20 Nov 2014

Day 15 Melaka : Zoo Melaka

Assalamualaikum.


Annyeong Chingu!


17082014


So hari ni kitorang pi ke Zoo Melaka. Aku, Fa and Umi naik kereta yang dipandu oleh abang sayang Umi. Gigih betul 'abang' Umi ni drive datang Melaka. Siap bawak utusan bekal lagi. Tiket dia RM15.00 tak salah. Kira murah lah dari Zoo Negara kan.


Since aku tade duit masa tu, 'abang' Umi dahulukan lah duit dia dulu which is later on aku bayar kat Umi. Actually aku tak expect pun kitorang nak pi Zoo Melaka, aku expect tempat yang keluarkan duit sikit je. HEHHE. Lagipon aku dah pernah pi Zoo Negara jadi aku cam tade lah eksaited sangat nak pi Zoo Melaka ni. Tapi tu lah, kita layan aje lah.



First-first sampai, haruslah toilet tempat pertama yang perlu singgah. Aku tak. Aku pi main buaian dengan Fa. HAHHHAH. Budak kecik tak banyak haritu. So biar aku berlakon jadi budak kecik tak sedor diri dah tua. Tapi tu lah nasib baik tali buaian tu kukuh. Kalau tak, memang rasa bersalah akan menghantui sepanjang hidup aku pasai dah buat vandalisme. HAHHAH



Kuda bantut.


Capybara bara bara bere bere bere nama dia.


Hahh dah mati?


Aku suka corak kat bulu dia.







Tempat zirafah ni nyaris-nyaris aku nak masuk. Pasal dia punya pagar tu batu-batu je. Pastu rendah, boleh panjat. Nasib baik lah dapat kawal diri daripada nak panjat. Kalau tak tu, mesti dah fefeeling photographer National Geographic tapi guna kamera handset cikai lah.


Tapi aku berdendam gak dengan zirafah ni. Time aku duk jauh dia datang dekat batu tu. Tapi bila datang dekat dia pi jauh lak. 2-3 kali aku stress pasai dia troll aku cenggitu. Tapi serius. Hewan-hewan kat sini tak camera-friendly langsung. Kalau kat Zoo Negara, haiwan yang duduk kat ceruk-ceruk boleh datang pi dekat pasai nak masuk dalam gambar.Tapi tu nanti lah aku citer. HAHHAH



Tak banyak yang aku dapat citer, pasal aku tak banyak berjalan pun. Memang nak berjalan tapi bagi lah can sikit kat Umi dengan 'abang' dia nak fefeeling romantik kat Zoo. Aku teman Fa pasai dia sakit perut, gastrik kot. Tak ingat lak. HAHHAH

So duduk lah aku kat kerusi batu dating dengan Fa. Fa tidur aku pun tidur. Pasal aku pun tengah pening-pening ngantuk. Tengah syok membuta datanglah sekumpulan kekanak yang gembira dekat kerusi yang kitorang duduk tu. Bising-bising. Aku tak kisah, tapi fikirkan Fa tengah sakit tu nak jugak lah tegur bebudak tu untuk diam sikit. Tapi tengok Fa pon relaks je tido. Aku pun bo layan je ah. Hai adik-adikku, tengok zirafah lagi menarik kot dari tengok hewan depan tempat akak ni duduk. 


Bila bangun tido dan tengah bosan, kita Selfoot.

Zirafah gomok.


Lama gak lah kitorang duduk kat kerusi batu tu. Pastu Fa ajak pi pintu utama pasal nanti senang sikit nak balik. Tapi apakan daya, perut Fa start sakit balik time tu. So stop jap kat pondok area tempat zirafah tu. Pondok ni best sikit pasai ada bumbung. Jadi Fa tido, dan aku pun tido gak balik. HAHHHA. Pengalaman yang tak dapat dilupakan betul, pergi zoo semata-mata untuk tido. LOL. Kalau nak di congak-congak ada la nak dekat 2 jam gak kitorang tido kat dalam Zoo tu. WAKKAKKA! Sedih sikit lah bila bayangan RM15 untuk tiket masuk tu menjelma. Tapi kawan lagi berharga dari duit RM15, ingat tu!  Lagipun, masa tu memang mood nak tido je.


Tapi tengah-tengah tido tu, abang-abang zoo kat pondok tu tetiba menyanyi lagu jiwang. Gua dah ler anti sikit dengan lagu jiwang ni, jadi terannoyed sikit lalu terjaga dan tak boleh tido semula. Nyanyi ler lagu Linkin Park ke apa ke. Tak lama lepas tu, Fa pun terjaga pastu kitorang pun teruskan perjalanan berjalan-berhenti-berjalan-berhenti ke pintu utama.


Masa otw ke pintu utama tu, kitorang lalu kat tempat tapir mati tu balik (tapir ke?), guess what? Weyhh, dah hilang kot! Takkan dah kebumi? Tengah bersandar kat pagar kayu tu tetiba tapir tu lalu. Punyalah terkejut aku dengan Fa. HAHHHA. Fa terus ajak jalan teruskan perjalanan, cuak. Tapi serius lah aku ingat dah mati kot tapir tu masa memula, dengan lalat hurung bagai. KAKKAKKA 


Kuda kaki pendek dan malas pasal lama dia duk termenung kat situ.



So itu je lah citer aku kat Zoo Melaka tu. Balik dari Zoo Melaka kitorang makan-makan jap kat bangunan apa entah. So kitorang sampai balik hotel dalam pukul 4:30 petang camtu kot.


Since petang masih muda, Sab pun tade kat bilik, aku pun dah lama tak jogging aku pun turun kengkonon nak jogging pukul 5 petang tu. Selalunya aku jog dengan Umi tapi kali ni aku sengsorang. Pasal kasi cann lah sikit Umi dan 'abang' nya nak pi dating.


Mula-mula dah plan dah nak jogging kat area tetepi sungai tu. Tapi baru je nak start jog, tetiba abang baik hotel [watak day 1] datang tegur.

Abang tu : Dik, nak pergi mana?
Aku : Jogging.
Abang tu : Sorang-sorang?
Aku : Aah.
Abang tu : Jogging kat mana?
Aku : Kat tepi-tepi sungai je.
Abang tu : Okay dik, kalau nak jogging tepi sungai, adik cari lah boyfriend ke kawan laki sorang ke.
Aku : Tapi saya tade boyfriend pun *gelak-gelak* [dah kenapa kau jujur sangat? =..=]
Abang tu : Kalau camtu baik jangan lah jogging.


Pastu abang baik tu berbual jap dengan pak cik guard sebelah dia.

Abang tu : Kesian, dah pakai cantik-cantik tak jadi jogging.
Pakcik Guard : Bahaya tu, semalam ada sorang kena rogol dengan mat-mat gam tu *muka serius*
Abang tu : Yeke? Astaghfirullahalazimmm...

Aku tak tau lah pakcik tu buat citer nak takut-takutkan aku ke apa. Cuma memang aku tahu kewujudan mat-mat gam, dan aku tahu banyak gak foreigner (jenis yang bukan datang untuk melancong) selalu duk area-area tepi sungai. Menyedari aku still kat situ....


Abang tu : Camni lah dik, apa kata adik jogging kat jalan besar. Selamat sikit.
Pakcik guard : Aah. Kalau nak jogging tepi sungai jugak, nanti sedia je lah badan kalau pape terjadi.


=3= Amboi cabuiii mulut pakcik naaa.

Aku pun chow setelah ucap terima kasih (Yang kemudiannya dibalas "Sama-sama kasih" oleh abanhg baik hotel tersebut.  =..=). Oleh kerana aku pun tak nak merisikokan diri aku, aku pun jog kat jalan besar sorang-sorang.



Boleh tahan jauh lah aku pi. Best jugak jogging kat jalan besar ni. Amik masa 1 jam 15 minit jugak lah jarak pergi balik aku jogging tuh. Otw balik hotel, aku singgah jap UTC. Ingat nak pinjam lah buku semalam.


Masuk-masuk je terus pi kaunter tanya dulu acane prosedur nak pinjam buku. Tapi... too bad, orang yang duk Melaka je boleh pinjam. Aku dah mention dah aku dok sini dalam 30 hari, sampai bulan September. Tapi tak dapat gak, takut buku dibawa lari mungkin. Kemon lahh pakcik, saya jenis bertanggungjawab okay, bukan jenis buat harta sendiri punya orang. Lagipon melampau lah kalau saya baca buku take time sampai 15 hari. Unless citer tu terlalu rumit atau memang bosan gila. Wuwuwuwu, nak pinjam nak pinjam.


Dan aku balik hotel dengan  rasa hampa dan hampehhh.




Kbai.



2 comments:

cEro said...

Last aku singgah zoo melaka masa darjah 6...
Sure dah bayak berubah dr zaman dulu2...

nanadhoi said...

Mungkinlah kot, dah bape tahun tu, maybe ada improvement sikit.

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.