Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

18 Dec 2013

Books to be owned.

Assalamualaikum.

23112013


Pergi Tesco and ternampak beberapa buku yang menarik. Koleksi buku pada masa hadapan mungkin?

Belek-belek hari tu, okayy. Must buy!


Followed this blogger and must buy too!

Teringin nak baca karya Dan Brown. Sekali pon jadi lah.

Menarik. Kot baca boleh jadi kaya macam beliau.HAHHAH


Tak nak beli pon. Sebab tajuk dia cam kelakar tu yang tangkap gambar tu.LOL

Karya Bahruddin Bekri, mesti beli!

Ini versi 1+1. Means ada dua cerita dalam satu novel. Dia gabung dengan yang atas.


Macam menarik, ye aku judge book by its cover.


6 Jul 2013

Hanya budak rajin

Assalamualaikum.

Kes 05072013
2215


Separuh dah pulang.Lagi 5 buah belum pulang.





First time selama aku duduk kat UiTM Shah Alam dan seumur hidup aku lah kiranya, aku pi pinjam 11 buah buku banyaknya. Kira cipta rekod cuma tak masuk Guinness Book Of Record je. Semua ini gara-gara projek. Terpaksa hipokrit untuk jadi rajin sebentar. Err tapi tak termasuk 3 biji novel yang kat atas tu. herherher.


Yolah, asalnya eden pinjam 3 biji novel tu nak buat isi masa senggang, konon-konon bolehlah baca waktu bosan masa tak ada kerja, daripada melayan facebook yang lagha tu, ish ish ish. (geleng kepala). KONON je lah.


Bila dah start baca satu novel, tanpa disangka-sangka dan diundang - undang, phewphew, menderu-deru projek menjelma. =..=. Dalam hati mahu aja mencarut sopan dan berkata;



Pantang tengok orang senang sikit. Maka bila dah projek datang tanpa henti perlukah kau buat tak tahu, keep calm dan baca novel? Haruslah tidak, kalau dah projek tu makan 30%, 40% untuk markah final kau. Maka 11  tolak 3 novel itu lah hasilnya. 4 buah untuk projek ethics , 1 buku tebal ya amat untuk projek java (sampai meleleh air liur basi baca) , dan 3 untuk projek database. Untuk 11 buku ni je, 3 sekali perpustakaan aku ziarah. Budak-budak UiTM Shah Alam tahu lah kot, PTAR1,2,4 aku ziarah. Gigih tak gigih?

Dah tu je lah, motif aku pun, nak show off aku pinjam 11 buku sekaligus je.HAHHAHH. Kau ada? Dan buat pengetahuan bebudak UiTM yang tak pernah pergi library (sentap tak?HAHHAH) , untuk student korang boleh pinjam 20 buah buku untuk dibaca sampai mata korang rabak. Tempoh pinjam 2 minggu. Mungkin kalau kau pembaca jenis drift mampu lah kot habiskan baca 20 buku dalam 2 minggu. Mungkin. Jenis aku, kalau tak habis baca pastu nak dekat deadline untuk pulang buku je, aku laju-laju renew dekat web library UiTM. Punyalah kedekut, nak bayar duit denda, HAHHAH. Ini pun 2-3 kali jugak aku renew, semata-mata nak elak bayar denda.


Bagi peminat novel tegar, novel kat PTAR selalunya lama-lama, old school orang kata. Kalau baru pun, tak ada lah baru sangat, dan dia akan jadi macam buku dah lama sebab berkat tangan siapa lah yang pinjam sampai buku tu jadi hodoh, macam dah lama gila buku tu ada kat PTAR tu. Buktinya, 3 novel yang aku pinjam tu. Korang baca ke, korang buat ujikaji atas novel tu hah?



Ape-ape pun, aku tetap rasa aku rajin bila dah pinjam 11 buah buku sekaligus cenggini. kbai.










7 Mar 2013

RM50 dan redha

Assalamualaikum.


Catatan 5 Mac 2013.

Hari selasa habis kelas pukul 4:00. Disebabkan kelas arab takde kelas lagi, maka haruslah aku merajinkan diri balik awal. Terus gerak pergi Seksyen 2.
Kalau dekat Shah Alam, kalau pukul 5:00 petang baru kau nak gerak balik rumah, di mana rumah kau dekat Ampang, maka ia adalah silap besar. silap BESAR. Sebab apa? sebab jam gilaaaaa. Sampai boleh stress kau duduk dalam bas. Unless kau macam aku, boleh relaks dan menggunakan masa itu untuk merasai nikmat tidur.
Bukak-bukak mata, dah sampai Bangsar. Maka gigih aku cek duit ptptn dah masuk ke belum. Alhamdulillah masuk. Keluarkan RM40 buat topup kad rapid. Tapi aku topup RM30 sebab still ada balance RM10.10 dalam kad. Maknanya, total dalam kad rapid ada RM40.10.

KL Sentral-Pasar Seni.

Masa kat Stesen LRT KL Sentral ada satu auntie omputih masuk. Pastu ada pakcik tegur dia. Maka aku pun curi dengar.


"Where did you get it?"

"At the station.You know it's kinda rarely to get them. I got this only for RM10"
Lebih kurang macam tu lah. Dia pegang buku Narnia. Bagi seorang yang gemar pada buku, dan pantang dengar 'Jualan Buku Murah', aku sanggup berhenti dekat Pasar Seni dan tukar platform pergi patah balik ke KL Sentral.
Dan disebabkan keghairahan aku tu, aku tercicir kad rapid yang baru aku top up. BARU TOP-UP.
TOP-UP RM30. Sedih. Dah lah tak jumpa buku yang sama macam omputih tu. Sedih gilaa. Aku dapat beli ni je dengan harga RM 3.00 , since tak jumpa buku yang dicari dan baucer buku pun tak ambil lagi.




Tiga empat kali aku round cari kad. Tak jumpa, rasanya dah ada orang amik. Aku try redha, rupanya susah jugakkan nak redha.
Teringat masa kawan kelas aku Ain, hilang duit limaploh hengget kat kedai makan, tambah-tambah nak dekat hujung sem dikala ramai warga UiTM yang dahulunya boros belanja duit ptptn tak ingat dunia mula buat pesta maggi. Pandai betul aku nasihat Ain suruh redha bagai. Sekarang ni baru aku rasa macam mana.


"Redha itu sukar, tapi tidak mustahil."

Dah dah, jangan ingatkan aku pasal kad rapid warna merah tu lagi, aku dah redha dah nih.


.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.