Annyeong chingu!
Dulu-dulu masa sekolah ,tudung aku selalu tak betul. Tudung tak betul adalah dilemma bebudak pompuan masa sekolah dulu. Penyumbang kepada rasa tak konfiden. Kira kalau tudung tak betul tu, maknanya kira bad tudung days lah.
Ada satu hari tu aku nak betulkan tudung jap, ye lah untuk tahap konpiden yang maksimum, tudung harus betul . Tapi mak aku tak paham, lalu dia mengeluarkan ayat berbunyi sebegini :
"Tudung tu tak payah nak elok sangat. Ini *sambil tunjuk kepala* nak kena cantik!"
Gua terus sentap, dan berlalu pergi ke sekolah dengan rasa tak rela pasai tak betulkan tudung lagi. T.T.
Lain pulak sekarang, ada satu hari tu, aku ikut mak aku pi Tesco Ampang. Pastu mak aku tegur pasai apa pakai selipar jamban. Aku suruh mak aku relaks, pasai gi Tesco je pun, buat pe nak pakai lawa-lawa. Tapi mak aku tetap membantah, dia kata :
"Macam mana orang nak ngorat kalau pakai macamni?"
=..=, padahal dedulu mak aku selalu pesan jangan nak gatal-gatal, jangan nak berboifren, belajar je. La ni, mak aku kata lain pulak. Takpe lah mak, biar orang terima anakmu ini seadanya. wakkakaka!
Setakat ni aku rasa, aku anak mak aku yang paling mengikut kata pasal larangan berboifren tu kot. Pasal adik laki ngan abang aku semua fail. Semua ada makwe. Tapi gua ada crush, lagipun mak aku tak kata jangan ada crush kan. HAHHHA.
Kbai.
2 comments:
Nampak anak tak ada pakwe, pastu keluar pakai selipar jepun je, sure laa mak tu risau...hehehhe
Selamat tahun baru, nanadhoi :)
LOL. Takpe biar pasangan terima diri seadanya gituhh. cewwahh. lol
Selamat tahun baru jugak cEro! :D
Post a Comment