9 Oct 2014

Day 2 : Melaka (04082014)

Cerita Melaka sebelum ni...

Assalamualaikum.

Annyeong!

Punyalah lama katakau nak update hari kedua kat Melaka. Tapi takpe, bertabahlah dikau, sebab lepas ni akan ku update cerita Melaka je sampai lah habis cerita aku kursus kat sana . Apa nak buat, duk rumah tade life event baru sangat, asyik tido krohh krohh - tolong mak jaga budak - online - makan dan sila lah repeat aktiviti tersebut. Wakkakaka.


04082014

Hari ni, hari kedua. Ingat tak abang hotel yang aku cerita semalam? (padahal kat atas je pun cerita dia) . Ingat bukan? Hah time ni aku nak bagitahu plot twist dia.


Plot twist dia, mamat tu bukan abang hotel. BUKAN. Rupanya participant Infosys jugak. Cehhh. Aku tahu pun masa masuk kelas thinking skills TRIZ. Dah, punah sudah harapan nak cuci mata. LOL. Belajar is belajar, tak boleh cuci mata. Jadi niat usha mamat yang disangka abang hotel tu berkubur saat tu jugak. Bai.


Masa first day kelas ni kitorang habis awal lah jugak dalam pukul 4 lebih I guess. So habis kelas terus balik bilik. Sab dah rehat-rehat atas katil dah. Tetiba Ann kata dia nak pi beli barang sat, aku pulak tak suka terperap dalam bilik yang ada aircond so aku decide nak ikut Ann. Katanya nak beli kasut. 


Turun tangga keluar hotel terserempak pulak dengan 'mamat hotel' tadi tu. Dia ada lah tegur nak pi mana. Aku dengan Ann terkejut ah tetiba tanya kitorang nak pi mana pulak en padahal kenal pun tak. Mungkin dia jenis friendly lah kot, bila nampak Ann tak jawab aku cecepat jawab beli barang pastu cecepat blah.

So bermulalah pengembaraan kitorang berjalan mencari kasut. Aku pun beli kasut gak. Kasut 10 hengget. Pun jadi lah nak bawak pi kelas je pun. Kasut tumit yang aku bawak tu, aku was-was sikit, nampak hayat dia macam tak lama je. Beli kasut 10 hengget ni, walaupun nampak feminin untuk aku yang tak berapa feminin ni, boleh lah jugak bawak melasak nak berlari ke melompat ke since dia tak ada tumit en.


Pastu jalan punya jalan, Ann nak pi keluar duit pulak. Dekat 2-3 orang tanya baru jumpa bank. Tu pun bank CIMB. Apakehalnya bank CIMB pun kau nak cerita wehh! Well yang ni lain sikit sebab aku suka architecture dia. For me, bank ni lawa. Nampak ciri-ciri kolonial Inggeris dia.



Ini Ann. Cantik kan?





Malam pulak, Sab dengan Cyda katanya nak naik river cruise. Eloklah, sementara tak busy ni, baiklah berjalan-jalan dulu. Kang gila pulak kang hadap coding je punya pasal. Tunggu punya tunggu tepi sungai Melaka tu (Oh hotel kitorang tepi sungai), tak de pulak yang berhenti. Rupanya kalau nak naik river cruise, either kena pergi dekat penghujung laluan river cruise or book awal-awal dengan pihak hotel. Hampa tak dapat naik, dorang decide nak naik ferris wheel. Oh river cruise ni RM10. Sesuai lah nak cuci mata tengok bangunan-bangunan. Tapi naik pepagi lagi best pasai nampak lah lukisan dekat bangunan-bangunan tepi sungai.

Ferris wheel ni seberang hotel kitorang je, cross sungai naik jambatan dah sampai. Tapi diingatkan lah ye kalau nak buat aktiviti berjalan-jalan tepi sungai waktu memalam ni eloklah ada kengkawan laki ikut sekali, Bahaya, banyak orang hisap gam. Tapi bebudak laki yang pergi ni bukan kawan aku pun, 'kawan' Cyda ngan kawan Sab, aku follow je. Sebab aku pun eksaited nak naik Ferris wheel, kempunan tak dapat naik Eyes On Malaysia punya pasal.

Tempat Ferris Wheel yang kitorang nak naik rupanya sort of fun fair yang tak berapa fun fair sangat , sebab satu, tak ramai orang, dua, sebab tak banyak game. Aku tak pernah masuk fun fair, tapi berdasarkan pemerhatian cerita omputeh kat TV, fun fair ada banyak games, tapi yang ni takde game baling-baling tin semua takde. Yang ada Pirate Ship, Ferris Wheel, Game Lompat-lompat, Lembu Gila, Rumah Hantu. Tu je. 


Sebelum naik Ferris Wheel tu kitorang naik Pirate Ship, RM5 untuk satu ride. Cyda yang gayat tu pun kitorang paksa naik. HAHHAHA. Cyda ngan 'kawan' dia duduk belah tengah. Aku, Sab dengan kawan Sab duduk belah hujung. Baru feel kan duduk hujung. Memang feel lah kau. Aku mampu gelak je, padahal jantung macam nak tercampak keluar. Tapi lagi scary roller coaster kat Times Square. [Scary scary pun naik dua kali tau.HAHHAH]


See tak cuak pun walaupun tengah kena lambung.


Pastu naik Ferris Wheel. Bosan rupanya naik ferris wheel ni. View je lah cantik. The rest bosan. Yang si Rasy ni siap lompat-lompat dalam Ferris Wheel ni lagi. Sab punya lah cuak kot benda tu tercabut jatuh ke bawah ke en. Hambekkau final destination terus. HAHHAH. Takde lah scary sangat time aku keluarkan kepala dari Ferris Wheel tu, tapi kau kena hati-hati jugak pasai pagar dia rendah je, paras bawah pusat kot, kalau kau bersandar kat pagar tu risiko untuk mati terjatuh boleh aku katakan dalam 72%. Jadi memudahkan urusan bagi sesiapa yang tak menghargai nyawa dia lagi, mati sambil bungee jumping, perghh style.



Handset cikai takde flash. Cengginilah.




Since, lighting dalam kabel pebende lah nama dia kat Ferris wheel ni tak berapa memuaskan, kami bergantung pada lighting DSLR Rasy untuk selfie. wakkaka. Thanks Rasy. lol.

Dengan mata panda, boleh tahan creepy jugak muka aku. LOL



Since kitorang habis main Pirate Ship dengan Ferris Wheel ni dalam pukul 9:45 malam, so dorang kata nak jalan-jalan jap kat bandar Melaka ni naik kereta. Padahal esok ada test. Memandangkan esok test nak tahu setakat mana level pengetahuan kitorang pasal Java je, aku pun decide follow dorang. Sebab aku ingat nak jalan sekejap je kan. At least pukul 12 malam dah ada dalam bilik.


Tapi tak pergi mana pun. Pusing-pusing naik kereta Sab tu, nak cari tempat mana entah aku tak ingat tapi tak jumpa. End up, pergi Dataran Pahlawan je pastu jalan-jalan tepi kedai-kedai mewah. Mewah bagi aku lah sebab iolls tak kaya macam depa. Yang bodohnya aku boleh tanya


Dataran Pahlawan tu macam Dataran Merdeka eh?


Inesen betul soalan tu. Memang jauh lah beza dia. Baru aku tahu bila sampai sana. Cehh. Takde benda nak buat, kitorang bergambor lah kat Dataran Pahlawan tu, again ihsan lighting dari kamera Rasy.HAHAHHA




Dah habis bergambor, jalan-jalan sikit kitorang balik. Tapi sebelum tu dorang asalnya nak pi Cafe mana entah ala-ala Starbucks nak makan kek, minum-minum lah kononnya. Aku dah risau dalam hati. 


"Ini for sure mahal ni. Ayak je boleh sampai berbelas-belas ringgit"

Dehek lah, aku takdak duit kot. Depa boleh lah , semua kaya. Menyesal pulak ikut orang kekaya jalan.lol. Aku cakap


"Korang nak makan, makanlah, orang tak nak makan"


Serba salah sebenarnya cakap. Takut dorang salah faham. Serius aku tak kisah kalau dorang nak makan situ, aku  memang tak nak makan pun, gila kau makan kek memalam, berapa banyak kalori aku nak kena bakar tu? Dah lah rate pembakaran kalori lembab memalam. Tapi nasib baiklah Sab jenis memahami, dia kata jum lah pergi mamak. Nasib baik dorang pon paham. Sorrylah engkorang eh, kalau keluar dengan orang tak berduit memang cenggini.


Sampai dekat mamak je nak dekat pukul 12 malam. Memula aku ingat nak mintak Sab drop je aku kat hotel since aku bukan biasa lepak memalam. Serius aku cakap, inilah kali pertama aku keluar dengan kengkawan sampai lewat malam cenggini. Selalu aku balik lewat pun kalau keluar dengan family, pernah balik pukul 11 malam pun sebab balik kerja kat Parkson. Untuk merayau-rayau tu tak pernah. Tetiba rasa bersalah kat mak aku masa tu. Sorrry ma, huuu. 


Tapi kan, kat mamak tu pun aku tak order apa, order air Horlicks pasai nak jaga hati dorang je walaupun niat memang tak nak makan minum. Tapi dehek lahh pasai air Horlicks mahal gilaaa kot RM 2.80 cenggitu. Air bebudak lain singgit lebih dua hengget je pun. Ohmaiii patut aku suarakan tadi:

"Korang pergilah mamak, orang nak balik hotel tido"

Tapi macam kuajaa pulak en, pasai dorang sanggup tak makan kek pindah ke mamak semata-mata pasai aku. Hesshh.



.....bersambung....



Fakta #1 : One of us muntah balik dari naik Ferris Wheel & Pirate Ship. Tapi bukan aku. HAHHAH
Fakta #2 : Balik dari main Ferris Wheel & Pirate Ship, one of the guy kena ajak dengan akak 'hotel    
                 murah'.Maknanya, laki-laki pun hati-hati. HAHHAH





Bye.


5 comments:

cEro said...

Melaka mmg best kalau datang dgn kawan2 satu kepala...
Tetiba rasa nak plan pegi Melaka...hehehe

btw, kirim salam Ann...hehehe

cEro said...

Ehhhhh...jap.
Aku rasa tarikh dlm post ko salah taip...
bukan 04042014 kan?

Teena Tna said...

Sy duk melaka tak pernah naik ferris wheel. Tp dulu ada eye on malacca, besar & seronok.

nanadhoi said...

@cEro

Sila lah pergi kalau tak pergi lagi. HAHHA
Dah tolong sampaikan salam dah.

Aaah lah, salah tarikh, baru betulkan, thanks bagitau ^^

nanadhoi said...

@Teena Tna,

Bestnyaa dapat naik Eye On Malacca!
Tak payah lah naik Ferris Wheel ni, kecik dan bosaaannnn. HAHHAHA. Naik Pirate Ship lagi best!

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.