kes 10072013
Supaya nyata, jelas dan terang, sila baca yang ini dulu.
Pagi tu, kitorang patutnya the first group yang present
yakni tepat pukul 08:30 pagi, tapi nak buat acane, documentation pun tak fully
siap dengan tak print lagi. Bella try call puan untuk mintak consideration.
Then, pagi 10 Julai tu, balik dari PTAR1 pukul 8 pagi tu, kitorang terus
bersiap dulu tapi versi tak mandi, just tukar baju. Dah tukar baju, semua jadi
Running Man pergi bawah balik sebab nak pergi print pulak. Hampir 2 jam
kitorang lewat untuk present. Tapi nasib baik panel-panel benarkan group yang
lain present dulu.
Pastu dah sampai, tunggu group yang tengah present kat depan
habis present dulu. Later, giliran kami. Masa presentation, it doesn't turn
well. Kena teruk jugak dengan panel. Yana, Bella dah fikir repeat paper, fail.
Aku ada terfikir jugak time tu, tapi aku tak tahu kenapa aku rasa cam tenang
gila je waktu tu. Tak tahu kenapa. Dah mengantuk sangat lah kot.
Lepas present, aku, bella,dengan yana bantai tidur kat belakang. Jo, aku suruh dia balik, tapi dia tak balik, tunggu group Arif present katanya. Same goes to aidil, hilmi classmates aku. Sebab arif banyak tolong dorang buat sistem katanya. Aku tak tahulah panel nak cakap apa. Yelah dah la group kitorang datang lambat pastu boleh pulak tidur waktu kawan lain present. Minta maaf kawan-kawan, kami ngantuks gilaa. Dalam pukul 1:43 petang camtu, tiba-tiba panel-panel kata nak balik, walhal ada lagi dua group tak bentang. Tak nak tunggu lagi. Salah satu panel tanya :
"Group arif pukul berapa sepatutnya?"
"Pukul 1:30 petang."
Pastu panel cakap dorang tak boleh tunggu dah. Then panel keluar. Masa tu budak kelas aku semua dah macam risau dekat dua group tu. Group mira lambat sebab tengah print while group arif sebab arif terlambat bangun. Yelah, dah stay up for 2-3 days for sureee penat punya.
Arif sampai je, kitorang suh group dorang try slowtalk dengan panel-panel. Untuk pengetahuan anda-anda ye, lecturer-lecturer kitorang memang hampir semua tegas-tegas belaka. Kalau final year project kau hantar lambat, beberapa minit je pon, nescaya final year project kau tu akan berkubur depan pintu lecturer macam tu aje. Call call, entah berapa banyak call akhirnya salah satu panel mesej. Bunyi dia lebih kurang macamni:
Minta maaf, present lain kali. Panel-panel semua dah penat.
Yang risaunya part 'lain kali' tu. Banyak maksud kot bagi kami words 'lain kali' tu. Kalau repeat paper memang seksa ah, banyak kerja kot subjek ni. Dah lah subjek ni subjek untuk 3 sem. Means ada 3 part. Kalau tak lulus memang tak boleh maju ke part yang lain. Tapi lastly, dalam 20 minit gitu, dorang dibenarkan untuk present on 11th pukul 10 pagi. Kawan aku kata Alhamdulillah presentation dorang okay. Lega jugak lah, kalau tak mana nak cekau 40% marks. Final just 60%.
Papepon semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih pada yang tolong ajar kitorang buat documentation (terima kasih Ain!) dan terima kasih pada bebudak lelaki yang kongsi ilmu dengan Jo masa buat sistem. Aku tak tahu sebab jo buat sistem duduk kat side lain, arif la kot. Since bebudak lelaki sanggup tidur krohh krohh krohhh dekat dewan kuliah daripada tidur kat bilik untuk tunggu group Arif present. Terima kasih jugak dekat Nur sebab pinjamkan kereta untuk topup perut kami-kami yang kosong.HAHHAH
Papepon semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih pada yang tolong ajar kitorang buat documentation (terima kasih Ain!) dan terima kasih pada bebudak lelaki yang kongsi ilmu dengan Jo masa buat sistem. Aku tak tahu sebab jo buat sistem duduk kat side lain, arif la kot. Since bebudak lelaki sanggup tidur krohh krohh krohhh dekat dewan kuliah daripada tidur kat bilik untuk tunggu group Arif present. Terima kasih jugak dekat Nur sebab pinjamkan kereta untuk topup perut kami-kami yang kosong.HAHHAH
Berkerut-kerut kau, muka yana.
Susah tahap sentuh hidung.
Lastly, terima kasih pada group mates yang banyak bertungkus-lumus. Apa pun yang terjadi semua ada hikmahnya. Keep praying. Apapun yang terjadi, keputusan dia, aku harap aku kuat. You guys pun.
Petang, habis present tu, aku tidur sepuasnya, sebab nanti nak menghadap paper database on 14th July nak kena berjaga lagi. Sem 4 ni aku rasa aku nak namakan 'Sem Stay Up' tak pon 'Sem Tak Cukup Tido' tak pon 'Sem Azab'. Sem lain tak ada nama, sem ni je aku rasa bermurah hati nak bagi nama.
Bila dah tido puas-puas, maka haruslah kau memikirkan perihal perut pula. Dah tu buka kau nak makan apa? Pukul 6:30 petang terus pergi DC. Banyak pulak kedai yang tutup, kedai yang bukak pulak semua penuh. Nak beli ayam Uncle Bob pulak, hari tu dah beli. Maka datang inisiatif gila menapak ke Bazaar Ramadhan.
Punya gigih aku menapak, pukul 7:05 petang sampai sana. Dan, sumpah nak nangis bila melihatkan semua pakcik makcik yang jual makanan sibuk kemas barang. 2-3 kedai je yang bukak, tu pon sebab makanan dorang tak habis lagi. Semua dok serbu kedai tu, ye lah dah itu je pilihan yang tinggal. Kalau cenggini, memang untung jual makanan waktu bulan puasa, sebab at the end, bila takda pilihan makanan lain, dorang akan beli kat kau juga walaupun makanan kau tak begitu menarik sebab they alls tak masak kat rumah dan kalau nak masak pon tak sempat. Maka bedal saja apa yang ada. HAHHAH.
Sedih, tobat dah nak pergi bazaar Ramadhan. Pengajarannya, waktu puasa janganlah kau beli makanan last minute, memang debu je kau dapat. Kecewa, aku pergi Restoran Popiah SS Ali, ingat nak makan rojak ah, sekali RM 5.00. Kat pasar malam RM3.50 je pon. Keluar. Disebabkan tak nak orang pandang sinis sambil kata;
"HAHHAH, pergi bazaar, tapi tak beli pape. Makanan dah habis lettew.Beli lambat lagi.HAHHAH"
Maka aku pergi speedmart, nak coverline skett. Beli biskut, maggi, keropok Cheezels. Bismillah dan keropok cheezels selamat dalam mulut aku.
p/s:
Malam semalam punya terawih, suara imam tak macam masa first day terawih. Kurang feel sikit. Malam ni tak tahu lah macammana.
Malam semalam punya terawih, suara imam tak macam masa first day terawih. Kurang feel sikit. Malam ni tak tahu lah macammana.
No comments:
Post a Comment