Assalamualaikum.
kes 01072013.
part 2.
Sebelum ini aku ada post pasal aku, fariz dan yana pergi stars archery without gambar kan? Nah, ini kali with gambar. Tapi ceritanya kau baca je lah post yang ini.
since kitorang pergi hari Isnin, so memang tak ramai orang dan seolah tempat tu kitorang yang punya, HAHHAH. Baiklah, yang kiri sekali tu, no.14, aku punya, yang tepi dia yakni yang tak ada no. tu yana punya dan sebelah yana punya tu, fariz punya. Adalah sekali tu aku ter'attack' dekat no. 14 tu, kau nampak kan ada sebiji arrow sesat kat situ? Lepas aku attack terus camera dia jadi malap. Rupanya aku ter'panah' dekat camera dia. Nasib baik lah orang tu, tak mintak ganti rugi, hewhewhew. Dahlah kopak, muflis terus jadinya nanti. Tapi as y'alls can see,kat tempat aku tu ada 2-3 biji arrow kat tengah betul-betul. Aku rasa kalau aku dapat board yang ada satu target dan bukannya empat target cenggini, aku dah menang dah. Hebat jugak aku kan! HAHHAH. *muntah
(maafkan aku atas istilah salah yang digunakan, sesungguhnya aku hentam sesuka hati, sesedap rasa.)
this is yana in action. photo taken by fariz.
tarik.
le me (baju hitam) and yana (baju putih). Photo taken by fariz, since kami 3 orang je yang available hari tu untuk main panah-memanah. Padahal patutnya ramai lagi, tapi yelah musim exam, ramai busy, tinggal kami je yang pergi berjimba eh beriadhah release stress. Fariz dok kata, tangan kami salah, well kami first-timer. Dan peduli pulak aku kan, asal kena target sudah, HAHHAH. Tak peduli tu yang sampai bangun pagi esoknya tangan sakit-sakit.-..-
lepas.
excited yana.
le me. Nasib baik gua berhati perut, kalau tak habis bro tersebut. Nampak macam serial killer pulak, macam lah. Nak bagi panahan cinta pun, err tak payahlah, bukan taste gua.
gambar ni aku amik, sebab nak tangkap gambar pasangan berdua tu. sweet kan? Err lagi sweet kalau mereka dah bernikah secara sah. Halalan Toyyiban. Oh aku memang suka tangkap gambar senget-senget, bagi aku, nampak lagi art. Aku sorang je ke yang suka tangkap gambar senget-senget ni?
cenggini lah environment Stars Archery, Times Square.
time ni aku dengan yana dah habis main, since kitorang main 36 arrows je sebab berkongsi. Fariz tak habis lagi. Makanya, yana menjadi bosan lalu main calling-calling siap entah. Aku bosan, aku amik camera fariz, capture gambar(s). Tekan untuk tumbesaran gambar yang maksima.
fariz in action.
fariz punya no. 8.
fariz, muka puas. (photo by me)
(photo by me)
i don't know y, tapi aku rasa yana memang photogenic. (photo by me)
yana and fariz.
happy nauu.
oh ini anak foreigner mana entah aku capture. Pastu kantoi, itu yang dekat gambar atas sekali dia macam pandang "kau nak apa haa?!" HAHHAH. Peduli apa aku, tapi macam cuak jugak, kot bapak dia siku aku ke lepas amik gambar anak dia.
step by step. Tekan untuk tumbesaran maksima.
lastly, this is me. err nampak pendek, tapi tinggi gua 158cm okayy. (photo by fariz)
masa balik tu kitorang main lari-lari atas tangga piano. Pastu, posing cenggitu haa. Maklumlah, kat masjid jamek, tangga pianonya dah rosak, padahal baru beberapa mingu pasang waktu tu.
Dah habis. Oh, motif letak 'photo by me' segala? Saja promote diri kot rasa gambar senget yang aku amik tu cukup art, boleh hire aku jadi photographer. herherher. Untung-untung boleh tangkapkan gambar wedding korang. herherher. Cumaaa, bagi dslr sebijik (pinjam,bukan bagi terus), sediakan pengangkutan (jemput aku), sediakan makanan. Itu aje, aku tak kenakan caj, since ini pon untuk trial & error, suka-suka. Oh semua ini telah di edit gua, kalau rabun, click kat gambar supaya jelas, nyata dan terang.
Perhh, ye lah, siapalah gua, gua tahu gua takde bakat dalam bidang photography. sobsss. *Lari ke penjuru dinding menangis.*
kbai.
No comments:
Post a Comment