Showing posts with label Wana Riverside Hotel. Show all posts
Showing posts with label Wana Riverside Hotel. Show all posts

24 Nov 2014

Day 16 Melaka : Retest

Assalamualaikum.

Annnyeong Chingu!


18082014


So, hari ni kitorang ada test. Test komputer. Aku tak ingat aku fail ke dak. Tapi ada je certain test yang aku fail. Kat Infosys ni, kalau test tu kita fail, kita boleh resit balik test tu. Kira peluang kedua lah. For me, aku tak kisah fail. Tapi bila fail tu kita sorang je, malu jugak le, lagi-lagi kalau ramai yang tahu. Tapi kat Infosys ni jangan risau kengkawan. Kau still gembira walaupun gagal siap boleh join bergambo. Sebab you are not alone. Pasti ada geng punya yang memegang title gagal. HAHHHAHA. Tak cayo?


Berikut adalah gambar-gambar kitorang lepas test. Kira sebelum retest la ni. Tak semua dalam gambar ni gagal ada je yang lulus. Well nobody cares when it comes to groufie time!




Inilah saatnya bilamana kau gagal tapi masih mampu tersenyum lebar. Iphone Sab, haruslah Sab duk depan sekali.

Kat sini bebudak UPSI paling rajin berdiskusi dan paling kuat bond kot. Tengok tu, belajo pun sama-sama. Tetiba kagum jap. Aku pulak memang jenis study sendiri. So tengok je lah walaupun rasa mesti best kalau dapat join sekaki.

Dua jejaka Bollywood dalam Infosys dan juga wakil UPSI. Baju hitam tu nama dia Raj, baju putih tu kitorang panggil dia Sara. Ramai jugak yang minat Sara nih, aku pun join sekaki. HAHHA. Sara ni macam jenis rajin bersukan gak la. Badan jenis atletik sikit, petang-petang memang selalu nampak dia jogging.



Leng Chai. Wong nama dia tak salah. Sorrylah gambar dari belakang.

Ini muka happy lepas dah habis buat esaimen. Cer teka umur tudung kelabu tu.

Ehsan gambar dari Iphone Sab. Nampak tak klon Zul Huzaimy? HAHHAH


Kbai.







20 Nov 2014

Day 15 Melaka : Zoo Melaka

Assalamualaikum.


Annyeong Chingu!


17082014


So hari ni kitorang pi ke Zoo Melaka. Aku, Fa and Umi naik kereta yang dipandu oleh abang sayang Umi. Gigih betul 'abang' Umi ni drive datang Melaka. Siap bawak utusan bekal lagi. Tiket dia RM15.00 tak salah. Kira murah lah dari Zoo Negara kan.


Since aku tade duit masa tu, 'abang' Umi dahulukan lah duit dia dulu which is later on aku bayar kat Umi. Actually aku tak expect pun kitorang nak pi Zoo Melaka, aku expect tempat yang keluarkan duit sikit je. HEHHE. Lagipon aku dah pernah pi Zoo Negara jadi aku cam tade lah eksaited sangat nak pi Zoo Melaka ni. Tapi tu lah, kita layan aje lah.



First-first sampai, haruslah toilet tempat pertama yang perlu singgah. Aku tak. Aku pi main buaian dengan Fa. HAHHHAH. Budak kecik tak banyak haritu. So biar aku berlakon jadi budak kecik tak sedor diri dah tua. Tapi tu lah nasib baik tali buaian tu kukuh. Kalau tak, memang rasa bersalah akan menghantui sepanjang hidup aku pasai dah buat vandalisme. HAHHAH



Kuda bantut.


Capybara bara bara bere bere bere nama dia.


Hahh dah mati?


Aku suka corak kat bulu dia.







Tempat zirafah ni nyaris-nyaris aku nak masuk. Pasal dia punya pagar tu batu-batu je. Pastu rendah, boleh panjat. Nasib baik lah dapat kawal diri daripada nak panjat. Kalau tak tu, mesti dah fefeeling photographer National Geographic tapi guna kamera handset cikai lah.


Tapi aku berdendam gak dengan zirafah ni. Time aku duk jauh dia datang dekat batu tu. Tapi bila datang dekat dia pi jauh lak. 2-3 kali aku stress pasai dia troll aku cenggitu. Tapi serius. Hewan-hewan kat sini tak camera-friendly langsung. Kalau kat Zoo Negara, haiwan yang duduk kat ceruk-ceruk boleh datang pi dekat pasai nak masuk dalam gambar.Tapi tu nanti lah aku citer. HAHHAH



Tak banyak yang aku dapat citer, pasal aku tak banyak berjalan pun. Memang nak berjalan tapi bagi lah can sikit kat Umi dengan 'abang' dia nak fefeeling romantik kat Zoo. Aku teman Fa pasai dia sakit perut, gastrik kot. Tak ingat lak. HAHHAH

So duduk lah aku kat kerusi batu dating dengan Fa. Fa tidur aku pun tidur. Pasal aku pun tengah pening-pening ngantuk. Tengah syok membuta datanglah sekumpulan kekanak yang gembira dekat kerusi yang kitorang duduk tu. Bising-bising. Aku tak kisah, tapi fikirkan Fa tengah sakit tu nak jugak lah tegur bebudak tu untuk diam sikit. Tapi tengok Fa pon relaks je tido. Aku pun bo layan je ah. Hai adik-adikku, tengok zirafah lagi menarik kot dari tengok hewan depan tempat akak ni duduk. 


Bila bangun tido dan tengah bosan, kita Selfoot.

Zirafah gomok.


Lama gak lah kitorang duduk kat kerusi batu tu. Pastu Fa ajak pi pintu utama pasal nanti senang sikit nak balik. Tapi apakan daya, perut Fa start sakit balik time tu. So stop jap kat pondok area tempat zirafah tu. Pondok ni best sikit pasai ada bumbung. Jadi Fa tido, dan aku pun tido gak balik. HAHHHA. Pengalaman yang tak dapat dilupakan betul, pergi zoo semata-mata untuk tido. LOL. Kalau nak di congak-congak ada la nak dekat 2 jam gak kitorang tido kat dalam Zoo tu. WAKKAKKA! Sedih sikit lah bila bayangan RM15 untuk tiket masuk tu menjelma. Tapi kawan lagi berharga dari duit RM15, ingat tu!  Lagipun, masa tu memang mood nak tido je.


Tapi tengah-tengah tido tu, abang-abang zoo kat pondok tu tetiba menyanyi lagu jiwang. Gua dah ler anti sikit dengan lagu jiwang ni, jadi terannoyed sikit lalu terjaga dan tak boleh tido semula. Nyanyi ler lagu Linkin Park ke apa ke. Tak lama lepas tu, Fa pun terjaga pastu kitorang pun teruskan perjalanan berjalan-berhenti-berjalan-berhenti ke pintu utama.


Masa otw ke pintu utama tu, kitorang lalu kat tempat tapir mati tu balik (tapir ke?), guess what? Weyhh, dah hilang kot! Takkan dah kebumi? Tengah bersandar kat pagar kayu tu tetiba tapir tu lalu. Punyalah terkejut aku dengan Fa. HAHHHA. Fa terus ajak jalan teruskan perjalanan, cuak. Tapi serius lah aku ingat dah mati kot tapir tu masa memula, dengan lalat hurung bagai. KAKKAKKA 


Kuda kaki pendek dan malas pasal lama dia duk termenung kat situ.



So itu je lah citer aku kat Zoo Melaka tu. Balik dari Zoo Melaka kitorang makan-makan jap kat bangunan apa entah. So kitorang sampai balik hotel dalam pukul 4:30 petang camtu kot.


Since petang masih muda, Sab pun tade kat bilik, aku pun dah lama tak jogging aku pun turun kengkonon nak jogging pukul 5 petang tu. Selalunya aku jog dengan Umi tapi kali ni aku sengsorang. Pasal kasi cann lah sikit Umi dan 'abang' nya nak pi dating.


Mula-mula dah plan dah nak jogging kat area tetepi sungai tu. Tapi baru je nak start jog, tetiba abang baik hotel [watak day 1] datang tegur.

Abang tu : Dik, nak pergi mana?
Aku : Jogging.
Abang tu : Sorang-sorang?
Aku : Aah.
Abang tu : Jogging kat mana?
Aku : Kat tepi-tepi sungai je.
Abang tu : Okay dik, kalau nak jogging tepi sungai, adik cari lah boyfriend ke kawan laki sorang ke.
Aku : Tapi saya tade boyfriend pun *gelak-gelak* [dah kenapa kau jujur sangat? =..=]
Abang tu : Kalau camtu baik jangan lah jogging.


Pastu abang baik tu berbual jap dengan pak cik guard sebelah dia.

Abang tu : Kesian, dah pakai cantik-cantik tak jadi jogging.
Pakcik Guard : Bahaya tu, semalam ada sorang kena rogol dengan mat-mat gam tu *muka serius*
Abang tu : Yeke? Astaghfirullahalazimmm...

Aku tak tau lah pakcik tu buat citer nak takut-takutkan aku ke apa. Cuma memang aku tahu kewujudan mat-mat gam, dan aku tahu banyak gak foreigner (jenis yang bukan datang untuk melancong) selalu duk area-area tepi sungai. Menyedari aku still kat situ....


Abang tu : Camni lah dik, apa kata adik jogging kat jalan besar. Selamat sikit.
Pakcik guard : Aah. Kalau nak jogging tepi sungai jugak, nanti sedia je lah badan kalau pape terjadi.


=3= Amboi cabuiii mulut pakcik naaa.

Aku pun chow setelah ucap terima kasih (Yang kemudiannya dibalas "Sama-sama kasih" oleh abanhg baik hotel tersebut.  =..=). Oleh kerana aku pun tak nak merisikokan diri aku, aku pun jog kat jalan besar sorang-sorang.



Boleh tahan jauh lah aku pi. Best jugak jogging kat jalan besar ni. Amik masa 1 jam 15 minit jugak lah jarak pergi balik aku jogging tuh. Otw balik hotel, aku singgah jap UTC. Ingat nak pinjam lah buku semalam.


Masuk-masuk je terus pi kaunter tanya dulu acane prosedur nak pinjam buku. Tapi... too bad, orang yang duk Melaka je boleh pinjam. Aku dah mention dah aku dok sini dalam 30 hari, sampai bulan September. Tapi tak dapat gak, takut buku dibawa lari mungkin. Kemon lahh pakcik, saya jenis bertanggungjawab okay, bukan jenis buat harta sendiri punya orang. Lagipon melampau lah kalau saya baca buku take time sampai 15 hari. Unless citer tu terlalu rumit atau memang bosan gila. Wuwuwuwu, nak pinjam nak pinjam.


Dan aku balik hotel dengan  rasa hampa dan hampehhh.




Kbai.



18 Nov 2014

Day 14 Melaka : UTC Melaka

Assalamualaikum.

Annyeong Chingu!


16082014





Adalah biasa untuk peserta-peserta Infosys untuk menghadap coding dan esaimen setiap hari. Gambar kat atas ni aku tengah dok cari solution untuk esaimen. Orang lain dok pulun buat kat Hall aku pulak fefeeling Businesswoman yang tengah vacation duk kat laman hotel. Nak buat acane, dah aku tak dapat line tenet. Takkan lah nak tunggu jawapan turun bedebukk tanpa usaha dulu kann? Kalau ada coffee kat sebelah tu, perhhh mesti nampak lagi real. Kalau view sebelah tingkap tu nampak laut fuhhhh. Beranganlah pulak.


So, petang tu kitorang habis kelas awal. Umi, Fa dengan aku dah plan nak pi UTC. Aku sebenarnya teringin nak pi gym, ye lah dok kat sini, jogging je yang mampu. Tu pun banyak berjalan. Pastu bangkit tubi. Pastu lompat bintang je mampu. Lompat bintang pun aku buat dalam bilik air, hampir jugaklah nak terjatuh tergelincir macam nangka busuk. Nasib baik ler tak jatuh. HAHHAH. Nak buat kat luar dari bilik air memang idok ler, kang habis kena sumpah seranah dengan orang bawah bunyi gegor-gegor dari atas.


Nak pergi UTC tu, kitorang jalan kaki je. Dekat bebenor dengan hotel Wana Riverside ni. Nampak tak betapa strategiknya hotel kitorang? HAHHA. Tak sampai 10 minit berjalan pun untuk ke UTC nih. So dah sampai UTC ni kitorang naik lah lif . Tekan butang ke level yang ada gym. 


Sampai ke gym terus kecewa pasai gym dia kecik je. Blergghh, nexttt. So kitorang masuk lif balik nak cari library. Acah-acah budak baik sikit pi library. Lagipun nak jugaklah tengok buku-buku kat library dia kot ada yang memikat hati, boleh ler baca dalam bilik kat hotel.


Tapi masa otw nak pi library dalam lif tu kann, entah macammana kitorang tersebut level yang kitorang nak pergi tu. Then, guess what? weyh lif tu terus pergi ke tingkat yang kitorang nak pergi tu. Dan kitorang tak tekan pun butang lif masa tu. o.0 OMGGGGG. Ternganga kejap kitorang dalam lif tu. Well, aku tahu ler kat luar negara dah ada, tapi dalam Malaysia ni, aku first time jumpa weyhhh! Nak kata kebetulan orang tekan tak de lah pulak orangnya masa lif terbukak tu. Ke ada CCTV dalam lif tu? OMGG dah lah kitorang bantai melalak kuat-kuat lagu UTC, UTC dalam lif tu. Eksaited punya pasal. HAHHHA 



Okay library dia pun kecik jugak. Besar lagi perpustakaan kat sekolah menengah aku. Tapi it's okay. Kita nak usha buku je kan.


Buku dia pun sikit. But, ada je buku-buku baru. Eksaited kejap. Amik buku itu buku ini kengkonon nak pinjam. Gua pantang sikit kalau nampak buku ni.




So ini lah buku-buku yang berjaya tarik perhatian aku. Yang lain tu mostly buku lama ataupun memang tak menarik. Novel agak terhad lah. Buku pertama tu pasal memang aku suka gaya penulisan Bahruddin Bekri yang buku Ain Maisarah tu pasal aku nak diet. Boleh dak cenggitu? HAHHA


Tapi aku nak survey je dulu. Next time baru nak pinjam. Time kitorang nak balik tu, Umi tak sengaja tereksaited dan terkuatkan suara dalam library tu, which is tak ler kuat mana pun. Tapi ada sorang mamat ni bajet hensem dan bajet dia sorang je belajo dalam tu macam orang lain tak belajo telah meng "Shhhhhhhhhhhhhh" kan kitorang sambil pandang tak puas hati.=..= What-the-heck la this guy~ Over je. Patutnya, kitorang pun meng "Shhhhhhhh" kan dia balik. Pasal "Shhhhhhhh" dia tu pun bising gak.



Balik tu, nak turun lif, kitorang ingat nak lah try balik jadi ke tak en kalau guna suara tanpa tekan butang lif tu. Tapi ada orang pulak masuk naik dengan kitorang. Kang, kalau buat pastu tak jadi, takut pakcik yang naik lif dengan kitorang tu fobia pulak pasai ingat kitorang ni bebudak gila. So cancel, lain kali.



Balik hotel tu, kitorang lepak jap jalan-jalan kat tepi sungai. Pastu berselfie atas tempat duduk kat pejalan kaki. Maka terhasil lah gambar yang kengkonon tengah lepak kat tepi pantai macam kat atas ni. WAKKAKA!


Wana Riverside Hotel




Kbai.

17 Nov 2014

Day 12 & 13, Infosys , Melaka

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo!


14082014




15082014



For those yang berkelana ke bandar Melaka tapi menghadapi masalah untuk mencuci baju kerana ketiadaan kemudahan untuk mencuci baju di tempat penginapan anda ataupun anda terlalu malas untuk basuh baju sendiri. Don't worry, di sini saya rekemen tempat yang best untuk anda mendobi.


Aku memula tak nak pon pi dobi bagai ni. Aku prefer basuh sendiri. Bukan atas sebab aku consider pasal hygiene tapi sebab aku nak jimat duit. WAHHHHAHA! Weyh, aku pi Melaka pun terpaksa guna duit raya RM100 kot buat duit belanja kat sana sebab tak nak susahkan mak bapak, so what do you expect? Haruslah berjimat cermat dan tak menjadi seperti rakan-rakan kayo yang lain. Sedor diri sikit.


Actually kat hotel tempat aku menginap untuk kursus Infosys ni ada gak khidmat mendobi ni. But bila timbang per kg woihh bapak mahal doe! Jadi bebudak lelaki la yang jumpa kedai mendobi yang harganya agak berpatutan ni. Dorang senang sikit nak pi sebab ada kereta, car pool pi dobi. Btw, kedai dobi ni nama CleanPro Express. Nak bagi alamat atau direction tu, payah ler sikit pasai aku pi sini pun 2-3 kali je, pulak tu tumpang kereta orang.


Untuk harga dia, dia bahagikan kepada 3 jenis, pastu ikut berat 9 kg, 14 kg atau 25 kg. Sumbatlah berapa banyak kau nak. Kalau baju sikit boleh ler kongsi dengan kengkawan satu washing machine tu, then, tong-tong duit bayor. Harga dia, ekau boleh tengok gambar kat bawah ni. Klik untuk tumbesaran.









Kalau bab serbuk pencuci pulak aku suggest beli kat tempat lain bukan kat sini. Kau beli pek besar kat mana-mana pasaraya or kedai runcit. Dapat lah jimat duit, boleh guna banyak kali.


Pastu dobi ni layan diri okay, tak payah malas sangat lah kalau nak berjimat. Masuk baju sendiri, lipat baju sendiri. Kalau baju-baju kecik, seluar-seluar kecik adalah disuggestkan basuh sendiri, tapi kalau nak basuh kat sini punnn, sukati kau lah, pastu kalau segan pepandai lah cover-cover sikit. Selalunya bebaju and seluar kecik ni, letak kat bawah timbunan baju-baju lain. Bawah sekali. Bila nak masuk washing machine terus campak lelaju. Macam ler tak biasa. HAHHHA. Tapi aku rasa seluar kecik aku basuh sendiri kat hotel.





Macam aku cakap tadi, aku tak dapat nak tolong bagi direction sebab yer lah menumpang kann. So aku dapat bagi klu macam gambar kat atas ni. CleanPro ni dekat NO.26, Melaka Raya. Boleh google, boleh WAZE untuk memudahkan lagi urusan ekau mendobi. 


Last sekali, aku lupa nak cakap. Kau tahu tak kat dobi ni jugak boleh dapat WIFI FREEEEE? Ye betul! Kau tak salah baca. So, bosan-bosan boleh ler bukak fb stalk-stalk crush ke jadi keyboard warrior sekejap sementara tunggu baju habis di cuci. Kalau nak dry clean tu optional. Kalau nak keringkan sendiri boleh, nak masukkan dalam mesin pun boleh, tapi bayaran dia berlainan lah pulak. Boleh rujuk gambar pertama.




Aku nak ucapkan terima kasih ler kepada Fahmi, sebab kasi aku tumpang kereta dia. Walaupun sebenarnya aku rasa sampai la ni dia tak tahu. Sebab masa aku naik kereta dia tu dia kat Kelate, tapi Umi dengan Fa gigih ajak aku. So aku pergi lah. Sorry ler tak bagitahu balik yang aku ada tumpang, tetiba rasa bersalah balik lah pulak tak bagitahu. Haishhh. Tapi tak pe lah kot, pasal haritu kau ada pijak kaki aku kan? Kira seri lah cenggitu. Boleh? HAHHAH

[Walaupun kau tinggi dan kurus macam galah, kau still berat okay! =..=]


Aku nak ucapkan terima kasih kepada Sab aka Sabrina gak. I owe you much babeeee! Serious hang memang sporting. Dah ler cun, kayo, pemurah lak tu. May Allah Bless you and semoga hang dapat laki yang kacak, kayo dan baik. Ehemm sebenarnya aku nak sangat hang berjodoh dengan Mr. U, takpun dengan Mr. S. HAHHHA



Kbai.







24 Oct 2014

Day 8 Part 1 Melaka : Jalan-jalan ke Muzium Kapal!

Assalamualaikum.

Annyeong!

10082014


Hari ini hari Ahad. Lepas breakfast, terus naik lepak bilik. Bukak tingkap, letak laptop nyanyi lagu AKMU-200% kuat-kuat. Langsung tak sedar diri kot orang sebelah terganggu tido pasal aku dok memekak nyanyi lagu Korea, lagu Sleeq-Tepi sikit. Serius aku lupa orang sebelah ada. Mungkin dah beribu perkataan dorang maki aku selama 1 jam aku nyanyi dekat tingkap tu.


Tempat ni lah aku citer yang aku sidai stokin tu. 

Bilik masa tu tade orang, Ann pergi church kat bandar. Sab pulak belum balik dari rumah dia kat Ampang lagi. Jadi, sesi melalak tak hengatt dunia pun bermula. Memang tak hengatt dunia aku menyanyi. Nyanyi style lepas, penuh perasaan. Puass betul rasa dia oih. 


Waktu lunch lak, Umi dengan Fa dah plan dah petang tu, dorang nak pergi jalan-jalan tangkap gambo kat A Famosa semua tu. Aku tanpa berfikir panjang terus decide nak join, Ann pun aku tak tahu dia balik church pukul berapa. Lepas Zohor je aku, Umi dengan Fa terus gerak keluar. So berjalan lah kitorang 10-15 minit menikmati kehijauan air Sungai Melaka. Tempat pertama yang kitorang pergi adalah Bukit St. Paul. Kalau hang kata A Famosa femes, Bukit St. Paul ni pun femes gak, pasai dia kat atas bukit. Alah naik tangga sikit je Cik Pe'ah oi. Tapi selalunya orang kalau nak pergi Bukit St. Paul ni dia akan cakap cenggini:
 
"Eh nanti nak naik lah atas A Famosa tu"
 
Aku punn...
 
"The fish? Apasai aku tak tahu A Famosa tu ada tangga boleh naik?"

Dua ekor anak kucing. [Gereja Lama Bukit St. Paul]

Tanpa aku sedar, banyak jugak aku photobomb gambar Umi. Ampunn.
Tapi serius gambar pertama nampak macam psikopat. HAHHAA 


View dari atas Bukit St. Paul

 Gigih je aku nak duduk panjat.
Kalau jatuh tak ke mati sia-sia? HAHHAH

Kiri - Bukit St. Paul
Kanan - A Famosa  
 
 
Since waktu tu panas gilaa, sebab kitorang degil jalan awal-awal petang cenggitu, jadi lepas je bergambar kat A Famosa tu, kitorang decide nak lepak chill out jap dalam Kompleks Dataran Pahlawan yang berhawa dingin. Kompleks Dataran Pahlawan dekat je Pe'ah oi, tak sampai 5 minit jalan kaki pun. Kau jalan sikit belah kanan A Famosa tu, dah jumpa pintu belakang untuk masuk situ. 
 
 
Tapi sumpah lah barang-barang kat situ mahal. Semua kedai jenis yang berjenama terkenal belakaa. Rasa macam jalan dalam KLCC pun ada bila tengok kedai-kedai mahal belah kiri ngan kanan. Umi pulak ajak usha tengok bebarang kat Victoria Secret, survey barang hantaran dia. Aku ingat Victoria ni jual baju dalam seluar dalam je, idok le ambe tau ada jual perfume sekali. Kitorang try berjenis-jenis perfume jugak ah kat dalam tu. Alah, spray kat tangan pastu gosok-gosok. Langsung hilang bau peluh jalan-jalan kat luar tadi. HAHHAHA
 
 
Round lagi dalam tu pastu kitorang pi singgah Guardian jap pasai Fa nak beli Pil Chi-Kit-Te-Aun [sumpah aku lupa cara eja dia]. Aku pulak beli wet tissue ngan Petroleum Jelly, buat letak kat hidung. Kulit hidung aku asyik terkupas je. Ini semua pasai, aku selesema teruk 4-5 hari sebelum ni. Menjadi seorang manusia yang tak tahan sejuk dan berhidung sensitif lalu duduk di dalam bilik yang disetkan bersuhu 20 darjah Celsius selama 12 jam sudah cukup untuk membuat aku selsema teruk.
 

Duduk dalam dewan asyik dengar bunyi aku Srott Srett sedut hingus je. Sampai ada budak group side kanan group aku datang menyatakan mereka simpati melihat kondisi hidung aku yang merah bagaikan hidung badut. Ye, mereka yang prihatin itu bernama Nisa dan Sofea. Memula aku pelik jugak ah tetiba datang hai hai pulak kat aku. Bukan tak nak kawan, tapi tiba-tiba sangat. Padahal nak kata dekat sangat jarak dengan meja group dorang, tak pun. Memula aku ingat aku buat salah lah ke apa kann. Alah macam cite omputehh, tetiba je pembuli datang tegur. Tapi dorang baik ah. Tapi sampai sekarang aku still musykil, atas sebab apa dorang amik inisiatif datang ke meja aku. HAHHAHA. Sumpah terharu kejap masa tu, pasai aku selsema pun ada orang kesian. Selalunya tade pun. Mungkin teruk sangat kott. Bhahahah.
 
 
Tapi, yang aku pelik, masa dalam bilik, Sab dengan Ann langsung tak rasa sejuk. Ann siap kata dia rasa panas lagi. Ada satu malam tu, aku terbangun pasai sejuk tahap gaban, gigil habis badan walaupun selimut hotel tu tebal. So aku bangun and try slowkan aircond ke 27 darjah, tak lama kemudian tu, tetiba Ann pusing-pusing badan bukak selimut semua. Eh, badan aku tak panas lagi kot. Aku biar beberapa minit, lepas tu aku terus tukar ke 24 darjah balik takut Ann terjaga. Maka bertabahlah aku dalam selimut tu sampai pagi. Pakai kulit jenis apa lah dorang nih. Bangun solat Subuh pun aku rasa macam nak tayammum je tanak amik wudhu pasai belum amik wudhu pun dah terketar-ketar macam kena Parkinson.
 
 
hoi
Well, berbalik kepada cerita kat Guardian tadi, bila dah amik je  barang yang aku nak beli tu, aku Nampak Umi kat bahagian makeup, alah bahagian lipstick semua tu lah. Umi tengah try-try lipstick. Secara jujur lah kan, aku tak pernah try tester lipstick kat Guardian ke, Watson ke, apa-apa lah. Paling koman, aku test kat belakang tapak tangan. Bukan pasai kotor ke hape. Tapi pasai aku segan nak try, pastu aku takut kalau aku try, akak-akak guardian tu pulak datang tanya nak beli ke? Tu yang tak try langsung tu, walaupun dalam hati meronta-ronta nak test kat bibir. ecewwah. Yelah, nak tau gak warna apa yang sesuai dengan bibir sendiri, kat rumah pun aku mana ada lipstick, lip gloss bagai. Ada lip balm je. Sebab lip balm murah. Sekian. 

 
Umi ajak aku join sekaki. Aku tak cakap apa-apa memula. Segan. hihhik. Bila tengok Umi, Fa dah asyik test lipstick ni lipstick tu, aku pun amik join try pakai sekali. Bila lagi kan? Wakkaka! Terima kasih lah Umi dengan Fa buat benda gila-gila cenggitu. HAHHAH
 
Kau maybe kata :


"Euwww, pakai bekas orang!"

Pedulikk. Lap je lah dengan tangan. Simple. Lagipun bukan laki pakai pun. Unlesss...HAHAHAH. So bila dah pakai lipstick pilihan memasing, kitorang keluar dengan keyakinan baru. Makeup settle, jadi... mari kita teruskan berjalan! Keluar je dari Kompleks Dataran Pahlawan tu, kitorang amik side kiri. Jalan je sikit korang akan nampak replika keretapi and kapal terbang. Maka sesi berselfie tanpa monopod pun bermula.
 

Dah tangkap gambar semua, kitorang ingat nak pergi Muzium Samudera atau senang cerita kitorang panggil Kapal Besar. Tapi malangnya semua tak tahu cara nak pergi sana macam mana. Last aku pergi masa matriks dulu, tapi aku pun tak ingat macam mana aku boleh sampai kat Kapal Besar tu.

Disebabkan semua berkobar-kobar nak pergi Kapal Besar, jadi gigih lah kitorang tahan satu beca ni, tanya kat abang tu macam mana nak pergi Kapal Besar tu. Rupanya Kapal Besar tu seberang je dari tempat kitorang berdiri. Tade lah depan mata gituh, kena jalan dalam 8-10 minit cenggituh lah jugak.
 
 
 
...Bersambung...









.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.