Assalamualaikum.
Annyeong chingu!
06 Julai 2015.
Hari Isnin haritu aku kena attend satu interview. Since aku habis intern on 19th June hari tu, aku kira dah memegang title penganggur yang berjaya. Sempat lah attend training 10 hari pasal server bagi memenuhi masa lapang. Kalau tak pergi training, mungkin aku akan dok membuta - hadap tablet - hadap laptop - membuta sampai lah buka puasa. See, betapa tak produktifnya diri aku. So I need something that makes me busy, so aku pi lah attend free training tersebut.
Apa pun aku tak mau la cerita pasal interview or training yang aku attend. At least for now. Pasal training tu aku akan cerita next post pasai ada perkara yang memalukan. And kalau ingat sampai hari ni pun, aku masih mampu tergelak bila ingat peristiwa tersebut. HAHAHAH (See?)
So, before pergi interview tu, tetiba mak aku bukak topik ajak pi beli baju raya nanti.
Situasi 1
Mak aku ajak beli baju raya. Nak belanja aku. And my honest response was :
"Eh tak pe lah ma, simpan duit. Pakai baju raya lama pun boleh"
Yes honestly, makin besar i've lost interest in finding new baju raya. Aku tak tahu lah itu perkara normal untuk perempuan yang berumur 23 tahun atau tak. Mungkin perempuan lain dok risau, nak cari baju raya baru sebab takut orang perasan repeat pakai baju raya lama. Tapi, aku memang tak kisah. It's not like raya tahun lepas dengan raya tahun ni gap dia cuma 2 bulan untuk orang sedar kau pakai baju apa. Furthermore, kau pakai untuk sehari je. Tapi kalau orang ingat jugak, memang wow. Hebat ingatan dia, sebab aku pon tak sure tahun lepas aku pakai baju kurung yang mana satu. HAHAHA. Short term memory betul.
Entah aku just fikir, sebagai seorang yang berumur 23 tahun, aku dah patut berdikari. Walaupun aku still belum dapat kerja. HAHAHA. Macam tak sedap lah dah 23 tahun mak belanja. Dok universiti pon dah biasa guna duit pinjaman beli barang tak depend kat duit parents. So macam rasa uncomfortable jap. Masa jawab tu aku fikir, elok mak aku buat simpan duit untuk pi Mekah.
"Tak pe lah ma, simpan duit nak pi Mekah nanti"
"Ala, mama teringin jugak sekali-sekala nak belanja anak mama. Duit pi Mekah tu dah asing dah. Ni duit lebih teringin lah nak belikan something untuk anak mama"
Dan aku reply minta mak aku simpan duit dulu. Eventho, aku sorang je pompuan dalam kalangan adik-beradik, that's doesn't make me seorang yang manja. Gediks is sooo not me. Oi kecik-kecik main wrestling-wrestling kot dengan abang aku dua orang tu. Asyik sebut 'give up' je. -..-
Dan bila fikir balik, am I such a bad daughter? Aku just nak mak aku simpan duit so that if anything happen she can use it sebab aku still belum dapat kerja pun lagi. Dengan adik aku baru masuk belajar lagi. But somehow mak aku nak belanja aku, might be dia nak cari teman shopping as I'm the only daughter. Tengok lah nanti. Maybe choose something affordable and cheap kot.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 2
Balik dari interview, aku pi singgah UiTM jap. Konon nak mintak transkrip, but somehow didn't manage to get it. Sebab result tak keluar lagi, so memang tak leh apply lah for full transcript.
Hampa. So pergi tunggu bas dekat Kolej Mawar. While waiting for bus, nampak lah bertebaran siswa siswi baru habis jawab exam. Masa tu pukul 12 : 10 tengahari macam tu. Sempat lah cuci mata sikit. HAHAH. Masa tu "Allah Bagi Cuti" so tak pe lah kot mengusha. HAAHHHA
Tapi serius ar, banyak hensem-hensem. Tapi aku sedar diri, dah tua kan. So rasanya, kat situ yang aku nampak tu semua lebih kurang baya adik aku je. Tak nak lah level anak-anak ikan ni kan. Tak boleh nak jadikan calon pun. Tapi ada yang satu tu hensem oi sampai buat aku tetiba berdebar, perut berkeroncong pasai dorang lepak area tempat aku duduk. Takpe, cool cool stay cool. Fuhhh. Tapi too bad suara budak-budak, suara tak berapa macho. Lol, ni dah kenapa macam cari jodoh pulak ni dah kenapa. Behave behave. Takpe aku still, tetap dengan pendirian nak cari yang tua dari aku sikit.
Pastu ada satu time tu, ada dua orang budak laki turun dari bas. Satu tu macam bebudak laki baru nak up, sorang lagi fuhh, berkarisma, style, macam korea pun ada. I mean, lelaki korea yang maskulin. Not the kind yang jambu-jambu muka macam pompuan yang bebudak pompuan selalu gila-gilakan tu. #matilahhh buat statement cenggini. Sebagai contoh lelaki korea yang agak maskulin ialah TOP Big Bang, kalau jambu-jambu macam Kyu Hyun, Lee Teuk kumpulan Super Junior. Jadi paham kan, apa yang aku maksudkan dengan maskulin?
Okay budak laki tu pakaian dia simple tapi terserlah lah kemachoan dia. Kulit dia cerah. Tinggi, badan kira separa tough, tak keding. Just nice. Macam model. Macam nak tegur, eh kau ni dik nak pergi pentas peragaan ke nak pi belajo. Baju dia lengan pendek lebih kurang macam kat bawah ni aaa, pastu dipadankan dengan seluar yang kecik kat part bawah tu. Bukan skinny jenis yang ketat gila sampai nampak bentuk kaki tu. Kira sesuai lah dengan dia. Muka pun maskulin siap misai janggut, rambut pon kemas.
Kat atas ni gambaran apa budak laki tu pakai. Tapi tak semua laki sesuai pakai macam ni. Depends. Kau jangan tengok orang pakai macam tu smart, pastu kau expect kau akan jadi smart jugak pakai macamtu, padahal orang rasa kau nampak huduh pakai cenggitu. Amik masa cari apa yang sesuai dengan diri. Tapi bagi aku, secara general, laki akan nampak smart kalau pakai kemeja lengan panjang pehtu dia lipat suku lengan baju tu and ada yang nampak effortless smart/ handsome walaupun just pakai t-shirt berkolar je. Contoh Fahrin Ahmad. Eh suami orang!
4 comments:
1. Aku sgt look forward dgn baju raya sebab rayalah satu-satunya masa aku nak beli baju baru. Sebab aku tak suka shopping dan membeli baju waktu2 lain...heheheh
Tapi selalunya baju raya aku tak laa banyak mana pon...
2. Aku pun dulu pernah merungut benda yg sama.
Kenapa laa yg cute yg comel semua dr batch lain, bukan dr kelas aku?
Senior, junior ramai yg comel2, tp budak kelas aku? **hampa**
tu la kan...bila dah besar dah x kisah sgt baju raya baru ni...lagipun betul la pakai setahun sekali je....baik guna je tahun lepas punya, mesti elok lagi...
ohhh...perempuan suka gak eh tgk lelaki pakai seluar kecik kt bawah...apsal aku nampak mcm merepek je kalau lelaki pakai seluar camtu, nak2 yg senteng....adakah disebabkan bentuk kaki bahagian bawah tu seksi?
cEro,
hmmm takpe la kalau nak beli baju kalau baju tak banyak.sekali-sekala apa salahnya ye tak? Tapi kes aku ni, maybe ramai pompuan tak berkenan kot sebab ada je baju pi kuliah atau pi majlis aku buat pakai pi jadi baju raya. HAHAHAH
kannnnn, yang baya-baya semua nan hado. Yang hensem cute-cute semua senior, junior. Tak pahamm gua. Nampaknya lelaki juga mempunyai masalah yang sama. Hmmmm *angguk-angguk*
@Bro Ley,
haaa kan kita sependapat. HAHHHA.
Eh takde la suka. Quite annoyed la jugak nampak laki pakai skinny, macam ewww kpop. Tapi ada certain situation, certain orang it does looks really good on them. Lagipun budak tu pakai jenis tak ketat dan tak fit. Tak leg hugging. AHHHAHAH.
Tapi srsly, mmg tak prefer laki pakai skinny, seluar ketat. Tak semua orang boleh nampak smart pakai seluar kecik kat bawah tu. So better avoid. Tapi kalau nak ngorat pompuan kpop boleh la kot.HAHAHAHA
Post a Comment