutuk aku. Aku syak dia nakkan duit je. Otak nak bisnes aje.
Abang aku paling jujur aku rasa, dia kata
"Rupa ceni kau nak suruh bukak kedai kek? Esok serius bankrap."
Lebih kurang cenggitu lah. Aku pun tak ingat. lel. Tapi dia tak kondem part rasa ah. Tapi aku sendiri rasa tak puas hati sebab tak macam yang aku expect. Aku expect muffin ni dalam dia rasa gebu cam muffin yang Gardenia punya tuh, tapi ni tak. Dia punya tekstur macam kek. Ya, kek dalam cawan muffin. =..=. Sumpah kena kaji balik pasaipa.
Yang ni biskut roti. Simple simple je buat sebab buat last minute en. Nak buat awal mak aku tak keluaq pi barang. Terpaksa tunggu beli barang baru dapat buat. Aku ingat kacang je buat. Memang kacang lah. Tapi part multi tasking kau nak bakar roti dalam oven, cairkan coklat, celupkan roti dalam coklat, salut dengan nestum tu yang payah. Serius berpeluh. Tapi slack sikit, sebab ada yang roti tu tak bakar cukup, so rasa cam lemau. Kalau bakar cukup, dia rasa rangupppp.
Tapi part bakar roti pun satu hal. Terkurang bakar jadi lemau, tapi terlebih bakar, hangus pulak. Dah lah hangus, pahit lak uh. Tapi aku punya takde yang hangus ah, yang lemau je ada. Tapi bakar balik kasi dia rangup balik.
Itu lah serba sedikit pasal raya aku tahun ni, aku citer pasai persiapan raya je, citer pasai raya aku tak dak. Aku sambut sederhana je. Dah besar ni rasa lain. Raya tu tak seseronok sambut masa kekanak. Entah aku dah start rasa raya tu biasa je. Cuma yang buat dia lain adalah kewujudan lemang. Cicah dengan rendang ayam/daging, pehhhh!
Cerita sampingan:
Petang raya pertama ke kedua aku tak ingat. Ada sekumpulan bebudak datang, aku syak darjah 6 ke atas. Dorang bagi salam.
Bebudak : Assalamualaikum, kami datang nak raya. (2-3 kali repeat koir)
Aku : Oh nak raya boleh, tapi tak de duit raya tau. *Senyum ikhlas*
(Serius masa tu takde lah cakap macam apa pon, cakap elok je)
Bebudak : *terus bagi salam kat rumah sebelah*
Aku : *Aikk?*
Pastu ada bebudak yang datang memalam raya kedua tu dalam pukul 10:30 malam. Tapi serius bebudak yang datang nih bukan dari kawasan kejiranan aku. Entah mana datang. lel.
I dunno, aku dedulu kekecik memang tak diajar mintak-mintak duit raya kat rumah orang. Mak aku restrict aku kalau nak raya pon pi dekat rumah yang area situ-situ jugak. Waktu kekecik, aku jenis yang bantai kuih kat rumah orang, pastu rasa seronok pasai jenjalan dengan kawan. Duit raya dapat tak dapat tak kisah pun.
Tapi la ni lain pulak jadi. Bukan aku kedekut ke hape, sebab kalau apa-apa pun parents aku yang kasi duit raya kat bebudak. But somehow rasa macam omggg parents depa tahu dak anak dia dok mintak duit kat rumah orang? Pastu ada yang pi raya rumah orang memalam, tak ke bahaya tu? Somehow they should teach la bebudak tu, if you want money, you work for it bukan minta-minta kat orang, orang nak bagi Alhamdulillah, tak nak bagi takpe.
Tapi tahun yang lepas-lepas lagi gempak. Datang-datang terus bagi salam cenggini
"Assalamualaikum, kami datang nak duit raya!"
Hambikkauu straight to the point kau. Tapi yang ni kira bagus ah. Dah warn awal-awal. So tak de lah penat-penat hidang ayaq kuih tapi tetiba dorang tak makan, just sebab nak tunggu duit raya je. Membaziaqq tahu!