17 Nov 2014

Day 12 & 13, Infosys , Melaka

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo!


14082014




15082014



For those yang berkelana ke bandar Melaka tapi menghadapi masalah untuk mencuci baju kerana ketiadaan kemudahan untuk mencuci baju di tempat penginapan anda ataupun anda terlalu malas untuk basuh baju sendiri. Don't worry, di sini saya rekemen tempat yang best untuk anda mendobi.


Aku memula tak nak pon pi dobi bagai ni. Aku prefer basuh sendiri. Bukan atas sebab aku consider pasal hygiene tapi sebab aku nak jimat duit. WAHHHHAHA! Weyh, aku pi Melaka pun terpaksa guna duit raya RM100 kot buat duit belanja kat sana sebab tak nak susahkan mak bapak, so what do you expect? Haruslah berjimat cermat dan tak menjadi seperti rakan-rakan kayo yang lain. Sedor diri sikit.


Actually kat hotel tempat aku menginap untuk kursus Infosys ni ada gak khidmat mendobi ni. But bila timbang per kg woihh bapak mahal doe! Jadi bebudak lelaki la yang jumpa kedai mendobi yang harganya agak berpatutan ni. Dorang senang sikit nak pi sebab ada kereta, car pool pi dobi. Btw, kedai dobi ni nama CleanPro Express. Nak bagi alamat atau direction tu, payah ler sikit pasai aku pi sini pun 2-3 kali je, pulak tu tumpang kereta orang.


Untuk harga dia, dia bahagikan kepada 3 jenis, pastu ikut berat 9 kg, 14 kg atau 25 kg. Sumbatlah berapa banyak kau nak. Kalau baju sikit boleh ler kongsi dengan kengkawan satu washing machine tu, then, tong-tong duit bayor. Harga dia, ekau boleh tengok gambar kat bawah ni. Klik untuk tumbesaran.









Kalau bab serbuk pencuci pulak aku suggest beli kat tempat lain bukan kat sini. Kau beli pek besar kat mana-mana pasaraya or kedai runcit. Dapat lah jimat duit, boleh guna banyak kali.


Pastu dobi ni layan diri okay, tak payah malas sangat lah kalau nak berjimat. Masuk baju sendiri, lipat baju sendiri. Kalau baju-baju kecik, seluar-seluar kecik adalah disuggestkan basuh sendiri, tapi kalau nak basuh kat sini punnn, sukati kau lah, pastu kalau segan pepandai lah cover-cover sikit. Selalunya bebaju and seluar kecik ni, letak kat bawah timbunan baju-baju lain. Bawah sekali. Bila nak masuk washing machine terus campak lelaju. Macam ler tak biasa. HAHHHA. Tapi aku rasa seluar kecik aku basuh sendiri kat hotel.





Macam aku cakap tadi, aku tak dapat nak tolong bagi direction sebab yer lah menumpang kann. So aku dapat bagi klu macam gambar kat atas ni. CleanPro ni dekat NO.26, Melaka Raya. Boleh google, boleh WAZE untuk memudahkan lagi urusan ekau mendobi. 


Last sekali, aku lupa nak cakap. Kau tahu tak kat dobi ni jugak boleh dapat WIFI FREEEEE? Ye betul! Kau tak salah baca. So, bosan-bosan boleh ler bukak fb stalk-stalk crush ke jadi keyboard warrior sekejap sementara tunggu baju habis di cuci. Kalau nak dry clean tu optional. Kalau nak keringkan sendiri boleh, nak masukkan dalam mesin pun boleh, tapi bayaran dia berlainan lah pulak. Boleh rujuk gambar pertama.




Aku nak ucapkan terima kasih ler kepada Fahmi, sebab kasi aku tumpang kereta dia. Walaupun sebenarnya aku rasa sampai la ni dia tak tahu. Sebab masa aku naik kereta dia tu dia kat Kelate, tapi Umi dengan Fa gigih ajak aku. So aku pergi lah. Sorry ler tak bagitahu balik yang aku ada tumpang, tetiba rasa bersalah balik lah pulak tak bagitahu. Haishhh. Tapi tak pe lah kot, pasal haritu kau ada pijak kaki aku kan? Kira seri lah cenggitu. Boleh? HAHHAH

[Walaupun kau tinggi dan kurus macam galah, kau still berat okay! =..=]


Aku nak ucapkan terima kasih kepada Sab aka Sabrina gak. I owe you much babeeee! Serious hang memang sporting. Dah ler cun, kayo, pemurah lak tu. May Allah Bless you and semoga hang dapat laki yang kacak, kayo dan baik. Ehemm sebenarnya aku nak sangat hang berjodoh dengan Mr. U, takpun dengan Mr. S. HAHHHA



Kbai.







No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.