Showing posts with label projek sistem. Show all posts
Showing posts with label projek sistem. Show all posts

11 Jul 2013

Ramadhan bersama projek 2.

Assalamualaikum.

kes 10072013

Supaya nyata, jelas dan terang, sila baca yang ini dulu.


Pagi tu, kitorang patutnya the first group yang present yakni tepat pukul 08:30 pagi, tapi nak buat acane, documentation pun tak fully siap dengan tak print lagi. Bella try call puan untuk mintak consideration. Then, pagi 10 Julai tu, balik dari PTAR1 pukul 8 pagi tu, kitorang terus bersiap dulu tapi versi tak mandi, just tukar baju. Dah tukar baju, semua jadi Running Man pergi bawah balik sebab nak pergi print pulak. Hampir 2 jam kitorang lewat untuk present. Tapi nasib baik panel-panel benarkan group yang lain present dulu.


Pastu dah sampai, tunggu group yang tengah present kat depan habis present dulu. Later, giliran kami. Masa presentation, it doesn't turn well. Kena teruk jugak dengan panel. Yana, Bella dah fikir repeat paper, fail. Aku ada terfikir jugak time tu, tapi aku tak tahu kenapa aku rasa cam tenang gila je waktu tu. Tak tahu kenapa. Dah mengantuk sangat lah kot.


Lepas present, aku, bella,dengan yana bantai tidur kat belakang. Jo, aku suruh dia balik, tapi dia tak balik, tunggu group Arif present katanya. Same goes to aidil, hilmi classmates aku. Sebab arif banyak tolong dorang buat sistem katanya. Aku tak tahulah panel nak cakap apa. Yelah dah la group kitorang datang lambat pastu boleh pulak tidur waktu kawan lain present. Minta maaf kawan-kawan, kami ngantuks gilaa. Dalam pukul 1:43 petang camtu, tiba-tiba panel-panel kata nak balik, walhal ada lagi dua group tak bentang. Tak nak tunggu lagi. Salah satu panel tanya :

"Group arif pukul berapa sepatutnya?"

 ada sorang jawab :

"Pukul 1:30 petang."

Pastu panel cakap dorang tak boleh tunggu dah. Then panel keluar. Masa tu budak kelas aku semua dah macam risau dekat dua group tu. Group mira lambat sebab tengah print while group arif sebab arif terlambat bangun. Yelah, dah stay up for 2-3 days for sureee penat punya.

Arif sampai je, kitorang suh group dorang try slowtalk dengan panel-panel. Untuk pengetahuan anda-anda ye, lecturer-lecturer kitorang memang hampir semua tegas-tegas belaka. Kalau final year project kau hantar lambat, beberapa minit je pon, nescaya final year project kau tu akan berkubur depan pintu lecturer macam tu aje. Call call, entah berapa banyak call akhirnya salah satu panel mesej. Bunyi dia lebih kurang macamni:




Minta maaf, present lain kali. Panel-panel semua dah penat.


Yang risaunya part 'lain kali' tu. Banyak maksud kot bagi kami words 'lain kali' tu. Kalau repeat paper memang seksa ah, banyak kerja kot subjek ni. Dah lah subjek ni subjek untuk 3 sem. Means ada 3 part. Kalau tak lulus memang tak boleh maju ke part yang lain. Tapi lastly, dalam 20 minit gitu, dorang dibenarkan untuk present on 11th pukul 10 pagi. Kawan aku kata Alhamdulillah presentation dorang okay. Lega jugak lah, kalau tak mana nak cekau 40% marks. Final just 60%.


Papepon semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih pada yang tolong ajar kitorang buat documentation (terima kasih Ain!) dan terima kasih pada bebudak lelaki yang kongsi ilmu dengan Jo masa buat sistem. Aku tak tahu sebab jo buat sistem duduk kat side lain, arif la kot. Since bebudak lelaki sanggup tidur krohh krohh krohhh dekat dewan kuliah daripada tidur kat bilik untuk tunggu group Arif present. Terima kasih jugak dekat Nur sebab pinjamkan kereta untuk topup perut kami-kami yang kosong.HAHHAH

Berkerut-kerut kau, muka yana.

Susah tahap sentuh hidung.


Lastly, terima kasih pada group mates yang banyak bertungkus-lumus. Apa pun yang terjadi semua ada hikmahnya. Keep praying. Apapun yang terjadi, keputusan dia, aku harap aku kuat. You guys pun.
Petang, habis present tu, aku tidur sepuasnya, sebab nanti nak menghadap paper database on 14th July nak kena berjaga lagi. Sem 4 ni aku rasa aku nak namakan 'Sem Stay Up' tak pon 'Sem Tak Cukup Tido' tak pon 'Sem Azab'. Sem lain tak ada nama, sem ni je aku rasa bermurah hati nak bagi nama.
Bila dah tido puas-puas, maka haruslah kau memikirkan perihal perut pula. Dah tu buka kau nak makan apa? Pukul 6:30 petang terus pergi DC. Banyak pulak kedai yang tutup, kedai yang bukak pulak semua penuh. Nak beli ayam Uncle Bob pulak, hari tu dah beli. Maka datang inisiatif gila menapak ke Bazaar Ramadhan.


Punya gigih aku menapak, pukul 7:05 petang sampai sana. Dan, sumpah nak nangis bila melihatkan semua pakcik makcik yang jual makanan sibuk kemas barang. 2-3 kedai je yang bukak, tu pon sebab makanan dorang tak habis lagi. Semua dok serbu kedai tu, ye lah dah itu je pilihan yang tinggal. Kalau cenggini, memang untung jual makanan waktu bulan puasa, sebab at the end, bila takda pilihan makanan lain, dorang akan beli kat kau juga walaupun makanan kau tak begitu menarik sebab they alls tak masak kat rumah dan kalau nak masak pon tak sempat. Maka bedal saja apa yang ada. HAHHAH.
Sedih, tobat dah nak pergi bazaar Ramadhan. Pengajarannya, waktu puasa  janganlah kau beli makanan last minute, memang debu je kau dapat. Kecewa, aku pergi Restoran Popiah SS Ali, ingat nak makan rojak ah, sekali RM 5.00. Kat pasar malam RM3.50 je pon. Keluar. Disebabkan tak nak orang pandang sinis sambil kata;
"HAHHAH, pergi bazaar, tapi tak beli pape. Makanan dah habis lettew.Beli lambat lagi.HAHHAH"
Maka aku pergi speedmart, nak coverline skett. Beli biskut, maggi, keropok Cheezels. Bismillah dan keropok cheezels selamat dalam mulut aku.

p/s:
Malam semalam punya terawih, suara imam tak macam masa first day terawih. Kurang feel sikit. Malam ni tak tahu lah macammana.








 

Ramadhan bersama projek.

Assalamualaikum.

kes 09072013


Yeah dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Selasa haritu aku terpaksa stay up di library demi menyiapkan projek. Dugaan tahuu. Kala warga kolej Mawar ada yang dah balik sebab dah habis exam, ada yang sedang bertungkus-lumus menelaah pelajaran bertemankan facebook di sisi meja, aku dengan ahli group aku bersengkang mata menyiapkan projek. Itu memang dugaan. Dugaan memang dugaan tapi aku dan ahli group aku tak lepaskan peluang untuk menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan. Kitorang release tension, penat buat projek dengan solat terawih. Lokasi : Masjid Sultan Mizan, UiTM Shah Alam.



Ini masa awal-awal lagi, so tak ramai lagi yang datang. Kang snap masa ramai orang kang, segan pulak i'olss sebab handphone i punya kamera bila snap picture ada bunyi. Honestly, tak tahu macam mana nak silent kan bunyi phone baru ni. *Motif, nak cakap dah beli phone baru, HAHHAH.


Waktu first day terawih, kat ceruk mana pun ramai punya lah. Same goes to Masjid UiTM Shah Alam ni. Ramai giloss bila solat isya'. Full. Orang kata fully utilized la space untuk jemaah perempuan solat. Lelaki punya space aku tak tahu, tak de pulak aku mengintai nye. HAHHAH. Malam tu, terawih aku hampir khusyu' lah kot, tak berani pulak nak kata full khusyu'. Reason aku cakap macam tu sebab, start azan isya' je, bilal punya suara masa alunkan azan tu, perhh, merdu. Cair tau dengar, hati keras pon boleh jadi cair. Melting dengar baq hangg. Then, terawih. MasyaAllah, imam punya suara masa alunkan surah Al-Fatihah, surah-surah lazim, perhh, mantap, merdu. Lagi sekali aku cair. Double melting. jatuh hati tauu. Kalau masuk CD tu, insyaAllah aku beli. That's y la kot aku rasa cam khusyu' je. Sangat merdu, memang menghayati gilaa lah masa tu. Masa tu dalam hati asyik 'Subhanallah merdu'. Kalau macam ini, hari-hari pon aku sanggup terawih kat masjid. Yeah, suara imam sedap adalah antara faktor jemaah masjid gigih untuk berjemaah sama. Bukan racist pada imam yang lain, i'm just saying suara imam kadang-kadang boleh menjadi point of attraction.


Lepas terawih, aku, yana dan bella naik balik PTAR1 (Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam) nak sambung kerja documentation. Projek ni, kitorang kena buat sistem, but sistem kitorang ni dibuat oleh Jo, satu-satunya lelaki dalam group aku. So tugas Jo ni coding buat sistem, payah jugak sebab selalunya yang buat sistem mesti sorang, kalau banyak sangat tangan campur, mungkin sistem kau bakal tak siap atau lambat siap. Jadi aku, bella dengan yana takeover bahagian documentation. Bunyi macam senang, tapi erhhh, bila dah menghadap tu, boleh buat kau rasa nak pitam. Documentation tu siap kena dengan diagram bagai, kena tally dengan sistem. Yeah, documentation pun kena guna otak. Memang kena perah otak fikir.


Documentation sangat penting dan kalau kerja buat documentation pon dah boleh dapat duit yang buat kau kata walawehhh. That's what Information System Engineering is all about. Documentation untuk course ini sangat crucial. Kalau Computer Science more on coding (*sangat best okayy) dan tup-tup dah siap sistem. Tapi bagi kami, bebudak ISE, kami kena start with documentation on the development process baru buat sistem. Jadi dua kerja pulak kann? Nak buat macam mana.


Since dari tengahari membawa ke lepas terawih aku, yana dengan bella tak makan maka haruslah perut ini melakukan mogok mahukan makanan. Even masa terawih, aku dapat rasakan perut aku bergelora, keluar guruh bagai. Rasa bersalah pulak kot orang sebelah rasa getaran ke hape kann result dari perut kosong aku. At 3:15 AM, baru aku, yana, bella dapat pinjam kereta Nur, classmates aku. So dapatlah buat sesi Jalan Jalan Cari Makan sekejap sebab buat documentation pun tak boleh fikir sebab lapar gilaaaa, dengan sejuknya kat PTAR1 tu. -.-


That day, first time aku terpaksa try makan dekat mamak. Last attempt lah kot untuk makan mamak. Tak mahu lagi dah makan kat mamak. Peduli apa kalau orang kata tak sporting tak makan kat mamak. I don't know, just my mother won't allow me to eat at mamak restaurant. Hari tu memang desperate gila, terpaksa sebab nak makan KFC pon ayam dia tinggal rangka. Ayam-ayam stok model. Kau gila? dah kebulur hampir 24 jam pastu nak makan tulang ayam aje, mahal pun satu hal. Makan mamak pon aku beli maggi goreng je, tak berani nak try nasi goreng bagai.


Pukul 5:00 AM baru kitorang sampai PTAR1 balik, sebab KFC seksyen 2 kekurangan pekerja, so service agak lambat banyak bukan sikit, ditambah dengan kekurangan pilihan makanan. Itu ini tak ada. So KFC baik tak payah buat dua puloh empat jam. Punahkan harapan orang aje, kesian staf awak juga in case kalau ada pelanggan yang coba-coba mencarut dalam hati. Masa aku,yana, bella,jiera beratur tu tiba-tiba, pap pap pap, berduyun pulak orang beratur belakang kitorang. Nak beli makanan sahur macam kami barangkali. Aku beli bubur KFC untuk sahur, yang dekat mamak tadi tu untuk dinner, herherher. Mungkin kau nak cakap,

"Jadah apa dinner pukul 3 pagi?"




Tapi, peduli pulak aku kannn. Sampai je PTAR1 makan bubur KFC jap, naik atas terus sambung kerja, dah dapat tenaga kan. Click sini untuk sambungan dugaan kami di bulan Ramadhan.


kbai.




.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.