22 Oct 2014

22102014 : Movies

Assalamualaikum

Annyeong!

Hai hari ni aku nak citer movies yang aku dah tengok sejak minggu lepas lagi tapi la ni baru nak citer. HAHHAH. Sepanjang minggu lepas aku Berjaya khatam 3 movies. Dan seperti biasa jugak movies yang aku tengok ni bukanlah cerita yang baru di pasaran. Tapi peduli apa aku baru ke tak.

 





1. 99 Cahaya di Langit Eropa 2

Aku memula pun tak sangka ada sambungan dia. Nasib baik ternampak kat suggestion Youtube tu. Kali ni lagi banyak konflik tapi konflik dia tu sekejap je dileraikan. Sama macam yang first, still best. Apa yang baik boleh lah diamalkan, kalau yang tak berapa baik tu toksah la amalkan ye.
 
Kalau dapat baca novel dia lagi best kot aku rasa.
 
 
2. Alangkah Lucunya Negeri Ini

Memula aku ingat nak tengok Negeri 5 Menara. Sampai habis aku tengok citer ni. Citer ni pasal seorang graduan yang still menganggur cari kerja tapi asyik tak dapat je. Sampailah satu tempoh tu dia dapat idea untuk berkolaborasi dengan kumpulan pencopet kanak-kanak. Tapi niat dia baik, dia nak transform bebudak tu dari pencopet jadi tukang jual. At least dorang tak de lah buat dosa lagi dengan mencuri dompet orang lain.

Bila tengok sampai habis baru aku tertanya-tanya:


Apa kaitan cerita ni dengan tajuk?  Mana 5 menaranya?

 
Aku tak tau lah metafora ke ada maksud tersirat sebalik cerita yang aku tak dapat tangkap ke apa. Malas nak google aku baca komen kat Youtube je. Lahhhh, rupanya yang upload tu salah letak tajuk. Cehhh. Tengok komen baru aku tahu tajuk cerita ni "Alangkah Lucunya Negeri Ini", tapi kalau nak tengok search "Negeri 5 Menara".
 
Bagi aku cerita ni best jugak jalan cerita dia. Kira kalau rating 3.9/5 lah aku bagi. Tak complicated sangat citer ni. Boleh lah lepak hari Ahad sambil tengok cerita ni.

 
3. Hunger Games
 
OMG. Cerita ni best gilaaaaaaaaa. Aku tau aku noob baru tengok, tapi peduli apa macam aku cakap kat atas. Kalau aku tahu, aku tengok awal-awal dah. Dah lama dah ada dalam lappy tapi tak tengok-tengok. Aku tengok pun sebab nak free kan space lappy takut berat sebab nak download Dreamweaver.
 
Wehhhh, aku suka gila Katniss! Cool gilaaaa. Okay aku tak lesbian tak pengkid ke apa okay, Just aku suka tengok cerita yang watak utama perempuan dia tak terlalu lemah, kena buli bagai. Aku prefer watak perempuan yang jenis reti berdikari dan berani. Tak de lah asyik kena dera pastu asyik menangis mengenang nasib.=..=
 
Tapi dalam citer ni, kesian gila aku tengok Rue. Mesti dia kena paksa jugak join game ni. Comel je budak tu tapi sayang mati awal[dalam citer ni]. Aku rasa besar nanti mesti dak tu lawa. Pastu aku kesian kat Gale. sobs. Tapi aku suka Peeta gak, walaupun Gale Nampak lagi hensem. Tapi sebab perwatakan Peeta ni kot buat aku tak jadi untuk tak suka mamat ni. HAHAHAH

Bila aku tengok cerita ni, terlintas satu perkara kat otak aku:

Kreatif eh omputeh ni? Rajin betui dorang berfikir


Yelah kalau tak berfikir, takkan keluar cerita macam ni kan. Mesti keluar citer lebih kurang macam citer lain. Pasai kawen paksa la, isteri kena dera suami lah. Opss. Tapi memang realitinya kalau nak buat cerita genre fantasi memang kena berimaginasi jauh sikit. Mesti dia fikir :

Apa yang jadi kalau seseorang tu masuk survival competition tanpa rela bla bla bla

Sama macam Harry Potter. Baca novel dia je aku dah rasa macam masuk dalam dunia dorang. Tapi sayang Negara kita tak banyak novel fantasi cam tu, ada tu ada tapi berapa lah sangat. Entah aku rasa novel fantasi lagi syiok. Aku bagi 4.5/5.



Kbai.



 

2 comments:

cEro said...

Negara kita banyak novel cerita cinta kahwin paksa. Hahaha...
Sebab itu je yg laku.
Para penerbit buku tak berani lagi nak pasarkan genre fantasi pengembaraan secara besar-besaran...

nanadhoi said...

Betul jugak tu, kalau tak dapat sambutan, mahu rugi besar. Risiko tinggi.

Tapi serius dah bosan pasal citer kawen paksa, dulu2 layan lah. Tapi sekarang, menyampah pulak.

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.