6 Jul 2013

Hanya budak rajin

Assalamualaikum.

Kes 05072013
2215


Separuh dah pulang.Lagi 5 buah belum pulang.





First time selama aku duduk kat UiTM Shah Alam dan seumur hidup aku lah kiranya, aku pi pinjam 11 buah buku banyaknya. Kira cipta rekod cuma tak masuk Guinness Book Of Record je. Semua ini gara-gara projek. Terpaksa hipokrit untuk jadi rajin sebentar. Err tapi tak termasuk 3 biji novel yang kat atas tu. herherher.


Yolah, asalnya eden pinjam 3 biji novel tu nak buat isi masa senggang, konon-konon bolehlah baca waktu bosan masa tak ada kerja, daripada melayan facebook yang lagha tu, ish ish ish. (geleng kepala). KONON je lah.


Bila dah start baca satu novel, tanpa disangka-sangka dan diundang - undang, phewphew, menderu-deru projek menjelma. =..=. Dalam hati mahu aja mencarut sopan dan berkata;



Pantang tengok orang senang sikit. Maka bila dah projek datang tanpa henti perlukah kau buat tak tahu, keep calm dan baca novel? Haruslah tidak, kalau dah projek tu makan 30%, 40% untuk markah final kau. Maka 11  tolak 3 novel itu lah hasilnya. 4 buah untuk projek ethics , 1 buku tebal ya amat untuk projek java (sampai meleleh air liur basi baca) , dan 3 untuk projek database. Untuk 11 buku ni je, 3 sekali perpustakaan aku ziarah. Budak-budak UiTM Shah Alam tahu lah kot, PTAR1,2,4 aku ziarah. Gigih tak gigih?

Dah tu je lah, motif aku pun, nak show off aku pinjam 11 buku sekaligus je.HAHHAHH. Kau ada? Dan buat pengetahuan bebudak UiTM yang tak pernah pergi library (sentap tak?HAHHAH) , untuk student korang boleh pinjam 20 buah buku untuk dibaca sampai mata korang rabak. Tempoh pinjam 2 minggu. Mungkin kalau kau pembaca jenis drift mampu lah kot habiskan baca 20 buku dalam 2 minggu. Mungkin. Jenis aku, kalau tak habis baca pastu nak dekat deadline untuk pulang buku je, aku laju-laju renew dekat web library UiTM. Punyalah kedekut, nak bayar duit denda, HAHHAH. Ini pun 2-3 kali jugak aku renew, semata-mata nak elak bayar denda.


Bagi peminat novel tegar, novel kat PTAR selalunya lama-lama, old school orang kata. Kalau baru pun, tak ada lah baru sangat, dan dia akan jadi macam buku dah lama sebab berkat tangan siapa lah yang pinjam sampai buku tu jadi hodoh, macam dah lama gila buku tu ada kat PTAR tu. Buktinya, 3 novel yang aku pinjam tu. Korang baca ke, korang buat ujikaji atas novel tu hah?



Ape-ape pun, aku tetap rasa aku rajin bila dah pinjam 11 buah buku sekaligus cenggini. kbai.










No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.