Showing posts with label Kompleks Dataran Pahlawan. Show all posts
Showing posts with label Kompleks Dataran Pahlawan. Show all posts

17 Dec 2014

Day 22: Gegirl Hangout [Melaka]

Assalamualaikum

Annyeong Chingu!

24082014



Pepagi buta (pepagi buta lah sangat!), aku dengan Sab pi mendobi dekat Melaka Raya. Ann pergi church. So aku dengan Sab je la yang pergi. Pastu terserempak lak dengan Umi, Fa dengan Fahmi. Sekali tengok macam Fahmi dan isteri-isterinya pulak. HAHHAHA. Masa kitorang sampai tu dorang dah nak balik dah.



Calon isteri yang rajin. Untung siapa dapat Sab.

Gambar kat atas tuh alkisahnya serbuk pencuci terjatuh sikit masa nak masukkan dalam washing machine. Tak ketara sangat pun. Tapi mungkin atas dasar prihatin, Sab telah merajinkan diri menyapu serbuk pencuci tersebut. Tabik spring potato dekat Sab!


Disebabkan lama lagi nak tunggu pakaian kitorang dalam dryer tu, so kitorang meronda lah sepanjang jalan area kedai dobi tu. Pastu aku nampak satu basikal ni, aku memang pantang sikit kalau nampak basikal. Basikal ni park betul-betul depan kedai makan ni. Aku tak tahu lah orang punya ke hape en. Tapi rasanya as hiasan depan kedai je kot. Pastu aku ajak Sab bergambo dengan basikal tersebut. Sab pun layan je lah perangai ngeng aku ni.





Pastu lepas bergambo sakan, Sab citer yang pekerja kedai tu usha lama je kitorang masa lap-lap pintu tu. Masa kitorang balik pun dia duk lagi lap pintu tu, tapi kat luar lah. Ntah-ntah dia tak kasi kitorang bergambar lagi atas basikal tu, ntah-ntah tu basikal dia? Jeng jeng jeng...



Balik je dari dobi, tengah-tengah drive Sab tegur :
"Eh Nad kertas apa tu? Cer Nad amik tengok"


Aku amik lah surat cinta yang terselit kat cermin depan kereta. Shit, tak pepasal je spoil mood pepagi buta. Aku tengok muka Sab pun dah semacam dah. Aku tak tahu pulak kalau kat Melaka ni kalau nak park kena beli tiket dia dulu, hari tu lah baru aku tahu. Dalam hati tekad jugak lah nak bayar separuh daripada jumlah denda, ye lah naik sama-sama takkan Sab nak tanggung sorang ye tak?



Sampai hotel kitorang rehat-rehat dulu sementara tunggu waktu zohor and lunch. Habis je lunch, Aku, Sab, Fa dan Umi pun memulakan langkah kitorang bersiar-siar panas-panas buta di bandar Melaka. Kitorang pergi kali ni diiringi oleh dua bodyguard yang prihatin. HAHHHA. Sara lelaki Bollywood idaman dan lagi sorang dak UPSI Firdaus kot nama dia. Dorang cakap bahaya kalau kitorang lalu tepi-tepi sungai, so dorang iring kitorang sekerat jalan. Gentleman sungguh. HAHHAHA. Thanks guys.


 Kali ni kitorang lalu jalan dalam, tak lalu tepi-tepi sungai. Kitorang lalu area Jonker Street. Banyak jugak kedai area sini. Tinggal ada duit dengan tak de duit je. Sepanjang jalan , kengkadang korang akan jumpa pintu-pintu kedai or dinding-dinding kedai yang ditampal dengan cebisan-cebisan surat khabar menjadikan ia kelihatan wahhhh stylee! 


Kepala patung tu nampak cam terkeluar en?


Kucing seksi.


Pastu sempat lah kitorang jenguk kedai-kedai tshirt, kedai-kedai jual kebaya kat sana. Ada satu kedai tshirt ni design-design dia cun cun comel comel belaka, dekat luar dinding kedai ada lukisan orang utan. Kalau nak pi shopping tshirt, boleh singgah kedai ni. Harga pun standard, tak mahal. 








Tapi kan kedai ni sebenarnya tak kasi amik gambar. Dah puas tangkap gambar baru aku perasan signboard dia. Nasib baik owner dia tak perasan, kalau tak free-free je kena maki. Sebab aku pun hampir-hampir nak amik gambar t-shirt kat dalam tu, sebab design dia sangat simple dan nice. Kalau sempat singgahlah kedai ni cuci-cuci mata.


Port kitorang sama je, pergi mall pergi lepak kat Dataran Pahlawan. Pastu buat kerja gila lagi pakai lipstik dekat Guardian, tapi kali ni ada ahli baru iaitu Sab. HAHHA.


Seingat aku, masa ni aku puasa, tapi boleh pulak aku berjalan-jalan dengan riang ria panas-panas buta cenggini. HAHHAHA

Masa ni selfie tunjuk bibir masing-masing. HAHHA

Yang pakai kasut sukan gedabak tu aku lah. =..=






Malamnya pulak , Sab ingat nak bayar denda kat UTC, Emil kata kalau bayar awal maybe leh dapat diskaun, bebudak laki kata tak yah bayar pun takpe sebab ni Majlis Bandaraya Melaka punya bukan polis trafik. Tapi aku dengan Sab rasa baiklah bayar daripada kang jadi menda lain pulak di kemudian hari. Nasib baik sempat bayar kat UTC, masa tu Sab kata UTC dah nak tutup. Pastu kena bayar bape ringgit ntah. Yang pasti murah aaa.



Lepas balik je dari UTC Sab ajak pi tengok wayang kat Jusco. Aku memula tak nak join pasai biar je lah Sab pi ngan Ann. Aku pun dah lama tak tengok wayang, aku prefer menghadap laptop. Tapi entah macam mana Sab citer kawan kelas aku Azhar kata bahaya pi Jusco memalam kalau dua orang. Dan tetiba aku kena paksa ikut. T.T. Dah ler waktu tu aku kira tahap pokai lah jugak. Sab push aku, pastu dia kata nak belanja. Masa tu dorang nak tengok citer Lucy. Masa tu sumpah tade mood, dah lah Sab belanja tiket wayang, aihh rasa bersalah pun ada.

Sebelum citer start, ada la dalam 15 minit cenggitu, kitorang berpecah. Ann usha handphone, Sab tengok kasut. Aku? Aku pi beli mask muka yang kebetulan tengah ada sale pastu pergi main alatan-alatan gym kat tengah-tengah Jusco tu. Tak tahu nak buat apa sangat kan. So aku tumbuk punching bag, pastu guna rowing machine. Terbakar jugak lah serba sedikit kalori waktu dinner tadi. HAHHA








Pastu kitorang masuk pawagam. Start-start cerita, aku dah ternganga. Ternganga. Ternganga. Macam Eh apa ni? Eh kenapa pulak ni? Pastu sempat jugak lah aku tertidur time-time penghujung tu, almaklumlah pergi tak berapa nak ikhlas kan, tapi rasa bersalah jugak sebab penat-penat Sab belanja tiket. Tapi ai tido sekejap je eh, tak sampai 10 minit. Pejam mata 2 minit pastu bukak, pastu buat lagi. Yang lagi teruk, Sab perasan masa aku tido, HAHHAHA. Sorryyyy Sab.


Tapi bagi aku,cerita Lucy ni aku tak leh terima sangat. Entah lah ada certain part tu aku rasa tak berapa logik. Aku nak elaborate kat tang mana aku fikir tak logik pun aku tak ingat dah pasai lama sangat en peram dalam otak. HAHHAH. Orang kata citer ni best, tapi bagi aku tak de la best mana. Dia kategori movie yang wajar ditonton di laptop, dan tak berbaloi untuk kita spent duit tonton kat wayang. Bagi aku lah.



K . Bye!








24 Oct 2014

Day 8 Part 1 Melaka : Jalan-jalan ke Muzium Kapal!

Assalamualaikum.

Annyeong!

10082014


Hari ini hari Ahad. Lepas breakfast, terus naik lepak bilik. Bukak tingkap, letak laptop nyanyi lagu AKMU-200% kuat-kuat. Langsung tak sedar diri kot orang sebelah terganggu tido pasal aku dok memekak nyanyi lagu Korea, lagu Sleeq-Tepi sikit. Serius aku lupa orang sebelah ada. Mungkin dah beribu perkataan dorang maki aku selama 1 jam aku nyanyi dekat tingkap tu.


Tempat ni lah aku citer yang aku sidai stokin tu. 

Bilik masa tu tade orang, Ann pergi church kat bandar. Sab pulak belum balik dari rumah dia kat Ampang lagi. Jadi, sesi melalak tak hengatt dunia pun bermula. Memang tak hengatt dunia aku menyanyi. Nyanyi style lepas, penuh perasaan. Puass betul rasa dia oih. 


Waktu lunch lak, Umi dengan Fa dah plan dah petang tu, dorang nak pergi jalan-jalan tangkap gambo kat A Famosa semua tu. Aku tanpa berfikir panjang terus decide nak join, Ann pun aku tak tahu dia balik church pukul berapa. Lepas Zohor je aku, Umi dengan Fa terus gerak keluar. So berjalan lah kitorang 10-15 minit menikmati kehijauan air Sungai Melaka. Tempat pertama yang kitorang pergi adalah Bukit St. Paul. Kalau hang kata A Famosa femes, Bukit St. Paul ni pun femes gak, pasai dia kat atas bukit. Alah naik tangga sikit je Cik Pe'ah oi. Tapi selalunya orang kalau nak pergi Bukit St. Paul ni dia akan cakap cenggini:
 
"Eh nanti nak naik lah atas A Famosa tu"
 
Aku punn...
 
"The fish? Apasai aku tak tahu A Famosa tu ada tangga boleh naik?"

Dua ekor anak kucing. [Gereja Lama Bukit St. Paul]

Tanpa aku sedar, banyak jugak aku photobomb gambar Umi. Ampunn.
Tapi serius gambar pertama nampak macam psikopat. HAHHAA 


View dari atas Bukit St. Paul

 Gigih je aku nak duduk panjat.
Kalau jatuh tak ke mati sia-sia? HAHHAH

Kiri - Bukit St. Paul
Kanan - A Famosa  
 
 
Since waktu tu panas gilaa, sebab kitorang degil jalan awal-awal petang cenggitu, jadi lepas je bergambar kat A Famosa tu, kitorang decide nak lepak chill out jap dalam Kompleks Dataran Pahlawan yang berhawa dingin. Kompleks Dataran Pahlawan dekat je Pe'ah oi, tak sampai 5 minit jalan kaki pun. Kau jalan sikit belah kanan A Famosa tu, dah jumpa pintu belakang untuk masuk situ. 
 
 
Tapi sumpah lah barang-barang kat situ mahal. Semua kedai jenis yang berjenama terkenal belakaa. Rasa macam jalan dalam KLCC pun ada bila tengok kedai-kedai mahal belah kiri ngan kanan. Umi pulak ajak usha tengok bebarang kat Victoria Secret, survey barang hantaran dia. Aku ingat Victoria ni jual baju dalam seluar dalam je, idok le ambe tau ada jual perfume sekali. Kitorang try berjenis-jenis perfume jugak ah kat dalam tu. Alah, spray kat tangan pastu gosok-gosok. Langsung hilang bau peluh jalan-jalan kat luar tadi. HAHHAHA
 
 
Round lagi dalam tu pastu kitorang pi singgah Guardian jap pasai Fa nak beli Pil Chi-Kit-Te-Aun [sumpah aku lupa cara eja dia]. Aku pulak beli wet tissue ngan Petroleum Jelly, buat letak kat hidung. Kulit hidung aku asyik terkupas je. Ini semua pasai, aku selesema teruk 4-5 hari sebelum ni. Menjadi seorang manusia yang tak tahan sejuk dan berhidung sensitif lalu duduk di dalam bilik yang disetkan bersuhu 20 darjah Celsius selama 12 jam sudah cukup untuk membuat aku selsema teruk.
 

Duduk dalam dewan asyik dengar bunyi aku Srott Srett sedut hingus je. Sampai ada budak group side kanan group aku datang menyatakan mereka simpati melihat kondisi hidung aku yang merah bagaikan hidung badut. Ye, mereka yang prihatin itu bernama Nisa dan Sofea. Memula aku pelik jugak ah tetiba datang hai hai pulak kat aku. Bukan tak nak kawan, tapi tiba-tiba sangat. Padahal nak kata dekat sangat jarak dengan meja group dorang, tak pun. Memula aku ingat aku buat salah lah ke apa kann. Alah macam cite omputehh, tetiba je pembuli datang tegur. Tapi dorang baik ah. Tapi sampai sekarang aku still musykil, atas sebab apa dorang amik inisiatif datang ke meja aku. HAHHAHA. Sumpah terharu kejap masa tu, pasai aku selsema pun ada orang kesian. Selalunya tade pun. Mungkin teruk sangat kott. Bhahahah.
 
 
Tapi, yang aku pelik, masa dalam bilik, Sab dengan Ann langsung tak rasa sejuk. Ann siap kata dia rasa panas lagi. Ada satu malam tu, aku terbangun pasai sejuk tahap gaban, gigil habis badan walaupun selimut hotel tu tebal. So aku bangun and try slowkan aircond ke 27 darjah, tak lama kemudian tu, tetiba Ann pusing-pusing badan bukak selimut semua. Eh, badan aku tak panas lagi kot. Aku biar beberapa minit, lepas tu aku terus tukar ke 24 darjah balik takut Ann terjaga. Maka bertabahlah aku dalam selimut tu sampai pagi. Pakai kulit jenis apa lah dorang nih. Bangun solat Subuh pun aku rasa macam nak tayammum je tanak amik wudhu pasai belum amik wudhu pun dah terketar-ketar macam kena Parkinson.
 
 
hoi
Well, berbalik kepada cerita kat Guardian tadi, bila dah amik je  barang yang aku nak beli tu, aku Nampak Umi kat bahagian makeup, alah bahagian lipstick semua tu lah. Umi tengah try-try lipstick. Secara jujur lah kan, aku tak pernah try tester lipstick kat Guardian ke, Watson ke, apa-apa lah. Paling koman, aku test kat belakang tapak tangan. Bukan pasai kotor ke hape. Tapi pasai aku segan nak try, pastu aku takut kalau aku try, akak-akak guardian tu pulak datang tanya nak beli ke? Tu yang tak try langsung tu, walaupun dalam hati meronta-ronta nak test kat bibir. ecewwah. Yelah, nak tau gak warna apa yang sesuai dengan bibir sendiri, kat rumah pun aku mana ada lipstick, lip gloss bagai. Ada lip balm je. Sebab lip balm murah. Sekian. 

 
Umi ajak aku join sekaki. Aku tak cakap apa-apa memula. Segan. hihhik. Bila tengok Umi, Fa dah asyik test lipstick ni lipstick tu, aku pun amik join try pakai sekali. Bila lagi kan? Wakkaka! Terima kasih lah Umi dengan Fa buat benda gila-gila cenggitu. HAHHAH
 
Kau maybe kata :


"Euwww, pakai bekas orang!"

Pedulikk. Lap je lah dengan tangan. Simple. Lagipun bukan laki pakai pun. Unlesss...HAHAHAH. So bila dah pakai lipstick pilihan memasing, kitorang keluar dengan keyakinan baru. Makeup settle, jadi... mari kita teruskan berjalan! Keluar je dari Kompleks Dataran Pahlawan tu, kitorang amik side kiri. Jalan je sikit korang akan nampak replika keretapi and kapal terbang. Maka sesi berselfie tanpa monopod pun bermula.
 

Dah tangkap gambar semua, kitorang ingat nak pergi Muzium Samudera atau senang cerita kitorang panggil Kapal Besar. Tapi malangnya semua tak tahu cara nak pergi sana macam mana. Last aku pergi masa matriks dulu, tapi aku pun tak ingat macam mana aku boleh sampai kat Kapal Besar tu.

Disebabkan semua berkobar-kobar nak pergi Kapal Besar, jadi gigih lah kitorang tahan satu beca ni, tanya kat abang tu macam mana nak pergi Kapal Besar tu. Rupanya Kapal Besar tu seberang je dari tempat kitorang berdiri. Tade lah depan mata gituh, kena jalan dalam 8-10 minit cenggituh lah jugak.
 
 
 
...Bersambung...









.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.