11 Jul 2013

Ramadhan bersama projek.

Assalamualaikum.

kes 09072013


Yeah dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Selasa haritu aku terpaksa stay up di library demi menyiapkan projek. Dugaan tahuu. Kala warga kolej Mawar ada yang dah balik sebab dah habis exam, ada yang sedang bertungkus-lumus menelaah pelajaran bertemankan facebook di sisi meja, aku dengan ahli group aku bersengkang mata menyiapkan projek. Itu memang dugaan. Dugaan memang dugaan tapi aku dan ahli group aku tak lepaskan peluang untuk menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan. Kitorang release tension, penat buat projek dengan solat terawih. Lokasi : Masjid Sultan Mizan, UiTM Shah Alam.



Ini masa awal-awal lagi, so tak ramai lagi yang datang. Kang snap masa ramai orang kang, segan pulak i'olss sebab handphone i punya kamera bila snap picture ada bunyi. Honestly, tak tahu macam mana nak silent kan bunyi phone baru ni. *Motif, nak cakap dah beli phone baru, HAHHAH.


Waktu first day terawih, kat ceruk mana pun ramai punya lah. Same goes to Masjid UiTM Shah Alam ni. Ramai giloss bila solat isya'. Full. Orang kata fully utilized la space untuk jemaah perempuan solat. Lelaki punya space aku tak tahu, tak de pulak aku mengintai nye. HAHHAH. Malam tu, terawih aku hampir khusyu' lah kot, tak berani pulak nak kata full khusyu'. Reason aku cakap macam tu sebab, start azan isya' je, bilal punya suara masa alunkan azan tu, perhh, merdu. Cair tau dengar, hati keras pon boleh jadi cair. Melting dengar baq hangg. Then, terawih. MasyaAllah, imam punya suara masa alunkan surah Al-Fatihah, surah-surah lazim, perhh, mantap, merdu. Lagi sekali aku cair. Double melting. jatuh hati tauu. Kalau masuk CD tu, insyaAllah aku beli. That's y la kot aku rasa cam khusyu' je. Sangat merdu, memang menghayati gilaa lah masa tu. Masa tu dalam hati asyik 'Subhanallah merdu'. Kalau macam ini, hari-hari pon aku sanggup terawih kat masjid. Yeah, suara imam sedap adalah antara faktor jemaah masjid gigih untuk berjemaah sama. Bukan racist pada imam yang lain, i'm just saying suara imam kadang-kadang boleh menjadi point of attraction.


Lepas terawih, aku, yana dan bella naik balik PTAR1 (Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam) nak sambung kerja documentation. Projek ni, kitorang kena buat sistem, but sistem kitorang ni dibuat oleh Jo, satu-satunya lelaki dalam group aku. So tugas Jo ni coding buat sistem, payah jugak sebab selalunya yang buat sistem mesti sorang, kalau banyak sangat tangan campur, mungkin sistem kau bakal tak siap atau lambat siap. Jadi aku, bella dengan yana takeover bahagian documentation. Bunyi macam senang, tapi erhhh, bila dah menghadap tu, boleh buat kau rasa nak pitam. Documentation tu siap kena dengan diagram bagai, kena tally dengan sistem. Yeah, documentation pun kena guna otak. Memang kena perah otak fikir.


Documentation sangat penting dan kalau kerja buat documentation pon dah boleh dapat duit yang buat kau kata walawehhh. That's what Information System Engineering is all about. Documentation untuk course ini sangat crucial. Kalau Computer Science more on coding (*sangat best okayy) dan tup-tup dah siap sistem. Tapi bagi kami, bebudak ISE, kami kena start with documentation on the development process baru buat sistem. Jadi dua kerja pulak kann? Nak buat macam mana.


Since dari tengahari membawa ke lepas terawih aku, yana dengan bella tak makan maka haruslah perut ini melakukan mogok mahukan makanan. Even masa terawih, aku dapat rasakan perut aku bergelora, keluar guruh bagai. Rasa bersalah pulak kot orang sebelah rasa getaran ke hape kann result dari perut kosong aku. At 3:15 AM, baru aku, yana, bella dapat pinjam kereta Nur, classmates aku. So dapatlah buat sesi Jalan Jalan Cari Makan sekejap sebab buat documentation pun tak boleh fikir sebab lapar gilaaaa, dengan sejuknya kat PTAR1 tu. -.-


That day, first time aku terpaksa try makan dekat mamak. Last attempt lah kot untuk makan mamak. Tak mahu lagi dah makan kat mamak. Peduli apa kalau orang kata tak sporting tak makan kat mamak. I don't know, just my mother won't allow me to eat at mamak restaurant. Hari tu memang desperate gila, terpaksa sebab nak makan KFC pon ayam dia tinggal rangka. Ayam-ayam stok model. Kau gila? dah kebulur hampir 24 jam pastu nak makan tulang ayam aje, mahal pun satu hal. Makan mamak pon aku beli maggi goreng je, tak berani nak try nasi goreng bagai.


Pukul 5:00 AM baru kitorang sampai PTAR1 balik, sebab KFC seksyen 2 kekurangan pekerja, so service agak lambat banyak bukan sikit, ditambah dengan kekurangan pilihan makanan. Itu ini tak ada. So KFC baik tak payah buat dua puloh empat jam. Punahkan harapan orang aje, kesian staf awak juga in case kalau ada pelanggan yang coba-coba mencarut dalam hati. Masa aku,yana, bella,jiera beratur tu tiba-tiba, pap pap pap, berduyun pulak orang beratur belakang kitorang. Nak beli makanan sahur macam kami barangkali. Aku beli bubur KFC untuk sahur, yang dekat mamak tadi tu untuk dinner, herherher. Mungkin kau nak cakap,

"Jadah apa dinner pukul 3 pagi?"




Tapi, peduli pulak aku kannn. Sampai je PTAR1 makan bubur KFC jap, naik atas terus sambung kerja, dah dapat tenaga kan. Click sini untuk sambungan dugaan kami di bulan Ramadhan.


kbai.





No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.