Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts

8 Jul 2015

06072015

Assalamualaikum.
Annyeong chingu!

06 Julai 2015.

Hari Isnin haritu aku kena attend satu interview. Since aku habis intern on 19th June hari tu, aku kira dah memegang title penganggur yang berjaya. Sempat lah attend training 10 hari pasal server bagi memenuhi masa lapang. Kalau tak pergi training, mungkin aku akan dok membuta - hadap tablet - hadap laptop - membuta sampai lah buka puasa. See, betapa tak produktifnya diri aku. So I need something that makes me busy, so aku pi lah attend free training tersebut.


Apa pun aku tak mau la cerita pasal interview or training yang aku attend. At least for now. Pasal training tu aku akan cerita next post pasai ada perkara yang memalukan. And kalau ingat sampai hari ni pun, aku masih mampu tergelak bila ingat peristiwa tersebut. HAHAHAH (See?)


So, before pergi interview tu, tetiba mak aku bukak topik ajak pi beli baju raya nanti.


Situasi 1


Mak aku ajak beli baju raya. Nak belanja aku. And my honest response was :


"Eh tak pe lah ma, simpan duit. Pakai baju raya lama pun boleh"

Yes honestly, makin besar i've lost interest in finding new baju raya. Aku tak tahu lah itu perkara normal untuk perempuan yang berumur 23 tahun atau tak. Mungkin perempuan lain dok risau, nak cari baju raya baru sebab takut orang perasan repeat pakai baju raya lama. Tapi, aku memang tak kisah. It's not like raya tahun lepas dengan raya tahun ni gap dia cuma 2 bulan untuk orang sedar kau pakai baju apa. Furthermore, kau pakai untuk sehari je. Tapi kalau orang ingat jugak, memang wow. Hebat ingatan dia, sebab aku pon tak sure tahun lepas aku pakai baju kurung yang mana satu. HAHAHA. Short term memory betul.


Entah aku just fikir, sebagai seorang yang berumur 23 tahun, aku dah patut berdikari. Walaupun aku still belum dapat kerja. HAHAHA. Macam tak sedap lah dah 23 tahun mak belanja. Dok universiti pon dah biasa guna duit pinjaman beli barang tak depend kat duit parents. So macam rasa uncomfortable jap. Masa jawab tu aku fikir, elok mak aku buat simpan duit untuk pi Mekah.


"Tak pe lah ma, simpan duit nak pi Mekah nanti"

"Ala, mama teringin jugak sekali-sekala nak belanja anak mama. Duit pi Mekah tu dah asing dah. Ni duit lebih teringin lah nak belikan something untuk anak mama"

Dan aku reply minta mak aku simpan duit dulu. Eventho, aku sorang je pompuan dalam kalangan adik-beradik, that's doesn't make me seorang yang manja. Gediks is sooo not me. Oi kecik-kecik main wrestling-wrestling kot dengan abang aku dua orang tu. Asyik sebut 'give up' je. -..-


Dan bila fikir balik, am I such a bad daughter? Aku just nak mak aku simpan duit so that if anything happen she can use it sebab aku still belum dapat kerja pun lagi. Dengan adik aku baru masuk belajar lagi. But somehow mak aku nak belanja aku, might be dia nak cari teman shopping as I'm the only daughter. Tengok lah nanti. Maybe choose something affordable and cheap kot.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 2

Balik dari interview, aku pi singgah UiTM jap. Konon nak mintak transkrip, but somehow didn't manage to get it. Sebab result tak keluar lagi, so memang tak leh apply lah for full transcript.

Hampa. So pergi tunggu bas dekat Kolej Mawar. While waiting for bus, nampak lah bertebaran siswa siswi baru habis jawab exam. Masa tu pukul 12 : 10 tengahari macam tu. Sempat lah cuci mata sikit. HAHAH. Masa tu "Allah Bagi Cuti" so tak pe lah kot mengusha. HAAHHHA

Tapi serius ar, banyak hensem-hensem. Tapi aku sedar diri, dah tua kan. So rasanya, kat situ yang aku nampak tu semua lebih kurang baya adik aku je. Tak nak lah level anak-anak ikan ni kan. Tak boleh nak jadikan calon pun. Tapi ada yang satu tu hensem oi sampai buat aku tetiba berdebar, perut berkeroncong pasai dorang lepak area tempat aku duduk. Takpe, cool cool stay cool. Fuhhh. Tapi too bad suara budak-budak, suara tak berapa macho. Lol, ni dah kenapa macam cari jodoh pulak ni dah kenapa. Behave behave. Takpe aku still, tetap dengan pendirian nak cari yang tua dari aku sikit.



Pastu ada satu time tu, ada dua orang budak laki turun dari bas. Satu tu macam bebudak laki baru nak up, sorang lagi fuhh, berkarisma, style, macam korea pun ada. I mean, lelaki korea yang maskulin. Not the kind yang jambu-jambu muka macam pompuan yang bebudak pompuan selalu gila-gilakan tu. #matilahhh buat statement cenggini. Sebagai contoh lelaki korea yang agak maskulin ialah TOP Big Bang, kalau jambu-jambu macam Kyu Hyun, Lee Teuk kumpulan Super Junior. Jadi paham kan, apa yang aku maksudkan dengan maskulin?



Okay budak laki tu pakaian dia simple tapi terserlah lah kemachoan dia. Kulit dia cerah. Tinggi, badan kira separa tough, tak keding. Just nice. Macam model. Macam nak tegur, eh kau ni dik nak pergi pentas peragaan ke nak pi belajo. Baju dia lengan pendek lebih kurang macam kat bawah ni aaa, pastu dipadankan dengan seluar yang kecik kat part bawah tu. Bukan skinny jenis yang ketat gila sampai nampak bentuk kaki tu. Kira sesuai lah dengan dia. Muka pun maskulin siap misai janggut, rambut pon kemas. 








Kat atas ni gambaran apa budak laki tu pakai. Tapi tak semua laki sesuai pakai macam ni. Depends. Kau jangan tengok orang pakai macam tu smart, pastu kau expect kau akan jadi smart jugak pakai macamtu, padahal orang rasa kau nampak huduh pakai cenggitu. Amik masa cari apa yang sesuai dengan diri. Tapi bagi aku, secara general, laki akan nampak smart kalau pakai kemeja lengan panjang pehtu dia lipat suku lengan baju tu and ada yang nampak effortless smart/ handsome walaupun just pakai t-shirt berkolar je. Contoh Fahrin Ahmad. Eh suami orang!







11 Jun 2015

Pelupa dan Memori Rawak

Assalamualaikum
Annyeong chingu!


Aku seorang yang pelupa. Bukan lah selalu tapi kadang-kadang ada lah lupa certain benda. Dan aku rasa aku mempunyai short-term memory. Kadang-kadang, even aku dok ulang-ulang perkataan tu dalam otak, lepas 10 minit je aku lupa balik apa aku nak buat atau beli atau cakap. Tapi selalunya benda yang aku nak ingat tu akan datang balik, cuma beza dia cepat atau lambat je. 


Dan satu lagi masalah aku adalah, bila aku lupa benda aku nak buat atau rancang nak beli atau cakap, aku akan jadi tak fokus dekat benda yang aku tengah buat. Aku akan try recall dan recall balik apa yang aku lupa, supaya aku rasa tenang dan boleh fokus balik. Tu baru pasal lupa. Satu hal lagi pulak, kadang-kadang bila aku tengah buat sesuatu, secara tiba-tiba aku akan ingat memori atau kenangan lama secara rawak. Random. Dan memori tu boleh jadi perkara yang berlaku tahun lepas, mahupun tahun-tahun yang sebelumnya. 




Contohnya petang tadi. Aku tengah study code depan pc untuk website. Tetiba aku terkenangkan roommate aku masa duk UiTM. Aku ingat semua roommate aku dari semester 1 sampai 5. Tak de lah ingat nama sorang-sorang tapi aku ingat rupa dorang. Tapi kan, aku lupa rupa roommate aku masa semester 6. Yepp, aku susah sikit ingat nama orang, tapi aku sangat ingat dan cam rupa orang. Dan ya, sem 1 sampai 6  aku dapat stay Kolej Mawar. Okay, back to the story. So, bila lupa tu, aku try lah recall balik...


Masuk waktu asar dan...


Masa nak solat Asar baru lah teringat. Cis licik betul keje syaitonnn. 
[Masa ni lah nak salahkan syaitonnn, bulan puasa tak leh dah, tu salah napsu sendirik.]

Pehhh. Nasib baik ingat balik, bolehlah fokus balik tengok coding. Tapi tak jugak... sebab masa tu dah 5:30 petang, fokus terganggu sikit sebab dah nak balik. HAHAHAHAH


Bila dah ingat rupa roommate masa semester 6, sambil scroll-scroll tengok coding, aku teringat pulak kisah baju hilang masa duduk kat Kolej Mawar dulu. Aku dulu cuci baju guna tangan hokayyy. Boleh kira dengan jari berapa kali aku pakai washing machine. Namun bukanlah sebab aku rajin, tapi sebab nak jimat duit. HAAHHAHA. Pinjam duit PT haruslah jimat sikit ye dak?


So setiap tingkat akan ada beberapa bilik ampaian. Ada yang besar, ada yang kecik. Kalau floor tu dapat ampaian kecik, dan kebetulan pulak masa kau nak jemur tu, ampaian memang dah full,tade space, kau kena pepandai lah cari ampaian lain samada pergi cari ampaian wing lain atau cari ampaian dekat floor lain. Tapi tu bukan apa yang aku nak cerita.


Apa yang aku nak cerita adalah, masa time aku duk kolej dulu, mesti setiap minggu ada kes baju hilang, seluar hilang lah, spender hilang, baju kecik hilang. Aku tak paham betul. Siapa yang curi sebenarnya? Kalau perempuan yang curi... kenapa dia nak curi? Dia takde baju dah ke? Muat ke baju yang dia curi tu dengan badan dia? Kalau dia curi spender atau baju kecik... rela ke dia pakai secondhand punya? Let's say, kalau orang lain tak sengaja ambil... Takkan lah dia tak kenal baju dia sendiri?


Sebab aku kenal baju aku sendiri, kalau baju sama, penyepit baju tu yang bantu untuk aku cam baju sendiri. Lagi satu, bila aku jemur, aku akan ingat position mana aku letak baju tu. Tapi aku kagum gak lah dengan orang yang selalu buat notis hilang baju, seluar, spender apa semua kat floor punya notice board. Sebab kalau aku, amik masa berbulan jugaklah untuk aku sedar baju aku hilang. Kadang-kadang tak ingat langsung. Sebab bila baju dah kering, aku akan amik je baju aku yang sedia ada dekat ampaian. Takde lah pulak aku nak kira balik bilangan baju or ingat ada baju yang takde ke apa.

Apa spender dengan baju kecik hang tu mahal/lawa sangat ke sampai orang nak curi? Musykil.



Kbai.




















31 Oct 2014

Annabelle, Conjuring dan Lif Menara S&T

Assalamualaikum.


30102014


Dah kenapa tetiba "Lif Menara S&T" pulak?  apa kaitan dengan Annabelle, dengan Conjuring? HAHHA. Bersabar ya nak...


Annabelle



So semalam, yakni 29 Oktober 2014, selesai sudah tengok Annabelle. Adik aku download, aku pun join sekaki tengok. Aku yang ajak dia tengok sebenarnya, kang tengok memalam sengsorang scary lah pulak. Lagipun aku tahu, yang dia pun takut tengok sengsorang. HAHHHAHA


Normally citer hantu yang melibatkan patung ni aku tak berapa sangat, macam Chucky ke apa tu memang aku tak berapa layan sangat. Bukan sebab takut ke apa, tapi sebab aku tahu dia tak scary. Tapi kalau orang bukak, aku tengok je lah, well aku kan sporting. HHAHAHHA.


Tapi yang sebenarnya,  citer Annabelle ni aku nak tengok pasal terbaca komen-komen kat group facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) dok sembang citer pasal nampak hantu while travelling. Ada satu komen tu tulis citer 'Conjuring' lagi scary dari 'Annabelle'. Aku tetiba rasa curious nak tahu ke'scary'an kedua-dua citer tu. Tanpa melengahkan masa, aku suruh adik aku download dua-dua cerita tu.



So malam semalam aku tengok lah Annabelle dengan adik aku dalam bilik, pastu tutup lampu untuk mendapatkan feel . Dan akhirnya, seperti yang aku agak, sound effect dia je yang kuat. Ada lah  1-2 kali aku terkejut manja. Kalau dari segi keseraman memang tak seram kot. Tapi baby dalam citer tu cuteeeeee gilaaaaaaa! Ahhhh rasa nak geram-geram je baby tu, omgg tolonglah paham.




Conjuring






Citer Conjuring pulak aku baru je settle tengok tadi dengan adik aku dalam bilik, pun tutup lampu jugak. Tapi aku rasa ni Conjuring 1 kot sebab aku google tadi nampak ada Conjuring 2. Lantak lah Labu...aku layan je. Tapi betul lah Conjuring ni scary sikit dari Annabelle yang tak scary tu. SIKIT je lah tapi. Sebab make up hantu dia kot. Tapi part paling scary, masa dia meracau atas kerusi, masa nampak muka dia separuh tu.


Yang tak scarynya, time kemunculan hantu badan besar tu. Aku rasa kalau hantu kurus je kot boleh nampak scary dan lebih hodoh. Kalau hantu gemok, kau buat lah mekap macam mana pun, aku tetap rasa ia kelakar dan comel.



Lif Menara S&T


Alang-alang citer pasal hantu-hantu nih. Aku nak citer sikit pasal satu kejadian misteri yang terjadi kat aku masa kat UiTM Shah Alam. Tak de kaitan pun dengan Annabelle & Conjuring sebenarnya. Tapi bila aku tengok Annabelle part pompuan tu stuck dekat lif, aku jadi teringat-ingat lak kes dekat UiTM Shah Alam.


Being an ISE student memang selalu kena stay up buat project, esaimen. Yang tak stay up tu samada dia rajin atau pandai berlebihan, sebab tu siap awal. Okay esaimen tu kalau stay up selalu stay up dalam bilik je.



Kalau bab buat projek, system yang kena buat secara berkumpulan selalunya kitorang selalu lepak kat library fakulti engineering. Tapi ada je group yang tak buat kat library ni, tapi tu lantak dorang ah, yang pasti group aku buat kat sini. Kalau nak test, nak exam, kengkadang aku prefer lepak library jugak pasai kalau duduk kat bilik memang harammm nak baca buku. 5 minit je dah boleh terbongkang, kira tahap nobita jugak lah aku ni kalau bab-bab tido. HAHHHA


So malam tu, aku tak berapa ingat sangat apa aku buat kat library, maybe group discussion. Yang pasti malam tu aku tak pergi library sengsorang. Library kat fakulti engineering ni ada 2, tapi 1 je yang bukak 24 jam. Kitorang selalu lepak yang dekat 24 jam, stay sampai pagi. Subuh baru balik.


Alkisahnya malam tu, dalam pukul 1-2 pagi aku rasa nak terkencing. Masa first time pergi library ni, kalau nak pergi tandas selalunya aku ikut kawan yang sama-sama nak gi tandas. Tapi bila dah beberapa sem duk UiTM ni, aku dah berani pi sorang-sorang tandas fakulti engine ni walaupun pukul 1-2 pagi. Selalu gak kawan tanya nak teman tak? Tapi aku selalu cakap tak payah pasai aku tahu dorang bukan nak buang ayaq pon, dan aku tak nak susahkan dorang semata-mata nak teman aku.



Kalau ikutkan pernah je aku pergi pukul 3-4 pagi tandas kat fakulti kejuruteraan tu. Pasai cirit-birit. Gara-gara minum Teh Herba Orang Kampung. Masa tu nak kurus punya pasai, tapi serius lah, kalau minum je teh tu konfem cirit 6-7 jam kemudian. Rasa nak cirit tu sudden gila, tapi kalau dah selalu minum and minum pada waktu yang sama dengan hari yang lain, kau dah boleh agak lah effect cirit tu datang pukul berapa.



Kes aku, aku minum waktu maghrib pasal takkan nak minum waktu ada kelas lak en, pastu effect dia pulak akan datang pepagi buta. Cirit punya pasal, pukul 3-4 pagi pun aku redah pi jamban, tak kesah lak waktu aktif hantu keluar ke apa, aku tak kesah. Janji tak terburai dalam seluar, malu ooo depan abang-abang engineering. HHAHHHA


Kalau kau nak tahu, tandas dia bukan kat dalam library. Dalam library ni takde tandas. Kau kena keluar dari library pastu naik tingkat 3 atau 4 , jalan sikit belok kanan baru jumpa tandas. Library tingkat 2. Aku selalu pi tingkat 4 pasal tandas tingkat 3 pintu dia selalu tak leh tutup. =..= So memang tingkat 4 tu kira jamban favourite la kalau stay up kat sana.


Okay back to the story, malam tu pukul 1-2 pagi cenggitu ah, tetiba rasa macam nak terkencing. So macam biasa aku keluar sorang pi tandas walaupun kawan aku offer diri untuk teman. Naik tingkat 4, masuk tandas, buang ayaq kecik. Keluar tandas cam biasa tekan butang lif. Masuk lif, tekan butang tingkat 2.



Disebabkan dah terbiasa aku relaks je lah dalam lif tunggu lif turun bawah and tunggu lif tu terbukak. Tak de lah pandang arah indicator yang tunjuk aku kat level berapa. Aku just menung kosong, tengok lantai, tengok pintu lif menanti masa dia bukak. Masa tu rasa macam duk dalam lif lama sikit dari biasa. Tapi aku tak perasan sangat masa tu. Sampai lah masa pintu lif terbukak.


"Eh apasal macam lain ni? Tak macam level bawah pun"

Bisik hati aku. Aku tengok indicator lif. Lah level 10 rupanya. Aku tekan butang tutup, tekan butang 2. Tapi lif still naik dan dia berhenti kat tingkat 13 or 14 aku tak berapa ingat. Pintu lif terbukak. Kau tahu tak masa tu, aku rasa macam dalam citer hantu pun ada. Lif terbukak pastu lampu kat depan kelap-kelip, bukak-tutup-bukak-tutup.


Aku tak keluar lif, aku tekan butang tutup. Pintu lif tertutup. 10 saat kemudian pintu lif terbukak balik. Aku tekan butang tutup balik. 10 saat. 20 saat. Pintu lif still tak tutup. Aku tekan lagi butang tutup. Sama. Kali ni aku tekan kuat sikit pastu, tekan banyak kali sikit butang tutup. Sama. Pintu lif still terbukak luas. Masa tu aku dah start cuak. Walaupun masa tu tak kelam-kabut tapi rasa cuak tu adalah sikit. Nasib baik dapat control.


Gila lah. Mana tak cuak kalau aku sorang je kat atas tingkat 13  pukul 1-2 pagi tu, dengan lampu disko lagi, kalau jadi pape pun orang tak tahu. Dah lah handset pun aku tak bawak, main tinggal atas meja library. Aku try tenangkan diri, aku keluar lif , pastu tekan butang turun dengan harapan menjadi lah. Itu je alternatif lain yang aku dapat pikirkan masa tu.


Nasib baik pintu lif tu akhirnya tertutup and turun sampai tingkat 2. Aku tak dapat bayangkan kalau aku terpaksa turun tangga dari tingkat 13 ke tingkat 2 pagi-pagi buta macam tu. Dah lah tangga emergency tu suram je orang jarang lalu.

Alhamdulillah, aku selamat masuk library balik. Sampai sekarang aku musykil lagi pasal kejadian hari tu. Lif tengah bengong ke? Ada 'benda' nak gurau-gurau ke? Entah lah. Allah Maha Mengetahui. Tapi sejak kejadian tu, setiap kali aku stay up and nak buang ayaq pagi-pagi buta, aku tak pernah kena lagi macam tu. Bukan nak mintak benda tu jadi lagi. But somehow aku rasa macam nak buktikan yang kejadian misteri tu memang sebab lif tengah bengong.


Logik aku, kalau lif tu bengong mesti akan ada satu hari tu aku akan kena benda yang sama. Dibawa naik ke certain tingkat and stuck kat situ. Tapi Alhamdulillah lah tak jadi lagi walaupun kerap jugak aku lepak library stay up sampai pagi.

So tu je lah kisahnya, aku dan Lif Menara S&T.


p/s:
Masa lif terbukak tu, dengan lampu diskonya, aku bayang macam-macam. Aku bayang ada 'benda' muncul depan pintu lif. Nasib baik tak jadi betul-betul. Ini semua pengaruh citer-citer hantu. Nasihat aku, toksahlah tengok citer hantu banyak-banyak sangat. Nanti jadi macam aku dok baying bukan-bukan. HAHHAH
kbai.






29 Jun 2014

28062014: Penat.

Assalamualaikum.


28062014.
Song played - Chandelier by Sia


Kau pernah tak, tak makan dalam sehari doploh pat jam. Pernah? Aku tak pernah. Tapi hari ni festaim aku survive 24 jam dengan makan sebotol kecil madu SAHAJA. Air? Dua teguk air untuk pagi tadi, sebab tu je yang tinggal dalam botol air mineral 500 ml aku.

Pagi-pagi aku bangun, celik je mata aku pi hadap laptop sambung taip final year project punya report. Padahal semalam dah submit dah. Tapi tak lengkap ah. Tu yang membawa sampai ke hari ni dia punya tak puas hati tu. Taip. Taip. Tertido untuk sejam. Bangun. Taip. Taip. Taip.

Sedar tak sedar eh dah pukul 5:30 petang?

 Eh aku belum makan lagi?
Sepatutnya soalan itu perlu disertai dengan rasa cemas kalau hari-hari lain, bilamana dah pukul 5 petang dan aku tak makan lagi, hatta satu makanan sebesar saiz habuk pun. Ye, sebab aku risau kalau aku tak makan, aku akan jatuh sakit kemudian mati. Tapi hari ni, dia punya feel lain macam. Aku tak kisah kena makan ke tak. Tapi aku capai jugak lah sebotol madu dalam almari, sebab tu je stok makanan yang tinggal dalam bilik aku kat kolej ni. Masa tu aku fikir, kang tak makan sakit pulak kang, langsung kerja nak baiki report pun tak selesai. Tak sampai 10 minit pun untuk habiskan sebotol kecik madu itteeeww. Nasib baik jugak aku tak bantai perabis madu ni time mak aku datang bagi masa 8hb Jun hari tu.




Sambung taip. Taip. Taip. Taip. Taip. Pukul 7 petang dengar pengumuman, surau kolej buat Solat Terawih. Aku tak pergi. Kau jangan tanya pasai apa aku tak pi. Demm, masalah pompuan lah! Takkan itu pun aku nak habaq.  Taip. Taip. Taip. Taip.


Pukul 10 malam


 Aku rasa hmm kira boleh lah kot apa yang aku dah taip untuk hari ni buat baiki report yang aku dah hantar. Mesti kau tanya, eh boleh ke baiki report yang dah hantar? Entah aku pun tak tahu. Ye, aku dah hantar pukul 6:00 petang semalam. Tapi masa tu lecturer dah balik. Aku tak fikir apa, aku nak taip je benda yang tak selesai selagi mampu. Pukul 10:02 malam aku nak pi fakulti dulu tengok report tu betul tak ada depan pintu lecturer lagi. Kalau ada aku nak terus pi binding kertas tambahan ni untuk attach dalam report aku yang dah siap bind tu.


Pukul 10:02 malam

 Aku siap-siap pakai baju, tudung. Keluar lif aku terus lari pi fakulti. Plan aku, kalau report tu in case lecturer dah amik ke pagi tadi, aku ingat balik je fakulti nanti aku nak pack barang terus balik rumah dan redha. Kalau still ada depan pintu, aku ingat nak binding and attach progress aku terus kat report depan pintu lecturer tu. Tengah on the way lari keluar kolej tu aku sempat toleh belah kanan. Oh shit. Dua-dua kedai printing and binding tutup. Tukar plan. Tukar plan.

Plan aku sekarang, if report still ada depan pintu, aku ingat nak balik rumah dan mintak bapak aku hantar balik pepagi buta datang UiTM untuk submit progress aku. Means that progress tu aku dah siap bind semua, nanti sampai UiTM pepagi pukul 7:30 pagi tu aku tinggal attach balik je. 

Memang agak menyusahkan diri dan bapak aku sebenarnya. Tapi aku fikir macam tu sebab kalau aku stay kat UiTM, kedai kat luar pun tak bukak lagi untuk pi binding dan bas untuk pi keluar ke seksyen 7(dekat) atau seksyen 2(jauh) paling awal ada pun pukul 10 pagi hari-hari cuti macam ni. Aku memang tak harapkan kedai dalam kolej untuk bukak sebab setahu aku dorang memang cuti hari Ahad. Kita kena buat kemungkinan yang agak negatif supaya kita ada back up plan.


Pukul 10:15 malam

Aku sampai fakulti. Kalau hari biasa, mau amik 30 minit baru sampai fakulti. Tapi sebab hari ni aku lari, masa tu jadi 15 minit je. Masa tu aku fikir,

Boleh tahan madu ni bagi tenaga kat aku?
Sampai fakulti, aku pi bilik lecturer. Lorong kat bilik lecturer ni part awal-awal dia je terang. Nak masuk dalam lagi, gelap teruihh. Ye, bilik lecturer yang aku submit report tu, kat part yang gelap. Deal with it. Penakut penakut pun, terpaksa. Sampai bilik lecturer, report ada lagi.


Perjalanan balik.Pheww


So sekarang, teruskan plan nak balik tu. Selain daripada niat nak binding awal-awal kat rumah, aku niat nak lah hari pertama puasa dapat sahur dengan family. Jadi.... Lari. Lari. Lari. Sebab aku tahu bas dalam UiTM tamat operasi pukul 11 malam. 


Pukul 10:22 malam

Okay time ni dah sampai dataran cendikia. Ajaib bukan? Pergi fakulti amik masa 15 minit, balik 7 minit je. Memanglah kalau dah namanya fakulti atas bukit. Ingat nak keluar duit dulu, in case kalau bas takde dan tak dapat balik, aku ingat nak beli lah makanan, kot dah boleh puasa ke hari esok kan. Takpun buat kunyah pepagi dalam bilik. Takkan aku nak pi beli makanan tengahari buta pulak kan time orang tengah puasa. Ish.

Aku nak keluar RM40, tapi ATM machine kuang hajo. Boleh keluar duit RM50 aje. Apa banyak sangat ke orang keluarkan duit, semalam pun tak boleh keluar duit bawah RM50. Ish.


Pukul 10:26 malam

Lari. Lari. Lari. Stop kat koperasi kolej Mawar jap. Ingat nak beli roti la untuk makanan esok. Shit. Hatta satu roti pun tak ada. Ilek. Yang ada peanut butter. Takkan lah aku semalam makan dua roti 70 posen, hari ni makan sebotol kecil madu, pastu esok nak ratah peanut butter pulak kan. Ish.

Plan untuk balik malam ni mesti diteruskan. Lari. Lari. Lari. Perjalanan ke tingkat 8 dirasakan lambat bebenau even naik lif. Lif nganga je aku lari masuk bilik. Pack barang. Barang itu barang ini.


Pukul 10:41 malam

Aku dah depan lif nak turun. Lif bukak, aku masuk. Lif bukak lagi, aku keluar dan lari. Lari. Lari. Lari ke stesen bas. 7 minit tunggu, bas D sampai. Alhamdulillah.


Pukul 10:51 malam

Masih dalam bas UiTM. Masa ni tengah lalu kat terowong bangunan DATC. Dalam hati aku berharap yang bas Rapid U80 kat seksyen 2 tu still ada. Tak pernah aku gamble macam ni sekali. Paling kritikal pun 10:45 dah sampai seksyen 2, itu pun sekali je aku pernah buat. Masa ni aku fikir, if dapat pergi seksyen 2 nanti tapi bas Rapid U80 dah takde, aku nak buat apa eh? Maybe naik teksi masuk UiTM balik? Kalau ada. Sebab bas UiTM untuk masuk UiTM for sure dah takde. Kalau tak de teksi, aku nak masuk UiTM dengan apa? Jalan kaki? Jalan yang gelap lagi jauh bakal ditempuhi. Adventure sangat. Serious, aku memang nak balik.


Pukul 10:56 malam

Bas D berhenti depan kolej Seroja. Suddenly, abang bas tu tanya aku:

Dik nak turun mana?

Seksyen 2.

Bas ni sampai sini je. 

Aku toleh belakang. Ada dua tiga orang lagi dalam bas.

Adik tadi naik dari mana?
Mawar 
Bas untuk pi seksyen 2 dah tamat dah waktu dia.

Aku turun. Cakap terima kasih. 5 saat aku jalan melepasi stesen bas kolej Seroja aku nangis. Tak sengaja okay. Automatik air mata mengalir. Aku biar je. Tak ramai orang dah pun kat jalan, lagi pun gelap takde orang nampak. Masa jalan ditemani dengan air mata yang setia mengalir tu, otak aku tak habis-habis generate soalan.


Bas D kan memang pi seksyen 2, aku tak salah bas tapi apasai dia tak pi seksyen 2. Tinggal satu stesen je pun. Tak jauh pun. Kenapa?

Habis dua tiga orang saki baki dalam bas termasuk mamat yang usha aku tadi tu nak pergi mana? Kalau dah tak pergi seksyen 2 pergi mana? 

Yang aku tahu lepas stesen bas Seroja, bas akan direct pi seksyen 2. Even kalau dorang turun kat Kondo Kristal pun, dah tak jauh sangat pun dengan seksyen 2. Why? Belum pukul 11 lagi pun.

Why abang tu tak cakap awal-awal bas tak pergi seksyen 2 dah masa aku naik?

Heck. Kolej Mawar dengan Seroja bukanlah dekat sangat okay. Kalau bagitahu awal-awal kan senang. Dah tak bagitahu awal-awal, pastu blah. Takde offer nak pi hantar Mawar balik. Dan aku sedar, ini bukan drama swasta kat tv yang dipenuhi dengan orang baik-baik yang mana bila awek cantik yang dalam kesusahan, tiba-tiba ada mamat macho datang offer naik kereta mewah dia, tak pun akak sempoi offer naik kereta dia yang biasa-biasa, atau paling koman pun pakcik tua yang baik hati drive selow melow offer tumpang kereta dia hantar awek tersebut ke destinasi yang diingini. Tapi aku sedar jugak yang aku bukan awek cantik tersebut. Entah entah sebab tak cukup cun, sebab tu abang bas tu tak nak hantar. HAHHAH.


Pukul 11:05 malam

Okay, aku masih berjalan dengan berfikir dan berfikir pasal bas tadi dan dalam masa yang sama menyimpan rasa tak puas hati sambil berniat akan ku kenang muka abang tu sampai bebila. Tapi bila fikir balik, apa motif pulak aku nak ingat muka abang tu? hensem pun tidak. Paling aku dapat buat pun, muka marah bila naik bas abang tu, itu je. Bazir kapasiti memori otak sungguh. 

Masa ni, aku lalu depan masjid UiTM. Dah lalu depan masjid UiTM baru tersedar yang:

Allah takkan uji hamba dia kalau hamba dia tak mampu untuk tanggung ujian tu. Ujian tu tanda Allah sayang, so that hamba dia ingat untuk minta bantuan kat Allah.




Pukul 11:14 malam

Still berjalan. Currently lalu tepi kolej Perindu. Dan time tu ada mamat naik motor mana entah lalu jerit tegur aku. Ye takde orang lain. Aku. Tipikal budak laki. Kalau ada kawan memang berani la dia nak huha huha. Tension exam barangkali. Tapi aku lagi tension, rasa macam nak sepak kasi motor dia jatuh. Baru puas, aku tension kau nak huha huha pulak.

Masa ni jugak aku tengah fikir whether pagar kolej Mawar yang dekat dataran cendikia still bukak ke tak. Kalau tak bukak memang kaki ni kena tambah kuasa menapak jauh sikit pergi masuk ikut pintu lagi satu. Aku nak cakap ia jauh, gelap dan jalan pergi sana agak sunyi. Jauh dia bukan macam pintu depan dan belakang kat rumah kau. Sekian.


Pukul 11:18 malam

Sampai area kolej Delima. Ternampak koperasi kolej dorang bukak lagi. Sempat lah grab satu roti butter milk RM1.20 yang baru ku sedar agak mahal untuk roti sekecil itu (Patutnya 70 sen!) dan satu bungkus muffin yang harganya RM1.60 yang aku baru sedar jugak time menaip ni harga dia mahal dan ia bukan muffin brand Gardenia! yang muffinnya lebih besar dan banyak coklat! Ini yang nak stress balik ni!


Pukul 11:22 malam

Sampai kolej Mawar. Alhamdulillah pintu dekat dataran cendikia ni tak tutup lagi. Dan aku bersyukur aku berjaya sampai semula ke Kolej Mawar dan juga bilik aku dengan selamat, tak cacat apa. Alhamdulillah, Allah masih sayang aku.



Kali pertama eksesais sebanyak ini dengan badan dibekalkan tenaga dari sebotol madu dalam tempoh 24 jam. Dan eksesais ini tanpa rela. Rasanya kalau hantar aku kat pulau dalam masa sehari tanpa makanan, aku rasa aku boleh survive tapi bekalkan aku dengan tugasan buat FYP. Nyata kesibukan boleh buat orang tak rasa lapar. Setakat sehari je lah, dua hari aku tak test lagi.


Ok baii, aku nak mandi. Aku ada cakap tak seharian aku tak mandi sebabkan nak siapkan progress ni yang sebenarnya kalau diikutkan tak de lah siap jugak. Mesti otak kau tengah dipenuhi perkataan busuk dan tak mandi bukan? Tapi apa guna mak bapak aku bagi nama yang maksudnya segar dan berseri. Ini lah masanya, aku bagi excuse berdasarkan maksud nama aku sendiri, HAHHAH. Bukan selalu pun. Baiii aku betul-betul nak pi mandi ni.


Kbai.



Aku tak dapat blogwalk, komen, approve komen, post cerita yang tertunggak buat masa ini. Tunggu exam aku habis 4hb ni lah kot. Good luck dari aku untuk aku. Eh kau yang baca sampai habis even tak comment, aku sayang kau. Tak banyak orang yang baca blog aku, jadi kau patut bersyukur kalau jadi antara orang yang aku sayang, kira limited edition gitteeww. HAHHAH.lewl.





15 Feb 2014

Result Final Semester 5

Assalamualaikum


14012014

Hari ni boleh tahan tarikh keramat ah untuk bebudak degree kat UiTM. Sebabnya, result keluar hari ni. Start dari semalam lagi sibuk kat newsfeed facebook citer pasal result kuar hari ni. -..- Tapi terima kasihlah jugak, kalau tak aku tak tahu pon result keluar bila, sedangkan tarikh masuk untuk semester 6 ni pon aku tak tahu bila. lol. (Takpe , yang ni pon bakal dihebohkan di facebook nanti.)



Selalunya kalau hari ni keluar result, 12 tengah malam or 3 pagi sebelumnya result dah dihantar kat email dah. Khusus bagi golongan yang tak reti nak sabar tengok result, ekkeke. Tapi bagi yang cuak-cuak, stok tenang-tenang, result bolehlah diakses kat student portal pada pukul 9 pagi. Entah kenapa kali ni aku tak cuak sangat bila result nak keluar. Aku sebenarnya dalam golongan yang tak reti bersabar, even cuak mana sekali pun kau, result tu tetap keluar jugak, lagipon itu lah effort kau, so kenapa nak takut sangat. Aku pukul 12 tengah malam dah start bukak email, tapi hampa tak ada. Since esok ada class dan aku dah ngantuk aku tidur ah.


Pagi tu, pukul 5:15 pagi aku terjaga. Memang ajaib betul, sebab selalunya aku bangun pukul dalam 6:15 pagi sebab kat Jati ni senang sangat nak dengar azan Subuh dia. Tapi kali ni boleh terbangun sejam lebih awal pulak, supposedly rasa penat sebab petang semalamnya dah jogging 1 1/2 round tasik seksyen 2 seperti hari-hari lain, tapi eh eh boleh segar pulak mata ni.


Mula-mula konfius jugak nak bukak masa tu or tunggu 9 pagi, last-last aku bukak jugak. Alhamdulillah . Alhamdulillah tak jadi pi Melaka. Kenapa Melaka? Sebab, if ada paper kena repeat memang kena pi kampus baru kat Jasin Melaka, sebab semua batch bawah-bawah kitorang dah kena pindah kat sana bulan Mac ni dan lecturer kebanyakannya kena pindah sana. Kat Shah Alam tinggal lecturer yang mengajar untuk sem 6 aje. Aku tak kisah sebenarnya pi Melaka, Tapi yang aku kisahkan kalau-kalau kena repeat Final Year Project. Mahu setahun kena extend. Yang lecehnya, nak kena cari tajuk baru dan kena cari stakeholder baru.


Course lain elok je boleh buat apa-apa sistem yang dorang rasa nak buat even dorang tak belajar subjek tu. But course kitorang ise ni, HELL NO. Kau kena buat sistem yang orang perlukan, tak boleh syok sendiri. Kau kena cari orang yang ada masalah dan propose sistem untuk solvekan masalah dorang. Tapi masalahnya, memang susah nak cari orang yang perlukan sistem dan bila dah jumpa dorang malas nak entertain engkorang.



Citer pasal result, bila atas pukul 9 pagi je mesti penuh newsfeed facebook aku dengan ucapan-ucapan berkisarkan tentang result. Contoh:

"Alhamdulillah."

"Alhamdulillah, terima kasih kepada dot dot dot."

Aku bukannya apa, sometimes rasa annoying pun ada. Well nak bersyukur, cakap  sendiri-sendiri sudahlah. Nampak macam show off pun ada, kesian kat kawan-kawan yang tengah down tengok status engkorang. Lainlah status korang tu berupa ayat-ayat motivasi buat rakan-rakan yang tengah down. Kau takkan tahu selagi kau tak alami sendiri. Lagi better kau bentang sejadah, solat dan sujud syukur cakap dengan Allah lagi afdhal. Kat facebook, apa yang kau dapat? Like? Aku serius tak faham tujuan sebenar engkorang. Pastu ada yang type bagi ucapan macam bagi ucapan kat radio, 

"Terima kasih kepada ibu di dapur yang sedang memasak, ayah yang sedang mencuci kereta ..."

Padahal mak bapak kau dalam rumah, cakap je lah face to face. Apa kebendanya kau nak post status bagai. Kau bukan study oversea pun. Kalau nak ucap terima kasih dekat group member pun boleh mesej apa. Kalau tak nak guna duit, inbox je kat facebook. Bukannya kau nak ucap dekat every single friend kau dekat facebook pun kan? Kalau ya, itu aku tak kisah. Kalau nak bagitahu pasal dapat konvo pun aku boleh consider lagi since itu berbentuk pemberitahuan. Mungkin aku suudzon, tapi kalau nak bersyukur pi dating dengan Allah. Kalau post status sebagai tanda bersyukur, maknanya kitorang yang tak up status ni kira tak bersyukur lah ye?



Apapun igauan aku gagal 2 subjek dah berakhir. Terima kasih kat Ustaz Ibrahim, lecturer bahasa arab yang sempoi even aku submit projek lambat. Lecturer FYP walaupon aku rasa aku agak merapu dalam proposal. Even kali ni carry mark, banyak yang low, alhamdulillah keputusan okay. Apa yang aku nak cakap even carry mark kau makan portion besar sebanyak 50% pun, just percaya kat diri, percaya kat Allah. Kau usaha, kau dapat. Jangan biar carry mark korang tu downkan semangat korang untuk jawab soalan exam. 


Exam kali ini ajar aku supaya jangan spot-spot tajuk yang masuk exam sangat, even lecturer kau bagi spesifik pun. Baca semua. Kalau tak sempat padan muka, siapa suruh tak study awal-awal. Aku lah tu. HHAHHAH. Sebab exam kali ni memang soalan dia unexpected gilaa, keluar dewan semua mulut herot-berot membebel pasal soalan exam. Kawan aku penat-penat siap buat list soalan yang selalu keluar dalam exam semester-semester before this, last-last tak keluar. Tentu kau tahu apa rasa dia bukan? Bila jadi macam ni, apa yang kau perlu ada adalah skil menggoreng. Goreng soalan sampai hangus macam aku. Apa nak buat, dah kau tak prepare awal-awal. Usaha tu yang penting, Allah mesti tolong punya. 








Kalau semester ni tak berapa berjaya, well perjalanan masih panjang. Takkan nak menyerah dah kot. Allah kan ada. Fikir dan ubah kesalahan yang lalu. Mungkin kau tak cukup usaha. Mungkin sebab kau selalu dok kutuk-kutuk lecturer. Mungkin kau selalu jadi sleeping partner dalam group. Mungkin jugak kau jarang jumpa Allah. Apa pon, untuk berubah kau still ada masa. Anggap ini ujian Allah, belajar redha, learn from mistakes dan insyaAllah kau akan rasa tenang gila. Well, aku teringat pulak dulu-dulu aku baca buku 'Berani Gagal'. Somehow buku motivasi macam ni buat kau lagi bersemangat. Sebab buku tu jugak lah, bila aku gagal je aku tak berapa nak sedih sangat compare dengan bebudak lain. Siap cakap kat mak lagi.

"Ma, ira gagal subjek KH. Dapat 37. Nombor rumah kita. HAHHAH"

"Kenapa boleh gagal?!"

"Kita kena berani gagal ma! Buku tu cakap, orang gagal akan berjaya kemudian."


Time ni dah tingkatan 1. Mak bapak aku pun dah malas nak pukul kalau dapat markah corot. Memang berani la aku jawab macam tu. lol.
Kbai.



Ingat, belajar kerana Allah bukan sebab nak lulus exam. Bila belajar kerana Allah, kau gagal pun kau boleh relaks aje. :DD




26 Jan 2014

Explorace Peers Global 2.0 : Kuala Lumpur

Assalamualaikum.





23012014 - Day 3


Hari ni explorace kat KL. Yang bestnya, kitorang tak pakai bas UiTM pergi KL. Kena naik bas U80 sendiri pi KL. Tapi tak berapa nak feel explorace sangat, sebab ada fasi ikut untuk make sure keselamatan kitorang. Naiklah rombongan baju merah bas U80 pagi tu. Macam rombongan nak buat perhimpunan haram pun ada aku tengok. 


Dalam bas pon menyempat lagi.


Sampai kat KL Sentral, kitorang kena pergi Stesen KL untuk dapatkan klu. Maka berjemaah lah kitorang jalan dari KL Sentral. Aku tak tahu pulak nak pergi sana dekat je. Dekat-dekat pon ambik 10 minit gak ah. Tapi semua have fun, sebab sama-sama berjalan, sama-sama lintas jalan macam anak ayam, sama-sama bau taik kucing bawah jambatan. -__- Task dekat sini, kitorang kena jawab beberapa soalan am and kena main game macam sudoku tapi tak berapa Sudoku sangat ah. Pastu kena interview bangsa lain pasai opinion dorang on "muslim women wearing hijab". 


Task 2 dekat Central Market. Again, kitorang guna kaki je sebab nak jimat duit. Tak yah nak manja sangat ah nak naik bas bagai. Rupanya dekat je, terima kasih kat brader baju biru yang bagi direction dekat ktm tu. Pas ni boleh ler gua explorace sengsorang pi Central Market. Dekat Central Market kitorang kena interview tourist yang bukan dari Asia tanya opinion dorang pasal Malaysia. And kitorang jumpa Catherine dari German. 

Bukan Catherine Zeta Jones.


Task 3 kat Dataran Merdeka. Dalam banyak-banyak task, task ni paling menarik aku rasa. Sebab kitorang kena selfie. Ada 5 tempat semuanya. Yang tak boleh blah ayat dekat bawah sekali dalam kertas task 3 tu.


"Skill selfie adalah amat penting ketika melancong ke luar negara"

Cenggitu lah bunyinya. Kena selfie dekat Flag Pole, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kelab DiRaja Selangor, Perpustakaan kanak-kanak, Muzium Tekstil Negara and lastly Masjid Jamek. Gaduh-gaduh gak masa ni. Tapi bila dah selfie tu, lupakan aje persengketaan lama. Take time gak kat sini, sebab kitorang pusing ikut jalan jauh, tak sedar ada shortcut. -__- Group lain ada yang amik gambar Masjid Jamek dari jauh, kitorang pulak semangat gila pi masuk jugak dalam Masjid Jamek. Alang-alang dah sampai sini en. 

Kelab Di Raja Selangor

Bangunan Sultan Abdul Samad. Eye Bag. -__-


Flag Pole.

Masjid Jamek



Task 4 dekat Muzium Tekstil Negara. Kena buat dokumentasi pasal baju kayu, dengan pakaian tradisional baba nyonya. Semangat gua hafal perkataan sampai tergeliat-geliat lidah. Kain Batik jadi Kain Batuk. Kau ada? Aku ingat kena bagi lah video rakaman kat fasi, tu yang asyik ulang record video 2-3 kali. Sekali dia nak tengok skill bercakap secara spontan. Lahhh, punya serious aku hafal sebijik-bijik ayat dia.


"Baju panjang atau kebaya labuh (perempuan) berkikik dan berpesak dari kain kasa bercorak dipadankan dengan kain batik sarung teknik conteng dipakai secara berselisih dengan bahagian kain kepala di hadapan. Manakala, bagi perhiasan diri, cucuk sanggul korek kuping dipakai dengan kebaya dengan kerongsang serong dan anak."


Berkikik? Yang aku tahu 'kikikiki'. Korek kuping? Macam cuping telinga pon ada. Macam-macam.


Task 5 dekat Masjid Negara. Kat sini kitorang solat, makan semua. Kitorang dapat task untuk translatekan tulisan jawi dekat dua plak masjid ke rumi. Kacang. Pastu kena cari tafsir untuk ayat 1000 dinar. Since tak jumpa tafsir Al-Quran, google je lah. Ada jugak group yang dapat task hafal surah pendek cam surah Al-Adiyat. Kira senang gak ah. Dibuatnya kena hafal surah Al-Mulk, As-Sajdah. Dah lah aku time sekolah agama kekecik dulu sempat hafal sampai 15 ayat je. Time ni of course lupa dah. Nampak sangat ilmu tanpa amal.


Task 6 dekat KL Sentral. Semangat je cari dalam KL Sentral, sekali dekat area luar. Task 7 pulak dekat KLCC. So masuk balik KL Sentral. Dalam dok kalut-kalut nak pergi KLCC sebab takut dapat tempat last macam semalam, boleh pulak tersalah platform. HAHHAH. Lepas beli tiket aku laju je lari naik platform, punya semangat sampai lari-lari naik tangga. Kila ngan Luqman pon elok je follow belakang aku naik escalator. Sekali dah sampai atas...

"Eh apasal fasi ada dekat platform belah sana?"

*facepalm*. Shit. Salah platform daa. Nasib baik Kila ngan Luqman elok je terima hakikat yang kitorang salah platform. Bila naik platform yang betul, LRT tu dah blah. Kira kitorang ada gap 5 minit dengan group yang naik awal tadi. Cess. Ingat dah lambat gila, rupanya group Pa'ie ngan Amta pon belom naik lagi. 


Task 7 kitorang kena carik tourist dari Korea tukar duit Ringgit Malaysia ke Korean Won. Memula cari dekat taman, banyak yang dari China. Jumpa je mata yang sepet sikit, kitorang terus tanya.

"Are you Korean?"

Mesti dorang fefeeling  warga korea masa kitorang tanya uh, siap ada yang tersipu-sipu lagi. Masa kat taman, jumpa sorang nih tapi dia tak bawak won dengan dia pulak. Pastu kitorang terus masuk dalam balik. Cari-cari, terjumpa pulak oppa [okayy sila muntah] dua orang tengah dok tangkap gambar dekat cermin. Entah tangkap gambar apa pon aku tak tahu. Oppa [kenapa aku rasa geli ni?] dua orang tu boleh ler tahan tapi tak de lah sehensem Lee Dong Wook, Hyun Bin, Seung Ri. Dorang willing untuk tolong kitorang tapi dorang tak de duit kecik lah pulak. Dorang nak tukar 30,000 won padahal kitorang ada RM10.70 je kot. -__-. Siap guna money converter kat handset lagi nak kira rate. Apa muka kitorang ni tak cukup suci lagi dipercayai? LOL. Cari lagi, sampai turun kat tingkat bawah. Ingat nak je tukar kat money changer pastu tangkap je gambar dengan mana-mana Cina. Tapi nak buat acane, kitorang jujur. HAHHAH. So kitorang decide keluar balik, pergi kat port yang tourist selalu tangkap gambar berlatar belakangkan KLCC.



Nasib baik jumpa. Tapi yang kitorang jumpa kali ni tak reti cakap English, tak paham pon apa kitorang cakap kalau nak compare dengan yang kitorang jumpa sebelum tu. Nasib baik dia ada tour guide. Kalau tak memang serupa itik dengan ayam bercakap. Since dorang last day kat sini, esok nak balik Korea dah dan tak pakai lagi duit Ringgit Malaysia, kitorang tukar je RM10 tu dengan 3000 won. Lebih singgit kat dorang tapi tak pe lah. Kalau nak cari lagi, ambik masa pulak. Entah jumpa ke tidak. Nak mintak lebih 4000 won dorang dah siap kira guna money converter pulak. Nampak sangat ke'berkira'an dia.

Saranghae~





Maka selesai sudah explorace kali ni. Tapi aku nak cakap, serious group Amta dengan Hasrul cool gila. Malam tu ada majlis penutup. Bila nak balik tu ada sesi temu ramah sikit. Tengah aku, Kila ngan Luqman sibuk-sibuk nak divide duit. Fasi Izwan datang tanya pendapat pasal explorace. Dan gua secara sengalnya jawab...


"Seronok. Sebab dapat kuruskan badan."


Agak rude ah. Sorry fasi Izwan. Bila tak fokus memang macamtu lah aku jawab. Sebab masa tu aku dok fikir aku nak duit 1000 won je. LOL. Balik rumah menyesal sebab jawab memain. Orang lain elok je macam retiss kau jawab. Bukan sebab tak dapat jawab macam retis tapi tak dapat nak luah perasaan sebetulnya bila join Explorace ni. Takpe lah aku buat interview sendiri je ah.


"Secara tulus ikhlas, gua rasa explorace ni memang best gilaaa. Rasa macam masuk explorace dalam tv3. Siriuus. Before this, masuk orienteering, explorace  paling besar pun area dalam Bukit Cerakah je. Tak feel langsung, kalau dalam Bukit Cerakah tu explorace naik basikal best ler jugak. Terasa macam Running Man pon ada, harap buat lagi di masa akan datang. Respect pada ajk yang conduct aktiviti ni. Sebab aku tahu benda ni bukan senang nak buat. Kena mintak permission banyak pihak. GPMS hari tu ada buat dekat Melaka, since aku tak ada group, tak dapat ler nak merasa. Telan air liur makan hati je. Tapi Alhamdulillah dapat join yang ni. Aku tahu pon dari facebook. Nampak je perkataan Explorace terus tak pikir banyak, terus mesej nak join. Sangat puas, lain kali sila buat lagi Explorace ni. Kalau nak buat aktiviti panjat Gunung pon best gak, water rafting ke. In case tak dapat pergi Korea tu, maybe bukan rezeki. Dapat masuk explorace dengan kawan baru pon gua dah rasa bersyukur dah. Tak dapat pergi kali ni mungkin gua pergi lain kali secara backpacking lak. Yang pasti gua memang nak sampai jugak ke Korea guna apa cara sekalipon. Once in a life time. Nak tengok view kat sana, speaking Korean dengan penduduk. Pastu apa yang aku suka sangat, even tengah explorace waktu untuk solat tetap diperuntukkan. Tapi satu je aku tak berapa suka. Brader bawak bas UiTM masa balik tu boleh lak pasang lagu kekuat, lagu jiwang lak tu! Gua dah ler tak layan jiwang. Sesak napas gua dalam bas tu dengar lagu jiwang, tambah-tambah bila tengok dekat skrin Ramli Sarip tengah dok posing-posing tangkap gambar. Heshh."


Kawan baru. Dari kiri;
Atas : Suzy, Syakila, Yana
Bawah : Amy, Ira, Hanim




Thanks to Kila, Luqman sebab jadi partner explorace. Bila dengan dorang rasa macam adik-beradik pon ada. Of course Luqman tu yang jadi adik. Sabar je lah aku ngan Kila layan dia.LOL. Thanks to Kila dan Luqman jugak yang suka selfie sebab at least ada ler gambar gua nak letak dalam blog gua ni. HEHHEH. So, explorace kat KL settle. Sekian.


p/s : Doakan gua fokus dan gigih belajar Oracle dari 27/1 sampai 24/2  ni. Untonglahh korang bercuti. 

25 Jan 2014

Explorace Peers Global 2.0 - Shah Alam

Assalamualaikum.





21012014 -First day

First day more kepada LDK and explaination apekebendanya Peers Global ni. Tapi LDK ni tak de lah bosan sangat cam dalam kemahiran insaniah. Tapi sirius wa ngantuk, time petang uh. Yelah, cukup makan, mata pon berat. First day ni jugak ada game donat and karipap. Group aku (aku, suzy, mun, mirah, amta, kak nani) kena tuduh khianat. Padahal kitorang lah paling jujur. Sedih gua, dah jujur kena tuduh tak jujur pulak. Last session, dorang bagitau group untuk explorace esoknya. Anddd, aku segroup dengan Syakila and Luqman. Mostly memang kenal antara satu sama lain sebab yang join ni pon mostly bebudak Peers jugak. Aku pulak memang tak kenal dorang ah since aku baru join. Yang aku kenal pon Suzy sorang. Sempat jugak lah kenal-kenal secara rambang beberapa orang masa first day cam Yana, Amy, Khai, Wani, Amirah, Mun, Pa'ie.


22022014 -Second Day

Hari kedua, hari yang dinanti-nanti sebab bermulanya Explorace! Explorace sekitar Shah Alam je untuk second day ni. Bermula dari bangunan HEP kitorang ke Seroja untuk Task 1. Kat Seroja, kitorang kena jawab soalan pasal bandar diraja, luak dekat Negeri Sembilan and lastly kaum dekat Sabah. Ingat kan dah settle lepas jawab, rupanya ada lagi. -__- Kitorang kena pilih antara 2 balang yang bertutup. Luqman pilih yang kecik. Ceh rupanya kena cari duit syiling 1 sen dalam balang yang berisi adunan tepung nak buat cekodok. Simple beb. Tapi kesian dekat Kila, dia kena amik dalam balang besar yang dalam tu ada cengkerik. Terjerit-jerit gak ah. Sumpah aku nak merasa amik duit dalam balang tu.


Task 1 selesai. Task 2 pulak dekat Tasik Seksyen 2. Dann kitorang berlari dari UiTM ke Tasik Seksyen 2, nak jimat masa dan duit katanya. Mana taknya, kitorang dibekalkan RM5 je per group per day. Kira berjimat tu dah masuk dalam hukum harus. Masa nak pergi tu, sempat jugak ah buat perangai budak nakal pi panjat pagar. Dah sampai tasik, pusing-pusing separuh tasik baru jumpa checkpoint. So task kat situ kitorang kena cari botol Explorace Peers Global. Kitorang group last berjaya jumpa botol tu sebab kitorang dapat klu penting last sekali. Kecewa jap. Tapi kecewa kecewa pon sempat gak ah selfie. LOL. 


Luqman, Syakila, Aku







Task 3, kitorang kena pergi ke kompleks PKNS. Task kat situ, kitorang kena jual barang. Kitorang pilih set 2 mug, 3 pen Kilometrico, 3 buku nota UiTM untuk dijual. Sepatutnya kitorang kena cari untung dekat sini. Kitorang dapat RM19 je untuk hasil jualan semua benda-benda tu. Orang lain RM25-74 kauu. Nak buat acane, masa jual RM5 untuk satu mug, ada sorang makcik tu sampai tercari-cari duit singgit dalam beg dia. Entah, aku tak sampai hati nak mark up harga tinggi-tinggi, aku bagi harga ikut logik akal. Whether reasonable ke tak harga tu, taknak lah cekik darah orang. Lambat gak ah kitorang settlekan task ni. Group lain semua dah settle dekat PKNS je. Kitorang dari PKNS pergi SACC Mall, dari SACC pergi pulak Plaza Alam Sentral. Dekat Plaza Alam Sentral baru settle. Masa kat SACC tu , ada satu pakcik tu, aku pergi kat dia dan perkenalkan diri. Pastu dia jawab :

"Awak dari UiTM? Awak tak kenal saya, tak payah nak jual barang dekat saya."


Sedas kau kena. Nasib baik masa tu muka aku tebal. Buat relaks, cari customer lain sudah. 



Task 4 dekat Plaza Alam Sentral. Sudah. Jadinya, berulang-alik kitorang dari PKNS-SACC-PAS-PKNS-PAS. Dekat PAS, since kitorang group terakhir sampai, kitorang dapat task main sambung-sambung buat robot Gundam dengan "kawan baru". Dan kawan baru (baju hitam) kitorang ni sempoi gila. Abang ni lepasan UiTM jugak, masscomm katanya. Positive gila abang ni, time kitorang pening-pening sebab ada part yang tak cukup, dia pulak bagi semangat kat kitorang.LOL.

"Takpe, takpe. Kita PEERS!"





Abang baju merah tu pon sempoi gak. Dia pulak cakap terima kasih kat kitorang. 

"Terima kasih lah kat korang sebab abang pon tengah bosan"


Task 5, dekat Masjid Negeri. Tapi kena makan and solat dulu. Since kitorang tersekat dekat Plaza Alam Sentral buat robot Gundam yang tak berapa clear instruction dia tu, most of the group dah proceed buat task 5. Time kitorang selesai solat, group lain semua dah proceed ke Task 6. 


Task 6 kitorang kena pergi Muzium Shah Alam. Satu kesilapan yang besar berlaku bila kitorang tersalah tempat pergi ke Galeri Shah Alam. Kemain bersemangat jogging pergi sana. Bila sampai, tengok tak ada orang langsung. Rupa-rupanya salah tempat daa... 20 minit habis macam tu aje. Dan seperti yang dijangka, kitorang lah group last sampai ke Muzium Shah Alam. Group lain semua dah proceed pergi buat Task 7. Nasib baik ada satu abang pakai sampin bagitau location checkpoint, kalau tak lagi banyak masa terbuang mencari. Task 6 ni kitorang kena buat summary untuk dua buah cerita sejarah. Terima kasih kat pak cik guard yang tolong kitorang bagitau location dua-dua cerita tu.

Kekeliruan jantina.


Task 7 dekat Medan Selera Seksyen 2. Sebelum tu, terima kasih banyak-banyak dekat Fasi Fathi dan Fasi Azwan yang sempoi gila. HAHHAH. Task 7 ni kitorang kena minum satu gelas besar air campuran belimbing, timun dengan tomato. Ingatkan masam, tapi tak pon. Maka selamber je ah kitorang teguk. Dah settle, kitorang balik masuk UiTM balik. 


Settle first day-Shah Alam.




28 Nov 2013

PRK dah habis bro!

28112013
 
Assalamualaikum.
 
First time mengundi. Terasa penuh tanggungjawab diri ini. Puahhaha. PRK before this tak dapat nak mengundi sebab calon menang tanpa bertanding. Nampak tak betapa low-profile nya warga fakulti aku? LOL.
 
 
Tengah jawab test Enterprise Architecture, sibuk announce suruh mengundi. Ai nak focus okeh! Pepaham lah kitorang nak pergi mengundi nanti oii. Announce sekali tak ape, ini dua-tiga kucing berlari kali kau announce. Kau dah kenapa? Paham tak kitorang tengah test, paham tak? Nanti kalau markah test tak berapa nak memberangsangkan, pepaham je lah siapa puncanya aku tak dapat jawab dengan jayanya sehingga memberi effect pada markah test tersebut. Wahhahah.
 
 
Habis test EA pergi lah mengundi [Nak makanan free je sebenarnya]. Masuk dewan je, dah nampak akak polis bantuan berdiri dekat pintu. Aku rasa PRK kat sini pasif je kot, lagi-lagi untuk fakulti aku. Possibility untuk perkara luar tabi'e berlaku adalah amat amat amat amat rendah.
 
 
 
Dapat je nombor, terus pergi key-in undi. Aku pangkah [click sebenarnya] sorang calon. Later on, baru tahu kena undi dua orang. LOL. Kira aku buat undi rosak ke apa ni? Puahhhaha. Tapi betol lah, nanti nak undi betul-betul, kena pangkah sorang je. Hehheh.
 
 
Semuanya berjalan dengan lancar. Satu je aku tak puas hati. Makanan. Dia bagi dua roti krim harga RM0.80 setiap satu dengan satu air kotak perisa anggur. Masalahnya, roommate aku fac. lain dapat nasi lauk ayam kot! Siap DUA air kotak. Bukan tak bersyukur, tapi cam kenapa fakulti lain boleh bagi nasi tapi kat sini tak boleh. Population fakulti roommate aku tu lagi banyak kot! [Kau jangan suruh aku tukar fac. pulak atas ketidakpuashatian ini]. Bukan nak nasi beriani, nasi arab pon. Nasi kosong dah memadai pastu tambah lauk sikit. Enough. Emo. HAHHHAHA
 
 
Citer pasal test Enterprise Architecture tadi, Alhamdulillah aku dapat hentam. Dah tak ingat, hentam je lah. Dalam hati dok replay :
 
"Hentam aje lah Labu. Hentam aje lah Labu. Hentam aje lah Labu"
 
Memang nama aku Labu pon. -_-. Pastu aku keluar 20 minit awal. Dah kalau kau tahu kau tak dapat ingat jawapan dia, buat apa kau bazir masa tunggu masa menjawab habis. Balik tidur lagi heaven.
 
Tarikh untuk bentang proposal FYP dah keluar. Siap dah assign examiner lagi. Cuak jap! [Sambung balik tengok Running Man]. Oh keputusan PRK petang tadi, calon yang aku pilih menang. Satu lagi tu calon yang aku tak berapa harap dia menang sebab manifesto dia kelakar, tak munasabah. Takpe lah, aku harap bila dah dilantik ni dia boleh buat perubahan yang munasabah lah.


Kbai.

 
.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.