21 Nov 2014

Review : YOGOOD GLOW

Assalamualaikum.

Annyeong Chingu!


Hai uolss. Hari ni aku  nak citer pasal Yogood Glow ni. Alhamdulillah ai menang giveaway anjuran kak Sabby Prue dan telah memenangi 6 kotak Yogood Glow yang telah lama kuidam-idamkan dan kupandang-pandang di rak setiap pasaraya. Sebab pandang je yang mampu. Pandang sambil telan air liur okay! HAHHA


Thank you so much Kak Sabby Prue. Moga dimurahkan rezeki selaluuu :DDD

Memula ingat nak makan time buat final year project lah, time stay up memalam kan selalu lapar asyik mentekedarah. End up tak sempat pun makan time buat Final Year Project. Sudahnya aku makan time kursus Infosys kat Melaka.


Kagum dengan Kak Sabby Prue ni, rajin datang rumah menghantor by hand okayh! Siap dalam paper bag and siap ada buku nota lagi. Ai is terharu sampai sayang gilaaa nak guna buku nota tu.  Omeyyyy angat Kak Sabby Prue ni. :DDD



Aku dapat 3 boxes yogood glow Blueberry Pomegranate flavor, and lagi 3 boxes Cranberry Peach flavor. Masa Kak Sabby Prue hantar tu, aku kat UiTM lagi so, aku dah pesan lah kat mak aku, sesiapa nak makan, makan je lah. Lagipon ada 6 boxes kan. Dalam satu box pulak ada 5 bars.


Tapi mak aku tak berapa suka rasa dia. Adik aku pulak kata terlalu manis. For me, rasa dia sedap, bukan bias sebab dia produk kesihatan ke apa. Aku suka rasa yogurt dia. Kalau nak pilih antara dua tu aku prefer Cranberry Peach. 


Memang sesuai as a snack kalau tetiba rasa nak mengunyah ke apa. Serius banyak kelebihan dia. Untuk kurus pun mulehhhh. Bukanlah makan terus kurus, tapi dia membantu lah dalam perjalanan nak jadi kurus tu pasai satu bar ni less than 100 cal! Itu yang penting. HALAL pun HALAL. Apa yang ekau mahu lagi?


Oh did i tell you yang dalam setiap bar tu ada lebih kurang 1g collagen? Hahhhh, tak payahlah nak cucuk tang situ sini semua tu. Tak payah. Dah lah sedap, berkhasiat pulak tu. So mitos makanan yang berkhasiat tak sedap tu boleh buang jauh-jauh dah-dah.


Masa kat Infosys selalu aku makan time gap pukul 10 pagi sementara nak tunggu lunch pukul 1 tengahari. Breakfast pukul 7:45 pagi camtu, pastu masuk dewan. Bila pukul 10 je perut aku dah bunyi-bunyi awwwrrrr tanda lapar dah. Tambah-tambah dengan aircond yang sejuk gila lagi. Makin lapar ler gua sementara nak menunggu pukul 1 tengahari tu. Nasib baik ler ada Yogood Glow ni, instructor kat depan tengah ngajo punnn, aku boleh makan sesenyap kat belakang. HAHHAH. Tengah sibuk mengcoding pun boleh makan tauu. Terus berenergy pehtu.



So, apalagi ? jom ler beli Yogood Glow. :DDD


Kbai.

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.