1 Jul 2013

Stars Archery



Assalamualaikum.

Kes 01072013
1200-1515

Hey, mentang-mentang baru lepas paper hari Ahad, dah nak meronggeng. Yeah, aku pergi berjimba tadi, disebabkan paper seterusnya hari Khamis, makanyaaa. Kau tahu lah kan nak jawab ape. Kemon peeps, kita bukan robot, jadi mengapa harus tension hari-hari? Sekali-sekali haruslah beriadhah. Haa kan.


Tadi aku, yana, dan fariz pergi beriadhah di pagi hari dekat Times Square. Mungkin kau nak kata:


"Jadahnya beriadhah dekat Times Square? Aku rasa naik roller coaster bukanlah satu bentuk riadhah yang nyata."


Secara jujur, kami bertiga main panah-memanah tadi. Bukan panahan asmara yang pasti. Bagus kan sibuk-sibuk study, stress pasal study last minutes, kami sempat beriadhah menjaga kesihatan badan. Tambah-tambah sukan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Bagus kan kitorang? *Baik kau kata bagus!*


Sepatutnya kitorang main archery ni dekat Sunway since dah book kat Groupon. Tapi pergi haritu, tengah renovate pulak, (sekarang dah bukak balik rasanya) pergi hari ni pulak main dekat Times Square since aku pon bercadang untuk terus balik rumah after main, tak mau aku terperap dekat UiTM saat-saat kewangan tak berapa kukuh ni. Duduk rumah makan pon free. HAHHAH.


Gambar?Nanti aku update untuk later post. Since kamera fariz yang punya. Macam pintu lah, kan Ahmad Albab yang punya. 




Kitorang guna Groupon punya voucher dapat 78 arrows for RM 18. Harga asal dia RM40. Nampak tak skill kitorang menguruskan kewangan? HAHHAH. Aku kongsi dengan yana, so 36 arrow sorang, yang kemudiaannya aku musykil sebab rasa macam main 18 arrows je. Nyesal tak kira awal-awal arrows before main. Tapi kalau aku kira kang dikatanya paranoid pulak. HAHHAH. Fariz pulak dia bantai main 78 arrows, ye tangan dia memang kebal. Yana pulak bila dah habis main rasa tak puas, rasa nak main lagi. Tapi aku pulak dah sakit tangan, risau nanti nak jawab soalan exam IPK pakai apa. Kaki? So kesian yana tak dapat main sebab aku.


Dah habis main, MAKAN! Yana kali ini bermurah hati untuk sponsor makan aku dengan Fariz, KFC lagi, yang katanya sedap hingga menjilat jari kaki. Maka dapatlah gua Snack Plate untuk makan tengahari. kehkeh. 


Dah habis makan-makan, balik. Naik monorail dengan yana dekat Imbi. Pastu aku boleh lupa pulak acane nak balik rumah by monorail. I mean, nak tukar kat stesen mana bagai tu lah. Blur. Mungkin sebab dah lama tak balik rumah la kot. Kalau setahun tak balik mungkin aku tak tau nak naik apa untuk balik rumah, nasib baiklah mak aku suruh laju-laju balik rumah. Asyik telefon tanya:


"Bila nak balik? Exam habis bila? Hari sekian-sekian ada exam? Balik hari apa?"


Rindu kat aku lah kot.HAHHAH. Baiklah cukup, kita sambung. Yana suruh aku berhenti dekat Hang Tuah since kat situ, turun je tukar naik LRT, lepas tu terus tak yah tukar dah. Terus sampai Cempaka. So sampai lah Hang Tuah. Yana cakap:


"Nad turun je pastu lalu dekat laluan yang tak payah masukkan token tu"

Aku keluar dari monorail. Aku dan yana berpisah kat situ. Turun tangga, busy toleh-toleh signboard. Lepastu;

"Awak, awak lalu sini"

"Hmmm??" (kasi angkat kening sket)
Haruslah pelik, tiba-tiba ada orang tegur. Kena tegur pulak dengan orang yang naik monorail dengan kau tadi. Pastu secara sukarela nak tolong tunjuk arah pulak. Mahunya tak pelik. Tapi apapun, terima kasih bro, moga Allah balas. Oh in case kau wonder, dia takde lah tahap hensem, tapi okaylahh. Aku tak usha okayy. ter je, ter.

"Dia kata tadi terus je kan? Tak payah masukkan token kan?"

"Err aah."

Menonong je aku ikut mamat baju hitam tu .Masa tu serupa macam aku tak pernah datang KL. Mungkin mamat ni ingat aku tahap kritikal, tak pernah naik LRT dan SESAT serta memerlukan bantuan. Oh mamat ni duduk sebelah yana masa dalam monorail tadi. 

Jadinya dia curi-curi dengar perbualan kitorang tadi? Begitu? Jeng jeng jeng.


Dah kau cakap serupa nak bagi satu monorail dengar, mana lah mamat tu tak dengar

Oh dia tanya aku belajar mana. Aku jawablah UiTM. Shah Alam. Dia jawab jauh. Aku pun macam?



Pastu aku pun ia kan aje lah. Pastu dia cakap;

"Awak kena pergi yang belah sana, nak turun masjid jamek kan, saya punya kat sini"

Aku pun ia kan aje, sebab memang aku ada state nak pergi masjid jamek tadi. Aku pun blurr aku nak pergi mana. Sebab aku konfius ingatkan kalau nak pergi Cempaka kena pergi Masjid Jamek dulu ke, since aku betul-betul lupa nak amik platform yang mana satu. Aku hampir nak turun pergi platform menghala Masjid Jamek. Mamat tadi dah turun kat platform lagi satu dah. Aku baca signboard balik. Yeah, aku kena amik yang menghala ke Ampang sebenarnya, tak payah nak pergi Masjid Jamek. Saat itu baru lah memori aku berfungsi balik dan saat itu aku berdoa mamat tu tak toleh belakang, nanti dia ingat aku psiko pergi ikut dia pulak.



Sampai LRT Cempaka. Since tak ada sesiapa yang menjemput dan hujan pula, mak aku suruh naik teksi dan bukan bas. Teksi pertama, terlepas. Teksi kedua pun ada orang cop dah. Tunggu dan tunggu. Teksi ketiga sampai, dalam pada aku nak serbu tu tiba-tiba ada chinese boy ni meluru ke pintu teksi. Dah tak ade rezeki kan, aku patah balik dan tunggu. Sekali uncle tu berhenti kat tempat aku tunggu, dia tanya pergi mana, aku cakap Saga, dia suruh naik sekali. Pastu ada lagi dua budak perempuan cina yang naik sekali. Kira sekali harung lah kot. Sebab budak lelaki tadi turun Teratai, dua orang lagi Taman Tasik. Tak jauh mana. Mula-mula, aku rasa cam baik lah pakcik cina ni. Senang. Tak payah ulang-alik. Dia hantar satu-persatu. Aku punya, second last. Chong chang ching chong lah aku dengar dia cakap. Yang aku faham 'Saga', 'Tasik', 'Teratai' aje. Bila sampai je rumah aku, aku baru sedar aku kena tipu, aku kena bayar RM7.00 untuk tambang yang sepatutnya RM 5.00. Mana taknya, dia pusing ceruk mana-mana, hantar budak dua orang tadi aku kena bayar lebih. Tapi takpelah pakcik, pakcik ni bijak sebenarnya, amiklah rezeki pakcik.


End.



P/S: Oh aku tak ada niat apa-apa, just gambar meme tu cam kelakar dan macam sesuai dan comel juga.hiksss. Tak ada niat   
        politik apa okayy.
P/S1 : Gambar akan diupdate pada post akan datang, insyaAllah.











No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.