30 Jun 2013

Perihal perut.

Assalamualaikum.

Inilah pantang aku. Bila tengah exam gatal bukak blog, padahnya gian nak taip post baru.


Kes 28062013.
Jam 1445-1745.

Untuk pengetahuan umum, exam aku start jumaat semalam punya semalam. Ya, 28 Jun 2013. Dan seperti exam-exam yang lalu, bila exam dalam dewan haruslah ia sejuk beku macam duduk kat antartik sana. Aku sampai sekarang tak faham bulu apa yang mereka pakai sampai tak rasa sejuk. Aku sampai parkinson nak tulis jawapan, dengan performance otak pun sekali menurun susah nak generate idea. Tapi bila nak compare dengan semester lepas-lepas, kali ini sejuk dia kurang sikit. Tak sampai tahap parkinson. Namun otak susah nak keluarkan jawapan sebab study last minute. Itu makan dia!



Heh.
Dan secara normalnya bila exam aku selalu tak makan, later habis exam baru makan. Yelah study last minute, masa harus dimanfaatkan sebaiknya. Maka bila tak makan, dengan cuaca yang sejuk tak berapa khatulistiwa sangat dalam dewan exam, haruslah perut aku berbunyi memainkan lagu Keroncong Untuk Ana.


Ye kali ini sama. sebijik sejibon perut aku buat hal dalam exam. Berbunyik-bunyik tahuu.
Aku dapat buat konklusi yang "Perut berbunyi, itu tradisi, tanda minta diisi, agar tidak berbunyi lagi."


Masa masuk dewan tu, punyalah aku berjaga-jaga pilih tempat. Pilih tempat dekat depan belah hujung. Tak ada orang depan , tak ada orang kat belah kanan. Yang ada kat belakang, tu pun classmates aku. Kalau berbunyi tak adalah malu sangat sebab aku percaya classmate aku yang sorang ni. Baik orangnya, confirm kalau perut aku bunyi pon risiko untuk disebarkan adalah 0.00%. Yakinkan aku?


Tengah tenang-tenang. Tiba-tiba, ada budak laki sorang datang duduk belah kanan. Shit. Tak lama lepas tu ada sorang lagi laki duduk belah depan aku. Double shit.
Berpeluh-peluh aku memikirkan macamana nak coverline andaikata perut aku berbunyi. Hohoi, jatuh saham cenggini. Dibuatnya dia jadi watak Kiah dok sebar citer kat orang lain, tak ke naya.

"Hoi, nak tahu budak perempuan yang duduk sebelah aku tadi, perut dia bunyi tak boleh blah! Macam bunyi guruh bhai!"

Ngaaaa. Nasi dah jadi bubur, aku cuba berfikiran positif, sambil berdoa perut aku untuk behave selama duduk dalam dewan peperiksaan. Lepas je 30 minit exam start, perut aku berbunyi. -.-
Whyyyyy whyyyyy whyyyy. Bunyi serupa guruh, tu pun penat aku tahan, sedut perut ke dalam (what the fish?) , tahan nafas lah. Mesti terganggu budak depan, kanan dengan classmate aku yang kat belakang. Nasib baik semua pandai coverline jaga hati aku. Semua buat relaks. Terima kasihlah semua. Terharu, sobss. Nasib baik tak ada yang tegur cenggini;


"Alamak bunyi guruh, nak hujan."
Maaf, itu bunyi perut saya. sobss. Takpun gelak. Kalau ada orang gelak, mahu time tu jugak aku keluar dewan mintak permission kat pengawas nak makan. 4 kali jugak bunyi guruh, pastu ada skali tu bunyi "Oink". Bunyi macam comel, tapi kuat bhaii. Mahu sorok muka bawah meja.





Pastu yang sengsara lagi, bila ada sorang pengawas lelaki tu asyik merayau je kat kawasan aku tu. Tolonglah merayau kat belakang hui. Tapi nasib baik perut gua bunyi masa pengawas tu kat tempat lain. Kalau pengawas exam tu dengar, mahu dia bantai gelak time tu jugak. Bencana namanya kalau cenggitu, mahu satu dewan tahu. Mahu nanti bebudak panggil aku "Budak perutku berbunyi". =..=


Dan kali ini aku tak keluar awal. Kawan aku tanya:

"Okey tak?"

"Tak, kalau keluar lambat tandanya tak dapat jawab lah tu. Kalau keluar awal, tanda dapat jawab"

Keluar exam aku dengar kawan aku bising-bising kata soalan spot yang di post dekat group fb keluar dalam exam. Aku yang pasang telinga lalu berkata : Shitt.


Nak buat acane, bukan tak percaya soalan spot, tapi aku jenis nak baca semua. Padahal tak sempat baca semua pon. Entahlah dari dulu lagi, pmr, spm. Dok salin soalan spot, bila esoknya exam baca semua sebab apa yang aku salin entah letak kat mana-mana. Tapi tu lah, kecewa jugak.HAHHAH. Kenapalah aku bukan jenis yang bergantung dekat soalan spot? Takpelah mungkin aku ikhlas menuntut ilmu lah kot.HAHHAH. Sumpah. Nak. Muntah.



Kbai.











No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.