Annyeong Chingu!
24082014
Pepagi buta (pepagi buta lah sangat!), aku dengan Sab pi mendobi dekat Melaka Raya. Ann pergi church. So aku dengan Sab je la yang pergi. Pastu terserempak lak dengan Umi, Fa dengan Fahmi. Sekali tengok macam Fahmi dan isteri-isterinya pulak. HAHHAHA. Masa kitorang sampai tu dorang dah nak balik dah.
Calon isteri yang rajin. Untung siapa dapat Sab.
Gambar kat atas tuh alkisahnya serbuk pencuci terjatuh sikit masa nak masukkan dalam washing machine. Tak ketara sangat pun. Tapi mungkin atas dasar prihatin, Sab telah merajinkan diri menyapu serbuk pencuci tersebut. Tabik spring potato dekat Sab!
Disebabkan lama lagi nak tunggu pakaian kitorang dalam dryer tu, so kitorang meronda lah sepanjang jalan area kedai dobi tu. Pastu aku nampak satu basikal ni, aku memang pantang sikit kalau nampak basikal. Basikal ni park betul-betul depan kedai makan ni. Aku tak tahu lah orang punya ke hape en. Tapi rasanya as hiasan depan kedai je kot. Pastu aku ajak Sab bergambo dengan basikal tersebut. Sab pun layan je lah perangai ngeng aku ni.
Pastu lepas bergambo sakan, Sab citer yang pekerja kedai tu usha lama je kitorang masa lap-lap pintu tu. Masa kitorang balik pun dia duk lagi lap pintu tu, tapi kat luar lah. Ntah-ntah dia tak kasi kitorang bergambar lagi atas basikal tu, ntah-ntah tu basikal dia? Jeng jeng jeng...
Balik je dari dobi, tengah-tengah drive Sab tegur :
"Eh Nad kertas apa tu? Cer Nad amik tengok"
Aku amik lah surat cinta yang terselit kat cermin depan kereta. Shit, tak pepasal je spoil mood pepagi buta. Aku tengok muka Sab pun dah semacam dah. Aku tak tahu pulak kalau kat Melaka ni kalau nak park kena beli tiket dia dulu, hari tu lah baru aku tahu. Dalam hati tekad jugak lah nak bayar separuh daripada jumlah denda, ye lah naik sama-sama takkan Sab nak tanggung sorang ye tak?
Sampai hotel kitorang rehat-rehat dulu sementara tunggu waktu zohor and lunch. Habis je lunch, Aku, Sab, Fa dan Umi pun memulakan langkah kitorang bersiar-siar panas-panas buta di bandar Melaka. Kitorang pergi kali ni diiringi oleh dua bodyguard yang prihatin. HAHHHA. Sara lelaki Bollywood idaman dan lagi sorang dak UPSI Firdaus kot nama dia. Dorang cakap bahaya kalau kitorang lalu tepi-tepi sungai, so dorang iring kitorang sekerat jalan. Gentleman sungguh. HAHHAHA. Thanks guys.
Kali ni kitorang lalu jalan dalam, tak lalu tepi-tepi sungai. Kitorang lalu area Jonker Street. Banyak jugak kedai area sini. Tinggal ada duit dengan tak de duit je. Sepanjang jalan , kengkadang korang akan jumpa pintu-pintu kedai or dinding-dinding kedai yang ditampal dengan cebisan-cebisan surat khabar menjadikan ia kelihatan wahhhh stylee!
Kepala patung tu nampak cam terkeluar en?
Kucing seksi.
Pastu sempat lah kitorang jenguk kedai-kedai tshirt, kedai-kedai jual kebaya kat sana. Ada satu kedai tshirt ni design-design dia cun cun comel comel belaka, dekat luar dinding kedai ada lukisan orang utan. Kalau nak pi shopping tshirt, boleh singgah kedai ni. Harga pun standard, tak mahal.
Tapi kan kedai ni sebenarnya tak kasi amik gambar. Dah puas tangkap gambar baru aku perasan signboard dia. Nasib baik owner dia tak perasan, kalau tak free-free je kena maki. Sebab aku pun hampir-hampir nak amik gambar t-shirt kat dalam tu, sebab design dia sangat simple dan nice. Kalau sempat singgahlah kedai ni cuci-cuci mata.
Port kitorang sama je, pergi mall pergi lepak kat Dataran Pahlawan. Pastu buat kerja gila lagi pakai lipstik dekat Guardian, tapi kali ni ada ahli baru iaitu Sab. HAHHA.
Seingat aku, masa ni aku puasa, tapi boleh pulak aku berjalan-jalan dengan riang ria panas-panas buta cenggini. HAHHAHA
Masa ni selfie tunjuk bibir masing-masing. HAHHA
Yang pakai kasut sukan gedabak tu aku lah. =..=
Malamnya pulak , Sab ingat nak bayar denda kat UTC, Emil kata kalau bayar awal maybe leh dapat diskaun, bebudak laki kata tak yah bayar pun takpe sebab ni Majlis Bandaraya Melaka punya bukan polis trafik. Tapi aku dengan Sab rasa baiklah bayar daripada kang jadi menda lain pulak di kemudian hari. Nasib baik sempat bayar kat UTC, masa tu Sab kata UTC dah nak tutup. Pastu kena bayar bape ringgit ntah. Yang pasti murah aaa.
Lepas balik je dari UTC Sab ajak pi tengok wayang kat Jusco. Aku memula tak nak join pasai biar je lah Sab pi ngan Ann. Aku pun dah lama tak tengok wayang, aku prefer menghadap laptop. Tapi entah macam mana Sab citer kawan kelas aku Azhar kata bahaya pi Jusco memalam kalau dua orang. Dan tetiba aku kena paksa ikut. T.T. Dah ler waktu tu aku kira tahap pokai lah jugak. Sab push aku, pastu dia kata nak belanja. Masa tu dorang nak tengok citer Lucy. Masa tu sumpah tade mood, dah lah Sab belanja tiket wayang, aihh rasa bersalah pun ada.
Sebelum citer start, ada la dalam 15 minit cenggitu, kitorang berpecah. Ann usha handphone, Sab tengok kasut. Aku? Aku pi beli mask muka yang kebetulan tengah ada sale pastu pergi main alatan-alatan gym kat tengah-tengah Jusco tu. Tak tahu nak buat apa sangat kan. So aku tumbuk punching bag, pastu guna rowing machine. Terbakar jugak lah serba sedikit kalori waktu dinner tadi. HAHHA
Pastu kitorang masuk pawagam. Start-start cerita, aku dah ternganga. Ternganga. Ternganga. Macam Eh apa ni? Eh kenapa pulak ni? Pastu sempat jugak lah aku tertidur time-time penghujung tu, almaklumlah pergi tak berapa nak ikhlas kan, tapi rasa bersalah jugak sebab penat-penat Sab belanja tiket. Tapi ai tido sekejap je eh, tak sampai 10 minit. Pejam mata 2 minit pastu bukak, pastu buat lagi. Yang lagi teruk, Sab perasan masa aku tido, HAHHAHA. Sorryyyy Sab.
Tapi bagi aku,cerita Lucy ni aku tak leh terima sangat. Entah lah ada certain part tu aku rasa tak berapa logik. Aku nak elaborate kat tang mana aku fikir tak logik pun aku tak ingat dah pasai lama sangat en peram dalam otak. HAHHAH. Orang kata citer ni best, tapi bagi aku tak de la best mana. Dia kategori movie yang wajar ditonton di laptop, dan tak berbaloi untuk kita spent duit tonton kat wayang. Bagi aku lah.
K . Bye!
No comments:
Post a Comment