16 Jul 2013

Kerana SQL aku ke Shah Alam

Assalamualaikum.
Hari Ahad hari tu supposedly aku nak pulang buku yang aku pinjam. Right after aku habis exam database. Gigih la aku menapak kan, pergi library nak pulang buku. Since dah lewat dari due date untuk pulang, so nak tak nak mesti pulangkan jugak. Due date dia on 12th July, hari Ahad pulak 14th July. Daripada menanggung denda lewat pulang buku yang banyak, aku amik lah inisiatif untuk pulangkan segeraaa. Tak kuasa nak bayar duit denda banyak-banyak oii. Lagipun bukan selalu aku pinjam buku, melainkan situasi yang memerlukan je. Baik gunakan duit aku untuk beli benda yang bermanfaat bagi aku. Beli aiskrim paddlepop rainbow misalnya. [Eheh.Wujud lagi ke aiskrim tu?]
Tapi malang kan tak berbau. Elok-elok aku menapak pergi library fac. engine, bila dah sampai dia tutup pulak. Bahagia kan, tak gitu? Aku lupa bahawa pada hari Ahad library tutup pukul 4:45 petang. Aku sampai sana pulak pukul 6:05 petang. Jauh beza jarak waktu dia kan? Maka balik lah hari tu dengan membawa dua buku yang menambah jumlah kg dalam beg aku. Tak ada function langsung, sebab baca pun idok. Sampai penyek aku punya roti gardenia vanilla kena himpit dengan buku tu.

So, today aku tekad pergi UiTM Shah Alam dengan niat yang jitu dan padu untuk tak nak tanggung denda banyak-banyak. Pukul 8 pagi lagi dah gerak dari rumah. Naik LRT dan sampai bout pukul 10 pagi. Standard ah 2 jam kalau naik pengangkutan awam , nak laju naik kereta, sejam dah sampai dah dari rumah aku. Kalau tak jam lah.  On the way tu sempat jugak lah aku baca novel MURTAD by Fixi.
Sampai sana, terus menapak pergi library. Pergi kaunter pulang buku. Dah prepare siap-siap dah singgit nam puloh sen. Tunggu. Sekali pak cik tu cakap :

"Dah."

"Aikk... tak ada denda? "

"Kenapa ? Nak bayar denda ke?"

"Sebab sebenarnya saya kena pulang on 12 hb."

"9hb September tarikh pulang."

Aku yakin masa aku renew kat laman web dia, due date on 12hb ni, kalau aku tahu boleh pulang sampai 09092013, baik aku tak payah pergi, simpan dulu dan baca sampai habis. Tak ada lah aku asyik tido je kejenya. [Konon.]


Balik UiTM tu ingat nak singgah KLCC. Konon nak cari kerja, daripada membongkang tak kira masa kan. Aku pergi big apples ke dunkin donuts entah. Kat situ tampal iklan nak pekerja. Sekali bila tanya kat cashier kata tak ada pulak. Ini antara perkara yang aku bengang masa cari kerja. Dah tahu dah cukup pekerja, rajin-rajin lah cabut iklan tu. Nak tahu troll orang je kejenya. Dah lah aku penyegan sikit. Hikhiks. Pastu pergi Parkson since pernah kerja sana, so konon familiar ah. Masuk je;

"Eh awat macam ramai ni, macam dah cukup pekerja je." getus hati aku.

Aku blah. Maybe kau nak marah cakap apasal aku tak try tanya dulu kot ada kerja kosong ke idak. Tapi entahlah, tiba-tiba segan pulak nak tanya sengsorang. Before this aku kerja sana, pergi tanya kerja kosong bertemankan dua orang kawan aku. Kali ini aku sengsorang. Rasa lain macam, tambah-tambah bila mengingatkan kes cuti sem lepas, bulan Januari. Dekat Parkson jugak.

"Assalamualaikum. Kak, sini ada kerja kosong?"

"Ada. Kitorang memang memerlukan pekerja yang bersemangat macam adik. Isi borang dulu."

Bersemangat gila dia cakap. Siap senyum lagi. Harapan aku pon mula bercambah.

"Dah. Ini dia."

"Okay, nanti ada pape kita call you okay."

Sampai sudah dia tak call-call aku. Ya aku tahu dia duduk kat bahagian Customer Service bukan Human Resource yang tugas dia uruskan pengambilan pekerja baru. Tapi dia tak sepatutnya bagi harapan yang sebegitu rupa kat aku. Sudahnya aku yang kecewa sebab perasan sengsorang. Why? Why? Why?. sobs. So that's why tadi aku macam serba salah je nak masuk tadi. Soal kerja ni aku tak berapa cerewet sangat, asalkan aku dapat solat dengan selesa. Itu je. Setakat ni Parkson je la aku tahu dan jumpa, kasi pekerja dia solat. Means ada sediakan tempat solat. Tapi tu pon ada yang tak solat gak. =..=




Eh by the way, Shah Alam tengah musim bunga woh. Tapi kat tempat aku pon bunga berkembang gak. HOHHO. Pastu kan, korang ada dengar en pasal lab budak sains gunaan terbakor haritu? Sempat jugak lah aku tengok. Teruk gak. Tadi pon ada bomba lagi. Nak siasat punca kebakaran lah tu agaknya. Nak tangkap gambar, aku dalam bas, segan pulak. Nanti dikatanya orang, aku jakun pulak.




Kbai.


No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.