Annyeon chingu!
Tadi scroll-scroll Facebook nampak satu post kat page UiTM Confession. Citer pasal pakcik tua ni, tinggal tengah-tengah hutan. Sorang. Kesian gilaaaa. Pak cik ni kata dia tak nak susahkan orang lain. Pastu bila diberi bantuan makanan, pak cik ni nangis pasal dia dapat rasa makanan sedap. Esoknya, bila orang datang bawak nasi beriani, lagi sekali dia nangis pasal dia sebelum ni asyik makan roti je hasil dari pemberian orang yang tahu dia tinggal kat hutan ni.
Kesian, bila tengok orang tua, tinggal sorang-sorang tade sape uruskan. Aku harap pak cik ni dihantar ke mana-mana rumah penjagaan orang tua-tua supaya ada orang jaga makan minum dia. If ada anak, plis lah tolong amik jaga bapak hang. T.T
Pastu sebelum ni, aku ada terbaca post pasal pak cik Zainal. Pak cik Zainal ni bongkok pastu bawak beg berat penuh dengan minyak wangi untuk dijual. Pastu aku baca komen-komen kat situ banyak gak yang kenal dengan pak cik Zainal ni rupanya. Banyak tempat dia pergi. Masya Allah, jauh betul pak cik Zainal ni jalan untuk cari rezeki. Sape yang duk rumah menganggur pastu reti kikis duit mak bapak je sila lah malu. Kagum betul aku dengan pak cik ni.
Banyak gak info aku dapat bila baca komen-komen orang kat bawah post tu. Katanya pak cik Zainal ni buta. Before this dia pensyarah. Ada sorang anak pompuan, lawa. Ada yang kata pernah bawak pak cik ni jumpa anak pompuan dia, tapi anak pompuan dia tak nak jumpa selagi orang yang bawak pak cik Zainal tak blah, kira macam anak pompuan dia ni nak jumpa pak cik Zainal ni sorang je lah tanpa ada sesiapa. Pastu ada yang kata pak cik Zainal ni sebenarnya kaya. Pastu pakcik Zainal ni suka minum air Milo tin dengan Nescafe tak salah.
Pastu ada pekerja 7E kata pernah nampak pakcik Zainal ni satu malam tunggu depan 7E, bila ditanya tunggu orang, tapi lama gila tade orang datang. Dia mampu sediakan kerusi untuk pakcik ni duduk. Pastu ada lagi satu komen sedih aku baca, ada sorang abang ni tahan teksi untuk pak cik ni, abang ni kata bawak je mana pakcik ni nak pegi dan make sure pakcik ni selamat sampai destinasi, pastu driver teksi ni taknak bawak, katanya pakcik Zainal busuk (Whattheheck doh driver, kuaja betul!), bila abang tu up kan duit baru dia sudi bawak.
Kesian kengkadang bila jumpa orang tua-tua cenggini. Yang takde orang uruskan. Yang still cari rezeki. Yang kengkadang dipandang hina. Serius aku tak puas hati dengan driver teksi tadi tu, tolong orang pun nak pilih bulu ke. Lagipun ada orang bayar, kalau nak Wangi sangat teksi tu sembur je lah minyak Wangi kemudian. Heshh
Korang-korang, kalau jumpa orang camni tolong lah sekadar yang mampu. Kalau jumpa pak cik Zainal pun boleh tolong dengan beli minyak Wangi dekat dia. Orang kata pakcik Zainal ni tak nak terima duit yang orang bagi dengan tujuan derma. So boleh tolong dengan beli minyak Wangi dari dia, kalau tak boleh belanja pak cik ni makan, or belanja air feveret pakcik ni, Milo.
Sumpah rasa, nak duduk-duduk dengan pakcik ni, sembang-sembang dengar cerita dia. Kagum jugak aku kengkadang dengan orang yang hilang keupayaan untuk melihat ni. Pernah sekali aku borak dengan sorang abang buta ni time tunggu bas dia kata dia dah pergi banyak tempat. Even aku sebut tempat tinggal aku pun dia tahu, padahal orang duk Ampang sendiri tak tahu kat mana sebenarnya kawasan tempat aku tinggal. =..=
Sumpah rasa, nak duduk-duduk dengan pakcik ni, sembang-sembang dengar cerita dia. Kagum jugak aku kengkadang dengan orang yang hilang keupayaan untuk melihat ni. Pernah sekali aku borak dengan sorang abang buta ni time tunggu bas dia kata dia dah pergi banyak tempat. Even aku sebut tempat tinggal aku pun dia tahu, padahal orang duk Ampang sendiri tak tahu kat mana sebenarnya kawasan tempat aku tinggal. =..=
Btw, jangan lupa doa untuk mangsa banjir, kalau mampu, bagi sumbangan serba sedikit untuk ringankan beban mereka.
Kbai.
2 comments:
Waktu musim banjir macam sekarang ni, berpusu-pusu kita hulur bantuan sbb kita dapat liputan meluas. Kita nampak perit jerih mangsa yg menderita.
Tapi kes macam Pakcik Zainal tu kan berlaku sepanjang tahun, sepanjang masa, tak ada musim. Kenapa pihak2 tertentu tak nak tolong mana patut?
Makes me wonder...
Sangat betul dan gua sangatlah setuju!
Gua pun heran, apa pasai dorang tak dapat bantuan.
Kalau lah pihak yang berkenaan rajin buat pantauan dan bagi bantuan/ perlindungan kat orang-orang yang macam ni...kesian kot tenngok.
Post a Comment