17 Jun 2013

bahana tak prepare untuk test

Assalamualaikum.


11062013
test Arab pukul 2:10 petang.
oral test.
saat itu berlaku satu peristiwa yang tak dijangka.



oral test waktu tu dijalankan dengan cara,
pilih satu pasangan,
satu gambar diberi,
kau diberi masa untuk buat 10 dialog,
yang ada soalan dan jawapan.
lantak lah bagaimana, macam mana kau nak goreng.


aku dan partner aku ain,
dapat gambar pasal hobi,
which is senang actually.
5 minit habis tanpa kitorang sedar,
tanpa menyusun soalan dan jawapan betul-betul.

aku cemas,
ain lagilah cemas.


saat-saat aku cemas tu lah semua yang aku baru hafal,
hilang.
ya, hilang.
aku ingat pangkal soalan 'mataa' untuk bila,
'aina' untuk dimana dan 'ma'a man' untuk dengan siapa.


oleh sebab itu je yang aku ingat,
itu sahaja yang aku harapkan untuk di goreng.

aku pilih hobi berenang,
ain pilih hobi tidur.
sebabnya dua-dua senang nak pronounce.


masa berlatih,

Aku : "ma'a man tumarisin hiwayatuki?" (dengan siapa kamu mempraktikkan hobi kamu?)

Ain : Jangan tanya soalan tu, kalau awak tanya soalan tu, kita nak jawab kita tidur dengan sape?


dalam hati aku mengiakan.
ye lah dengan siapa pulak Ain nak tidur?
mestilah sorang-sorang ye dak.


dan giliran aku dan Ain dipanggil,
kitorang berdua bersoal jawablah dengan gunang (gugup,tenang)
sampailah satu saat,
otak aku jam,blur.soalan apa pulak aku nak tanya nih?


aku hanya ingat 'ma'a man',
maka dengan selambanya aku menyoal Ain.
Ain dah cuak tak tau nak jawab apa.
Dah sebut baru aku perasan.

dan terpaksalah Ain menggoreng bahawa
dia mempraktikkan hobi tidur dia dengan kawan.
nasib baik Ain pandai goreng,
walaupun soalannya sangat-sangat awkward.














No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.