9 Oct 2014

Day 1 : Melaka (Part 2 - 03082014)

Cerita Melaka sebelum ni...


Assalamualaikum.

Annyeong!


Part 2: 03042014

Sebelum dimulakan cerita pasal hari kedua, aku lupa nak cerita pasal hari pertama. Masa hari pertama tu kan lepas kitorang bergambor tu kan, masa nak masuk hotel tu, ada abang yang ke'pakcik'an sikit greet kitorang. Abang tu area 30-an nak dekat 40-an aku rasa. Dia greet kitorang punyalah dengan rendah diri. Terasa macam orang kekaya pulak awww. HAHHHAH.


Selamat datang cik, encik, sila masuk ke dalam untuk mendaftar.


Cenggitu sekali dia greet. Terasa macam umur 30 tahun pulak walaupun umur 22 tahun(tua jugak). Siap dengan tunduk and gaya tangan sekali dia greet. Rasa dihormati gilaaa weyhh. Padahal duit penginapan hotel kitorang tak keluarkan se sen pun. Jadi disebabkan perilaku beliau yang sumpah sopan lagi bertata susila, aku gelarkan dia 'abang baik'. Sebelum anda bertanya, muka dia muka orang baik, dengan rambut belah tepi, sekian.


Pastu kan, peristiwa menaiki tangga masuk ke hotel untuk mendaftar tidak berakhir dengan begitu sahaja. Time tu lah ada sorang mamat hensem keluar pakai kemeja putih. Jeng jeng jeng. 


Uihh. Hensem-hensem jugak abang hotel kat sini. Boleh cuci-cuci mata. WAHHHAHAHA!


Bisik hati kecil aku. Cakap kekuat kang kena kecam pulak. Nanti cakap niat tak betul lah, nak menggatal lah. Well cuci mata tu sampingan je, nanti tension coding-coding boleh cuci mata. Lega hati aku tahu ada abang-abang hotel yang hensem sepanjang sebulan kat sini. Padahal baru nampak sorang je. wakakkaa!


Oh pasal roommate aku, roommate aku sorang tu budak UiTM Melaka aku panggil Sab (sama umur) and sorang lagi Sabahan aku panggil Ann (tua setahun) . Memula cuak jugak sapelah roommate aku, jenis sombong ke apa en since aku yang first masuk bilik. Nasib baiklah dorang jenis cool.



Roommate gua yang cecantiks!


....bersambung...







No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.