Assalamualaikum
Annyeong chingu!
27072015 21:45
Tadi, seperti waktu yang tertera di atas, aku pi lepak bilik adik aku . Adik aku da balik kolej dia. Jadi aku lepak bilik dia sebab bilik dia ada space yang cukup untuk aku exercise bakar lemak. Ye exercise. Sebab aku rasa bersalah tahab gaban melahap tanpa batasan waktu raya pertama haritu, sampai la hari ni. Ermmm kalau nak cakap pertambahan berat, tak naik banyak pun. Naik 1 kg. Alhamdulillah lah kat situ. Tapi mungkin aje alat penimbang tu tak berapa betui. Sebab masa puasa haritu last time aku timbang berat, aku guna alat penimbang dekat klinik. Dan semalam aku timbang balik berat, aku guna alat penimbang 20 sen dekat Tesco. Jadi aku rasa aku tak perlu nak rasa lega sangatlah sebab ada possibility untuk ditipu di situ. Tambah-tambah aku jenis yang senang naik berat dan susah untuk turun berat.
So time-time tengah eksaited nak start workout tu lah muncul sekoq lipas. Kat dinding. Aku tendang dinding. Lipas tu terbang keluaq. Masa tu mak bapak aku tengah makan kat ruang tamu tu. Aku pun bagi la amaran ada lipas. Pastu mak aku dengan pantasnya lari ketepi. Pantas wa cakap lu. Aku amik penyembur racun serangga kat dapur. Tapi too bad lipas tu amik port kat siling. Disebabkan terlalu tinggi dan tak tercapai tanganku, so aku letak tepi lah dulu penyembur tu. Aku rasa later on, kalau lipas tu turun maybe bapak aku boleh settlekan. So aku masuk bilik adik aku balik, nak start workout.
Guess what? Masuk je bilik adik aku, aku nampak lipas tengah terbang. Aikkk? Aku pandang kat ruang tamu. Lipas tadi still ada kat siling. Bapak ahhh, bape banyak adik aku simpan lipas dalam bilik dia?! Patuh pada arahan bapak aku, aku pun amik cecepat penyembur racun serangga nak spray yang sekoq ni. Sekali dia terbang keluar pi ruang tamu jugak. Dan lipas tu melekat kat tepi tv. Bapak aku pulak giat suh aku spray. Aku cuak je tv tu meletop sat gi, sebab lipas tu bukan lepak atas skrin, tapi dekat lubang-lubang tepi tv. So aku tunggu dia berganjak pi tempat lain dulu. Time aku dok tunggu, sempat lah aku leka kejap. Tengah-tengah leka tu lah, lipas tu dengan kuang ajaqnya terbang ke arah aku. Kat mata hokeyyy! Demm yuu. Barulah aku tahu pasai apa mak aku duk jerit Aaaaaaahhhhhh! tadi.
Dalam keluarga aku, mak aku dengan adik laki aku (currently 18 tahun) je yang takut lipas. Mak aku pernah tercucuk garpu kat tepi mata ke mulut disebabkan seekor lipas. At first aku risau lah jugak dengar cerita tu dari adik aku, tapi Alhamdulillah mak aku tade pape sangat, just berdarah sikit. Tapi sekarang citer tu dah jadi modal gelak-gelak dah dalam family, termasuk mak aku sendiri. Aku pulak tak lah takut lipas sangat, sebab selalunya aku tukang takutkan adik aku. Kalau ada lipas mati je, aku akan pegang sesungut lipas tu dan pi kejar adik aku. Tapi tu lahh, kes tadi tu aku macam cuak la jugak, dia hinggap kat mata aku kot!, kalau kat kaki ke tangan ke, aku tak kisah. Ini dekat mata and the whole body dia memang cover mata aku. Demmmm yu. A bit risau la sebab bulan lepas aku ada terbaca yang lipas ni ada cacing kecik kat badan dia. Hope takda pape la, serious aku risau ni wei. Demm yu lipas.
Lipas yang terbang kat mata aku tu, aku spray dua kali. Biar dia. Rasakan. Yang satu ni je aku berdendam dengan dia. Sape suruh terbang kat mata aku. Hmpphh!
To those yang klik iklan nuffnang. Thank youu I love you. Huhhu walaupun duit setakat ni tak cecah RM5 tapi aku tetap bersyukur. Sebab setelah sekian lama tengok duit RM1.05 yang tak naik-naik akhirnya naik jugak. *virtual hugs*
4 comments:
I used to sembur ridsect sampai lipas tu boleh berenang. Hahahaha
Tapi my husband pulak jenis yang against animal cruelty, nak bunuh semut pun tak boleh! So kalau ada lipas ke apa, sanggup dia pergi tangkap and release it outside.
Sebut pasal lipas, aku sanggup tak tidur malam sebab ada nampak lipas dekat bawah katil then hilang dr pandangan.
Sebab hilang dr pandangan tu laa yg buatkan hidup aku tak keruan.
Kalau nampak, boleh je aku amik pemukul pegi penyet dia mati.
Tapi kalau tak nampak, maka possibility dia nak ada dekat dgn aku sangatlah tinggi sampaikan aku tak tidur malam dibuatnya...
Ya. AKu takut lipas. Hahahahaha
@Alia,
Okayyy, that's so funnyyyyyy. Sampai boleh berenang? HAHAHAHHA Tooo extremeee. luls
Adoi, untung dapat husband penyayang haiwan. Srsly, Great combinationnn! :')
@cEro,
HAHAHHAAH ceRo, hang sebijik macam adik laki aku. Dia rela tidur kat ruang tamu, kalau nampak lipas dalam bilik dia.
Bagus la hang cEro, jujur. HAHAHAH
Post a Comment