12 Nov 2013

Muka Tembok Besar Cina

Assalamualaikum.

Catatan 07112013.
Jam 14:30.




Hari tu penuh semangat aku datang kelas tutorial Data Mining (tipu). Mood biasa-biasa sahaja. Duduk di kerusi termengah-mengah sebab letih jalan kaki dari kolej ke fakulti ditambah dengan memanjat tangga fakulti yang wajib buat kau termengah-mengah mintak udara. Oh baru aku teringat, hari tu lecturer baru yang akan take over kelas tutorial kitorang. Lecturer sampai. Tanpa berlengah, lecturer kenalkan diri dan mengajak seisi kelas untuk meneliti jawapan tutorial yang telah dibuat bersama kumpulan masing-masing secara berjemaah.


Sampai soalan nombor 2, soalan yang semuanya kira-kira, lecturer minta group yang betul untuk explain balik macam mana dapat jawapan. Al-kisahnya, menurut lecturer setelah di check dan dicompile, beliau menemukan jawapan dari group kitorang the only one yang betul untuk nombor dua. Katanya group kitorang betul semua soalan (pertama kali dalam sejarah). Dan masalahnya, soalan nombor 2 tu aku yang buat di mana aku sendiri rasa sangsi tahap maksimum bahawa jawapan group kitorang betul. Dalam sangsi-sangsi tu pergi depan jugak lah sebab lecturer suruh explain kat budak-budak. Lagipun, semakin cepat habis bincang tutorial, semakin cepatlah kitorang boleh balik (heeehuuu).


Dan aku pon berdiri di depan komputer. Dan dengan nervous jugak aku explain. Dalam hati memang cepat-cepat nak habis explain dan blah dari situ. Nervous sebab aku explain dalam kuliah (bukan sebab utama) dan aku explain bukan dengan budak kelas aku (minoriti) je, tapi budak kelas A.Intelligence (majoriti) sekali. Kawan-kawan aku mostly memang tak berapa ngam sikit ah dengan budak A.Intelligence, ke aku je?. Bukan sebab pilih bulu, tapi dorang nampak cam tak berapa mesra sangat. Bila dengan dorang serupa macam aku ni orang jalanan dan dorang orang yang lalu-lalang pakai kot. Entahlah, mungkin certain je lah kot yang sombong or muka nampak sombong, ada je yang baik dan boleh bawak berbual.


Nervous-nervous pun explain jugak. Then, soalan lain lecturer sambung. Bla bla bla, eh dah habis bincang. Nak balik tu, ada individu mempersoalkan kebenaran jawapan soalan nombor 2 tadi. Bincang, bincang, eh betullah jawapan nombor 2 aku tu salah. Dan aku kat kerusi, *blushing*. Malu yang tak tertanggung, panas je muka duduk dekat kerusi setelah mengetahui aku telah mengajar ajaran sesat. Malu woi!


Tak jadi masalah bila tahu jawapan aku salah, masalahnya, aku dah explain A-Z punyalah banyak dekat hampir 40 orang yang hanya 1/3 je budak kelas aku, last-last ia menjadi satu ajaran sesat. Dalam hati macam, "Ah tak nak datang kelas ni lagi! Malu malu maluuuuu". Sementara menanti waktu kelas habis, aku dok terbayang budak kelas A.Intelligence dok cakap :


Konfiden je jawab, last-last salah.Boo.

LOL. Semangat je jawab, last-last ajaran sesat.

Explain bagi nak rak, sekali salah. Kah kah kah.



Ya Allah, cepat lah habis sem. Tak larat bawak muka Tembok Besar Cina ni ke hulu ke hilir.







No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.