Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

17 Dec 2014

Day 22: Gegirl Hangout [Melaka]

Assalamualaikum

Annyeong Chingu!

24082014



Pepagi buta (pepagi buta lah sangat!), aku dengan Sab pi mendobi dekat Melaka Raya. Ann pergi church. So aku dengan Sab je la yang pergi. Pastu terserempak lak dengan Umi, Fa dengan Fahmi. Sekali tengok macam Fahmi dan isteri-isterinya pulak. HAHHAHA. Masa kitorang sampai tu dorang dah nak balik dah.



Calon isteri yang rajin. Untung siapa dapat Sab.

Gambar kat atas tuh alkisahnya serbuk pencuci terjatuh sikit masa nak masukkan dalam washing machine. Tak ketara sangat pun. Tapi mungkin atas dasar prihatin, Sab telah merajinkan diri menyapu serbuk pencuci tersebut. Tabik spring potato dekat Sab!


Disebabkan lama lagi nak tunggu pakaian kitorang dalam dryer tu, so kitorang meronda lah sepanjang jalan area kedai dobi tu. Pastu aku nampak satu basikal ni, aku memang pantang sikit kalau nampak basikal. Basikal ni park betul-betul depan kedai makan ni. Aku tak tahu lah orang punya ke hape en. Tapi rasanya as hiasan depan kedai je kot. Pastu aku ajak Sab bergambo dengan basikal tersebut. Sab pun layan je lah perangai ngeng aku ni.





Pastu lepas bergambo sakan, Sab citer yang pekerja kedai tu usha lama je kitorang masa lap-lap pintu tu. Masa kitorang balik pun dia duk lagi lap pintu tu, tapi kat luar lah. Ntah-ntah dia tak kasi kitorang bergambar lagi atas basikal tu, ntah-ntah tu basikal dia? Jeng jeng jeng...



Balik je dari dobi, tengah-tengah drive Sab tegur :
"Eh Nad kertas apa tu? Cer Nad amik tengok"


Aku amik lah surat cinta yang terselit kat cermin depan kereta. Shit, tak pepasal je spoil mood pepagi buta. Aku tengok muka Sab pun dah semacam dah. Aku tak tahu pulak kalau kat Melaka ni kalau nak park kena beli tiket dia dulu, hari tu lah baru aku tahu. Dalam hati tekad jugak lah nak bayar separuh daripada jumlah denda, ye lah naik sama-sama takkan Sab nak tanggung sorang ye tak?



Sampai hotel kitorang rehat-rehat dulu sementara tunggu waktu zohor and lunch. Habis je lunch, Aku, Sab, Fa dan Umi pun memulakan langkah kitorang bersiar-siar panas-panas buta di bandar Melaka. Kitorang pergi kali ni diiringi oleh dua bodyguard yang prihatin. HAHHHA. Sara lelaki Bollywood idaman dan lagi sorang dak UPSI Firdaus kot nama dia. Dorang cakap bahaya kalau kitorang lalu tepi-tepi sungai, so dorang iring kitorang sekerat jalan. Gentleman sungguh. HAHHAHA. Thanks guys.


 Kali ni kitorang lalu jalan dalam, tak lalu tepi-tepi sungai. Kitorang lalu area Jonker Street. Banyak jugak kedai area sini. Tinggal ada duit dengan tak de duit je. Sepanjang jalan , kengkadang korang akan jumpa pintu-pintu kedai or dinding-dinding kedai yang ditampal dengan cebisan-cebisan surat khabar menjadikan ia kelihatan wahhhh stylee! 


Kepala patung tu nampak cam terkeluar en?


Kucing seksi.


Pastu sempat lah kitorang jenguk kedai-kedai tshirt, kedai-kedai jual kebaya kat sana. Ada satu kedai tshirt ni design-design dia cun cun comel comel belaka, dekat luar dinding kedai ada lukisan orang utan. Kalau nak pi shopping tshirt, boleh singgah kedai ni. Harga pun standard, tak mahal. 








Tapi kan kedai ni sebenarnya tak kasi amik gambar. Dah puas tangkap gambar baru aku perasan signboard dia. Nasib baik owner dia tak perasan, kalau tak free-free je kena maki. Sebab aku pun hampir-hampir nak amik gambar t-shirt kat dalam tu, sebab design dia sangat simple dan nice. Kalau sempat singgahlah kedai ni cuci-cuci mata.


Port kitorang sama je, pergi mall pergi lepak kat Dataran Pahlawan. Pastu buat kerja gila lagi pakai lipstik dekat Guardian, tapi kali ni ada ahli baru iaitu Sab. HAHHA.


Seingat aku, masa ni aku puasa, tapi boleh pulak aku berjalan-jalan dengan riang ria panas-panas buta cenggini. HAHHAHA

Masa ni selfie tunjuk bibir masing-masing. HAHHA

Yang pakai kasut sukan gedabak tu aku lah. =..=






Malamnya pulak , Sab ingat nak bayar denda kat UTC, Emil kata kalau bayar awal maybe leh dapat diskaun, bebudak laki kata tak yah bayar pun takpe sebab ni Majlis Bandaraya Melaka punya bukan polis trafik. Tapi aku dengan Sab rasa baiklah bayar daripada kang jadi menda lain pulak di kemudian hari. Nasib baik sempat bayar kat UTC, masa tu Sab kata UTC dah nak tutup. Pastu kena bayar bape ringgit ntah. Yang pasti murah aaa.



Lepas balik je dari UTC Sab ajak pi tengok wayang kat Jusco. Aku memula tak nak join pasai biar je lah Sab pi ngan Ann. Aku pun dah lama tak tengok wayang, aku prefer menghadap laptop. Tapi entah macam mana Sab citer kawan kelas aku Azhar kata bahaya pi Jusco memalam kalau dua orang. Dan tetiba aku kena paksa ikut. T.T. Dah ler waktu tu aku kira tahap pokai lah jugak. Sab push aku, pastu dia kata nak belanja. Masa tu dorang nak tengok citer Lucy. Masa tu sumpah tade mood, dah lah Sab belanja tiket wayang, aihh rasa bersalah pun ada.

Sebelum citer start, ada la dalam 15 minit cenggitu, kitorang berpecah. Ann usha handphone, Sab tengok kasut. Aku? Aku pi beli mask muka yang kebetulan tengah ada sale pastu pergi main alatan-alatan gym kat tengah-tengah Jusco tu. Tak tahu nak buat apa sangat kan. So aku tumbuk punching bag, pastu guna rowing machine. Terbakar jugak lah serba sedikit kalori waktu dinner tadi. HAHHA








Pastu kitorang masuk pawagam. Start-start cerita, aku dah ternganga. Ternganga. Ternganga. Macam Eh apa ni? Eh kenapa pulak ni? Pastu sempat jugak lah aku tertidur time-time penghujung tu, almaklumlah pergi tak berapa nak ikhlas kan, tapi rasa bersalah jugak sebab penat-penat Sab belanja tiket. Tapi ai tido sekejap je eh, tak sampai 10 minit. Pejam mata 2 minit pastu bukak, pastu buat lagi. Yang lagi teruk, Sab perasan masa aku tido, HAHHAHA. Sorryyyy Sab.


Tapi bagi aku,cerita Lucy ni aku tak leh terima sangat. Entah lah ada certain part tu aku rasa tak berapa logik. Aku nak elaborate kat tang mana aku fikir tak logik pun aku tak ingat dah pasai lama sangat en peram dalam otak. HAHHAH. Orang kata citer ni best, tapi bagi aku tak de la best mana. Dia kategori movie yang wajar ditonton di laptop, dan tak berbaloi untuk kita spent duit tonton kat wayang. Bagi aku lah.



K . Bye!








15 Dec 2014

Day 21 : Makan mana? (Melaka)

Assalamualaikum.

Annyeong Chingu!


Wahhaha tak habis-habis lagi rupanya cerita aku kat Melaka. Aku pun sendiri dah malas nak update. Tapi terpaksa update jugekk. Mungkin engkorang taknak baca [takpe]. Tapi aku kena update jugekk pasal ini berkaitan masa depan aku ecewwah. Yelah kot nanti tetua nanti aku nyanyuk ke [mintak dijauhkan], bolehlah cucu aku bacakan kat aku, takpun dia baca sendiri biar dia kagum tengok betapa ohsemnya nenek dia. [#simptomobses diri, #silamuntah]


So 23082014

Malam tu kitorang pi pasar malam. Emil roommate Umi yang ajak. Kitorang pun boring tade benda nak buat malam tu. So, aku, Sab dengan Ann pun layann. Tapi naik kereta Sab pasai, kitorang takut nanti kot lah kitorang nak balik awal ke kann, so tadelah menyusahkan dorang [Emil, Syifa, Wawa] nak menghantor balik.






Pasar Malam dia tade apa-apa sangat pun. Biasa je. Tapi kalau nak beli keychain buat kenangan boleh le singgah. Kitorang round gitu-gitu je. Pastu ingat nak balik lah, sekali kitorang terserempak dengan geng Infosys dari UPSI, dorang ajak Emil makan kat mana entah.


So waktu tu baru pukul 9:15 malam tak salah. Kitorang pun ikutkan je. Dengar-dengar nak makan sate katanya. So kitorang sampai lah kat tempat makan tersebut. Tempat makan tu macam warung-warung kecik je tapi adalah sampai 10 warung. Dan lokasi dia kat celah-celah Hotel apa entah [serius aku tak ingat]. Emil kata kat sini chicken chop dia sedap gilaa pastu murah. Haruslah percaya kata Emil, pasai dia budak UTeM pastu for sure dah arif tempat-tempat kat Melaka ni. Dia pun selalu citer yang dia jenis yang suka explore tempat-tempat makan yang sedap.


So aku, Sab dan Ann beli satu set dalam RM10 kongsi bertiga. Kengkonon takut tak habis, malam-malam tak leh makan banyak nanti penghadaman slow. Tapi once dah try, tetiba rasa menyesal pulak tak beli satu set sorang. Sedap gilaaaa wehh. Portion dia pun besar, macam untuk 2 orang makan. Kira berbaloi la.



Sorry lah, nama bebudak laki tiga orang tu aku lupa. HAHHA


Balik je hotel. Solat Isya' pastu tido.




Satu lagi makanan yang femes kat Melaka yang Emil citer kat kitorang[aku, Sab, Ann], adalah bakso tenis. Apasai tenis? Dia masukkan bola tenis ke dalam bakso tu? Idakk ler begitu.  Katanya bebola daging dalam bakso tu besar dari biasa dan diumpamakan sebesar bola tenis. Aku sempat rasa masa ada satu malam tu Ann bagi kat aku sup bakso dengan sebiji bebola daging. Tak larat nak habiskan katanya pasai sakit gigi. Aku memula segan dan tak nak makan pasai takut gemuk, ye ah masa tu malam en. Pastu Ann ugut aku:


"Kalau kamu tidak makan Nad, yah saya buang aja dalam tong sampah"



Cehh. Ann nii....ni yang aku lemah ni. =..= Tapi terima kasih gak lah kat Ann kalau tak sampai sekarang aku dah kempunan nak makan bebola daging bakso tu. Walaupun tak lah besar bola tenis pun, bola ping pong kot besar dia. Pastu bila aku, Sab dengan Ann try nak carik balik kedai tu seminggu kemudian, kedai tu dah tade, Emil kata dah pindah. T.T




Kbai.


25 Nov 2014

Day 19 & 20 Melaka

Assalamualaikum.


Annyeong Chingu!

21082014


Petang tu jogging dengan Umi sekali ternampak Spiderman dengan Gold Man. Aku tak tau lah lelaki emas tu watak apa, tapi kawan aku cakap Sand Man, betui ka? Musykil jap.



Kalau pergi area Stadthuys, memang selalu lah jumpa lelaki emas dengan Spiderman ni. Tapi kalau nak bergambar dengan dorang kena bayar sikit. RM2 kot. Kalau camtu aku pun nak dress up cenggitu lah, 10 orang dah RM20, padahal tangkap gambar je tade la penat sangat pun.

Ohh kawan baik rupanyaa.


Malam tu, aku, Sab dengan Ann bosan. So Sab ajak keluar naik kereta dia. Dan kami pun mencuci mata di padang apa entah nama dia. Femes gak lah nama dia, tapi aku lupa. HAHHAH. Tengok sekejap je pun pasai nampak meriah je. HAHHHA



22082014



Kalau bosan,mengantuk time instructor mengajar memang ini lah keje aku. Kelebihan orang duduk belakang. Tapi dengar citer kengkawan aku yang duduk area depan siap main whatsapp lagi. Untunglahh.



First time lukis secara menegak. Sejak azali lagi, aku kalau tulis ke lukis ke conteng ke memang secara menyenget. Btw, tu bukan tulisan aku (yang nombor-nombor tu). Entah kertas sape entah, aku bantai je cilok buat harta sendiri lukis atas tu. HAHHA.






Kbai.




24 Nov 2014

Day 16 Melaka : Retest

Assalamualaikum.

Annnyeong Chingu!


18082014


So, hari ni kitorang ada test. Test komputer. Aku tak ingat aku fail ke dak. Tapi ada je certain test yang aku fail. Kat Infosys ni, kalau test tu kita fail, kita boleh resit balik test tu. Kira peluang kedua lah. For me, aku tak kisah fail. Tapi bila fail tu kita sorang je, malu jugak le, lagi-lagi kalau ramai yang tahu. Tapi kat Infosys ni jangan risau kengkawan. Kau still gembira walaupun gagal siap boleh join bergambo. Sebab you are not alone. Pasti ada geng punya yang memegang title gagal. HAHHHAHA. Tak cayo?


Berikut adalah gambar-gambar kitorang lepas test. Kira sebelum retest la ni. Tak semua dalam gambar ni gagal ada je yang lulus. Well nobody cares when it comes to groufie time!




Inilah saatnya bilamana kau gagal tapi masih mampu tersenyum lebar. Iphone Sab, haruslah Sab duk depan sekali.

Kat sini bebudak UPSI paling rajin berdiskusi dan paling kuat bond kot. Tengok tu, belajo pun sama-sama. Tetiba kagum jap. Aku pulak memang jenis study sendiri. So tengok je lah walaupun rasa mesti best kalau dapat join sekaki.

Dua jejaka Bollywood dalam Infosys dan juga wakil UPSI. Baju hitam tu nama dia Raj, baju putih tu kitorang panggil dia Sara. Ramai jugak yang minat Sara nih, aku pun join sekaki. HAHHA. Sara ni macam jenis rajin bersukan gak la. Badan jenis atletik sikit, petang-petang memang selalu nampak dia jogging.



Leng Chai. Wong nama dia tak salah. Sorrylah gambar dari belakang.

Ini muka happy lepas dah habis buat esaimen. Cer teka umur tudung kelabu tu.

Ehsan gambar dari Iphone Sab. Nampak tak klon Zul Huzaimy? HAHHAH


Kbai.







20 Nov 2014

Day 15 Melaka : Zoo Melaka

Assalamualaikum.


Annyeong Chingu!


17082014


So hari ni kitorang pi ke Zoo Melaka. Aku, Fa and Umi naik kereta yang dipandu oleh abang sayang Umi. Gigih betul 'abang' Umi ni drive datang Melaka. Siap bawak utusan bekal lagi. Tiket dia RM15.00 tak salah. Kira murah lah dari Zoo Negara kan.


Since aku tade duit masa tu, 'abang' Umi dahulukan lah duit dia dulu which is later on aku bayar kat Umi. Actually aku tak expect pun kitorang nak pi Zoo Melaka, aku expect tempat yang keluarkan duit sikit je. HEHHE. Lagipon aku dah pernah pi Zoo Negara jadi aku cam tade lah eksaited sangat nak pi Zoo Melaka ni. Tapi tu lah, kita layan aje lah.



First-first sampai, haruslah toilet tempat pertama yang perlu singgah. Aku tak. Aku pi main buaian dengan Fa. HAHHHAH. Budak kecik tak banyak haritu. So biar aku berlakon jadi budak kecik tak sedor diri dah tua. Tapi tu lah nasib baik tali buaian tu kukuh. Kalau tak, memang rasa bersalah akan menghantui sepanjang hidup aku pasai dah buat vandalisme. HAHHAH



Kuda bantut.


Capybara bara bara bere bere bere nama dia.


Hahh dah mati?


Aku suka corak kat bulu dia.







Tempat zirafah ni nyaris-nyaris aku nak masuk. Pasal dia punya pagar tu batu-batu je. Pastu rendah, boleh panjat. Nasib baik lah dapat kawal diri daripada nak panjat. Kalau tak tu, mesti dah fefeeling photographer National Geographic tapi guna kamera handset cikai lah.


Tapi aku berdendam gak dengan zirafah ni. Time aku duk jauh dia datang dekat batu tu. Tapi bila datang dekat dia pi jauh lak. 2-3 kali aku stress pasai dia troll aku cenggitu. Tapi serius. Hewan-hewan kat sini tak camera-friendly langsung. Kalau kat Zoo Negara, haiwan yang duduk kat ceruk-ceruk boleh datang pi dekat pasai nak masuk dalam gambar.Tapi tu nanti lah aku citer. HAHHAH



Tak banyak yang aku dapat citer, pasal aku tak banyak berjalan pun. Memang nak berjalan tapi bagi lah can sikit kat Umi dengan 'abang' dia nak fefeeling romantik kat Zoo. Aku teman Fa pasai dia sakit perut, gastrik kot. Tak ingat lak. HAHHAH

So duduk lah aku kat kerusi batu dating dengan Fa. Fa tidur aku pun tidur. Pasal aku pun tengah pening-pening ngantuk. Tengah syok membuta datanglah sekumpulan kekanak yang gembira dekat kerusi yang kitorang duduk tu. Bising-bising. Aku tak kisah, tapi fikirkan Fa tengah sakit tu nak jugak lah tegur bebudak tu untuk diam sikit. Tapi tengok Fa pon relaks je tido. Aku pun bo layan je ah. Hai adik-adikku, tengok zirafah lagi menarik kot dari tengok hewan depan tempat akak ni duduk. 


Bila bangun tido dan tengah bosan, kita Selfoot.

Zirafah gomok.


Lama gak lah kitorang duduk kat kerusi batu tu. Pastu Fa ajak pi pintu utama pasal nanti senang sikit nak balik. Tapi apakan daya, perut Fa start sakit balik time tu. So stop jap kat pondok area tempat zirafah tu. Pondok ni best sikit pasai ada bumbung. Jadi Fa tido, dan aku pun tido gak balik. HAHHHA. Pengalaman yang tak dapat dilupakan betul, pergi zoo semata-mata untuk tido. LOL. Kalau nak di congak-congak ada la nak dekat 2 jam gak kitorang tido kat dalam Zoo tu. WAKKAKKA! Sedih sikit lah bila bayangan RM15 untuk tiket masuk tu menjelma. Tapi kawan lagi berharga dari duit RM15, ingat tu!  Lagipun, masa tu memang mood nak tido je.


Tapi tengah-tengah tido tu, abang-abang zoo kat pondok tu tetiba menyanyi lagu jiwang. Gua dah ler anti sikit dengan lagu jiwang ni, jadi terannoyed sikit lalu terjaga dan tak boleh tido semula. Nyanyi ler lagu Linkin Park ke apa ke. Tak lama lepas tu, Fa pun terjaga pastu kitorang pun teruskan perjalanan berjalan-berhenti-berjalan-berhenti ke pintu utama.


Masa otw ke pintu utama tu, kitorang lalu kat tempat tapir mati tu balik (tapir ke?), guess what? Weyhh, dah hilang kot! Takkan dah kebumi? Tengah bersandar kat pagar kayu tu tetiba tapir tu lalu. Punyalah terkejut aku dengan Fa. HAHHHA. Fa terus ajak jalan teruskan perjalanan, cuak. Tapi serius lah aku ingat dah mati kot tapir tu masa memula, dengan lalat hurung bagai. KAKKAKKA 


Kuda kaki pendek dan malas pasal lama dia duk termenung kat situ.



So itu je lah citer aku kat Zoo Melaka tu. Balik dari Zoo Melaka kitorang makan-makan jap kat bangunan apa entah. So kitorang sampai balik hotel dalam pukul 4:30 petang camtu kot.


Since petang masih muda, Sab pun tade kat bilik, aku pun dah lama tak jogging aku pun turun kengkonon nak jogging pukul 5 petang tu. Selalunya aku jog dengan Umi tapi kali ni aku sengsorang. Pasal kasi cann lah sikit Umi dan 'abang' nya nak pi dating.


Mula-mula dah plan dah nak jogging kat area tetepi sungai tu. Tapi baru je nak start jog, tetiba abang baik hotel [watak day 1] datang tegur.

Abang tu : Dik, nak pergi mana?
Aku : Jogging.
Abang tu : Sorang-sorang?
Aku : Aah.
Abang tu : Jogging kat mana?
Aku : Kat tepi-tepi sungai je.
Abang tu : Okay dik, kalau nak jogging tepi sungai, adik cari lah boyfriend ke kawan laki sorang ke.
Aku : Tapi saya tade boyfriend pun *gelak-gelak* [dah kenapa kau jujur sangat? =..=]
Abang tu : Kalau camtu baik jangan lah jogging.


Pastu abang baik tu berbual jap dengan pak cik guard sebelah dia.

Abang tu : Kesian, dah pakai cantik-cantik tak jadi jogging.
Pakcik Guard : Bahaya tu, semalam ada sorang kena rogol dengan mat-mat gam tu *muka serius*
Abang tu : Yeke? Astaghfirullahalazimmm...

Aku tak tau lah pakcik tu buat citer nak takut-takutkan aku ke apa. Cuma memang aku tahu kewujudan mat-mat gam, dan aku tahu banyak gak foreigner (jenis yang bukan datang untuk melancong) selalu duk area-area tepi sungai. Menyedari aku still kat situ....


Abang tu : Camni lah dik, apa kata adik jogging kat jalan besar. Selamat sikit.
Pakcik guard : Aah. Kalau nak jogging tepi sungai jugak, nanti sedia je lah badan kalau pape terjadi.


=3= Amboi cabuiii mulut pakcik naaa.

Aku pun chow setelah ucap terima kasih (Yang kemudiannya dibalas "Sama-sama kasih" oleh abanhg baik hotel tersebut.  =..=). Oleh kerana aku pun tak nak merisikokan diri aku, aku pun jog kat jalan besar sorang-sorang.



Boleh tahan jauh lah aku pi. Best jugak jogging kat jalan besar ni. Amik masa 1 jam 15 minit jugak lah jarak pergi balik aku jogging tuh. Otw balik hotel, aku singgah jap UTC. Ingat nak pinjam lah buku semalam.


Masuk-masuk je terus pi kaunter tanya dulu acane prosedur nak pinjam buku. Tapi... too bad, orang yang duk Melaka je boleh pinjam. Aku dah mention dah aku dok sini dalam 30 hari, sampai bulan September. Tapi tak dapat gak, takut buku dibawa lari mungkin. Kemon lahh pakcik, saya jenis bertanggungjawab okay, bukan jenis buat harta sendiri punya orang. Lagipon melampau lah kalau saya baca buku take time sampai 15 hari. Unless citer tu terlalu rumit atau memang bosan gila. Wuwuwuwu, nak pinjam nak pinjam.


Dan aku balik hotel dengan  rasa hampa dan hampehhh.




Kbai.



.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.