Showing posts with label Times Square. Show all posts
Showing posts with label Times Square. Show all posts

13 Oct 2013

13102013 : Review Children Of Heaven

Assalamualaikum.



Memori 13102013



Pagi tadi aku tengok movie Children Of Heaven. Ada kerja sebenarnya, tapi dah hobi aku suka menangguh, cenggini lah jadinya. Dah lama dah download movie ni, cuma tak berkesempatan tengok je, busyyy la katakan. LOL. Aku dapat tahu pun sebab aku terbaca komen dekat Facebook pasal sebuah video yang dikaitkan dengan antologi "Kasut Kelopak Jantung" dan dikaitkan pulak dengan cerita "Children Of Heaven".


"padahal, antologi "Kasut Kelopak Jantung" adik aku punya dulu pun aku tak baca lagi..." =..=

Actually movie Children of Heaven ni dari negara Iran. Kisah dua beradik Ali dengan Zahra. Zahra, adik Ali ni sumpah comel gilaaa, besar-besar mesti cun. Okeh, berbalik kepada review kita...





Cerita ni pasal Ali dan Zahra, dua beradik dari keluarga yang boleh dikatakan daif lah. Mak dorang ni sakit, bapak dorang pulak kerja tak seberapa, dapat upah sikit je. Kisah bermula, bila ada sorang pak cik jual barangan terpakai terambil kasut Zahra yang baru je lepas dibaiki tukang kasut. Tak nak tambahkan kerisauan parents dorang untuk cari duit beli kasut baru, Ali  come out dengan idea tukar-tukar kasut. Means that, Zahra akan pakai kasut Ali pergi sekolah, lepas Zahra balik baru Ali pakai kasut dia balik untuk ke sekolah. 

Disebabkan tu, Ali selalu lambat datang sekolah sampai cikgu disiplin marah dia padahal Ali ni budak pandai dekat sekolah. Tapi dia tak pernah cerita sebab yang sebenarnya kenapa dia lambat, maybe sebab tak nak mintak belas kasihan orang lah kot. Ali ni, memang abang yang bertanggungjawab. Tak kurang jugak dengan Zahra, yang sangat rajin, kira memang anak dara yang boleh diharap lah eventhough kecik lagi, maybe sebab dari kecik dah dididik sebegitu rupa. Bapak dorang pun, jenis yang amanah bila buat kerja, yang ni korang boleh tengok babak dia minum teh tu. 


Zahra.


Aku nak cerita lebih-lebih nanti, tak syok pulak kan. Sumpah rugi kalau tak tengok filem yang pernah menang Award nih. Nice movie, i must say.


Rating : 4.6/5.0


Petang tu pulak, rumah aku dikunjungi oleh tetamu istimewa, mungkin beliau sesat. Welcoming our little new friend ...






Mula-mula bapak aku pegang, and lastly (gambar ketiga) , aku dapat pat belakang dia. Dia tak terbang pun, jinak je. Omeyyy sangattt, sampai mintak bapak aku bela.HAHHAH.End up, bapak aku lepaskan balik burung tu kat luar rumah. 


Jam 2:00 petang, aku join parents aku pergi majlis perkahwinan anak sepupu bapak aku (faham tak?) , sebab kepingin makan nasi minyak. HOHHOH. Lepas solat Zohor terus gerak sana. Tema dorang Merah-Hitam, dah macam MCR pulak. KOHKOH. Dan kat sana, rupanya aku je budak-budak yang terselit dalam kalangan pakcik dan makcik aku. =..= 


Whyyyyyy???


Semua warga senior, tetiba aku pulak terselit budak mentah. Segan doe, aku ingat ada lah sorang-dua sedara mara yang muda remaja yang terselit datang sekali, tapi hampa. Dan aku pujuk hati aku dengan berkata :


"Takpe, ingat tujuan kau datang sini nak makann...bukan cari kawan" 



Jadi itulah dia.

Gambar 1:


Aku nak tangkap gambar pengantin sebenarnya since dapat meja depan pelamin kan, tapi tetiba akak tu lalu, interframe dan tanpa rasa bersalah pandang kamera. =..=. 


Gambar 2:

Inilah apa yang aku makan tadi, letak daging punyalah banyak sebab ke'KARNIVOR'an yang berlebihan, pastu amik kuah dalca. Aku ingat benda besar yang aku senduk tu terung, end up kayu manis . =..=

Gambar 3 & 4 :

Makcik-makcik aku dan ye, majlis ni diadakan di taman.


Habis je makan-makan, aku gerak pi Times Square. Aduii banyak betul event aku hari ni. LOL. Parents aku just drop aku dekat jejantas Times Square since aku je yang nak pergi sana. Actually, aku pergi sana sebab nak join Mountain Dew Extreme Challenge 2013. Bila tengok gambar-gambar contestants dekat facebook, rasa tercabar pulak nak join. Berkobar-kobar gila, padahal waktu tu aku pakai blouse. =..=




Sampai kat tempat kejadian aku tak masuk pon. =..=

Gambar 2 :

Peserta dari Sabah ke Sarawak entah. Cepat benar aku lupa. =..=. Quite handsome lah. LOL. Tapi takat dia je aku dapat tengok, sebab lepas tu dah takde contestants lain dah. DJ dia pon asyik announce kot sape-sape yang nak masuk boleh daftar kat kaunter. Aku dah tekad nak masuk masa tu, lagipon orang-orang yang tengok kat tepi-tepi tu dah kurang. Tapi...

Gambar 4:

Tapi, itulah dia. Aku tak yakin dengan halangan dekat gambar ke-4 ni. Tak pernah pulak try. Last aku try masa zaman kanak-kanak, pastu pegang satu palang je terus dah tak gerak-gerak dah. =..=. Jadi, aku tak masuk sebab halangan ni lah, halangan lain okay je, piece of cake orang kata. Ecewwah!. Takpe lah, lepas ni aku nak training lah, so that tahun depan boleh join.HAHHAH

Jadah apa, pergi Times Square semata-mata sebab tu je. Tak strategik langsung! Maka haruslah ada aktiviti sampingan ye dak? Aktiviti sampingan adalahh beli shawllll oyyeahhh. Sebab, aku bawak satu tudung je balik rumah untuk cuti seminggu. Tudung tu pulak warna merah.

Nak mix and match pun bukan ada baju merah dengan hitam banyak sangat. Aku boleh terima hakikat berkurung dalam rumah selama seminggu sebab tak ada tudung, sebab aku pon bukan jenis suka keluar rumah sangat. Tapi, untuk Raya Haji nak tak nak kena ziarah rumah nenek aku jugak, gila taiko Raya Haji pakai T-Shirt hitam semata-mata nak match dengan tudung? Bagi lelaki, mungkin yeahh. Bagi aku yang perempuan ni, mungkin akan menjadi bualan hangat akan ketaiko-an aku. Benda ni sebenarnya tak ada isu pun, tapi yeahh, perempuan kan? 


So, pergi level 3 Times Square. Masuk kedai jual tudung and Pashmina. Terus rambang mata. Nasib baik bawak RM50 je. And yeah, i got those shawls below:





RM 30 untuk 3 helai, kira cool lah tu en?. Muka tak boleh blah nak censored bagai. Macam pesalah je gayanya.


Tertuduh ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti 'Self-Capturing' atau 'SELCA'




Oh ye, kejutan budaya jap bila beli Cappucino dari Coolblog kena caj RM5.10. Dah lama sangat tak beli cenggini lah. Kalau aku tahu, aku beli je perisa Choc. Hmppph!


Kbai.







8 Jul 2013

01072013 : Stars Archery, Times Square


Assalamualaikum.


kes 01072013.
part 2.



Sebelum ini aku ada post pasal aku, fariz dan yana pergi stars archery without gambar kan? Nah, ini kali with gambar. Tapi ceritanya kau baca je lah post yang ini.





since kitorang pergi hari Isnin, so memang tak ramai orang dan seolah tempat tu kitorang yang punya, HAHHAH. Baiklah, yang kiri sekali tu, no.14, aku punya, yang tepi dia yakni yang tak ada no. tu yana punya dan sebelah yana punya tu, fariz punya. Adalah sekali tu aku ter'attack' dekat no. 14 tu, kau nampak kan ada sebiji arrow sesat kat situ? Lepas aku attack terus camera dia jadi malap. Rupanya aku ter'panah' dekat camera dia. Nasib baik lah orang tu, tak mintak ganti rugi, hewhewhew. Dahlah kopak, muflis terus jadinya nanti. Tapi as y'alls can see,kat tempat aku tu ada 2-3 biji arrow kat tengah betul-betul. Aku rasa kalau aku dapat board yang ada satu target dan bukannya empat target cenggini, aku dah menang dah. Hebat jugak aku kan! HAHHAH. *muntah
(maafkan aku atas istilah salah yang digunakan, sesungguhnya aku hentam sesuka hati, sesedap rasa.)



this is yana in action. photo taken by fariz.



tarik.


le me (baju hitam) and yana (baju putih). Photo taken by fariz, since kami 3 orang je yang available hari tu untuk main panah-memanah. Padahal patutnya ramai lagi, tapi yelah musim exam, ramai busy, tinggal kami je yang pergi berjimba eh beriadhah release stress. Fariz dok kata, tangan kami salah, well kami first-timer. Dan peduli pulak aku kan, asal kena target sudah, HAHHAH. Tak peduli tu yang sampai bangun pagi esoknya tangan sakit-sakit.-..-
lepas.



excited yana.

le me. Nasib baik gua berhati perut, kalau tak habis bro tersebut. Nampak macam serial killer pulak, macam lah. Nak bagi panahan cinta pun, err tak payahlah, bukan taste gua.



gambar ni aku amik, sebab nak tangkap gambar pasangan berdua tu. sweet kan? Err lagi sweet kalau mereka dah bernikah secara sah. Halalan Toyyiban. Oh aku memang suka tangkap gambar senget-senget, bagi aku, nampak lagi art. Aku sorang je ke yang suka tangkap gambar senget-senget ni? 


cenggini lah environment Stars Archery, Times Square.




time ni aku dengan yana dah habis main, since kitorang main 36 arrows je sebab berkongsi. Fariz tak habis lagi. Makanya, yana menjadi bosan lalu main calling-calling siap entah. Aku bosan, aku amik camera fariz, capture gambar(s). Tekan untuk tumbesaran gambar yang maksima.




fariz in action.


fariz punya no. 8.

fariz, muka puas. (photo by me)

(photo by me)

i don't know y, tapi aku rasa yana memang photogenic. (photo by me)

yana and fariz.

happy nauu.



oh ini anak foreigner mana entah aku capture. Pastu kantoi, itu yang dekat gambar atas sekali dia macam pandang "kau nak apa haa?!" HAHHAH. Peduli apa aku, tapi macam cuak jugak, kot bapak dia siku aku ke lepas amik gambar  anak dia.

step by step. Tekan untuk tumbesaran maksima.



lastly, this is me. err nampak pendek, tapi tinggi gua 158cm okayy. (photo by fariz)





masa balik tu kitorang main lari-lari atas tangga piano. Pastu, posing cenggitu haa. Maklumlah, kat masjid jamek, tangga pianonya dah rosak, padahal baru beberapa mingu pasang waktu tu.

Dah habis. Oh, motif letak 'photo by me' segala? Saja promote diri kot rasa gambar senget yang aku amik tu cukup art, boleh hire aku jadi photographer. herherher. Untung-untung boleh tangkapkan gambar wedding korang. herherher. Cumaaa, bagi dslr sebijik (pinjam,bukan bagi terus), sediakan pengangkutan (jemput aku), sediakan makanan. Itu aje, aku tak kenakan caj, since ini pon untuk trial & error, suka-suka. Oh semua ini telah di edit gua, kalau rabun, click kat gambar supaya jelas, nyata dan terang.


Perhh, ye lah, siapalah gua, gua tahu gua takde bakat dalam bidang photography. sobsss. *Lari ke penjuru dinding menangis.*

kbai.







.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.