Showing posts with label Green Tea. Show all posts
Showing posts with label Green Tea. Show all posts

4 Jan 2014

Cheesekut 2014

Assalamualaikum.

02012014.


Hari ni tiba-tiba eksaited nak buat kek. Bahan-bahan pon dah beli, bapak aku sponsor, heh heh. Maka, menu kita pada hari ini adalah Cheesecut kacukan daripada nama Cheesecake + Biskut. Resipi ni aku amik dari blog Cik Epal. Dah lama nak cuba, tapi tu lah, ai ada komitmen lain [baca: RunningMan] pulak. So bahan-bahan kita hari ni:


1. Cream Cheese Tatura 250g - Sebab nak jimat. RM7.00 dekat Carrefour.
2. Susu pekat 1/2 cawan - Guna lah cap apapon, aku guna cap Tesco je.
3. Deluxe Crackers brand Hup Seng
4. Nestum - Since nak jimat duit, daripada beli baru, aku guna je nestum 3 in 1 aku.
5. Susu Segar - Guna lah brand apa pon, perisa apapon. Prefer strawberry or full cream.


Step dia cenggini:

1. Masukkan cream cheese dengan susu pekat dalam bowl. Sebatikan guna mixer.



2. Dah? Pastu letak tepi bowl tu. Cari satu bekas kosong/loyang bentuk petak since biskut Hup Seng tu petak. Senang sikit nak menyusunnya.

3. Amik satu bowl lain, tuang susu segar dalam 1/4 cawan. Celup biskut Hup Seng dalam tu. Celup sekejap je tau. 3 saat bahagian depan 3 saat bahagian belakang cukup lah kot. Tak yah sampai lembik.

3. Pastu, susun biskut Hup Seng tu dalam bekas petak as a base.

4. Next, sapukan mixture dalam bowl tadi atas biskut. Buat benda ni kena besabauuu. Aku pon hampir-hampir nak *flip table dah, asyik-asyik terangkat je biskut tu time sapu cream tu. Hesh.



5. Dah sapu cream tu, tabur nestum sesuka hati atas dia. Pastu layerkan dengan biskut Hup Seng balik, sapu cream, tabur nestum. Repeat sampai bekas tu hampir penuh.


6. Next step, part atas sekali tu, sapu cream cheese tebal sikit daripada yang sebelum-sebelumnya. Pastu tabur nestum. Siap!



Hobi yang dipupuk sejak kecil time buat kuih raya.


7. Lastly, simpan dalam peti ais. Aku simpan dalam 5-6 jam sebab aku buat tengah malam.

8. Makan!


Aku ingat nanti dalam dia rasa crunchy-crunchy, sebab biskut put rendam sekejap je en. Risau gak. Rupanya, dia jadi mampat dah, kagum jap. Tekstur dia macam kek batik. Sedap woh, tak sia-sia aku cuba. Mak aku pon bilang sedap. Bangga sekejap. HAHHAH. Serious, tak rugi kalau cuba buat cheesekut nih. Daripada rasa nak pergi Secret Recipe makan cheesecake terus cancel.


Cantik pulak packaging teh hijau Lipton ni.


Dah habis melantak, minum lah teh hijau kasi bakar lemak sikit. Memang duduk rumah, kerjanya menggemukkan diri aje.T.T Konon stress sebab nak exam [11 Jan]. Konon. Padahal RunningMan tetap on.



Post-post akan datang maybe mostly dari tahun 2013. Dah nama pun random memory kan. Banyak cerita lama yang tak di post lagi. Pulak tu tak de cerita baru. 


18 Sept 2013

Review: Ahmad Green Tea

Assalamualaikum.

Pernah tak minum green tea? Setelah sekian lama menetap di muka bumi ini, baru aku tahu yang green tea ni banyak gila khasiat dia. Kalau rajin kau boleh google. Patut ler orang jepun, cina dalam drama kat tv tu dok asyik minum teh aje. No wonderlah!


Menyedari hakikat bahawa teh hijau ini bagus untuk kesihatan, maka aku mengambil inisiatif untuk cuba-cuba merasa teh hijau ni. Pertama kali rasa, erggghhh. Tak sedap! Dengan baunya lagi. Actually dia tawar-tawar pahit rasa dia and tak de lah mengganggu sangat. Tapi bila dah dicampur dengan bau dan warna teh tu yang seakan-akan light brown, itu memang mengganggu. Tapi kalau dah kata baik untuk kesihatan, minum aje lah. Padahal dalam hati dok bebel:

Awat semua makanan, minum yang sihat-sihat tak sedap? Awat jajan yang sedap tu tak sihat!

lols.

Baiklah, kat sini aku just letak briefly je, kelebihan green tea ni,

1.Tingkatkan metabolisme badan hang. 

Lagi tinggi metabolisme hang, lagi bagus. Pernah jumpa tak orang yang makan banyak gila daripada kau, pastu badan dia maintain kurus? Ajaib bukan? Itu antara contoh orang yang metabolisme dia tinggi. Jealous kau tahu orang cenggini, aku makan sikit je berat naik, dorang melantak apa pun no problem. =..=. 

2.Kawal kadar glukosa.

Yang ini untuk para penghidap diabetes.Teh hijau ni, dapat elakkan kadar gula dalam darah daripada meningkat bila lepas makan, so peningkatan insulin secara mendadak dalam darah pun dapat dielakkan.

3.Kurangkan kolestrol.

Teh hijau jugak dapat kurangkan kolestrol dalam badan. Jangan ingat hangpa kuruih, hangpa tadak kolestrol. Lagi satu, teh hijau ni dapat kurangkan risiko tekanan darah tinggi tau.

4.Tenang.

Dalam teh hijau ada theanine. Theanine ni bantu untuk seseorang itu berasa lebih tenang. So sesiapa yang jiwa kacau, dah solat semua bolehlah minum teh hijau.

5.Cantik

Bagi sesiapa yang sangat mementingkan penampilan diri, bolehlah try minum teh hijau. InsyaAllah, dengan mengamalkan minum teh hijau ni, kulit muka nampak lagi radiant, berseri dan dapat kurangkan tanda-tanda penuaan sebab ada anti-oksidan. Lemak pon dia buang tau, kalau nak slim, daripada minum air yang manis-manis yang banyak kalori, baik lagi minum air suam takpun teh hijau. Bila makan makanan yang sihat, automatically luaran pun nampak sihat, insyaAllah.

6.Baik untuk Otak

Student adalah digalakkan untuk minum teh hijau ni. Lagi-lagi type pelupa macam aku ni. =.=. Teh hijau ni dapat mengekalkan kecergasan memori dan juga fungsi otak.




Untuk teh hijau, first brand yang aku beli ialah BOH green tea. Sebab murah. Bila dah habis, aku ingat nak tukar brand lah pulak kan kot ada rasa lain ke, lagi sedap ke. Baca blog orang, google semua, discover green tea under jenama AHMAD TEA. Aku pon macam :

"Siapa pulaklah AHMAD ni? Mesti usahawan Melayu yang berjaya."

Pergi je supermarket, capai kotak teh hijau brand AHMAD TEA. Rupanya ia AHMAD dari LONDON bukan Malaysia. =..=. Rasa dia, sama je. Tapi AHMAD TEA ni lagi untung lah kot beli. Eventhough harga dia RM 15.90, tapi dalam dia ada 100 uncang wohh! Lagi satu, teh ni, 2 cal je tau.


Murah dan berkhasiat bukan? So, why not you try dulu minum teh hijau yang banyak sangat manfaat dia ni. Mula-mula memang tak biasa, tapi lama-lama, insyaAllah boleh adapt.



/////errrr takdelah review sangat kan?

Kbai.





.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.