27 Nov 2013

Rossa dan Pilihan Raya Kampus

26112013

Assalamualaikum.
 
Balik dari kelas Arab je Nampak ramai-ramai kerumun khemah tengah-tengah Dataran Cendekia. Aku dengan sifat busybody yang amat tinggi pun menyelit-nyelit di celah-celah keramaian tersebut. Lah, rupanya Rossa datang UiTM.


Macam entity pulak bila aku bulat-bulatkan Rossa dengan warna merah.

Sorry kamera tak power. Apa yang kau harapkan dari kamera handphone berstatus 3.2 MP berjenama Nokia?. Dan harap maaf, aku tak tergolong dalam golongan mahasiswa mahasiswi yang menjerit keterujaan tika melihat Rossa sebentar tadi. Rossa pun manusia juga bukan? LOL ayat bajet gila. Aku singgah pon nak amik gambar Rossa tempek kat blog kerana post tanpa gambar agak lah membosankan. Kuat tak alibi aku? Kalau kecik sangat, kau zoom je lah, sebab aku datang lambat. Tak macam kawan aku, kemain jelas depan-depan dia tangkap gambar Rossa. Fakta: Rossa tadi ngomong Indonisi. (Eh, betul ke nih?)
 
 
****************************************************************
 
Oh esok, hari mengundi untuk Pilhan Raya Kampus, PRK bukan PKR. Mengundi? InsyaAllah kalau free, I’m busy ya knowww. Tapi since kawan aku cakap tadi ada makanan free, maka kebarangkalian untuk pergi meningkat dari 1% ke 80%. Buat calon-calon MPP , kalau manifesto hang menarik, cheq undi hang.
 
 
Contoh:
 
1. Kemudahan internet perlu sentiasa ada untuk diakses oleh para pelajar.
Ini tidak, dah 3 hari internet tak ada. Staff punya line ada pulak. Masalahnya, berapa kerat staff yang lepak dalam UiTM memalam untuk dapatkan WiFi free? Baik balik rumah guna Unifi lagi laju. Ingat kitorang pelajar ni kaya, nak beli berokband sorang sebiji? Berokband pun kemain hazab lagi tahap kelembapan dia. =..=. Dan azab tak ada internet mula dirasai, bila line internet ni selalu M.I.A time keje kau menimbun dan kena submit esoknya jugak. Best bukann? Bila time kau tak ada kerja, kemain lagi ada tenet, bukak berbelas tab pon tak lag sangat. Ajaib. Pandai dia troll. Jadi, ke'available'an internet adalah sangat sangatt diperlukan, lembab pun tak apa lah. Dah memang sejak azali line lembab cenggitu. 
 
2. Kebenaran untuk pelajar berniaga di kampus.
Aku pernah usulkan kepada pihak berkenaan. Tapi ilek. Takpe lah, rakyat marhaen. Mungkin salah aku jugak tak kemuka kan kat exco keusahawanan tapi bagi kat exco lain. Maybe. Kan bagus kalau, benarkan student berniaga, belajar berdikari sikit time-time tengah belajar ni. Ilmu jugak tu, soft skill pun dapat. Memanglah belajar lagi utama, tapi aku tak kata berniaga full time, part time lah. Takkan lah bebudak tak reti berfikir kot nak utamakan mana satu. Kalau masuk U semata-mata nak berniaga baik dorang berhenti belajar buat bisnes full time ye dak? Tak perlu perah otak amik course bukan pilihan.
 
Lagi satu masalah besar dia, bila student nak berniaga sikit, adalah pihak yang coba-coba ambil kesempatan atas usaha orang lain. Orang berniaga elok nak cari untung nak tampung pengajian, alih-alih tak dapat untung langsung, lagi teruk dapat RUGI. Tak salah caj sewa tapak ke apa ke, tapi berpatutan lah. Pelajar kot. Cenggini tak de lah istimewa sangat jadi pelajar kalau kena layan sama macam orang luar yang beli tapak berniaga dalam U. Buatlah 2-3 dalam sebulan untuk student berniaga. Ini, nak niaga sikit ada je yang nak amik duit hasil penat lelah orang lain, tu yang muncul perniagaan underground tu. Tapi tu pon tak berapa selamat jugak.
 
Tak semua orang yang berniaga tu ada duit. Rasanya lagi ramai yang berniaga tu tak berapa nak ada duit tapi nak cari duit. Berniaga sebab nak tanggung kos pengajian, duit makan minum. Lagi elok lah dari tebalkan muka mintak duit kawan.
 
Tak yah keluar duit sangat pon cadangan nombor dua tu, siapa nak niaga pepandai lah prepare khemah sendiri ke meja sendiri ke. Pi berniaga dekat Dataran Cendikia tu. Kalau dorang nak sewa khemah, caj yang dikenakan tu biar lah berpatutan dengan kemampuan student.
 
 
Pesan aku:
Kepada calon-calon yang bertanding, manifesto jangan bunyi je gempak tapi tak terlaksana sampai sudah, dan janganlah mengarut sangat, sampai bila dengar pon boleh terbahak-bahak gelak mahupun tercekik minum air. Biar manifesto anda itu sama matang dengan level anda sebagai penuntut Universiti. Manifesto jangan syok sendiri. Teringat lecturer System cakap:

“You all kalau tak gather requirement from stakeholder, pastu main sukahati buat system. Itu system syok sendiri namanya”
 
Tak pernah lagi aku tengok, calon MPP turun edar questionnaire bagi mahasiswa mahasiswi tanya perubahan apa yang diorang nak. Of course lah banyak respons yang bukan-bukan. Tapi ada jugak yang kau boleh buat manifesto. Sebab orang bawah ni yang rasa. Selalunya lah, bila dah pegang jawatan atas sikit kau takkan rasa apa yang orang bawah rasa. Sebab kau dah ada comfort zone sendiri yang berbeza dengan orang bawah kau.
 
Contoh:
 

Aku yang dapat kolej , takkan rasa susah bebudak yang duduk luar kampus akan betapa susahnya nak dapat bas pepagi buta. Lagi-lagi bila bas makin berkurang. Aku cuma dapat rasa kebengangan yang dialami para penumpang bas tegar je bila bas lambat gerak. Dah lah bila gerak pon, ya Allah sabar je lah. Rasa macam nak turun bas, lari pergi fakulti je sebab lambat. :B. Aku prefer lagi Rapid, singgit pun singgit ah asal laju daripada bas  tuttt.

 
 
Somehow bila kau dah pegang amanah orang, nak tak nak kau kena cater benda ni. Jangan memilih pulak nak buat yang mana satu. Siapa pun yang menang nanti, harap tunaikanlah apa yang dicapati. Kalau tak mampu tunaikan, tutup mulut come out dengan idea lain. Kalau tak ada jugak, jujur je lah kata yang kau tak ada manifesto yang memberangsangkan. Yang kalah nanti tak mengapa, cukup berani dah tu.
 
 
Kalau boleh aku harap calon-calon ni nanti dapatlah ubah persepsi kat bawah ni:
 
 
 
 
“Kalau undi pun bukan ada apa-apa perubahan”

“Kalau undi pun bukan bagi manfaat kat aku”

“Anda pejuang mahasiswa, jangan jadi lembu dicucuk hidung”

 "Mula-mula je konon bawak suara mahasiswa, dah dilantik, kau tengok je lah nanti"

 
 
Esok TEST Architecture Framework. Kbai aku nak sambung tengok Running Man episode 146. Comel gila waktu dorang menari kat pantai. Episod 144 pon best, Cha In Ryong entah apa entah nama dia tu, dah tua pon hensem lagi. Okay ini mengarut. Kbai. Kbai.







2 comments:

najiahs said...

dato' rossa nk dtg uitm shah alam kan..?ada konsert kan

nanadhoi said...

aah , nanti ada konsert Destini Anak Bangsa cenggitu lah nama dia. HAHHAH :D

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.